Sunday, January 30, 2011

Kerja-kerja membuat Faundation(tapak) fasa 2


FOTO-FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Selasa 28 Disember 2010 bersamaan 22 Muharam 1432 Hijrah. Kadang-kadang sebelum ini, cuaca gelap - mendung menandakan hujan akan turun. Fenomena sebegini, di hujung dan awal tahun, biasa di Malaysia.
Monsun Timur Laut yang agak kencang, melalui Laut Cina Selatan, membawa hujan lebat ke negara ini.Kekadang melibatkan banjir besar.
Pada minggu ini- kerja-kerja membuat tapak asas binaan - faudation, fasa kedua dilaksananakan, selepas fasa pertama di bahagian berhampiran bilik air dibereskan. Kerja fasa kedua dibuat di bahagian sebelah selatan binaan. Arah ini ditentukan oleh penulis dengan dasar arah kiblat adalah sebelah arah menghadap ke barat.




Kelihatan kabel-kabel hitam, mengikut tafsiran sendiri, mungkin kabel saluran air, atau kabel talian elektrik, kelihatan untuk dibumikan.

Sebahagian TAPAK musolla telah DITIMBUSRATAKAN


FOTO-FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Ahad 27 Disember 2010 bersamaan 21 Muharam 1432 Hijrah.

Kerja-kerja menyediakan sebahagian faundation tapak tiang telah dibereskan...jika gambar-gambar dalam blog ini, tidak diabadikan, orang biasa seperti penulis, tidak siapa yang tahu, tentang binaan bawah tanah yang telah dilaksanakan.

keadaan cuaca pada hari ini, cerah - tiada hujan rahmat turun, seperti kebanyakan hari-hari sebelum ini. Malah di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia, telah dilaporkan mengalami air melempah..banjir.

Tiang -tiang Musolla bawah tanah MULA BERDIRI


FOTO-FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Ahad 26 Disember 2010 bersamaan 20 Muharam 1432 Hijrah.

Kelihatan semua kekotak acuan daripada papan pada pangkal tiang, telah ditanggalkan. Seterusnya menampakkan tiang-tiang berbentuk empat persegi yang bakal mendukung dirian musolla berdiri dengan kukuhnya nanti, InsyaAllah.

Hari ini, kerja utama yang dijalankan ialah menimbus kembali lubang-lubang tapak asas musolla dengan pecahan-pecahan konkrit, batu bata dan tanah. Yang ketara, timbunan batu bata, daripada runtuhan tembok di sempadan selatan sekolah digunakan.

Sebelum ini, timbunan runtuhan tersebut dilonggokkan di laluan untuk ke pejabat sekolah rendah, sehingga menimbulkan banyak persoalan, kenapa pihak sekolah/syarikat tidak membuangnya.Hari ini , persoalan yang timbul sebelum ini tentang longgokan serpihan batu-bata dan konkrit yang menyakitkan mata memandang, terjawab.
Begitu juga sebahagian tanah yang dibongkar untuk menyediakan lubang tapak asas
yang bertimbun membukit, digunakan semula untuk tujuan timbusan tersebut. Sebahagian tanah digunakan untuk mendataratakan padang sekolah. Akibat hujan hujung tahun, padang yang hijau sebelum itu, menjadi becak, sehingga menjadi kusiltan kepada murid-murid untuk beriadah dan bermain, malah menjadi isu hangat dalam forum PIBG net.

Saturday, January 29, 2011

Promosi ....jom sama menyumbang/menyokong

MARI BERSAMA KAMI MELABUR SAHAM ABADI - INSYAALLAH


Friday, January 28, 2011

Lepaan KONKRIT tapak asas tiang KERING


Gambar foto ini di snap pada tarikh 24 Disember 2010, bersamaan 18 Muharam 1432 Hijrah. Tapak asas tiang yang dibuat pada hari semalam, nampaknya telah kering dan padu. Diperhatikan kerja pembinaan ini dilaksanakan setiap hari.

Kerja bermula seawal pukul 8.00 pagi, setiap hari. Rehat pada pukul 10.30 pagi, dan rehat pada pukul 12.30 tgh. Hari ini, hari Jumaat, nampaknya masih ada beberapa orang pekerja di tapak binaan. tak pergi sembahyang Jumaatke? Kerja diteruskan sehingga pukul lima petang.

Kekotak acuan tiang musolla, bermula daripada bahagian tengah tapak asas telah mula dibuat. Batang-batang besi keluli yang menegak ke atas juga kelihatan dibuat.

Kerja-kerja membuat rangka tiang dengan batang-batang keluli, mengambil masa yang agak lama atau memerlukan tenaga kerja agak ramai, jika mahukan kerja binaan, mengikut jadual yang dirancang.

Setelah rangka tetulang besi/keluli untuk tiang disiapkan. Kerja-kerja membuat acuan tiang pula dibuat, dengan menampalkan pepapan berbentuk persegi di keliling batang-batang keluli.

Lantai TAPAK Asas Tiang disimenkan


Foto ini diambil pada 22 Disember 2010 bersamaan 16 Muharam 1432 Hijrah

Ketara sekali setiap tiang disediakan tetapak daripada konkrit simen yang kukuh. Sementelahan binaan dua tingkat, wajarnya mempunyai sanggaan tetapak tiang yang kukuh. Ia terletak kira-kira 6 kaki dalam bumi, sememangnya tidak kelihatan apabila binaan siap digunapakai.

Kondisi tanah bukit yang walaupun nampak lembut, sesungguhnya adalah merupakan `site` yang baik berbanding dengan tanah kawasan lembah, berpaya atau berpasir.

Kerja- kerja penyimenan tetapak tiang nampaknya dapat dilakukan dengan cepat, kerana bantuan daripada forklift dan bancuhan simen siap guna dari kilang.

Thursday, January 27, 2011

KeKOtAK acuan FOOTING disiapkan


Foto-foto ini diambil pada 19 Disember 2010/bersamaan 19 Muharam 1432 Hijrah

Kelihatan semua lubang-lubang tapak asas telah didindingkan dengan papan. Di keliling luar kekotak papan disangga pula dengan kayu-kayu beluti, untuk tujuan keteguhan, bagi menampung bacuhan simen yang berat.

Tapak dasar kekotak diratakan dengan taburan simen dan pasir-pasir halus..untuk tujuan menahan bancuhan simen membina kekotak tapak asas tiang(footing), tidak bercampur dengan bendasing, khususnya tanah.

Penulis Mohon maaf, kerana keterangan ini mungkin tidak bertepatan dengan istilah binaan kerana beliau bukanlah orang yang pakar, jadi keterangan hanyalah ikut persepsi sendiri. Pembaca yang arif, silalah memberi komen...untuk tujuan pembelajaran dan sebaran ilmu/maklumat yang betul dan tepat.

Blok-blok papan acuan disediakan


Foto-foto ini dirakamkan pada 17 Disember 2010 berssamaan 11 Muharam 1432Hijrah. Semalam 10 Muharam - Hari Asyura...nampaknya pekerja bercuti, tiada nampak pekerja di tapak binaan.

Kelihatan papan membuat petak acuan tapak konkrit dibuat, disetiap lubang-lubang berbentuk empat segi sama...ini agaknya yang disebut sebagai `footing`

Dalam cadangan pembinaan yang diberikan kerja-kerja `footing ini, mengambil masa dua minggu, bermula 18/12/2010 hingga 31/12/2010.

LUBANG petak-petak asas tiang mula dibentuk -


Foto ini diambil pada 13 Disember 2010 bersamaan 7 Muharam 1432 Hijrah

Dari pemerhatian kerja-kerja menyediakan faundation/asas tapak tiang dibuat dalam dua fasa. Fasa pertama ini di buat di sisi sebelah utara, berhampiran bilik air sekolah menengah.


Sebatang pokok pertama masih belum ditebang - mungkin untuk teduhan.Atau masih tidak dapat arahan untuk ditebang, kerana ia terletak di luar tapak musolla.

Akhirnya pada 15 hb Disember pokok ini ditebang atas nasihat personal keselamatan.. kerana akarnya boleh merosakkan lantai/dinding/simen, dan daunnya berguguran -menyemakkan dan hanya membuat sampah.

Tuesday, January 25, 2011

Kerja - Kerja TAPAK Musolla BERMULA


Tarikh 1-2 Disember 2010 bersamaan 24-25,Zulhijjah 1431H, foto ini dirakamkan. Tiang bendera Malaysia dan Selangor yang gah berdiri akan dikorbankan. disaksikan dengan awan mendung seolah-oleh bersedih, bahawa kawasan hijau ini akan ditunggang terbalikkan.

Makhluk hijau yang tumbuh segar di tepi padang ini juga, sudah terasa ia akan dikorbankan. Tiada jalan lain, hadiah oksigenmu setiap hari akan terpadam, dengan tumbangnya batang tubuhmu. Setakat ini sahaja, tasbihmu atas kebesaran Allah dapat disaksikan.

BULDOZER''jentolak-jenkaut inilah merupakan tangan besi yang akan diarahkan untuk mencabut, mengorek, meratakan, menggali dan membolakkan permukaan tanah di situ.

Kawasan ini, tidak ketinggalan, juga akan menjadi rebutan, `tangan besi` ini untuk ditangani... enam bulan lagi kawasan hijau ini akan bertukar wajah InsyaAllah


KIBARAN Megah Bendera ini begitu kencang, kibaran sehingga 180 darjah. Menggapai angin kencang munsoon timur laut, buat kali terakhir agaknya. Nadinya berombak kencang,ketakutan.. menandakan saat untuk tumbang menyembah bumi.

Sayang sekali, bunga buluh jepun yang kutanam dulu, juga tidak sempat diselamatkan... ia mula segar dan menghijau dengan baja tahi ayam. terlupa untuk dialih tempat, begitu juga bunga pedang di sempadan tembuk akan dikuburkan dengan timbunan tanah-tanah lubang. Bunga-bunga tati yang baru ditanam oleh che Mat di sekeliling pokok juga akan menjadi mangsa.

Pandangan rumah condominium Taman Tropika ini, yang jelas kelihatan dari tingkap, tingkat atas rumahku akan dilindungi. Tidak mengapa, pandangan maya yang hanya dilindungi oleh Rumah Allah, Masyaallah.

Bebayang daun pokok ini akan diganti dengan bebayang lagi hebat, bayangan bangunan MUSOLLA - rumah Allah.

Longkang monsoon yang dua kaki dalam ini, tanpa ditutup, juga akan ditimbus, pastinya bagus untuk diganti yang baru, berbahaya kerana kedalamannya terutama kepada kanak-kanak sekolah.

PERUBAHAN PANDANG DARAT BUDAYA BERTUKAR SEKELIP MATA....Tumbuhan renek rerumput akan digantikan dengan tumbuhan batu-bata. Malah dari pepohon kebun kelapa sawit sebelum ini telah bertukar wajah jadi institusi pendidikan SRIAAB pada tahun 1996. sunahtullah, perubahan adalah pasti, mengikut peredaran waktu.