Saturday, January 31, 2009

Bunga Jasmin Putih berseri







Saudara/i ku yang budiman:

Bunga jasmin putih berseri,aroma mewangi menawan hati
Bunga sebelah cantik dipandang, tanpa bau menarik kumbang,

"Ingatlah asal,tujuan dijadikan kita,apakah kesudahan hidup ini"
" DariNYA kita datang, dan kepadaNYA kita pulang "

Perjumpaan Keluarga pantai Damai







24 januari 2009, sekali lagi mesyuarat permuafakatan keluarga pantai damai diadakan di Taman Desa Al Amin, Sg Tangkas, kajang, selangor. Perjumpaan mesyuarat tahunan yang dirancang dan mesti dijalankan sempena cuti tahun baru cina itu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah, keluarga besar terdiri daripada 12 orang adik beradik menjadi bertambah barakah kerana Ibu dan ayahanda masih sihat untuk turut serta, walaupun umur mereka telah menjangkau 70'n dan 80'n. Kehadiran anak menantu dan cucu-cucu generasi keempat menceriakan lagi suasana. Hanya keluarga adinda snurjumiza yang jauh diperantauan tanpa hadir, begitu juga keluarga shasan yang mungkin ada masalah keluarga sehingga tidak dapat turut serta.

Monday, January 26, 2009

SUMBANGSIH SRI AL AMIN



USAHA MEMBANTU SEKOLAH MENGUMPUL DANA UNTUK MEMBANTU AKTIVITI KEROHANIAN DAN MELENGKAPKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.


Usaha Amal,Danaton nama bersemi
Amalton Kelas amanah diberi
Tayangan Amal usaha PIBG
Jamuan Sumbangsih Al Amin dicari
Semoga usaha dan amal diBerkahi
Sumbangan orang ramai diRahmati.

Tuesday, January 20, 2009

Lipatan sejarah -- Presiden Baru Amerika

Hari ini, 20 Januari 2009, Amerika Syarikat 'berpresidenkan' seorang lelaki 'warga dunia'. Barack Hussein Obama Jr, 48, akan menjadi presiden kulit hitam pertama di Rumah Putih, sepanjang lebih 200 tahun sejarah Amerika. Mungkinkah peristiwa ini akan menenggelamkan kisah hebat Abraham Lincoln yang didakwa membela hamba kulit hitam?

Pemasyhuran Obama sebagai Presiden Amerika ke-44 sekali gus akan menghantar seorang lelaki bernama George W Bush ke muzium sejarah. Inilah lelaki zalim yang mengakhiri kariernya dengan membantu rejim Zionis Israel membasahi bumi Gaza dengan darah dan air mata rakyat Palestin. Inilah lelaki yang menerima malu terbesar di Baghdad, apabila kasut balingan wartawan Muntadar Al-Zaidi hampir menyinggahi muka tak malunya.

Bush sinonim dengan kemusnahan Iraq. Demikian juga kehancuran Afghanistan. Dua negara umat Islam ini kini dikuasai pemimpin tajaan Washington. Mereka menyertai puluhan boneka yang menerajui negara umat Islam, terutama dunia Arab, berteleku, berkiblatkan Washington, London, Paris dan Moscow. Inilah kota dunia pujaan orang termasyhur dan ternama Timur dan Barat.

Selamat jalan (berambus) Bush, semoga saki-baki kehidupan tuan diulit mimpi ngeri korban syuhada di bumi anbiya - Iraq dan Palestin. Berbahagialah tuan pada usia emas, mengikuti jejak Nero, maharaja gila Empayar Roman yang berlari-lari anak membakar dan memusnahkan kota Rom.

Selamat datang Obama, semoga tuan dapat menjadikan dunia tempat aman untuk didiami seluruh insan. Tetapi perkhabaran mengenai tuan, tidak menjanjikan apa-apa untuk kedamaian, apatah lagi yang membabitkan dunia Islam.

Obama pada pertarungan sengit merebut pencalonan Demokrat, seterusnya ke kedudukan orang paling berkuasa di dunia (Presiden Amerika), tidak senang dengan sebarang kaitan Islam yang cuba diletakkan pada dirinya oleh sesetengah pihak.

Sekalipun ada pihak cuba mengaitkan bapanya sebagai lelaki berasal dari Kenya yang beragama Islam, manakala beliau sendiri pernah bersekolah dan mempunyai bapa serta adik tiri di Indonesia, Obama cuba menepisnya jauh-jauh. Malah dalam satu kempen, petugas Obama bertindak 'menghalau' dua wanita bertudung jauh daripada kedudukan agar gambarnya tidak dilihat bersama-sama mereka.

