Tuesday, February 16, 2010

FAMILI DOKTOR -Cukup susah nak berkumpul bersama


"Housemanship/Internship training in this hospital is extremely harsh, inhumane and border on physical and mental torture. Each houseman (depending on department) is expected to work 7 days a week. On weekdays, they are working from 7 am to 11 pm in the surgical department, while if they are on call, they are expected to work from 7am to 5pm the next day, without any rest in between. During weekends, they work from 7 am to at least 1 pm. Each houseman can expect from 10 to 13 calls a month depending on the number of housemen available. Housemen are also exposed to constant put downs from their seniors; though this trend is on the decline, it is still prevalent in certain departments. There are no off days, except 20 days a year (including weekends) which are subject to approval (and therefore can be recalled at any time)"

Cuti panjang, seperti 4 hari cuti am sempena sambutan Tahun Baru Cina.... sepatutnya boleh digunakan untuk merapatkan silaturrahm kekeluargaan. Boleh berkumpul bersama, bercerita antara satu sama lain. Malang sekali, realiti pekerjaan sebagai "Doktor" "merampas" ikatan itu.

Petikan di atas menceritakan pengalaman seorang doktor..khususnya doktor pelatih. Ini jugalah yang berlaku dalam keluargaku. Seorang anakku on Call di Hospital PJ, seoang anak lagi on call di Hospital, di Kelang, seorang lagi di Hospital Kuantan. Hanya seorang anak lagi kebetulan dapat bercuti bersama keluarganya dan dapat turut serta dalam majlis perkahwinan, keluarga mentuanya. Balik kampung pula, kesian melihat anak saudara yang kesepian,bila mana isterinya on call di Hospital Temerloh.Dahlah berumahtangga di hujung minggu sahaja, tiba-tiba jarang pula boleh berada di rumah sebab tempat kerja masing-masing suami isteri yang berjauhan.

Friday, February 5, 2010

Hari pertama melapor diri - doktor yang tergores dan terhiris


Kereta yang dipenuhi barang=barang keperluan terpaksa berulang alik dibawa pergi dan kembali,kerana masalah tempat tinggal.. Penyelia asrama yang tidak mesra pelanggan, menggores perasaan. Sewajarnya beliau patut mencari seberapa banyak kebajikan dengan menolong dan membantu pelanggan. Hari pertama melapor diri penuh dengan catatan pahit. Semangat berkobar-kobar untuk mencebur diri dalam kerjaya mencabar ini, mula pudar. Surat panjang lebar ini terpaksa dibuat untuk mendapatkan tempat tinggal di hospital. Jika tidak kesampaian...surat ini pasti meluah rasa di media massa?
Nama & Alamat
Tarikh : 4 hb Januari 2010
Pengarah,
Hospital .........................

Per: Rayuan Permohonan untuk tinggal di Kediaman Doktor Hospital.........

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Ucapan terima kasih kepada KKM kerana menempatkan saya untuk menjalani latihan kedoktoran di H..., walaupun pilihan saya untuk ditempatkan di Hospital berhampiran rumah, bagi mengelakkan kesukaran mencari tempat penginapan tidak dapat dipenuhi.

3. Saya dengan penuh takzim dan harapan yang amat tinggi memohon agar saya diberi izin untuk tinggal di kawasan kediaman H..... atas sebab-sebab berikut:

Jarak Rumah saya di K...... dengan H.... adalah jauh, kos tol yang tinggi adalah kurang selesa untuk berulang alik setiap hari. Tambahan pula saya tiada kenderaan sendiri.

Sepanjang perjalanan yang sesak dengan traffic, mendatangkan keadaan tertekan, keletihan dan boleh menjejaskan masa kesampaian untuk memenuhi masa jam bekerja.

Pengalaman rakan-rakan senior dan kakak sendiri yang menjalani masa ‘houseman ship’ terutamanya masa ‘tagging’ yang tidak tentu masa atau waktu sama ada malam atau siang, sesungguhnya memerlukan tempat tinggal yang berhampiran dengan hospital untuk mengelakkan kelalaian, menjamin keselamatan diri dan mengurangkan keadaan yang amat meletihkan.

Pada awal kerjaya, adalah tidak elok saya terus bergantung kepada orang tua untuk mendapatkan duit poket dan belanja hidup harian untuk mencari rumah penginapan di luar hospital yang semestinya memerlukan belanja yang agak tinggi untuk sewaan dan peralatan rumah yang seadanya untuk tempat tinggal. Memadailah sepanjang lima tahun saya belajar untuk mengejar cita-cita menjadi doktor, mengharapkan bantuan harian dari orang tua, kerana saya tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak, kecuali saya mendapat pinjaman JPA untuk ‘yuran pengajian sahaja’.

Permulaan menjadi seorang doktor, dengan semangat yang berkobar untuk menambah ilmu dan kemahiran, untuk berbakti kerana kemanusiaan dan kabajikan seharusnya seiring dengan dorongan dan sedikit rasa kemanusiaan, oleh para staf dan majikan sekurang-kurang dengan senyuman dan layanan mesra, di samping yang paling penting menyediakan tempat penginapan awal kepada staf baru yang baru bermula untuk hidup dan bekerjaya cemerlang.

Sesungguhnya, monolog dan catatan memori menggembirakan dan menyeronokkan pada awal kerjaya oleh setiap diri insan yang fitrahnya memerlukan sedikit kepekaan dan keperhatinan majikan untuk membantu melegakan dan melapangkan sesorang pekerja baru adalah dorongan dan bantuan yang amat mengembirakan. Ia menjadi dorongan kepada orang lain untuk terus berebut dan bersaing untuk menjadi doktor yang banyak cabaran itu. Mengurangkan dan melegakan sesorang dalam kesusahan dan kesakitan merupakan satu kebajikan yang natijah kebaikannya kembali kepada yang memberi/merawat dengan Izin Ilahi.

Sekian, sekali lagi saya amat berharap agar permohonan saya untuk menginap di perumahan dalam kawasan Hospital... diluluskan. Kerjasama dan bantuan pihak tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Satu Malaysia - Rakyat didahulukan - pencapaian diutamakan
Visi Hospital.. - Bersama direalisasikan - perkhidmatan terbaik diutamakan.

Yang benar

'''''''''''

Belajar nak LULUS periksa???Lupa nak jadi DOKTOR!!!


Dari laporan mereka sepanjang masa belajar medic, tak putus dengar keluhan mereka, nak pulun baca buku-buku tebal, nak ingat banyak benda, nak hafal seribu macam perkara. Masing-masing kecut perut bila nak periksa... takut tak lulus, takut nak ulang semula periksa, takut tambah waktu belajar. Satu keluarga terheret sama dengan debaran kencang untuk hadapi ujian. Semua kecut perut, sama-sama merasakan debarannya bila keputusan nak keluar. Adakah student2 medic ini EXAM ORIENTED? Belajar hanya untuk lulus sahaja…ye, memang belajar untuk lulus. Dah kerja nanti lain pula cerita. Lagi banyak perkara kena belajar. Lagi Kecut perut untuk hadapi penilaian masa 'tagging' atau 'ragging'?? Memangpun belajar teori tak sama dengan realiti.

Saturday, January 23, 2010

DOKTOR belajar macamana?



Ada otak kiri ada otak kanan
Manipulasi keduanya secara optima
Jangan lupa petunjuk jalan
Mukjizat Al-Quran yang paling utama.

Buku bertimbun tebal-tebal belaka
Apa upaya mesti baca pula
Banyak baca, banyak pula lupa
KITAB yang aula tidak dibaca

Baca Buku, pastikan baca Al-Quran
Pengisian nur kalbu yang seimbang
Fahami buku, fahami Al-Quran,
Ingatan subur, minda berkembang.

Manusia banyak lupa, mukjizat sepanjang jalan -AL Quranul Karim. Ia mukjizat, sesiapa yang membacanya sahaja InsyaAllah, mendapat barakah dan hidayah, mentadbur dan memahaminya,InsyaAllah dapat menyucikan jiwa. Jiwa yang jernih suci dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca. Mengamal apa yang diperintahkan, insyaAllah insan itu membantu menegakkan syariatNya di muka bumi. Sesungguhnya Allah pasti membantu mereka yang mambantu AGAMANYA. Oleh itu, di mana sahaja kita berada,kitab suci jangan dilupakan untuk dibaca, untuk dipraktik, untuk mengajak orang lain bersama membacanya. Boleh dikatakan, sesungguhnya kita menzalimi diri kita, kerana sanggup membaca bertimbun-timbun buku tebal sekadar untuk lulus periksa..nak jadi itu dan ini tetapi kita abai dan lupakan SEBUAH BUKU tebal yang berupa MUKJIZAT. Gunakanlah MUKJIZAT ini untuk menjadi penyuluh kehidupan sepanjang hayat.

Wednesday, January 20, 2010

Doa DIRI, doa IBU BAPA, doa KELuARGA




Secara zahir anak-anak atau sesiapa saja yang berada jauh secara ruang fizikalnya boleh kita hubungi dengan menggunakan telekomunikasi canggih yang ada kini. Sebanyak kesempatan gunakan untuk memberi kata-kata perangang dan nasihat.
Sesungguhnya hubungan roh secara spritualnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Melalui Kuasa dan KekuatanNYA sahaja kita boleh memohon DOA dan PENGHARAPAN. KEYAKINAN tuntas dariNYA perlu diberi sandaran yang Total. Bayangan muka dan jasad, mereka yang jauh, InsyaAllah kita bersama mereka sepanjang masa. Oleh itu amalan DOA adalah satu kewajipan yang perlu diamalkan selalu.

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia atau baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Antara amalan-amalan doa yang banyak ditulis dalam buku-buku yang boleh dijadikan rujukan antaranya seperti berikut:
1. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
2. Bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
3. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
4. Doa pelembut hati - Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca
5. Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Sunday, January 17, 2010

Kenapa Doktor?? belajar SABAR



Hilang kepenatan apabila menggapai rasa kepuasan...walaupun sebelumnya melalui liku-liku keperitan dan kesukaran apabila apa yang dicita-citakan tercapai. Fitrahnya,fisiologi insan memerlukan ruang untuk dibelai dan dimanja,,,namun itu semua perlu dinyah jauh. Belajar Medic dan juga bidang-bidang lain bukan senang..bertimbun buku-buku tebal untuk dibaca dan difahami. Berjuta-juta istilah dan konsep perlu diingati..sanggupkah? Lima hingga tujuh tahun rutin yang sama dihadapi...hujung semesta atau penghabisan blok pengajian- pasti menggelabah dan menggeletar untuk menghadapi ujian/peperiksaan. Seluruh keluarga ditarik untuk simpati dan empati..khususnya siibu. Memang sedih tak terkata..apabila setiap kali menjelang peperiksaan ..anak-anak memohon restu untuk iringi doa kejayaan mereka. Memohon keampunan dan kehalalan atas setiap apa kesalahan dan apa sahaja yang dimakan.
Doa memang pasti sering dilakukan untuk kejayaan anak-anak, tetapi yang paling penting hubungan roh yang jauh yang perlu didekatkan? Bagaimana? Bagaimana nak sentiasa dekati E yang jauh di Scotland, nak dekati D yang jauh di Dublin, nak dekati F di Sheffield nak dekati H di sebarang Laut tanah gempa Jogja dan nak dekati I, di tanah subur gersang di Jordan?
Macamana nak realisasikan kata ungkapan...'jauh di mata tapi dekat di hati?

Monday, January 11, 2010

Ku REDHAI Anak-anakku DOKTOR

Berkerjaya doktor..seorang, dua orang, tiga orang dan kini empat orang bukanlah mudah yang disangka. Alhamdulillah mereka memilih kerjaya yang lebih kepada kebajikan untuk melegakan orang lain, dari satu sudut, tetapi mengenepikan keperluan sendiri dan famili. Redha dan mencari redhaNYA itulah yang hakiki. Liku-liku perjalanan kehidupan mereka tidak pernah dikongsi bersama. Bila ditanya kenapa? semuanya menjawab dengan jawapan yang sama. Dari anak pertama sehinggalah keempat...tiada masa santai untuk mencatat segala memori,mengenyah albumkan segala liku-liku kehidupan untuk dikongsi bersama. Mengumpul dengan sabar segala keluhan dan luahan hati mereka, kini ibu mereka cuba untuk memaparkan kisah mereka untuk dikongsi bersama...moga-moga yang baik itu jadi pengajaran dan yang buruk itu jadi sempadan.


Alhamdulillah anak-anak comel ini telah berjaya mencapai cita-cita masing- masing untuk menjadi doktor perubatan, setelah mereka menamatkan pengajian..

Gersangnya pantai tanpa air membasahi,
Indahnya pantai,tumpuan mandi-mandian,
Gersangnya hati tanpa NUR Ilahi,
Indahnya kehidupan,bila ingati kematian.