Monday, July 4, 2011
SUJUD ARAH KAABAH dari PELBAGAI ARAH
Pada 9 -18 Jun 2011- ALHAMDULILLAH , dapat sekali lagi menziarahi satu-satunya di dunia tempat barakah ini. Lingkaran bulatan dari pelbagai sisi kaabah samada sisi timur, sisi barat, sisi utara dan selatan di Masjidil Haram, semuanya sujud ke satu arah kiblat iaitu KAABAH. Dalam beberapa saat sahaja Panggilan azan setiap waktu solat dipatuhi, dengan membentuk barisan lurus (sof solat) mengelilingi kaabah. . Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah, solat mesti menghadap ke arahnya. IA hanya merupakan titik rujukan untuk solat.. Kaabah atau kandungannya, BUKANLAH yang disembah. MasyaAllah,melalui kesatuan hati, kesatuan aqidah, kesatuan kepercayaan jutaan manusia akur dan patuh kepada Tuhannya untuk menyatakan ubudiah kepada Allah SWT yang Maha Esa.
Fenomena ini tidak terdapat dalam mana-mana agama di atas muka bumi ini. ISLAM agama sejahtera untuk kebahagian dan keselamatan di dunia dan akhirat, rugilah bagi rakan-rakan yang bukan seagama yang mengengkarinya.
Satu realiti...benar-benar terjadi, di Masjidil Haram, seorang Hamba Allah senegara dan senegeri yang dalam kesebakan air mata dan kebingungan kerana kepanikan tidak dapat memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap persoalan dan hujah isterinya(saudara baru) yang menyamakan orang Islam menyembah batu/berhala seperti agama beliau yang terdahulu. Alhamdulillah, sang suami dengan izin Allah memberikan tazkirah hampir dua jam, berhubung isu yang dipersoalkannya. Semoga kefahaman dan keimanannya dan kita semua tentang ISLAM terus meningkat. Diperturunkan ringkasan jawaban yang diberikan kepada beliau;
1. Kepatuhan Perintah Allah: supaya Solat mengarah ke Kiblat di Masjidil Haram
Surah Al-Baqarah 2:144 bermaksud :
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”
Surah Al-Baqarah 2:149 bermaksud :
“ Ke mana sahaja kamu berjalan, maka hadapkanlah mukamu ke Masjidil Haram(Kaabah). Sesungguhnya yang demkian itu suatu kebenaran dari Tuhanmu. Dan Allah tidak lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan” Penegasan yang sama seperti maksud ayat 150 berikutnya.
2. Islam agama kesatuan. SATU Aqidah SATU arah dan tujuan
Inilah yang uniknya, umat Islam disatukan dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada di dunia ini, disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Berbeda dengan agama lain, mereka mengadap di mana patung sembahan mereka di tempatkan.
3. Penetapan Allah, memilih Mekah sebagai letakan Kaabah, hanya Allah sahaja yang mengetahui, tetapi bukti saintifik menunjukkan bahawa Mekah adalah PUSAT BUMI. Mekah berada di tengah-tengah bumi, dan juga berada di tengah-tengah lapisan langit.
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ bererti ibu bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".
Kajian saintifik dan ilmiah, kajian setelit dan lain-lain menemui dan membuktikan. Kaabah terletak di Tengah Peta Dunia.
4. Pengalaman sendiri, atau mungkin juga pengalaman bagi mereka yang pernah Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan terasa ada daya tarikan untuk berjalan mengelilingi semakin hampir, semakin hampir ke Kaabah . Ini menunjukkan bahawa kaabah adalah satu poin pusat di muka bumi ini.Ada juga yang mengatakan bahawa perbuatan tawaf ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat. Maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.
5. Hadis sahih yang menekankan bukan batu yang disembah
Menurut sahih Bukhari, jilid 2, Kitab Haji, Bab 56, H.No. 675, Umar (r.a.) berkata, “Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi (S.A.W.) menyentuh (dan mencium) kamu, aku tidak akan melakukannya”
6. Kabah di masuki, dibersihkan dan pernah di jadikan tempat melaungkan azan
Keseluruhan kaabah sentiasa dibersihkan, malah Semasa zaman Nabi, ada orang yang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Malah sejadah yang mempunyai gambar kaabah pun ada yang diduduki dan dipijaki. Persoalannya, bagi penganut yang menyembah bahan yang disembah, ia dianggap suci, adalah tidak mungkin bahawa benda yang disembah dipijak-pijak. Sekali lagi ditekankan kaabah, bukanlah benda yang disembah, tetapi ia hanyalah poin arah kesatuan untuk menyembah Allah yang satu. Kaabah adalah rumah Allah? Maknanya ialah bukan Allah tinggal di situ, kerana Allah berada di mana-mana. Anologi menonton TV, sebenarnya kita lihat TV tetapi event yang berlaku adalah di tempat lain. Mungkinkah padang bola yang luas itu berada dalam TV? Setiap individu/kita mesti sentiasa meningkatkan diri dengan kualiti keimanan dan ketaqwaan..untuk beribadah, adakah kita sampai ke tingkat EHSAN, yang meyakini bahawa setiap ibadah atau apa sahaja yang kita lakukan, kita merasakan bahawa Allah SWT sentiasa melihat kita. Adakah kita sampai ke tingkat orang Mukhlasin, yang sentiasa ikhlas kerana Allah dalam pengisian semua gerakerja kehidupan kita sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi ini ??. JOM bersama kita berdoa, berusaha mencari ilmu serta hidayah untuk dilorongkan ke arah peningkatan kualiti diri menjadi orang mukhlasin.
Pertanyaan hambaNya, tentang di mana Allah? Allah memberi jawapan:
"Dan apabila hamba-hamba–Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran " (Qs Al Baqarah, 2 : 186)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya (Qs Al Qaaf:16)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment