Sunday, March 14, 2010

KERJAYA bahagia - Jika temui JALAN PULANG

Kerjaya apa sahaja- akan rasa bahagia,
Jika jalan pulang ditemui @ diikuti,
hidup bermusafir ini bukan utk bersukaria,
Ingat,kita menuju hidup abadi, selepas mati.

Kehidupan, pasti penyudahnya kematian,
Syurga atau neraka adalah balasan
Apa bekalan, sebagai persediaan
Ingat lima perkara sebagai bekalan.

” Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datangnya LIMA PERKARA.
Pertama : masa sihat sebelum sakit.
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat : masa mudamu sebelum datang masa tua dan
kelima : masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

awal tugas MO alami proses TAGGING - ragging lagi berat.

Kini,Doktor F yang baru menamatkan housemanshipnya, telah diterima manjadi MO Alhamdulillah, begitu sukar nak dihubungi dan bertanya khabar. Mesej yang dikirim dan dibalas balik dijawab dalam masa 'tertunda' agak panjang. Keluhan Dr F dicatatkan untuk memori dan iktibar bersama.
Kelewatan menerima tempat posting, menyukarkan untuk mencari tempat kediaman. Bertambah dugaan, bila suami bertugas jauh dan berjumpa hujung minggu aje, jika tiada tugasan atau on call. Cuti hujung minggu yang tidak sama antara dua negeri walaupun bersempadan menyulitkan lagi senario untuk memulakan kehidupan berdikari berkeluarga. Seorang cuti hari Jumaat, seorang lagi bekerja, bila kawanni cuti hari Ahad, pasangan ni pula bertugas pada haritu. Keadaan anak camana? itupun baru seorang!!. Bagaimanakah untuk menjadikan ruang kerjaya yang cemerlang, di samping suri rumah tangga yang gemilang??? Ingatkan bermulanya jawatan MO, boleh mengharapkan masa yang lebih sedikit bersama keluarga. Huh, nampaknya keadaan amat terbalik dan menyulitkan, kalau dulu masa tagging houseman selama se/dua minggu untuk setiap kali roration sesauatu department, kini diberi tempoh selama 3 bulan. Walaupun pada hakikatnya arahan tagging itu bagus untuk persiap diri sebagai doktor mahir dalam penempatan beliau...tetapi itu adalah satu kezaliman kepada pekerja. Patutlah kerjaya doktor banyak yang kosong di hospital awam ,,,pesti banyak yang cabut lari.. kerana doktor, terutama doktor wanita bijak memilih mana keutamaan yang patut didahulukan. Yang bekeluarga sudah tentulah keluarga dahulu yang perlu diutamakan. JOM ramai ramai cabut lari..Mai sama-sama kumpul duit, bayar aje- bayaran biasiswa/pinjaman tu. ramai-ramai kongsi bina dan wujudkan tempat kerja sendiri bagi membolehkan menyumbang kepakaran kepada agama, masyarakat dan negara.

Saturday, February 27, 2010

Hati-hatilah selepas ON-Call Wahai doktor

Hari ini - Sabtu tengahari... dapat khatbar berita yang kurang menyenangkan. Dr H accident dengan kereta barunya..belum lagi buat bayar ansuran pertama dan belum ada masa dan kesempatan lagi untuk lalui servis keretanya yang pertama. Kenapa? dalam benakni mesti nak kaitkan dengan on- callnya. Hari Jumaat - Cuti Maulidurrasul.. tapi bagi doktor mana ada istilah cuti. Dr H terpaksa on call sebelah malamnya (malam sabtu) ...selepas semalamam berjaga buat wad pula paginya dan tengahari bercadang nak balik ke rumah. Dalam keadaan keletihan dan mengantuk itulah agaknya beliau telah melanggar kereta orang lain.. terpaksa selesai dan urus sendiri segala-galanya. Tiada siapa untuk mengadu dan bertanya. nak tanya ibu..tentulah tak tau ape..lagi pun jauh untuk memanggilnya datang. Tanya si ayah biasalah.. semuanya kena selesaikan sendiri. SABARLAH dr H. Itulah kehidupan, memang banyak pancaroba yang perlu dilalui dan dipelajari.

Saturday, February 20, 2010

TAHNIAH dan SYABAS bekerjaya DOKTOR


Allah SWT telah menentukan pelbagai jenis pekerjaan untuk menyediakan hambaNya sebagai khalifahNya yang dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang di muka bumi fana ini. Pelbagai penyakit dan penyembuhnya yang bersesuaian dan serasi adalah sunahtullah untuk manusia bersyukur dan memikirkan tentang keagungan Penciptanya.

Terimalah hakikat, bahawa kesukaran menjalankan tugas semasa ‘houseman’ atau on- call, di sebaliknya mempunyai hikmah yang besar…iaitu untuk menyediakan anda seorang doktor yang dapat mengaplikasi segala ilmu yang dipelajari, berkemahiran, kental, berpengalaman, bijak mengurus diri dan pelanggan, belajar bertawakal, percaya kepada pertolongan Allah. Sebagai pegawai di barisan hadapan untuk mengahadapi pelbagai kerencaman penyakit dan pesakit persediaan itu amat penting untuk dilalui. Belajar untuk rasa bertanggungjawab terhadap pesakit.Jadikanlah kerjaya doktor sebagai satu IBADAH. Serta percayalah setiap penyakit ada ubat penawarnya. Anda sebagai doktor membantu untuk mencarikan penawar itu.

“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.” (QS. Al Israa’:82)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim
Islam telah menetapkan satu prinsip yang jelas berkaitan sesuatu kerja yang boleh dikategorikan sebagai ibadat. Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa setiap pekerjaan itu hendaklah menepati ciri-ciri berikut iatu:

1. Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah;

2. Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T;

3. Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh dan tidak memudaratkan; dan

4. Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah S.W.T. seperti solat, puasa dan sebagainya.

Dalam memenuhi syarat untuk menjadikan kerja sebagai satu ibadat seterusnya ialah setiap pekerjaan perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerja yang dilakukan dapat memenuhi kehendak pelanggan dan dapat meningkatkan produktiviti serta memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.
Setiap pekerja perlu berusaha dengan sebaik mungkin dan sedia menghadapi segala karenah dengan bersikap sabar, tekun, berwawasan dan seumpamanya. Adalah merupakan satu kesalahan jika kerja yang diamanahkan dibuat sambil lewa. Islam begitu tegas berkaitan kerja secara bersungguh-sungguh ini sehingga dijelaskan oleh Nabi S.A.W :
"Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang di antara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh"(Riwayat At-Tabrani)

Doktor CUAK nak ON-CALL



Anak pertama Dr E, sehingga sekarang masih telefon dan mohon restu ibunya, apabila ada on-call, Dr D dan Dr F juga begitu, adiknya Dr H yang masih baru dalam menjalani ‘houseman’ juga sering diingatkan supaya sentiasa bersedia dari segi ilmu, jasmani dan rohani serta yang paling penting kesihatan yang baik dan stabil. Mereka takut dan berdebar-debar jika datang kes-kes acute atau pelik yang mereka masih belum mahir. Takut kena marah oleh MO dan doktor pakar on-call.
Perlu mendapat pertimbangan sewajarnya, terutama daripada yang berwajib, ialah tentang mandat masa untuk berihat sekurang-kurangnya 4 jam sehari ada keadilannya bagi semua pekerja. Ia amat penting untuk kesejahteraan diri dan pelanggan khususnya pesakit di hospital. Adakah mandat masa rehat 4 jam ini diperolehi, terutamanya oleh doktor-doktor yang on-call?. Sumber daripada anak-anak doktor, tentang masa on-call dapat dinukilkan kembali seperti berikut;
Pada hari biasa, on-call bermula dari 5ptg ke 8pagi esoknya, selama 15 jam. Hujung minggu pula dari 8pagi hingga 8pagi keesokannya selama 24jam. Yang paling kesihan, ialah selepas kena on-call, terpaksa sambung kerja seperti biasa… Bayangkan mereka bekerja Hari Isnin 8pg hingga 5ptg, sambung on-call hingga 8pg Selasa. Kemudian anda tetap sambung kerja hari Selasa 8pg hingga 5ptg. Jumlah keseluruhannya mereka bekerja 33jam berturut-turut tanpa henti. Malah ada yang lagi teruk, bila on-call EOD(every other day). Kiranya Selasa petang balik, Rabu esoknya tu on-call lagi, Khamis petang baru balik rumah.Bayangkan cara tempoh bekerja yang TANPA REHAT itu bukan sahaja telah melanggar etika Peraturan Pekerjaan, malah melanggar fitrah kemanusiaan. Alah SWT telah menjadikan malam untuk berihat, dan mencari kekuatan baru untuk menyambung tugas pada hari berikutnya, jika nikmat umur masih dikurniakan dengan lebih baik dan sempurna. KURANG TIDUR DAN REHAT pasti menyebabkan badan jadi lesu, fikiran buntu, kepastian menjadi celaru,mood dah tak menentu, tekanan dah memuncak. Bolehkah sesorang itu boleh bertindak secara rasional, benar dan meyakinkan?