Selepas menjadi bakal Presiden Amerika, Obama tidak sabar-sabar mengumumkan anak seorang militan Zionis Israel, Rahm Emanuel sebagai Ketua Staf (Chief of Staff)nya.
Emanuel, bekas penasihat Bill Clinton, adalah anak seorang pemimpin Irgun (Etzel atau IZL), sebuah kumpulan militan Zionis yang bergerak di Palestin pada 1931-1948.
Apabila tokoh Yahudi sudah menguasai Obama, apakah yang dapat diharapkan daripada lelaki ini untuk membawa keamanan di dunia, khususnya di Timur Tengah?

Bush bersara dengan membasahi tangannya dengan darah syuhada Palestin pada tahun baru Hijrah 1430 dan Masihi 2009, dan persoalannya sekarang apakah Obama mampu menghentikannya apabila mengambil alih taktha 20 Januari ini?

Bush pencen dengan meninggalkan Amerika dan dunia dengan kemelut ekonomi paling buruk dalam sejarah dan kini apakah Barack Hussein Obama Jr mampu melakukan perubahan (change) seperti yang sering diuar-uarkan dalam kempen pilihan rayanya?

Dunia menanti era Obama dengan penuh harapan, moga-moga beliau dapat menjadikan dunia lebih aman, sejajar dengan gelaran 'warga dunia' (bapanya orang Kenya, ibunya orang kulit putih Amerika manakala bapa tirinya orang Indonesia) yang diberikan sesetengah pihak kepadanya. 'Change', 'change', 'change' - itulah harapan dunia kepada Obama. Semoga dia dapat melakukannya! _

Monday, January 19, 2009

Doa untuk ILMI, ELLYYIN & HUSNA(ILNEHH)

YA, ALLAH, tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan ilmi nadhrah, ellyyin @ helwa husna,(ILNEHH) ya Allah Tuhan yang mengajarkan Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada mereka.
Allah telah memeberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum(yg lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah KAMI berikan hikmah dan ilmu dan telah KAMI, tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya (al-Anbiya' ayat 71)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai Tuhan Nabi Muhammad S.A.W, selamatkan mereka(ILNEHH) daripada kegelapan, kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada mereka(ILNEHH)dan anugerahkan kefahaman kepada mereka(ILNEHH)dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengetahui dari segala-galanya. Ya Allah anugerahkan mereka (ILNEHH) cahaya dengan cahayaMU, dan jauhkan mereka dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi dari sega-galanya. Ya Allah anugerahkan mereka kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Segala puji itu dari Allah Tuhan sekalian Alam.Amin.amin

Sunday, January 18, 2009

Pengisian KBM- Detik Kematian

Senikata lagu, yang menyentuh hati, untuk peringatan tentang KEMATIAN....Satu lagi senikata lagu yang sempat dicatat semasa melalui progam KBM, Staf Sri Al-amin &TKB

Tertulis KEMATIAN
pada surat kehidupan
namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertemu

Detiknya menghampiri
tanpa petanda yang menanti,
bila tiba saatnya nanti
tiada siapa yang dapat melarikan diri.

itulah hakikat dan kepastian
hadirnya tidak pernah kita alukannya
semua insan perlu melaluinya

Sakitnya dirasa tidak terkira
Tika dipisahkan jiwa dan jasad
hanya amalan bisa redakan
bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya berhenti
bersama nafas yang tak terhela lagi
kerana jiwa meninggalkan pergi

Pulang kembali mengadap ilahi
Dari Allah kita datang
KepadaNYa kita pasti pulang

detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia??

Pengisian 'Keindahan BersamamaU'

ANTARA MATA DAN HATI

Bila melihat malam yang indah ini,
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibbah
lupa dirinya hamba,
Nikmat yang datang tiada rasa dariNYA
Sepatutnya merasa malu kepadaNYA
Kerana anugerah kepada kita
membuat dosa rasa kekesalannya
BUTA HATI LEBIH MERBAHAYA
BUTA MATA TAK NAMPAK DUNIA
BUTA HATI TAK NAMPAK KEBENARAN
BUTA HATI DITIPU NAFSU DAN SYAITAN.
bukan dilupakan saja
semua orang bangga dengan dosa
bila menyebut neraka tidak terasa gerunnya
bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya

KEINDAHAN BERSAMAMU

ALHAMDULILLAH, perkembangan staf untuk warga Sri Al-Amin dan Tadika Khalifah Bestari seramai 90 orang, dapat dikendalikan dengan jayanya di Perkampungan Latihan Nur Sungai Merab pada 17 dan 18 Januari 2009 kemarin. Semoga Allah memberikan ganjaran atas usaha yang sedikit ini. Tinjauan pada hari berikutnya, kebanyakan guru-guru dan staf begitu bermotivasi sekali, tiada yang ambil MC, walaupun pengisian program begitu padat dan intensif sekali.Kunsoltan di bawah kelolaan Team KBM, JIM mengendalikan pengisian begitu berkesan...sehingga doa perpisahan terakhirpun dapat membuggar hati dan perasaan, menggegarkan jiwa dan raga, masyaAllah!

INDAHNYA BERSAMAMU YA ALLAH
INDAHNYA BERSAMAMU YA RASULULLAH
INDAHNYA BERSAMAMU YA SAHABAH
INDAHNYA BERSAMAMU YA IBU AYAH

Wednesday, January 14, 2009

Bersatu Membela ISLAM

















13 Januari 2009, bersama rakan JIMHL telah menghadiri Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami yang dirasmikan oleh SPBYDPA Al-Watthiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Petikan khatimah kertas kerja yang dibentangkan oleh Tn Hj Yusri bin Mohammad, menekankan pentingnya menumpukan gerakerja yang lebih bermakna,pendekatan yang lebih murni, berkesan & berkekalan. Kalau sebaliknya,bermakna gerakkan tajdid islami masih belum serius dan betul-betul dilaksanakan.Tanpa memahami konsep dakwah,tajdid yang murni, tanpa berpandukan ilmu dan panduan yang benar usah digapai natijah pendakwahan dapat direalisasikan dengan sempurna...wallah hu a'alam.

Kertas Kerja yang disampai @ diedarkan sempena muktamar tersebut ialah:

1. Melestari Perjuangan Gerakan Dakwah Badan-Badan Islam oleh Datuk Hj Mohd Nakhaie Ahmad.

2. Peranan Pertubuhan Islam Dalam Memertabatkan Islam di Malaysia oleh Hj Zaid Kamaruddin

3. pengukuhan Pertubuhan Islam Sebagai Wadah Dakwah yang berkesan oleh Hj Yusri Mohamad.

4. Agenda Ummah melalui Misi Kepenggunaan oleh Dr Idzham Nayan

5. Peranan Badan Amal Islami Dalam mendepani Cabaran Globalisasi oleh Ir Dr Muhamad Fuad Yeoh Abdullah.

UNTUK SEMUA --- sebarkan

Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.

Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH

Sunday, January 11, 2009

Syuhada - di bumi Plastine

Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin -Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci.

Bau syurga dapat kalian rasa
Zahirnya mati tapi sebenarnya rohmu hidup
Bertuah di lahirkan di bumi pilihan,
Bumi penuh pancaroba dan pertelingkahan
hidup dalam pelbagai keperitan dan kesusahan

Namun, janji tuhan,
bumi bermandi darah & kemusnahan ini
landasanmu untuk berjuang syahid
cita-cita tertinggi umat beraqidah suci
mengadap tuhan dengan iringi bidadari
tersenyum bernikmatleluhur dan memberkati.
Membersih noda dan dosa

Oh? betapa nikmat dan berbahagia,
jika kami juga berada di sana

Apakan daya kami nan jauh, hanya mampu berdoa
Hanya mampu menghulur derma
Sekadar mampu memboikot

Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu

Islam& Al Quran akan tetap terpelihara
Itu janjiMu ya Allah

Untuk kita,
siapa yang menentukan Baik atau buruk,
yang Allah ilhamkan Ketaqwaan dan kefasikan

Di tangan kita sendiri
menentukan arah abadi, samaada ke syurga atau neraka _

Saturday, January 10, 2009

Demonstrasi --bantahan kekejaman regim zionis

9 Januari 2009, jam 12.45, selepas kelas Bahasa Arab, dengan penuh kesungguhan warga emas ini turut bersemangat untuk menyertai demonstrasi bantahan dengan perarakan dari Lembga tabung Haji, Malaysia ke kedutaan Amerika Syarikat.

Semalam, dapat pula t Shirt yang dibelikan oleh puteri diana, free plastine, apa lagi bertambah semangat untuk turut serta demo tersebut. Yang penting pertama,untuk menonjolkan kemarahan yang amat sangat terhadap kekejaman yang dilakukan oleh yahudi laknatullah kepada Penduduk plastine,,,membunuh dengan kejam, merampas tanah, memusnahkan kediaman dan merampas tanah. Kedua, Hanya dari jauh dapat menunjukkan simpati dan empati kepada saudara seislam di bumi ambia, plastine tersebut. Cuba bayang dan fikirkan jika kita sendiri berada dalam situasi mereka. Keluarga terbunuh di depan mata, rumah dimusnahkan dengan begitu rakus,tanpa bekalan makanan dan tempat kediaman..oh! begitu besar ujian Allah. Di sebalik kesengsaraan tersebut sebenarnya mereka muslim bertuah, golongan terpilih untuk menjadi shuhada, dengan berkorban dan terkorban untuk mempertahankan agama Allah di muka bumi ini. Amat Rugi kita berada jauh dari bumi syuhada.

Keempat...Tuntutan seperti dalam surah As Sof, supaya kita sentiasa berada dalam sof, barisan yang kukuh, bekerja sama, bahu-membahu. Jika Kita keseorangan seperti seekor kambing yang dengan senang diintai dan dibaham serigala. Penyertaan, kebersamaan,dan permuafakatan itulah yang ingin ditunjukkan oleh warga emas ini. Umur penghujung senja bila lagi nak harungi segala kesukaran yang begitu kecil berbanding dengan saudara kita di plastine. Sekadar berpanas,berjalan, berdiri, menangga mengejar LRT, rapid KL adalah dugaan yang amat-amat kecil sekali....' adakah mudah untuk masuk syurga seperti itik melenggang lenggok pulang ke reban pada waktu senja? TIDAK BEGITU, syurga perlu dibeli dengan harga yang mahal, melalui keikhlasan,pengorbanan, keehsanan,kepasrahan tuntas kepada Allah SWT. Kesucian hati, jiwa raga kepada Allah semata-mata perlu diusahakan terlebih dahulu untuk mencari hidayah, keredhaan dan keberkahan Allah swt.

Sunday, January 4, 2009

Foto EWA -wisata Padang








Ini sebahagian gambar ewa di padang, gambar yang mana lagi ewa mahu,,, cara ini saja mama boleh kirimkan,,,,tengoklah jika gambar ini boleh dikekalkan dalam blog ini atau jika ewa nak delete,,,,boleh aje selepas ewa copy nanti

Thursday, January 1, 2009

KENDURI - MELANCONG


MASJID KRISTAL
Sambil menyelam minum air. KESEMPATAN menghadiri majlis kesyukuran perkahwinan anak besan di Kuala Terengganu hanya kira-kira setengah jam,sedangkan perjalanan dari Kajang ke Kuala Terengganu mengambil masa enam jam, rasa rugi jika tidak ambil kesempatan, menjengah ke Pulau Wan Man...destinasi pelancongan yang menampilkan syiar tamadun Islam ( masjid) di seluruh dunia.

Sesampainya ke pusat tersebut....memanglah mengagumkan dengan taman-taman indah yang dipenuhi maniutre kecil masjid-masjid utama di seluruh dunia. penulis nak tengok sangat maniutre masjid Al Aqsa di Plastine. Malangnya masjid ketiga yang agung, selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu tidak dibangunkan...mungkin ada sebab-sebab yang tidak diketahui.

Banyak lagi lokasi pelancongan di kawasan yang berhampiran perlu dibangunkan untuk memberi fokus pelancongan sehari di lokaliti yang berhampiran. Satu masa nanti, kawasan itu boleh dibanggakan dengan pelaburan material yang tidak terkira banyaknya. Penduduk sekitar juga perlu berubah selari dengan objek taman tamaddun Islam itu....jadilah warga madani!!!!

Misteri di sebalik khitan wanita




Dr Maryam Ibrahim Hindi penulis buku ini melontarkan pertanyaan (suntingan kulit belakang buku)...sudahkah putri anda dikhitan?. Khitan bagi lelaki adalah amalan mesti. Khitan bagi wanita belum banyak buku secara detail membahaskannya. Tulisan beliau dalam bukunya ini memaparkan berkaitan manfaat khitan wanita menurut tinjauan syar'i dan perubatan di samping menengahkan kritikal ilmiah terhadap pelarangan khitan wanita di mesir...

Penulis tertarik untuk membeli dan seterusnya membaca buku ini, kerana di kelilingi ramai cucu-cucunda puteri!!!! Penulis juga menyarankan supaya adakan satu penyelidikan terperinci manafat dan kesan akibat khitan wanita ini...