Monday, November 30, 2009

Edul -Adha: Pengorbanan untuk meningkatkan kualiti INSAN






Erti Pengorbanan
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan
Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah
Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat
Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa

Lagu : Zubir Ali
Lirik : Zubir Ali
Gubahan : Zubir & Haikal
Muzik : Isabella & Ali Hj Yassin

SELAMAT MENYAMBUT EDUL-ADHA ..maaf zahir & batin.

Tuesday, November 24, 2009

Mencari konsentari yang khusyuk


Khusyu` (fokus) merupakan ‘roh’ solat apabila dilakukan oleh seorang hamba di hadapan Allah SWT kerana fokus tersebut merupakan pemancar tenaga yang diarahkan daripada jasad dan rohani kita menjadi satu yang telah dileburkan keduanya kepada Allah SWT semasa kita memulakan upacara solat di waktu kita mengangkat Takbiratul Ihram dan meletakan tangan di pusat atau hati di situlah bermula pemusatan kita inilah antara hikmah semasa solat tangan diletakkan pada pusat tubuh kita kerana untuk mengaktifkan cakra tenaga hasil dari fokus di dalam solat.
Dari sudut kesihatan misalnya bahawa setiap posisi solat memberikan fokus-fokus yang berbeza pada cakra berbeza. Misalnya semasa kita berdiri tegak dan letak dua tapak tangan di atas pusat kita dapat rasakan pemfokusan bermula, kemudian apabila kita membaca ayat cakra tengkorak kita fokus yang akan dapat memberi fungsi otak, fikiran dan kreativiti yang sihat, begitulah seterusnya apabila kita melakukan ruku` kita mengaktifkan cakra pada jantung, apabila duduk antara dua sujud kita terasa cakra seks dan perut yang menghasilkan metabolisme yang dapat memberikan tenaga zahir dan batin. Manakala apabila sujud pula cakra sulbi, tengah dahi dan cakra mahkota.

APA-APA PUN KAEDAH YANG DIUTARAKAN, APA YANG WAJIB DIPERCAYAI SECARA TUNTAS/PENTING IALAH DARIPADA HIDAYAH ALLAH. ANUGERAH AGUNG YANG MEMBERIKAN KITA HIDAYAH KEKHUSYUKAN DALAM SOLAT.....SAMA-SAMALAH KITA BERDOA DAN BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HIDAYAH KEKHUSYUKAN.

Graduan kecil - Tadika Khalifah Bestari 2009







SEUNGKAP BICARA - Aluan Pengerusi Lembaga Pengelola Tadika Khalifah Bestari

Dengan Nama Allah yang Pengasih Lagi Penyayang

Segala puji-pujian kepada Allah kita persembahkan dan segala selawat dan salam kita junjungkan kepada Nabi Besar kita Muhammad S.A.W. Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang terpelihara serta mendapat hidayah-Nya sehingga kita dapat berkumpul dalam Majlis Hari Ihtifal Tadika Khalifah Bestari pada tahun ini. Tiada daya dan kuasa untuk kita melaksanakan majlis dengan baik, kecuali mengharap pimpinan dan pertolongan Allah s.w.t jua, agar Majlis Ihtifal ini berjalan dengan lancar di samping mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. Saya bagi pihak semua urusetia amat bersyukur dan mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama para ibu-bapa/penjaga untuk bersama menjaya dan memeriahkan majlis kali ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada urusetia, pengurus, guru-guru besar dan semua guru dan staf yang bertungkus lumus membimbing, melatih dan menyediakan murid-murid untuk menjayakan majlis ini.

Objektif Majlis ini diadakan, adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua anak-anak yang menamatkan pembelajaran mereka di TKB, di samping memberikan pengiktirafan atas kejayaan-kejayaan yang mereka telah lakarkan. Persembahan-persembahan yang mereka persembahkan menunjukkan keserlahan bakat dan daya keyakinan tinggi yang ada pada anak-anak kita. Sesungguhnya potensi anak-anak dari segi aqli, sahsiah, seni dan nilai-nilai estetika, boleh digarap dan disuburkan dengan bimbingan yang wajar dan berhikmah. Ia sebahagian daripada pendidikan formal yang diajar di TKB, yang memerlukan kesinambungannya di rumah dan di sekolah-sekolah berikutnya. Semoga majlis ini dapat mencetuskan memori indah anak-anak semasa mereka belajar di sini, di samping diharapkan semua titisan ilmu dan kemahiran yang mereka dapati di TKB akan terus subur dan berkembang di mana jua mereka melanjutkan pembelajaran sekolah rendah selepas ini.

Akhir kata, semoga jalinan kerjasama, jaringan permuafakatan, ikatan silaturrahim, di samping doa dan harapan, di kalangan ibu bapa TKB berterusan sehingga kita bersama dapat merealisasikan Hala Tuju Pendidikan TKB iaitu ”Proses pendidikan yang berteraskan tauhid untuk membimbing kanak-kanak mencapai potensi yang cemerlang dari segi rohani,jasmani, kognitif, sosio-emosi dan estetika berpandukan Al-Quran dan As-sunnah melalui sistem pendidikan yang bersepadu, seimbang, holistik dan berterusan. Semoga perhimpunan kita di dewan ini mendapat keberkatan dengan natijah kemenafaatan yang tak terhingga. Apa yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan dan kekurangan itu dari kami.

’Helping our kids soar through excellence’

Sekian, Wabillah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

JENGAH kali kedua di SIREH LAGENDA


Coretan blogger ini, berkaitan Sireh Lagenda, semasa bermusafir ke Langkawi awal tahun lalu, menggamit nostalgia tersendiri. Kunjungan kali kedua, mencuit hati. Tidak sangka pula coretan dairy sendiri boleh dikongsi ramai orang termasuk pengusaha TSL sendiri. Pembelian Jelly gamat, ubat resdung, powder bayi kali pertama, diilhamkan pula untuk mendapatkannya kali kedua!!.Wah,kali ini produk baru -losyen/krim kulit yang halus, wangi, lembut tanpa berminyak, masih tanpa label menjadi ingatan. Losyen ini pasti menjadi kegemaran wanita, lebih baik daripada losyen tangan yang pernah dicuba dan digunpakai sebelum ini.


Membeli belah di sireh lagenda....kiriman kawan-kawan untuk belikan BAM GAMAT dan BAM SERAI yang InsyaAllah baik untuk menghilangkan sakit kepala - lebih baik untuk diguna pakai menggantikan Kuyok yang bergetah tu, selain untuk menghilangkan selsema, lenguh2 sendi dan gigitan serangga. Sesuai untuk bekalan first Aid di TADIKA/TASKI, sekolah malah mesti ada di setiap rumah. Begitu juga Minyak ibu gamat perlu ada di setiap rumah, pilihan ubat alternatif untuk menyembuh luka, sakit perut dan lain-lain.

Begitu banyak pilihan untuk mendapatkan ubatan warisan dari gamat dan herba di TOKO Sireh Lagenda(TSL). Sumber alamiah, anugerah ILLAHI yang diadun mengikut kepakaran turun temurun yang dipasarkan di TSL dengan harga yang berpatutan sewajarnya disokong dan digunapakai untuk membantu meningkatkan kesihatan jasmani biiznillah.Syabas, pengusaha TSL, yang gigih dan terus menongkah persaingan perniagaan yang hebat untuk memasar, memperkenalkan produk hasilan mereka. Semoga TSL terus berkembang dan maju jaya InsyaAllah

Tuesday, November 3, 2009

Sekli lagi WISATA buku di JOGJA



Di mana-mana ada banyak kedai jual buku...pergi atau tak pergi,,,itu sahaja persoalannya, Di Malaysia juga banyak toko buku, dan banyak buku-buku dipamer atau dijual. Kekangannya ada masa atau tidak ada masa untuk mencari dan membelinya. Berwisata ...jalan_jalan makan angin, memang banyak masa untuk dipenuhi. Pegi kedai buku, amat menarik untuk memenuhi masa ruang. Beberapa buku boleh di beli seperti di Toko Buku TOGO MAS ini