Sunday, January 30, 2011

Tiang -tiang Musolla bawah tanah MULA BERDIRI


FOTO-FOTO yang dirakamkan pada paparan kali ini diambil pada hari Ahad 26 Disember 2010 bersamaan 20 Muharam 1432 Hijrah.

Kelihatan semua kekotak acuan daripada papan pada pangkal tiang, telah ditanggalkan. Seterusnya menampakkan tiang-tiang berbentuk empat persegi yang bakal mendukung dirian musolla berdiri dengan kukuhnya nanti, InsyaAllah.

Hari ini, kerja utama yang dijalankan ialah menimbus kembali lubang-lubang tapak asas musolla dengan pecahan-pecahan konkrit, batu bata dan tanah. Yang ketara, timbunan batu bata, daripada runtuhan tembok di sempadan selatan sekolah digunakan.

Sebelum ini, timbunan runtuhan tersebut dilonggokkan di laluan untuk ke pejabat sekolah rendah, sehingga menimbulkan banyak persoalan, kenapa pihak sekolah/syarikat tidak membuangnya.Hari ini , persoalan yang timbul sebelum ini tentang longgokan serpihan batu-bata dan konkrit yang menyakitkan mata memandang, terjawab.
Begitu juga sebahagian tanah yang dibongkar untuk menyediakan lubang tapak asas
yang bertimbun membukit, digunakan semula untuk tujuan timbusan tersebut. Sebahagian tanah digunakan untuk mendataratakan padang sekolah. Akibat hujan hujung tahun, padang yang hijau sebelum itu, menjadi becak, sehingga menjadi kusiltan kepada murid-murid untuk beriadah dan bermain, malah menjadi isu hangat dalam forum PIBG net.

No comments: