Saturday, January 23, 2010

DOKTOR belajar macamana?



Ada otak kiri ada otak kanan
Manipulasi keduanya secara optima
Jangan lupa petunjuk jalan
Mukjizat Al-Quran yang paling utama.

Buku bertimbun tebal-tebal belaka
Apa upaya mesti baca pula
Banyak baca, banyak pula lupa
KITAB yang aula tidak dibaca

Baca Buku, pastikan baca Al-Quran
Pengisian nur kalbu yang seimbang
Fahami buku, fahami Al-Quran,
Ingatan subur, minda berkembang.

Manusia banyak lupa, mukjizat sepanjang jalan -AL Quranul Karim. Ia mukjizat, sesiapa yang membacanya sahaja InsyaAllah, mendapat barakah dan hidayah, mentadbur dan memahaminya,InsyaAllah dapat menyucikan jiwa. Jiwa yang jernih suci dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca. Mengamal apa yang diperintahkan, insyaAllah insan itu membantu menegakkan syariatNya di muka bumi. Sesungguhnya Allah pasti membantu mereka yang mambantu AGAMANYA. Oleh itu, di mana sahaja kita berada,kitab suci jangan dilupakan untuk dibaca, untuk dipraktik, untuk mengajak orang lain bersama membacanya. Boleh dikatakan, sesungguhnya kita menzalimi diri kita, kerana sanggup membaca bertimbun-timbun buku tebal sekadar untuk lulus periksa..nak jadi itu dan ini tetapi kita abai dan lupakan SEBUAH BUKU tebal yang berupa MUKJIZAT. Gunakanlah MUKJIZAT ini untuk menjadi penyuluh kehidupan sepanjang hayat.

Wednesday, January 20, 2010

Doa DIRI, doa IBU BAPA, doa KELuARGA




Secara zahir anak-anak atau sesiapa saja yang berada jauh secara ruang fizikalnya boleh kita hubungi dengan menggunakan telekomunikasi canggih yang ada kini. Sebanyak kesempatan gunakan untuk memberi kata-kata perangang dan nasihat.
Sesungguhnya hubungan roh secara spritualnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Melalui Kuasa dan KekuatanNYA sahaja kita boleh memohon DOA dan PENGHARAPAN. KEYAKINAN tuntas dariNYA perlu diberi sandaran yang Total. Bayangan muka dan jasad, mereka yang jauh, InsyaAllah kita bersama mereka sepanjang masa. Oleh itu amalan DOA adalah satu kewajipan yang perlu diamalkan selalu.

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia atau baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Antara amalan-amalan doa yang banyak ditulis dalam buku-buku yang boleh dijadikan rujukan antaranya seperti berikut:
1. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
2. Bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
3. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
4. Doa pelembut hati - Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca
5. Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Sunday, January 17, 2010

Kenapa Doktor?? belajar SABAR



Hilang kepenatan apabila menggapai rasa kepuasan...walaupun sebelumnya melalui liku-liku keperitan dan kesukaran apabila apa yang dicita-citakan tercapai. Fitrahnya,fisiologi insan memerlukan ruang untuk dibelai dan dimanja,,,namun itu semua perlu dinyah jauh. Belajar Medic dan juga bidang-bidang lain bukan senang..bertimbun buku-buku tebal untuk dibaca dan difahami. Berjuta-juta istilah dan konsep perlu diingati..sanggupkah? Lima hingga tujuh tahun rutin yang sama dihadapi...hujung semesta atau penghabisan blok pengajian- pasti menggelabah dan menggeletar untuk menghadapi ujian/peperiksaan. Seluruh keluarga ditarik untuk simpati dan empati..khususnya siibu. Memang sedih tak terkata..apabila setiap kali menjelang peperiksaan ..anak-anak memohon restu untuk iringi doa kejayaan mereka. Memohon keampunan dan kehalalan atas setiap apa kesalahan dan apa sahaja yang dimakan.
Doa memang pasti sering dilakukan untuk kejayaan anak-anak, tetapi yang paling penting hubungan roh yang jauh yang perlu didekatkan? Bagaimana? Bagaimana nak sentiasa dekati E yang jauh di Scotland, nak dekati D yang jauh di Dublin, nak dekati F di Sheffield nak dekati H di sebarang Laut tanah gempa Jogja dan nak dekati I, di tanah subur gersang di Jordan?
Macamana nak realisasikan kata ungkapan...'jauh di mata tapi dekat di hati?

Monday, January 11, 2010

Ku REDHAI Anak-anakku DOKTOR

Berkerjaya doktor..seorang, dua orang, tiga orang dan kini empat orang bukanlah mudah yang disangka. Alhamdulillah mereka memilih kerjaya yang lebih kepada kebajikan untuk melegakan orang lain, dari satu sudut, tetapi mengenepikan keperluan sendiri dan famili. Redha dan mencari redhaNYA itulah yang hakiki. Liku-liku perjalanan kehidupan mereka tidak pernah dikongsi bersama. Bila ditanya kenapa? semuanya menjawab dengan jawapan yang sama. Dari anak pertama sehinggalah keempat...tiada masa santai untuk mencatat segala memori,mengenyah albumkan segala liku-liku kehidupan untuk dikongsi bersama. Mengumpul dengan sabar segala keluhan dan luahan hati mereka, kini ibu mereka cuba untuk memaparkan kisah mereka untuk dikongsi bersama...moga-moga yang baik itu jadi pengajaran dan yang buruk itu jadi sempadan.


Alhamdulillah anak-anak comel ini telah berjaya mencapai cita-cita masing- masing untuk menjadi doktor perubatan, setelah mereka menamatkan pengajian..

Gersangnya pantai tanpa air membasahi,
Indahnya pantai,tumpuan mandi-mandian,
Gersangnya hati tanpa NUR Ilahi,
Indahnya kehidupan,bila ingati kematian.