Tuesday, March 29, 2011

RANGKA TINGKAT DUA SIAP


SAMBUNGAN KERJA-KERJA SEPANJANG MINGGU KETIGA 2011




BEAM TINGKAT DUA MUSOLLA SIAP


KERJA-KERJA mINGGU KEDUA MAC. GALANG BEAM NAMPAKNYA TELAH KERING DAN SIAP



BEAM TINGKAT DUA MUSOLLA SEDANG DIBUAT


kERJA-KERJA SEPANJANG MINGGU PERTAMA DAN KEDUA MAC 2011




Monday, March 14, 2011

MEMBUAT ACUAN BEAM BUMBUNG DAN TANGGA HADAPAN


Gambar kali ini diambil pada 3 Mac 2011 atau bersamaan 28 Rabiulawal 1432H..Acuan tangga kedua, dibahagian hadapan mula dirangka, sementara acuan untuk beam bumbung terus dibuat. Kerja-kerja ini mengambil masa hampir seminggu, sebelum bancuhan simen diisi.


Rangka ACUAN BEAM bumbung mula dibuat


1/2 Mac 2011/26/27 Rabiulawal --kerja-kerja membuat Rangka ACUAN BEAM bumbung mula dilakukan.


Kayu galang- UNTUK Penyediaan beam bumbung


gambar kali ini diambil pada 27 Februari2011/25 Rabiulawal 1432H..Kayu galang- UNTUK Penyediaan beam bumbung mula disediakan.


MEMANJANGKAN TIANG dengan membuat sambungan


Pada 27 Februari 2011, bersamaan Rabiulawal 1432H, kerja-kerja memanjangkan tiang ke beam bumbung dibuat selepas sahaja tiang-tiang dirian tingkat dua mengering. sambungan ini adalah untuk disambungkan ke beam bumbung...tingkat dua musolla.


Thursday, March 10, 2011

SIMEN mengeras, ACUAN dibuang, NATIJAH bahan TERSERLAH


Foto-foto kali ini dipaparkan pada tarikh 25 hb Februari 2011, bersamaan 22 Rabiulawal 1432H. Simen dalam acuan mengering semalaman sahaja. Semalam simen basah, esoknya mengeras membantu...kelihatan beam, tangga dan tiang berdiri dengan megah.




PENYIMENAN DALAM SATU HARI -ALHAMDULILLAH


HANYA SATU HARI..kerja-kerja penyimenan tiang, beam/gelegar dan tangga dibuat. Kerja-kerja penyediaan acuan dalam masa lima hari, kerana dilakukan dengan tenaga empat kerat, walaupun beberapa orang pekerja yang melaksanakannya.

Manakala dengan bantuan jentera berat, kerja memenuhi acuan dengan simen dibuat dalam jangka yang singkat



TANGGA KEJAYAAN - acuan mata-mata tangga DIRANGKA





17 hingga 22 Februari 2011/14-19 Rabiul awal 1432H- selama 5 hari kerja-kerja pembinaan acuan tiang, sebahagian beam/gelegar paras dua dan tangga dibuat.