Sunday, March 29, 2009

Kedua kakiku diambilNya sebentar

Tiada ucapan yang lebih besar selain daripada bersyukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang telah sama-sama kita kecapi. Kita berterusan memohon petunjukNya dan mengharapkan keampunanNya, kea'afiatan dan kesihatan yang berterusan di dalam agama baik di dunia mahupun di akhirat.Nikmat pancaindera, ilmu, taufik dan hidayahNya, kita amat berharap terus tercurah kepada kita semua.

Tidak disangka berdiri sepanjang hari untuk menyiap dan memasak hidangan iftar pada hari Khamis itu, merupakan satu hikmah besar, ujian dan pengajaran kepadaku. Setelah majlis selesai lewat malam dan setelah menunaikan tanggungjawab menghubungi ibu tersayang di kampung di atas perbaringan..secara tiba-tiba pengalaman buat pertama kali dalam sejarah kehidupan ini, kedua-dua kakiku kaku!!! Bermula dari kaki sebelah kiri menjadi kejang, jari jemari melentik ke atas, dan tidak boleh bertapak. jaringan urat kaki mengeras, dan terlalu sakit. Subhanallah @ masyaAllah..terus teringat Hadis RiwayatAhmad " Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah SWT yang menurunkan penyakit, Dia jualah yang menurunkan ubatnya'.Ubat penawar yang paling mujarab ialah doa kepada Allah..Bacaan AL -Fatihah, Surah al-Hasyr ayat 21-24 dan bacaan 3 Qul tujuh kali sambil menyapu minyak but-but hpa dalam bebarapa minit kakiku kembali normal, Alhamdulillah. Selepas beberapa saat kemudian kaki sebelah kanan pula mengalami keadaan yang sama yang lebih teruk lagi..mengalami kekajangan yang terasa lebih sakit, terasa untuk meraung sekuat hati. Ulangan doa dan penggunaan minyak but-but dilakukan. Alhamdulillah selepas beberapa minit kakiku kembali normal. Betapa syukurnyaku, kerana Allah telah mengembalikan fungsi kakiku. Satu analogi memerlukan kugunakan lebih banyak kaki ini untuk terus bergerak dan berjuang untukMu ya Allah..terutama untuk bersama memperjuangkan penggunaan produk halal dan toyyiban

Langkah Bermula .......rejuvenasi usaha





PUSPAWASIH

"Sekiranya kita redha dengan ketentuan Allah, maka kita sedang berpaut pada dahan yang kukuh.
Sekiranya ada keikhlasan di hati maka kita berada di jalan perjuangan.
Sekiranya semua itu tiada, maka kita umpama puing-puing hanyut di tengah samudera yang gelap gelita".

Usahawan bukannya manusia luar biasa.
CUMA
luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahannya
luar biasa tindakannya
luar biasa mindanya.

Fikir kejayaan,
fikir strategi
fikir kelemahan diri.

Paling penting usahawan..
manusia bertaqwa
banyak kebajikannya
banyak ibadah dan zikirnya
amat kasih kepada Rasulnya
amat cinta kepada Tuhannya

BERSAMA CT KE PUSPAWASIH







CT menemaniku bermusafir sejauh kira-kira 250 km ke Cenderawasih, Kuantan pada 27 Mac, tujuan untuk memperjuangkan produk HPA. Walaupun agak kepenatan, kerana malamnya ada sedikit jamuan ifftar anak-anak usrah dan berkemas-kemas sepanjang malam dan bersambung sehingga ke pagi, tidak menghalang semangat perjuangan untuk bersama hpa. Jadual awal untuk bertolak pada waktu pagi Sabtu bersama Azli terpaksa dibatalkan kerana mereka bertolak agak lewat, sedangkan persediaan tempat dan prasarana Puspawasih perlu diutamakan. Pertama kali memandu sendiri ke Kuantan sejauh itu, pada awalnya agak suspen juga, namun begitu mujurlah Nadia yang tidak dapat menjalani ujian memandunya pada hari Jumaattu membantu memberikan keyakinan untuk bersama merealisasikan impian di Puspawasih? Ada hikmahnya tidak ke Kuantan bersama azli kerana sesungguhnya banyak perkara yang perlu dilakukan dan disediakan sebelum kunjungan tetamu esoknya menjengah masuk. Alhamdulillah kehadiran lebih kurang 80 orang tetamu muslimah ke Puspawasih menceria dan meriukan suasana, Semoga Majlis perasmian Jual-Beli HPA di situ, InsyaAllah memberi barakah. Majlis bacaan yassin, doa selamat dan tazkirah oleh uztazah Rosmawati tentang penggunan produk halal dan toyyiban, sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran kepada umat Islam, agar memilih produk yang dimakan,diguna dan dipakai terdiri daripada produk yang halal dan toyyiban.

Monday, March 23, 2009

Pertama kali di Cyber Cafe....

Hari ini..satu tugas diarahkan untuk menghantar CTku ke pusat servis...selepas 1000 km pertama CT dibawa berjalan-jalan. Cuaca sekeliling yang seolah-olah mengerti tentang perasaan tuan punya CT itu, bagaimana menggelabah untuk cuba bawa CT yang belum dikenali dan biasa dengannya dalam hujan lebat, jalan yang gelap ke destinasi servis Sungai Besi yang tak pernah sama sekali cuba pandu ke situ. Hujan lebat dengan kenderaan yang sendat dan adapula kereta yang berlaga-laga, menyebabkan jalan begitu sesak. Namun begitu banyak hikmahnya, sesampai di pusat servis CT, tidak ramai pelanggan walaupun mereka telah membuat temujanji akibat hujan lebat, CTku dapat diservis lebih awal...dan dapat pulang lebih awal.

Di perjalanan teringat pula nak buat bisness kad...itulah singgah di kedai acikni, yang kebetulan ada CC. Sementara menunggu hujan reda untuk ke kereta dapat kucatatkan pengalaman pertama di CC. Oh, Patutlah anak-anak sekolah suka ponteng di CC, tempatnya selesa dan ada pula penyaman uadara. Sebelum itu sempat singgah di Kedai HPA untuk mendapat koleksi barangan untuk bekalan ibunda bawa balik kampung, di samping untuk buat bahan contoh kepada anak-anak usrah yang akan beriftar di rumah pada hari khamis nanti InsyaAllah. Cadang nak sambung cerita tentang zie yang misteri tu, mesti ada yang bertanya ubat apa yang beliau ambil sehingga kansernya 100 peratus sembuh, dan apa pula motif beliau bergiat dalam mempromosikan barangan jualannya?? Hujan dah reda..boleh keluar untuk pulang. Banyak perkara yang perlu dibereskan

TETAMU MISTERI - siri 4




Zie..graduan Sarjana Muda Pendidikan UKM, yang pernah beberapa lama menjadi guru di Perak terpaksa meletak jawatan kerana terlantar sakit selama dua tahun akibat kanser darah. Doktor yang merawatnya, memberi harapan amat tipis untuk ia menyambung nyawa untuk meneruskan kehidupan..sakit pembunuh nombor satu. Allah yang sebenarnya menentukan hidup mati seseorang, setiap penyakit yang Allah tentukan, sebenarnya ada ubat yang menyembuhkan dengan izinNya. ..sesungguhnya zie merasa ia sebagai hidup semula....Teringat kisah ibu yang Alhamdulillah masih sihat. Puluhan tahun yang lalu, beliau terlantar sakit beberapa bulan di hospital dan beberapa lama berada dalam sisi fisioterapi untuk berjalan semula. Beliau juga bersyukur kerana seolah-olah hidup semula.

Itulah iktibar kehidupan...yang perlu kita semua sedar bahawa kita adalah terdiri daripada jasad atau badan yang meliputi atau membaluti roh. Perjalanan roh yang panjang bermula berteleku patuh kepada Allah kemudian singgah di alam rahim, kemudian di pentas dunia...yang diuji dengan dua persimpangan jalan samada mengikut jalan yang lurus ke destanasi taman-taman syurga atau sebaliknya tergelincir menuju ke neraka nauzubillah min zalik sebelum menuju perjalanan ke alam barzakh sebelum dihitung dan dihakimi di padang mahsyar sebelum menuju distinasi abadi di syurga InsyaAllah. Sesungguhnya manusia di atas muka bumi ini diilhamkan dengan kefasiqan dan ketaqwaa serperti pengertian dalam salah satu surah As Syams. Beruntunglah mereka yang mengambil kesempatan untuk memperbaiki diri menuju ketaqwaan dan sebaliknya, merugilah mereka yang membiarkan diri berada dalam lingkungan kefasikan. Sejauh mana kita berada di persimpangan dunia ini untuk kita membersih dan membajai roh kita dan keluarga kita dengan iman, amal soleh dan taqwa. Sejauhmanakah kita bersama merealisasikan wawasan hidup kita dan keluarga kita untuk tidak dibakar oleh api neraka. Ungkapan ini ditonjolkan kerana inilah persamaan sifat yang ada pada diri tetamu misteri itu... Percaya atau tidak sesungguhnya kesatuan fikrah dan keimanan kepada Allah SWT ..menjadikan roh-roh ini selari dan bertemu kerana Allah semata-mata, bertemu dan berpisah kerana Allah. Begitu unik dan agung....Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Kaya!!!

Masih panjang untuk diceritakan ....mungkin boleh ditulis dalam bentuk cerpen atau novel kemudian. Sudah tentu pengikut blog ini tertunggu-tunggu kesudahan cerita... tak sabar ye? Oklah. Perjanjian dibuat, tujuan untuk membantu tetamu misteri yang perlukan ratusan K untuk pembelian produk yang disebutkan kerana beliau mendapat tender untuk membekalkan produk itu ke hotel-hotel, malah ada pesanan dari pihak hospital. Asas perjumpaan dan perjanjian adalah untuk tolong menolong, beliau juga mahu membantu untuk mengumpul dana sekolah daripada keuntungan jualan bergantung kepada berapa banyak sumbangan yang kita berikan. InsyaAllah dua kali keuntungan telah diperolehi dengan itu 20 orang atau lebih boleh dibawa untuk bersama dalam majlis jamuan tersebut. Dengan itu diharap semua keluarga dapat menyokong dengan hanya menghadirkan diri dalam majlis tersebut. Satu tempat duduk dengan kos RM 100.00 insyaAllah boleh ditaja. Semakin ramai- semakin meriah InsyaAllah

TETAMU MISTERI - siri 111




Tetamu misteri siri 111, terpaksa diteruskan..kerana ramai yang mahu tahu kesudahan cerita benar ini.....

Perkenalan dan pertemuan dua mata dengan orang yang tidak pernah dikenali dalam sejuk hujan dan petir sambung menyambung memang menyeramkan. Tetamu misteri yang sekiranya bukan makhluk insan, sudah tentu boleh menyeramkan bulu roma...tiada penghuni lain di rumah untuk minta bantuan jika apa-apa berlaku. Hujan lebat di luar sudah tentu menambah ketakutan. Janji untuk datang bertandang pukul lima petang, tetapi tiba-tiba insan itu datang pukul empat petang...memang bertambah misteri dan menggelabah bagi sesetengah orang. Beraninya zie datang seorang diri dari jauh? dan beraninya tuan rumah yang bersendirian menjemput masuk?

Ayat seribu dinar menjadi bekalan, surah tiga qul menjadi sandaran...Ya Allah sesungguhnya dengan tulus dan ikhlas aku memang bersamaMU sepanjang masa!!!Engkaulah Pelindung Agung yang menjadi perisai. Hanya Engkau sahajalah tempatku meminta pertolongan dan keranaMU jua aku berserah diri dan hanya kepadaMU aku mengharapkan pertolongan dalam hal-hal kebajikan ini....Jamuan Amal Sumbangsih Al-Amin sebenarnya bermula cerita. Sebagai pengarah AJK kerja jamuan itu, sudah tentu perlu berkerja keras untuk mencari dana dan tetamu yang boleh memenuhi dewan Sri Siantan yang boleh memuatkan hampir 1000 orang tetamu. Aku dipertemukan dengan hambaAllah itu di alam maya...oleh seseorang!!! Kuasa ghaib juga yang memberikan keyakinan dan dorongan untuk menerima perkongsian dengan zie..wanita misteri itu.....bersambung terpaksa berhenti sebentar!!!

Sunday, March 22, 2009

TETAMU MISTERI - YANG mahu berkongsi siri 11

Penyediaan pembentangan tafsiran surah al Soff dalam usrah mingguan berkaitan dengan kefahaman 'bahawa Allah amat benci kepada mereka yang berkata tetapi tidak mengotakan" menambah menekan perasaan tentang perjanjian jual beli tanpa persaksian? Tuntutan itu perlu dibuat lebih dahulu dan pelaburan modal daripada wang FPD terpaksa diubah kepada peruntukan sendiri kerana tanpa persetujuan AJK/Ahli FPD.

Surat perjanjian jual beli disediakan dengan persaksian, jika lelaki memadai dua orang dan jika saksi perempuan, perlu dicari dua orang untuk seorang saksi lelaki.Jadi dalam kes ini, seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan dicari. Temujanji dengan zie dibuat, beliau sudi untuk datang ke rumah, selepas dua minggu pelaburan pertama dibuat. Sehari sebelum temujanji dibuat, zie tidak dapat datang, pemulangan wang untuk menarik pelaburan juga tidak dapat dibuat yang katanya anak beliau demam panas??? Hah, sekali lagi perasaan negatif bermain di kepala, kes penipuan telah terkena pada diri sendiri????kerugian puluhan K mungkin berlaku...satu ujian besar...menyebabkan kegusaran dan tidak senang duduk. Modal untuk pembukaan kedai di cenderawasih akan terbantut...jika modal yang diminta tidak dikembalikan...zie! oh zie!!!

