Tuesday, May 26, 2009

Adakah Sri Siantan Sepi? akhirnya terjawab!!!!!!














Sejak Disember menyusun strategi,
Mengumpul Dana untuk Al-Amin bestari
Buku-buku perlu dibeli
majalah-majalah perlu dicari
Bahan-bahan bacaan jadi koleksi.

Ruang sempit, hangit dan hangat
Murid-murid masuk tak bersemangat
Perpustakaan ini perlu diangkat
Perlunya keprihatinan ummah sejagat

Sri Siantan, memanggil mari
seribu tetamu perlu diisi
dewan indah cantik berseri
bagaimana tetamu perlu dicari.

susah payah beberapa bulan
panggilan jihad tiada sambutan
alang kepalang bukan mainan
kerja keras perlu berterusan.

Kini! antara laporan terus dan telus dipaparkan antaranya:

Maklumat jumlah kerusi yang telah terjual sehingga 1.30 petang 25hb Mei 2009 bilangannya adalah seperti berikut:

1. Kerusi yang terjual sebanyak 490 kerusi (sasaran 800 kerusi)
2. Kutipan pembelian meja/Kerusi dan sumbangan

RM 92,942.20 ...Alhamdulillah

Jumlah kerusi terjual pada 25 Mei 2009 adalah 26 dengan kutipan sebanyak RM2,600.00 dan jumlah ini adalah tambahan kepada statistik yang diberikan oleh Puan Sharifah Salmiah. Ini bermaksud jumlah kerusi yang terjual sehingga 6 petang 25 Mei 2009 adalah 516 dengan sumbangan terkumpul sebanyak RM95,542.20.

Assalamu’alaikum wr. wbt.
Hari ini saya terima pengesahan dari beberapa individu penderma untuk membeli kerusi dan meja sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini. InsyaAllah, kita akan capai tahap kutipan RM 100,000.00 dalam beberapa hari akan datang.
Sekian, Wassalam.

~ Kamal Nasharuddin Mustapha

Monday, May 25, 2009

Nostalgia - Memenangi Masalah Disiplin di Sekolah




Unit asas bagi masyarakat dan warganegara ialah keluarga. Langkah pertama untuk menyelamatkan masyarakat kini yang kita lihat senarionya semakin parah dengan masalah sosial dan keruntuhan rumah tangga serta kerapuhan pegangngan agama ialah mendirikan asas keluarga di atas landasan yang betul. Islam telah memberikan method dan strategi yang lengkap untuk menubuhkan kehidupan berkeluarga. Al-Quran dan Al-Sunnah penuh dengan ajaran-ajaran yang serba lengkap untuk memperbaiki dan memelihara keluarga. Adakah itu yang berlaku?....Masalah anak-anak menular tidak kira di mana, di sekolah agama ke atau di sekolah sebaliknya. Ibu atau bapa yang melindungi dan tidak mempercayai laporan salahlaku anak-anak (daripada pengalaman lalu), memberi kesan negatif kepada potensi perkembangan akhlak & syahsiah anak-anak.Guru-guru yang cuba mendidik anak-anak dengan baik ditempelak dengan kasar dan tidak bermoral oleh ibu bapa yang panas baran memburukkan lagi situasi. Gambaran perlakuan ibu atau bapa itu sendiri, sudah cukup untuk menganalogi sendiri perangai anak-anak mereka yang tidak menyenangkan rakan sebaya atau warga sekolah yang lain.

Anak-anak yang berada jauh, dan tinggal di asrama,, yang tidak mudah untuk dikunjungi setiap minggu, tetapi dengan menghubungi pada masa-masa sesuai dengan menggunakan talian hayat melalui telefon adalah cara talian sentuhan rasa, sentuhan nasihat dan sentuhan doa yang paling sesuai. Penggunaannya harus dikawal dan perlu berhemah. Apabila telefon dirampas kerana salahguna atau tidak dijaga dengan baik?...itu salah siapa?? Ibu bapa tidak boleh melenting dan marah-marah kepada warden, kerana menjalankan tugas mematuhi peraturan sekolah bahawa telefon tidak boleh dibawa masuk. Oleh itu M, mama tak upayalah untuk memenuhi hajat M supaya menghubungi ustaz untuk mendapatkan semula telefon tu. Jangan pula kerana itu boleh mengganggu konsentrasimu untuk menghadapi peperiksaan. Fikirlah perkara yang positif, bahawa di sebaliknya, ada hikmah yang lebih baik. Kesulitan demi kesulitan yang dilalui akan menambah kematangan. Doa selalu agar berjaya dan sejahtera dalam hidup duniawi @ukhrawi.Maju jaya dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Wednesday, May 20, 2009

