Monday, August 8, 2011

CAKNA perjuangan Rakyat Palestin

Makanan yang barkah dari buah zaiton, memberi kesegaran kepada penduduk Palestin. Sebagai pengganti bekalan makanan lain yang amat kekurangan. Marilah bersama menghulurkan bantuan untuk mereka, khususnya dalam bulan yang barakah ini. Post kali ini, memuatkan permintaan aktivis AQSYA SYARIF untuk memanjangkan kepada mereka yang cakna/perihatin untuk membantu sesama insan yang amat memerlukan untuk kelangsungan hidup dan perjuangan membebaskan tanah air mereka yang terjajah oleh Israel dan sekutunya. Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.

“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)

“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)

“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).

Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:

”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

”Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.




Bersama Misi ke Gaza dalam bulan Ramadhan

Aqsa Syarif, NGO peneraju hal-ehwal Palestin di Malaysia, akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 20-28 Ogos ini. Misi ini dinamakan Aqsa2Gaza2 (A2G2), merupakan susulan kejayaan misi yang pertama iaitu "Break the Siege" (A2G). Tiga matlamat misi kali ini adalah:
• Menghantar 1000 beg sekolah bersama alat tulis. RM100 satu beg.
• Penerusan projek yg dikenalpasti; kilang roti, ternak lembu, iftar, keluarga miskin dan anak yatim
• Rose2rose, dari wanita utk wanita, iaitu penubuhan pusat komuniti utk pembangunan wanita.

Kenapa perlu tolong Palestinian?

Segala bentuk bantuan terhadap Palestin adalah untuk matlamat yang satu, iaitu membebaskan Masjid Al-Aqsa, tanah suci yang ketiga. Sama ada kita sumbang beg, buat kilang roti, taja anak yatim, dll, semuanya adalah untuk memperkasakan saudara kita di sana utk berjuang mendapatkan kembali tanah suci. Maka adalah wajib utk kita bersama mereka dgn menghulurkan bantuan semaksima yang mungkin. Membebaskan tanah suci, tanggungjawab siapa? Perihal tanah suci, adakah kita akan terlepas dari ditanya di padang mahsyar kelak?

Bagaimana nak membantu?

Kemaskan pakaian, ucapkan selamat tinggal pada keluarga dan ayuh ke Palestin, atau
• Wakilkan diri korang dgn sumbangan, apatah lg dlm bulan Ramadhan ini. Berapakah sumbangan? Berapa sahaja pun boleh. At least kita ada jawapan apabila Allah tanya 'apa yg kita dah buat utk bebaskan tanah suci'
Salurkan ke Aqsa Syarif Berhad. Maybank 5515 7500 4299 dan inform bila dah transfer utk recording.
Further info:
• Lampiran brosur dan keratan akhbar
• Facebook: aqsa syarif berhad
• Web: www.aqsasyarif.org.my
• A2G2 blog: http://aqsa2gaza2.blogspot.com/










JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRAN

Azmi Katiman
019-2716292
Urusetia pencarian RM satu juta untuk misi bantuan palestin

Wednesday, August 3, 2011

Kembara ke Aqaba Jordan - memahami sejarah @ waqi`




Bermusafir ke Wilayah Aqaba yang bersempadan dengan Mesir, Saudi Arabia, dan Israel di selatan Jordan,melalui pemeriksaan rapi di perjalanan, menyebabkan penulis ingin mengetahui sebabnya. Teluk Aqaba dan Sungai Jordan yang kedudukanya amat strategik dan bernilai dari segi sumberjayanya sudah pasti menyimpan banyak sejarah, di samping menjadi `rebutan`.
Saiz geografi Jordan adalah kecil berbanding dengan negara-negara Arab yang lain, namun sejak awal penubuhannya lagi Jordan tidak boleh dipisahkan dari konflik Israel-Palestin. Sehingga kini, samada secara langsung, ataupun tidak langsung, negara yang menempatkan lebih sejuta pelarian Palestin ini mempunyai peranannya sendiri di dalam percaturan masa depan konflik berkenaan.
Pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB.
Negara-negara Islam sekitar yang tidak bersatu, dan pemerintahan yang mementingkan kuasa dan keturunan menyebabkan ‘Palestin sebagai bumi syuhada dan jihad’ terus bergolak di samping memerlukan kecaknaan seluruh umat Islam sejagat.

Raja Abdullah II berpendidikan barat, merupakan raja Jordan, menaiki takhta pada 7 Februari 1999 selepas kemangkatan ayahanda baginda. Baginda merupakan keturunan generasi ke-43 Nabi Muhammad s.a.w.. Bondanya ialah Puteri Muna al-Hussein, seorang rakyat Britain yang merupakan isteri Raja Hussein kedua. Baginda dilantik sebagai putera Mahkota beberapa hari sebelum kemangkatan ayahandanya setelah Putera Hassan bin Talal bapa saudaranya dipecat.
Baginda menanamkan sifat-sifat nasionalisma yang tinggi di kalangan rakyat jelata. Lagu-lagu yang dibenarkan berkemundang ke udara dalam semua siaran awam adalah lagu-lagu patriotik. Yang pasti apa yang dilakukan oleh Abdullah bukanlah sesuatu yang baru, dia hanya mengulangi langkah-langkah yang diwariskan daripada bapanya dan yang pasti apa sahaja yang akan berlaku pada masa akan datang adalah berkait rapat dengan polisi Jordan terhadap konflik Palestin-Israel.

Tuesday, August 2, 2011

Jordan negara Umat Islam Moden




Beberapa artikel Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini), menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama. Beliau menulis tentang pemerintahan sistem monarki di Jordan...yang mementingkan keturunan untuk memerintah negara yang bersempadan dengan Israel-Palestin itu.



Melancong ke distinasi bersempadan dengan Israel seperti ke Aqaba, para pelancong akan melalui pemeriksaan rapi apabila ingin berziarah ke lokasi yang bersempadan dengan negara Israel-Palestin,


Tinjauan rambang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Jordan ' kurang cakna dengan isu palestin ini, walaupun hampir 70% penduduknya ada berasal dari Palestin. akibat semangat kebangsaan terhadap negara mereka yang tinggi dan mereka taat dan bangga bahawa raja mereka berketurunan Rasullah.
Disember 2010 - Jawatankuasa Tertinggi bagi Membela Hak Untuk Kembali Pelarian Palestin, menyelar sebuah persidangan di Tel Aviv yang menyeru agar dipertimbangkan Jordan sebagai tanahair alternatif bagi rakyat Palestin. JawatankuasaTertinggi berkenaan telah mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar pada yang menyatakan bahawa persidangan ini melanggar semua prinsip antarabangsa, dan mengancam hak-hak sah rakyat Palestin serta juga melanggar kedaulatan Jordan. Ia juga "adalah sebahagian dari agenda Zionis yang bertujuan untuk menghasilkan sebuah negara alternatif bagi Palestin di Jordan", dan mengosongkan bumi Palestin dari kehadiran masyarakat asli Arab dan Palestin.
Persidangan "Jordan adalah Palestin" dirancang oleh seorang Anggota Knesset dari Parti Kesatuan Nasional yang merupakan sebuah parti pelampau, Aryeh Eldad, dan bertujuan untuk "menyediakan alternatif bagi penyelesaian dua-hala" dengan mengumumkan Jordan sebagai negara Palestin pada masa akan datang, dan mengusir semua warga Arab dan Palestin dari bumi "Israel".
Pada Ahad 15/5/2011, genap 63 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH”(malapetaka), yang berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.

Monday, August 1, 2011

Menjejak kaki ke Bumi Anbia -Jordan


Musafir kali ini ke negara Jordan,negara tempat anakanda kelima menimba ilmu. Sebab beliau berada di sanalah yang manarik untuk kami ke sana, sekurang-kurangnya untuk melihat susah payah beliau hidup di rantau orang. Melancong ke beberapa destinasi di Jordan dalam masa yang amat terbatas, sekurang-kurangnya dapat menginsafi keagungan Allah dalam mencipta manusia dan maya pada ini.
الأردنّ Al-Urdunn, berbangga dengan salur galur keturunan Bani Hasyim, dikenali juga dengan nama Kerajaan Hasyimiyah Jordan. Ia merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat yang bersempadan dengan Syria, Iraq, Tebing Barat, Israel dan Arab Saudi. Jordan juga mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan Teluk Aqabah. Sebahagian besar pandang darat fizikalnya dipenuhi oleh pandang pasir yang gersang, tanpa hasil minyak yang banyak seperti negara -negara timur tengah yang lain. Ia bukanlah merupakan negara yang kaya dengan hasilbumi, tetapi penggunaan wang DINAR yang nilainya lebih lima kali lebih tinggi berbanding dengan ringgit, mungkin menyebabkan negara ini, bukan pilihan utama untuk dilawati oleh penduduk dari negara-negara seperti Malaysia.
Dapatan daripada Pandangan peribadi, semasa lawatan ke bumi Anbia tersebut, menunjukkan ia merupakan sebuah negara Islam Ala Barat, yang penduduknya mempunyai semangat patriot/kebangsaan kepada negara mereka.
Jordan menjalankan sistem pemerintahan monarki beraja dengan Raja Abdullah II sebagai pemerintah Jordan sejak 9 Jun 1999 selepas ayahandanya, Raja Hussein mangkat.
Jordan merupakan sebuah negara arab moden dengan populasi melebihi 6 juta penduduk. Majoriti rakyat Jordan beragama Islam sunni dan minoritinya beragama kristian. Bahasa rasmi ialah bahasa arab manakala bahasa Inggeris pula boleh difahami kebanyakan rakyat yang mendapat pendidikan tinggi.

Jordan dikelaskan sebagai sebuah negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi disebabkan pembangunan ekonomi dan negara yang pesat. Ini membuatkan kos hidup di Jordan lebih tinggi berbanding beberapa negara Arab lain.
Jordan adalah sebuah negara kecil yang mempunyai sumber alam yang terhad. Malah, Jordan merupkan negara yang mempunyai sumber air paling sedikit di dunia! Jordan mendapatkan sumber alam asas seperti air bersih dan petroleum daripada negara jiran seperti Iraq, Mesir dan Syria. Raja Abdullah menjalankan dasar ekonomi terbuka menyebabkan kemasukkan pelabur-pelabur asing dan meningkatkan taraf ekonomi Jordan.
Jordan bergantung kepada industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi. Pelancongan menyumbang 10-12% kepada pendapatan ekonomi Jordan. Terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik di Jordan seperti :
Petra (Antara 7 tempat ajaib dunia)
Laut Mati
Gua Ashabul Kahfi
Wadi Rum
Aqabah
Teater Rom
Makam Para Nabi dan Sahabat
Medan Perang Mu'tah dan Yarmouk



...pandangan airport queen Alia yang dalam proses pembangunan.