Pemahaman Mukaddimah Fi ZilalltulQuraan oleh Al Shahid Syed `Qutb Rahimullah penenang jiwa, sunahtullah dan Qadar dan Qadha Allah menjadi landasan penyejuk perasaan, membendung rasa marah dan meletakkan sandaran total hanya kepada Allah swt....fokus hikmah Allah menjadikan kotak fikiran ini positif!!! Itulah salah satu cara tarbiyah Allah menjadikan insan ini seorang yang sabar dan terus meningkatkan diri kepada Maha Pencipta Yang Amat Pengasih dan Penyayang.

Pertemuan dengan zie seperti yang dijanjikan dapat diadakan dalam suasana hujan mencurah dan ribut petir yang menggerunkan. HambaAllah zie sanggup datang meredah cuaca yang kurang baik itu untuk menemuiku.Menjadi sahabat baru yang boleh berkongsi banyak cerita bersamanya....akan dicatat kemudian. Perjanjian dibuat dan tentang produk disalin dan dimuatturun seperti berikut: Jom beli dan sama-sama cuba?

Kepentingan tidur yang tidak terganggu, mendamaikan dan merehatkan.
Tidur yang baik menjelang malam tanpa sebarang gangguan adalah penting untuk kita semua, tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan. Mendapat tidur merehatkan secukupnya di malam hari membolehkan kita bergiat lebih baik di siang hari. Sebaliknya, tidur terganggu membawa pelbagai masalah fizikal, mental dan psikologi, termasuk kelesuan berpanjangan, rasa mengantuk sepanjang hari, tidak mampu fokus atau memberi tumpuan kepada tugasan tertentu, tidak dapat membuat keputusan dengan baik, meningkatkan kerisauan dan kemarahan, serta perasaan tertekan. Pelbagai kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur juga menjadikan kita lebih lemah terhadap tekanan darah tinggi, obesiti dan kencing manis.

Lapik Tilam Terapiutik Bio-ion Contiago menggunakan kombinasi unik 11 lapisan bahan berkualiti tinggi khas untuk sokongan teguh tetapi lembut pada kepala, servik, tulang belakang dan tubuh serta rekaan berfungsinya melaras kepada kontur tubuh individu, sentiasa melaras-sendiri bagi melegakan titik tekanan dengan poket pengudaraan terbina-dalam dan permukaan busa runcing yang menggalakkan aliran udara bagi permukaan tidur yang lebih selesa. Lapik tilam ini direka cemerlang cengan busa berkualiti tinggi dan bahan-bahan lain seperti Bulu Bebiri Sintetik yang dilitupi fabrik Polipropilena Damask Jacquard menarik dan selesa yang berkualiti dengan perlindungan anti-hama, yang memberikan rasa kemewahan dan kelembutan. Selain membekalkan fungsi-fungsi Sinar Inframerah, Bio-Magnetik, Batu Mineral Jed dan Ion Negatif, ia juga mengandungi Elemen Pemanas Karbon Bertebat berkualiti tinggi untuk haba Terma yang semula jadi selamat dan penting bagi kebaikan yang tiada bandingan dalam mengoptimumkan kesejahteraan semasa anda lena di dalam kerehatan dan keselesaan tidur yang mendalam.

TETAMU MISTERI - YANG MEMBERI??? satu perkongsian siri 1

Zie...itulah misteri namanya, yang tidak dikenali personel dan jasadnya, tetapi auranya meyakinkan untuk bersama ramai orang berkongsi dalam pelaburan penjualan produk lapik tilam terapiutik. Satu unit King size melibatkan kos melebihi 3k, jika boleh dijual boleh memberi pulangan sebanyak 500 rm/unit. Terfikir di hati ada peluang untuk melaburkan wang FPD, Cetusan mesyuarat tahunan yang lalu ada adik beradik yang menyuarakan agar ahli diberi dividen tahunan. Sebagai bendahari yang bertanggungjawab menjana kewangan selalu memikirkan bagaimana menjana pelaburan yang syarie yang menguntungkan dalam dunia yang kini dalam gawat. Tanpa membuang masa dan berfikir panjang, dorongan kuat untuk turut serta dalam pelaburan tersebut, dan tanpa terlebih dahulu menyelidiki latarbelakang sipengusaha dan produk tersebut, wang melebihi 16k berpindah tangan kepada zie sekelip mata!!!!.

Perbualan telefon yang panjang lebar dengan zie hari berikutnya, bertambah meyakinkan betapa pengusaha itu meyakinkan dalam pelaburannya. Berpindah cakap dengan sang suami tentang pelaburan yang menguntungkan, beliau juga tertarik...dan akhirnya melebihi 16k lagi berpindah tangan????

Wow? cuba bayangkan melebihi 32k berpindah tangan dalam masa yang singkat kepada zie yang tak dikenali?? Adakah perbuatan pelaburan ini dalam keadaan di bawah sedar? Manakah persaksian dalam jual beli yang perlu dibuat mengikut tuntutan syariat disediakan??? Seolah-olah seperti dipukau dalam kes penipuan wang, minda bercelaru, beberapa hari fikiran terganggu dan tidak fokus...inilah cabaran dalam dunia perniagaan yang Allah uji terlebih dahulu sebelum memulakan gerakerja pemasaran produk HPA yang baru terpikat untuk terlibat dalam pemasarannya........bersambung

Saturday, March 21, 2009

SELAMAT BERJAYA KHAS UNTUK MIMI



Doa untuk ILMI
YA, ALLAH, tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan ilmi nadhrah, ya Allah Tuhan yang mengajarkan Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada ilmi nadhrah.
Allah telah memeberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum(yg lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah KAMI berikan hikmah dan ilmu dan telah KAMI, tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya (al-Anbiya' ayat 71)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai Tuhan Nabi Muhammad S.A.W, selamatkan dia daripada kegelapan, kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepadanya dan anugerahkan kefahaman kepadanya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengetahui dari segala-galanya. Ya Allah anugerahkannya cahaya dengan cahayaMU, dan jauhkan mereka dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi dari sega-galanya. Ya Allah anugerahkan mereka kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Segala puji itu dari Allah Tuhan sekalian Alam.Amin.amin

BEROMBONGAN KE MANJOI, iPOH .....DEMI ANGAH







Seminggu selepas majlis perkahwinan ANGAH di Temerloh,kini tiba pula majlis menyambut menantu di sebelah pihak pengantin lelaki -RASHDAN di Manjoi, Ipoh Perak Darul Redhuan. Sepuluh buah kereta dari Kuantan, Temerloh, Bangi, Kajang dan Air Kuning Tapah, berombongan pula ke rumah pengantin lelaki. Ada yang bertolak lebih awal dengan menginap semalam di asrama SMK Air Kuning, Tapah, mentang-mentanglah cik nona tu jadi warden asrama di sekolah tu, beratus-ratus orang pun boleh tumpang Alhamdulillah. Kami beberapa buah kereta bertolak dari Kl aje, besar hati tak mau jadi budak-budak sekolah, tinggal di asrama kononnya. Perjalanan berkomboi bermula dari Hentian Rehat Simpang Pulai ke Manjoi,banyak masalahnya, ada yang tersesat-sesat dan saling tunggu-menunggu. Jadual yang ditetapkan tak dapat ditepati....majlis sebelah lelaki yang diadakan di Perkampungan Pendidikan Al Barakah memang meriah walaupun agak sederahana. Disambut dengan serunai nafiri, bukannya kompang dan juga silat, Tak tau silat petani ke atau silat gayung..entah-entah..kena tanya Rashdan nanti. Tahniah! kepada Tik @ Bee dapat menantu kedua.

Thursday, March 19, 2009

GEMPUR RADIX



Sembilan per sepuluh rezeki adalah berpunca daripada perniagaan ?? Setelah berpuluh tahun bekerja makan gaji dengan kerajaan, nak cubalah pula cari sumber dalam perniagaan. Dah cuba, bawa berpapan-papan kopi radix ke restoren-restoren. Muka jadi tak malu..jumpa sana, jumpa sini, jumpa pelanggan kedai macam-macam. Jenuh juga.. nak lakukan lima papan pun susah, macam dolak-dalik oleh peniaga...muka berpeluh, masa terbuang, kepenatan pula yang dapat.Kesimpulannya..yang penting semua kerja adalah sukar...'manakan dapat sagu kalau royong tidak dipecahkan. Punca kejayaan adalah bermula dari usaha, kerja keras dan kesabaran. Kalau tiada ciri tersebut, ke manapun tidak akan membuahkan hasil. Rezeki tidak akan datang ke riba, harta tidak akan datang bergolek, kekayaan tidak akan dapat dicekup jika hanya bergoyang kaki, bersila membaca doa mentera, berkhayal tanpa tindakan.

Monday, March 16, 2009

Untuk tatapan Husna, Ilmi & Ija di perantauan










Bauhulu kuih traditional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang beramah semakin erat

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja sahari
Raja rupawan di atas takhta
Memerintah barang sehari

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yg satu
Mula berkenal diikuti bertunang
Di atas pelamin sama bersatu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Ayam dara di buat gulai
Bungkus bekalan letak di sermbi
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan duniawi ukhrawi

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati

Sunday, March 15, 2009

TApak TAnganMu ku Teliti



Jumaat 13 Mac di Denso, Bangi, peluang untuk diagnos tapak tangan para warga denso yang ramai itu mendapat sambutan baik. Membantu team dalam memperkenalkan produk halal HPA begitu memberangsangkan. Begitu rama insan ini yang perlukan seseorang untuk membuat luahan rasa terutama berkait dengan masalah kesihatan. Begitu suci tugas doktor jika dikaitkan dengan ibadah.Tafsiran daripada diagnostik tersebut, yang kami diberi pendedahn, sekurang-kurangnya boleh mengetahui beberapa penyakit yang kita sendiri, keluarga kita alami. Masalah yang berhubung kait dengan usus, buah pinggang, tetulang, keadaan darah boleh ditelah dengan izin Allah. Bandingkan warna, bentuk, tapak tangan orang dewasa dengan bayi, jauh bezanya?. Misalnya adanya tompok-tompok putih di telapak tangan menandakan angin, Garis-garis yang lebih gelap, menandakan stress, Jari telunjuk yang membengkok (tidak Lurus) mungkin ada kaitan dengan masalah jantung......JOM join PBC HPA untuk mengetahui lebih lanjut tentang diagnos tapak tangan, anak mata dan lidah di samping dapat mengetahui alternatif penawarnya.

Thursday, March 12, 2009

ANTARA foto-foto di Negeri Bawah Bayu




Jeselton...nama Kota Kinabalu dahulu, Kini Kota Kinabalu membangun begitu pesat, Bangunan-bangunan pencakar langit yang indah dan nampak mengagumkan. Lapangan terbangnya adalah antara yang tercantik, dan moden selepas KLIA. Perubahan fizikal sungguh ketara, perubahan kualiti insan belum diketahui, namun begitu, berhenti solat jumaat di Masjid Kundasang, penuh dengan muslimun. Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib bertugas sungguh memberangsang dan boleh mengetuk pintu hati bagi mereka yang mempunyai mata hati, telinga teliti untuk meneliti....jauh berbanding dengan beberapa tahun lalu, ketika pertama kali menjengah di kawasan tersebut... semoga penduduk di sana terus menerima hidayah dan barakah. Abaikan pemandangan di sepanjang jalan yang banyak bangunan gereja berbanding dengan masjid?????

Seminar MLM syariah anjuran HPA Industries sdn bhd






9hb Mac 2009, sekali lagi mengisi masa dengan menghadiri seminar perniagaan, di Dewan Besar LTH Kuala Lumpur. Dewan permai itu penuh sesak dengan peserta sehingga tidak cukup tempat duduk--masyaAllah.Sekurang-kurangnya ilmu yang didapati, insyaAllah dapat memberi garispanduan sebelum terjun ke dalam dunia perniagaan. Pengertian hadis "8/9 punca pendapatan berpunca dari perniagaan"memberi semangat untuk insan ini mencuba-cuba dalam bidang ini.

Antara lain dapatan dari pengisian seminar ialah:

* Mengetahui prinsip-prinsip utama mlm syariah
* mengetahui ciri-ciri mlm syariah
* Prinsip yuran keahlian, dan pemberian bonus
* Larangan-larangan syarak dalam jual beli/perniagaan
* Akad jual beli dalam fiqah Islam
* Kaedah penentuan harga produk mengikut syariat
* Perbezaan antara mlm, skim piramid dan money game
* dan banyak lagi yang berkaitan etika pengedaran, dan pemasaran

Monday, March 9, 2009

Bunga-bunga di kaki KINABALU



5 -7 Mac 2009, kesempatan kali ketiga di negeri bawah bayu tersebut, dapat melihat pembangunan fizikal Kota Kinabalu yang begitu pesat membangun. Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang baru kira-kira enam bulan beroperasi dilihat sebagai bandara( Bandar Udara - Bahasa Indon) yang moden dan indah. Gambaran mata kasar, dilihat bandara KKIA sebagai yang kedua cantik dan canggih selepas bandara KLIA. Namun begitu lawatan di luar musim cuti persekolahan, KK dan destinasi pelancongan lain di Sabah kedapatan agak sepi.

Program Bijak Cemerlang(PBC) bersama HPA





Pada 28 Feb/1Mac 2009 yang lalu, selepas setahun empat bulan, menyepi tanpa mengikuti sebarang kursus secara intensif selepas persaraan, program keilmuan selama dua hari di Hotel Residence, UNITEN yang dihayati ini, membugar semula rasa tanggungjawab untuk menggunakan dan menyebarluaskan produk halal dan toyyiban. Pendedahan diagnostik melalui tapak tangan, anak mata dan lidah merupakan sesuatu dapatan ilmu yang menyeronokkan. Tafsiran daripada diagnostik tersebut, yang kami diberi pendedahn, sekurang-kurangnya boleh mengetahui beberapa penyakit yang kita sendiri, keluarga kita alami. Masalah yang berhubung kait dengan usus, buah pinggang, tetulang, keadaan darah boleh ditelah dengan izin Allah. Bandingkan warna, bentuk, tapak tangan orang dewasa dengan bayi, jauh bezanya?. Misalnya adanya tompok-tompok putih di telapak tangan menandakan angin, Garis-garis yang lebih gelap, menandakan stress, Jari telunjuk yang membengkok (tidak Lurus) mungkin ada kaitan dengan masalah jantung......JOM join PBC untuk mengetahui lebih banyak simpton penyakit dan cara alternatif untuk merawatnya. Produk HPA pula menyediakan sumber untuk membantu mengubatinya.
Pengisian kursus dalam bentuk LDK (Latihan dalam kumpulan) juga menarik dan membuatkan semua peserta aktif mengambil bahagian di samping dapat memahami semua kuliah yang diberikan. Kumpulan kami yang diberikan nama ’Cantella White’ oleh pihak penganjur dengan motto ’Anggun Sokmo” menjuarai persembahan dalam kursus tersebut. Alhamdulillah, tak sangka juga pesara yang sudah tua bangka ini, diberi mandat untuk memimpin kumpulannya, berjaya membawa kumpulan beliau sebagai kumpulan terbaik. Program qiamulail dan kuliah subuh dan senaman pernafasan sebelum sarapan menjadikan pengisian kursus yang dianjurkan oleh HPA adalah holistik. Hakikatnya semua program mingguan, bulanan dan apa sahaja ilmu perawatan dalam perubatan HPA seperti bekam, akupuntur, kiropraktik, urut refleksologi dan urutan limfatik yang dihadiri memberikan kita ilmu untuk menafaat diri dan orang lain.

Radix kopi yang berasaskan tujuh herba lebih baik diminum berbanding minuman yang berasaskan kopi yang lain. Satu dapatan, untuk mendapatkan anak lelaki disarankan minumlah radix kopi selalu!. Radix Fried Chicken yang akan membuka cawangan ketiganya di BBBangi tidak lama lagi, mungkin dapat menyaingi KFC. Koperasi HPA yang ditawarkan kepada ahli dengan janji pulangan dividen yang meyakinkin, perlu dikongsi dan memerlukan keterlibatan ramai orang...Jomlah ambil borang dan melabur dalam HPA.

*******KDP - Kursus dalam Perkhidmatan vs Kursus dalam Persaraan*******

Ini Adalah entry yang ke-100....




Hari terakhir bulan Februari dan hari Pertama Bulan Mac 2009( 28/2 -1/3) boleh dicatat sebagai hari ini dalam sejarah dalam hidup ini, kerana dapat turut serta dalam majlis ilmu berkaitan dengan produk & pemasaran produk jenama HPA (Herba Perubatan Al-Wahida), kini dijenama semula dengan Perubatan Jawi. Pengasas perubatan JAWI, ialah Tn Haji Ismail bin Ahmad. Beliau juga Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd, merupakan usahawan berjaya. Produk jenama HPA telah menghasilkan 188 produk di pasaran. Peniagaan yang berasaskan MLM syariah ini , mempunyai modal, kapital, pasaran produk secara tunai dan sesungguhnya beliau kini adalah USJUWAN (usahawan+jutawan) yang berjaya. Jatuh bangun usaha beliau yang gigih menjangkau puluhan tahun perlu dicontohi dan dijadikan teladan. Untuk mencapai kejayaan sesungguhnya tiada jalan pintas. Beliau yang berkelulusan Bidang Kajian Botanikal UPM,yg dilahirkan 45 tahun dulu merupakan generasi ke 3 pewaris perubatan herba. Seawal usia 6 tahun mengikuti datuknya yang berusia 100 tahun ketika itu, mendaki Gunung Jerai untuk mendapatkan sumber herba. Koleksi artikel dalam blognya jawimedherb untuk ahli-ahli hpa, boleh dijadikan rujukan untuk perubatan alternatif secara Islam.

Perubtan JAWI merupakan perubatan holistik yang menggabungkan sumber utama Alamiah dan Ilahiyah. Perubatan ini berasas kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat peyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii(Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar jadi pegangan. JAWI adalah akronim dari huruf J – Jejawi ( Lokasi kelahiran pengasasnya di Perlis), A – Alamiah( sumber alami sebagai sumber herba), W – wathan ( sumber tempatan di mana penyakit itu dijangkati, Manakala huruh I – Ilahiyah ( ketuhanan – sumber Al Quran dan As-Sunah)……..bersambung

Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul - 9 Mac/12 Rabiul Awwal 1430H


Sirah kehangatan perjuangan Rasul perlu diteladani,membelah debu pasir mengharung ribut pusing yang panas terik,berhempas pulas bagi mengembalikan tujuan kehidupan di dunia walaupun sesempit ruang batas waktu yang boleh dihitung masa dan detiknya.Inilah Insan Rasul terakhir yang menjadi sanjungan pada mereka yang terbuka matahati,terpaku cinta yang tidak berbelah bahagi,untuk kehidupan yang harmonis duniawi dan ukhrawi.Dia kaya ditengah-tengah orang kaya,tidak memerlukan baki pada dunia,seadanya dan miskin dikalangan orang miskin namun tidak pernah meminta pada makhluk,bukan sebagai pemburu buih-buih dunia yang hampa.

Biarkan semua orang bercuti kerana menyambut hari mauludmu tapi aku akan terus bekerja kerana menyambut seruanmu.Aku bersalawat dan mengingati Rasul ditengah medan yang sedang sengit berjuang dan bersalawatlah kalian di masjid dan surau nanti selesai, makan dan minumlah dari bingkisan halal kirimanku itu.Medan berkata-kata tak sama dengan medan beramal lantaran itu lebih ramai memilih untuk menjadi pemidato dari manjadi dai produk halal.
Ya..Allah saksikanlah perjuanganku ini adalah bunga cintaku pada Rasulmu.Salawat dan salam untuk Rasul pilihan dan segenap tubuhku menyaksikan kecintaan ini yang tidak akan padam padam.
Marilah teman,kita nyalakan api yang telah padam miskipun kekadang kaki tersadung batu dan duri tajam.Miskipun kau merangkak teruskan perjalanan kegarisan , di sana menanti sebuah senyuman dari Rasul pilihan yang sentiasa berdoa untuk kau gagah melangkah dan terus melangkah.Doakan aku juga tidak gugur dipertengah jalan.Amin Ya Rab.

Monday, March 2, 2009

KEJAYAAN ANAK-ANAK - KEBANGGAAN IBU BAPA




ANAK-ANAK adalah hiasan dan ujian dalam kehidupan dunia!

Mereka merupakan anugerah Allah kepada manusia, menjadi pendamai dan penglipur lara. Mereka ibarat bunga dalam kehidupan dunia..seperti Surah Ali Imran ayat 14:

'Dihiasai dalam diri manusianrasa kecintaan yang besar terhadap wanita, anak-anak, harta benda yang banyak berupa emas dan perak,kuda terlatih,binatang ternaki dan tanah ladang. Inilah perhiasan dalam kehidupan dunia. Dan Allah adalah sebaik-baik tempat kembali'. Penegasan perkara yang sama juga dipaparkan dalam ayat Al Quraan Surah Al-Kahfi 46. bermaksud
'Harta dan anak-anak itu adalah hiasan kehidupan dunia, segala amalan yang baik yang dibuat adalah lebih baik di sisi Allah dari segi pahalanya dan lebih baik dari segi harapannya'

Satu peringatan Allah tentang anak-anak yang perlu dijadikan ingatan adalah seperti penegasan dalam Hadis riwayat Bukhari @Muslim dan Termizi dari Hudzaifah bermaksud:

"Fitnah (ujian bagi)sesorang itu terdapat pada isteri,harta, anak, dirinya dan tetangganya. Itu dapat dihindari dengan berpuasa, solat, sedekah, melakukan amal ma'ruf nahi mungkar".

Dalil daripada beberapa surah Al Quran dan hadis tadi, sudah lengkap menjadi amalan kita seharian. Semoga semua anak-anakku yang telah berjaya dalam tahap pertama ujian keduniaan pembelajaran mereka dapat menjadikan Al Quran dan Al Snunah dalam memenifestasi kehidupan di dunia yang sementara ini. Ingatlah kehidupan abadi ialah kehidupan selepas mati!!!