Showing posts with label di sebalik ujian musibah pada 27 Julai 2010 di HUKM. Show all posts
Showing posts with label di sebalik ujian musibah pada 27 Julai 2010 di HUKM. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

UJIAN kesyukuran & kesabaran perlu MUHASABAH


Bila ukhuwahfillah terserlah,
tolong menolong tercurah,
bantu membantu terarah,
keadaan sukar jadi mudah.

Pertolongan-Nya datang, MasyaAllah,
menyinari roh Rahmah wa Mawaddah,
mekar, subur di kalangan ahli usrah,
ujian kesulitan membawa hikmah,

Ujian kesyukuran & kesabaran perlu muhasabah,
perlu dibaiki dan diubah sifat-sifat mazmumah,
Natijah sayang Allah kepada insan muraqabah
bersama mengumpul bekal untuk hari Akhirah,