Wednesday, February 17, 2010

Tagging!!! - Ragging??? aduHAI DOKTOR


Penulis bukanlah Doktor, namun penulis memahami kepayahan Doktor-Doktor di hospital kerajaan terutamanya apabila menjadi tempat luahan rasa, dan topik sembang-sembang apabila ber"SMS", bertelefon atau ketika berjumpa dengan anak-anak walaupun dalam masa yang amat singkat.
Anak ketiga yang akan menghabiskan "houseman" beliau selama dua tahun dalam beberapa minggu ini InsyaAllah, dapat merasakan betapa kencangnya debaran beliau untuk menunggu di mana hospital atau KK yang akan ditempatkan. Dahlah bersuami hanya di hujung minggu, ada anak kecil lagi...jika di tempatkan di lokasi yang jauh..bertambah terseksalah Dr F. Makin susut dan kurus keringlah nampaknya.

Anak Keempat Dr H...yang baru sebulan setengah memulakan "houseman" beliau, dah nampak fizikal badannya mula susut.. dah minta belikan pakaian... bersaiz semakin kecil...kesiannya, kesiannya. Masa tagging...agaknya ragging kot, sehingga tak terurus diri...begitu tertekan, terseksa, terlalu kepenatan. Bekerja 48 Jam tanpa henti Bermula kerja 7.00pagi, tetapi pukul 6.30 pagi dah berada di wad. Sepatutnya, pukul 5petang dah berhenti tetapi terus bekerja tanpa henti sehingga 11 malam. 3 minggu masa tagging kena solat maghrib jama' ta'akhir dengan Isyak. Sebab doktor pakar round kol 6.30 ptg. Tak mau miss pengalaman dan pembelajaran terpaksalah ikut doktor pakartu. Doktor yang bukan muslim, mana tau waktu fardhu untuk solat!!.Selepas habis tagging...itupun kalau lulus penilaian....kena ON-Call dari 5.00petang hingga 8.00pagi keesokannya, Kemudian sambung lagi sehingga 5pm atau 6pm.

Tiada masa untuk makan, Tiada masa untuk baring meluruskan kaki, dan tiada masa untuk membaca akhbar, malah nak buka e mail dan melayar facebook jauh sekali sebenarnya. Kadang-kadang dr H mengadu, perut keroncong- menahan kelaparan. Kadang-kadang jika ada kesempatan cari makan di pantri hospital. Kesiannya...patutlah badan jadi kurus kering. Tiadake perkhidmatan menyediakan makanan untuk dr on call di hospital. Fasal Elaun on call, berpadake dengan elaun hanya RM100 sehari, pada hari bekerja dan RM110 pada hari cuti umum. Pensyarah jemputan di sekolahpun, dibayar RM100 sejam tu, kira bayaran yang paling minimum.Dr H yang melarikan diri sebentar selepas raund wad, selepas on call, dah mengeluh, kaki dah terasa kebas-kebas. Apa tidaknya, jika makanan tak terurus, kebarangkalian untuk mendapat penyakit adalah tinggi..sebab penyakit adalah berpunca dari apa yang masuk dalam perut...

Patutlah doktor sendiri menjadi " Pesakit yang paling teruk"???
.

Tuesday, February 16, 2010

FAMILI DOKTOR -Cukup susah nak berkumpul bersama


"Housemanship/Internship training in this hospital is extremely harsh, inhumane and border on physical and mental torture. Each houseman (depending on department) is expected to work 7 days a week. On weekdays, they are working from 7 am to 11 pm in the surgical department, while if they are on call, they are expected to work from 7am to 5pm the next day, without any rest in between. During weekends, they work from 7 am to at least 1 pm. Each houseman can expect from 10 to 13 calls a month depending on the number of housemen available. Housemen are also exposed to constant put downs from their seniors; though this trend is on the decline, it is still prevalent in certain departments. There are no off days, except 20 days a year (including weekends) which are subject to approval (and therefore can be recalled at any time)"

Cuti panjang, seperti 4 hari cuti am sempena sambutan Tahun Baru Cina.... sepatutnya boleh digunakan untuk merapatkan silaturrahm kekeluargaan. Boleh berkumpul bersama, bercerita antara satu sama lain. Malang sekali, realiti pekerjaan sebagai "Doktor" "merampas" ikatan itu.

Petikan di atas menceritakan pengalaman seorang doktor..khususnya doktor pelatih. Ini jugalah yang berlaku dalam keluargaku. Seorang anakku on Call di Hospital PJ, seoang anak lagi on call di Hospital, di Kelang, seorang lagi di Hospital Kuantan. Hanya seorang anak lagi kebetulan dapat bercuti bersama keluarganya dan dapat turut serta dalam majlis perkahwinan, keluarga mentuanya. Balik kampung pula, kesian melihat anak saudara yang kesepian,bila mana isterinya on call di Hospital Temerloh.Dahlah berumahtangga di hujung minggu sahaja, tiba-tiba jarang pula boleh berada di rumah sebab tempat kerja masing-masing suami isteri yang berjauhan.