LIKU-LIKU AMAL SUMBANGSIH

Liku-liku Amal Sumbangsih
Saban siang yang mencabar,
berusaha tanpa jemu dan lelah
Kulerai belenggu nafsu memancar kilauan mujahadah
Saban malam yang panjang,
bertafakur di sunyi ruang

Kuintai jendela sufiah
mencari sinar hidayah

Saban waktu yang berlalu bersyukur ke hadrat-Mu
Kucantas sulur mazmumah menyerlah pucuk keinsafan

Bukti kesungguhan, keinsafan dan Keagungan-MU
Bersama sebeban kesulitan diikat rapi di belakang usia

Menggalas tanggungjawab dan pengorbanan di pentas realiti,
Mengharap ehsan insan untuk mengerti dan berkongsi

Awalnya sukar dan mengah
umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari.

umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun.

umpama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam.
umpama mendaki gunung setinggi langit.

Natijah keberhasilan, kita melutut kesyukuran,
terserlah kedhaifan, kita abdikan diri mencari restu & redha Ilahi

Kita tenggelamkan kapal keegoan,belayarlah bahtera keikhlasan
Cantas wajah suram, ganti seri cahaya indah menghias, memancar

Menghimpun tanggungjawab, kebersamaan dan permuafakatan,
Bersama melaksana amanah yang perlu ditunaikan.
Menggalas halatuju bersama,
mendidik generasi Rabbani
Hanya Allah Rabbul Alamin Maha Mengetahui & Memberi

HARAPAN, MOGA DIPERKENAN

Saturday, May 16, 2009

Menjunjung Pengiktirafan - dedikasi untuk para guru

Di majlis sederhana di lokasi ini

Kami mengenang pendidik terbilang

Juga sebagai ibu dan bapa penyayang

Bermukaddimah dengan nama Tuhan

Mengajar dengan pena dan tulisan

Penerus perjuangan di Institusi warisan

yang mengajar anak-anak mengutip permata ilmu

Menggarap akal bicara maklumat semesta

Menyuburkan kebun Akliah

Mencari sinar hidayah

Menyuburkan kebun jiwa

denganroh suci dan wahyu


Terima kasih insan musleh

Sesungguhnya pengiktirafan ini

bukan timbangan emas perak

Sekadar doa dan harapan

diabdikan penghargaan.


Semoga bakti dan usaha kalian

terus tercurah abadi di minda,

dan sanubari anak-anak didikmu.


Terima kasih Muallim

Terima kasih Muallimah !!

Tuesday, May 12, 2009

SUCCESS HELWA - pasti doa sentiasa untukMU

YA, ALLAH, tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan helwa husna,
YA Allah Tuhan yang mengajarkan Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepadanya.
Allah telah memeberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum(yg lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah KAMI berikan hikmah dan ilmu dan telah KAMI, tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya (al-Anbiya' ayat 71)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai Tuhan Nabi Muhammad S.A.W, selamatkan HELWA daripada kegelapan, kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada HELWA dan anugerahkan kefahaman kepadanya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengetahui dari segala-galanya. Ya Allah anugerahkan HELWA cahaya dengan cahayaMU, dan jauhkan mereka dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi dari segala-galanya. Ya Allah anugerahkan HELWA kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihi daripada segala-galanya. Segala puji itu dari Allah Tuhan sekalian Alam.Amin.amin

Monday, May 11, 2009

HPA @ Perubatan JAWI - alternatif aula !!

Selsema babi dan tanah liat

Wabak influenza (HINI) selsema babi kini dirasakan bakal mengancam kesihatan manusia sedunia.Semua pintu sempadan negara di letakkan berjaga-jaga dari kedatangan pelancung maupun mereka yang baru pulang dari negara-negara berkenaan.
Namun apa jua situasi yang berlaku,masyarakat kita masih lagi tidak mahu akur dengan larangan yang telah ditentukan Allah di dalam Al- Quran. Pengharaman babi yang terdapat di dalam Al-quran dahulu dipersendakan kini menjadi isu keselamatan negara dan dunia.Virus deman selsema babi akan terus membunuh sesiapa sahaja sekalipun melalui percakapan dengan pembawanya.
Sebagai seorang herbalis Muslim mari kita kembali kepada pengubatan Islam dimana hukum "samak" digunakan.Najis babi dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan sekali dengan air tanah. Pastikan tubuh sentiasa bersih dengan persekitaran sehinggakan tidak memberi ruang virus berkembang.Antibodi yang terbaik adalah dari tanah.Herba organik tumbuh daripada tanah.Sabun tanah liat juga dari tanah dan kini HPA mengeluarkan serbuk tanah liat putih bagi pelbagai kegunaan:-

1. Tujuan bertayamum - untuk pesakit menggantikan air
2. Tujuan menyamak -
3. sakit kulit ekzema - campur dengan air dan sapukan di kulit.
4. demam panas - sama spt diatas dan disapu di bahagian kepala
5. ketagihan dadah - minum

saya amat yakin kalaulah ada ubatan bagi virus babi ini pasti ada dalam tanah .InsyaAllah - Tuan Haji Ismail - founder HPA

JOM RAMAI-RAMAI JADI AHLI HPA

Wednesday, May 6, 2009

MATTAR ALBAHRAIN ALDAULI







Transit di negara Bahrain yang panjang hanya 30 batu,lebar hanya 20 batu dengan penduduk seramai 1.5 juta orang memang mengagumkan.Negara kecil yang semakin meluas dengan usha timbunan@tambakan tanah pantainya itu,pada dasarnya adalah sebuah negara maju.Lapangan terbangnya yang mengendalikan lebih 40 pengagkutan antarabangsa, antara yang tercanggih di dunia.Kondo, hotel-hotel dan bangunan pencakar langit meliputi kawasan sekitar Lapangan Terbang dan bandar Manamar. Iklan Formula I yang diadakan pada 24 hingga 26 April besar-besaran dipaparkan di setiap ruang dan penjuru. Pengaruh barat dan kebendaan amat ketara sekali, ciri-ciri kearaban dan keislamannya semakin tenggelam.... mungkin satu hari nanti langsung punah dan ranap?
Ya Allah selamatkanlah dan berikanlah petunjuk dan hidayah kepada semua muslimin dan muslimat.

Sunday, May 3, 2009

TURKEY - Bunga berkembang - bunga di rumah terkenang










Tempat Transit - hanya singgah bermalam semalam











Tempat penginapan sepanjang musafir di Turkey, ada hotel yang mempunyai key holder yang amat berat seprti peluru, dan ada pula yang punya bilik air yang canggih, shower dari siling, sekeliling dinding, macam jakuzi pun boleh, tapi tak sempat nak cuba??

Tanaman Mditerranean di Turkey






















































Sepanjang perjalanan ... negara ini dipenuhi oleh tanaman komersial, seperti tanaman zaitun untuk minyak dan buahnya yang dijeruk, anggur untuk minuman dan kismis, ara untuk makanan dan banyak lagi. Pemandangan menghijau saujana mata memandang,sepanjang di sepanjang perjalanan menunjukkan Turkey sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sumber ekonomi dan pendapatan negara. Turkey jika digembling pembangunan fikrah keislamannya secara tuntas, ia boleh kembali semula sebagai sebuah negara Islam gemilang, seperti Zaman Khalifah Usmaniyah.

Masjid Hijau - Yesil Cami di Bursa





Masjid yang dibina oleh Sultan Mehmet 1, yang siap pada tahun 1424. Reka bentuk olh arkitek yang menajubkan. Nama hijau diambil dari jubin dalaman yang berwarna hijai-biru. Pernah mengalami gempa bumi pada tahun 1885 yang hampir meranapkan bangunan. Bahagian porchnya tidak terusik. Kami berpeluang menaiki menara azan, walaupun bukan untuk pelancong di samping Khatibnya mendengarkan laungan azannya kepada rombongan kami.

Lawatan k Mazium Topkapi, Istanbul












Terlalu banyak dokumen yang boleh diketahui dari muzium ini, peninggalan pedang Rasullah, Khalifah Arrasyidin, boleh dilihat. Perkakasan dan peralatan dari permata, emas, perak kegunaan pemerintah/sultan amat mengagumkan. Begitulah ciri-ciri keruntuhan dapat ditelah dengan mnggunakan barang-barang yang amat mewah tersebut.