Monday, January 24, 2011

Memulakan kerja - KESELAMATAN diutamakan


PERSEKOLAHAN SESI 2011, dibuka pada 3 hb Januari, jumlah murid/pelajar SRIAAB mencecah 1100 orang, manakala pembinaan Musolla di kawasan sekolah, sudah tentu menimbulkan banyak masalah untuk mengekalkan keadaan selamat dan harmoni. Pelajar tahap satu sekolah, perlu diselia untuk tidak bermain dan berada di kawasan pembinaan.

Langkah keselamatan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan penghujung bulan Disember, sebelum sekolah dibuka. Lembaga dan PIBG memainkan peranan penting dalam membantu sekolah, untuk bersedia memulakan sesi persekolahan, tanpa komplain dan tanpa kesulitan.

Dinding melingkungi kawasan pembinaan perlu disediakan oleh kontraktor. Terima kasih kepada pihak kontraktor yang perihatin, sanggup mengeluarkan belanja untuk mengecat dinding luar dengan warna ceria...biru, kuning.

Ppapan tanda keselamatan juga dipaparkan di beberapa kawasan laluan. Semoga tiada kejadian buruk atau masalah kepada anak didik sekolah ini, semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

Kontraktor juga diminta supaya mengawal pekerja mereka, termasuklah dari segi berpakaian, merokok, bersama menjaga kebersihan dan lain-lain yang sentiasa dibincangkan dalam mesyuarat `progress development` sekerap mungkin.

No comments: