Friday, October 31, 2008

'atamanna 'an naltaqiya marratun ukhra fi 'usbu' alqoodim

Alyaum Sabtu wa Ahad nihayatul usbu'l uthlah. Ana ma'a zauji 'Uridu 'an azhabu ilal qariah fi hazihi allail bisaiyarah. somma saanuqabilu wa ummi wa abi insyaallah.Ma azurni ilaika min zaman. Sanazhabu 'an sanusafiru ilal baituha wa naartaha wa nanamu. Ghadan fi alyaum Ahad sanafiru ilal Kuantan. Haza baiti hunaka. Fi Kuantan sanuzura ikhwah,waakhawat,waladun wa ukhtun wa hafidah. Wa nasala ilal kuantan, atammana 'an naa'ta'assyaa ma'a 'a'ilatii!!! somma sanimna alail. waba'da zalika sanoraja' ilal kajang wa sanarokib fil ta'rah insyaAllah.

.. Atamanna 'an sanafiru ilal qariah wa madinatul kuatan barakallah.
saauktub alnas marratun ukhra fi usbu' alqoodim insyaAllah.

Wednesday, October 29, 2008

Oh Diana!! ...Here're my birthday's gift















Betapa indahnya alam ini apabila dipenuhi dengan tumbuhan hidup menghijau,betapa menawan dan damainya persekitaran jika ia dilingkungi warna-warni bunga-bungaan. Betapa berseminya keseimbangan ekosistem alam dengan hembusan oksigen dedaun yang menyegarkan atmosfera. Hembusan karbondioksida insani merimbuni pepohon...wah! begitu estetika dan damainya hadiah hari jadiku!!!!!

Hidup di penghujung senja





Masjid yang dibangunkan di kawasan penempatan baru tsunami di Aceh. Masjid dan perumahan dibiayai oleh negara Tiongkok???





Alhamdulillah, syukur masih ada nafas beralun, masih ada oksijen disedut, masih ada karbondioksida dihembuskan...masih ada suara hati untuk dilagukan, masih ada upaya untuk mencatat warna-warni emosi dan perasaan. Setahun berlalu...sekelip mata dirasakan. Masa beredar begitu pantas, tanpa endah untuk dilambatkan atau diperlahankan, malah tidak mungkin untuk diputar ke belakang. Alhamdulillah dapat melalui madrasah Ramadhan 1429H. Semoga hati ini terus digilap dan dibersih untuk mendekati cinta tuhan...menjadi insan tabah,dan khalifah waja yang sanggup melalui berbagai karenah dan cubaan, cemuhan dan tuduhan.

Usia menjangkau senja

Putaran Roda Masa begitu pantas berlalu, sedar tak sedar setahun berlalu....masa sebagai muta

Tuesday, October 28, 2008

Bala bencana @ musibah yang perlu dijadikan iktibar










Aceh tidak dibiarkan bersendirian meladeni ranjau dugaan yang dahsyat..banyak tangan-tangan ghaib yang digerakkan Allah memberi bantuan bertunjangkan kemanusiaan tanpa mengira agama, keturunan dan adat resam. Aceh kini mula bertatih untuk keluar daripada kepompong kesengsaraan.Tiongkok, Jepun dan negara bukan Islam begitu ketara memberi sumbangan di samping negara-negara Islam yang lain.

Di sebalik dugaan itu, kita, khususnya warga Aceh perlu muhasabah diri, muhasabah keluarga, masyarakat dan bernegara....Kebesaran Allah SWT dilihat terang dan nyata, rumah-rumah Allah, tempat-tempat suci yang lain terselamat dari bencana melanda. Masjid Habiburahman, Masjid Habiburahmin menjadi saksi. Rehabilitasi pembangunan fizikal dan keinsanan kini adakah bertunjangkan landasan syariat agama suci? Apakah yang mendasari perkembangan di sana? Persepsi mata kasar tetamu luar yang bertandang ke sana,diselubungi tanggapan agak negatif.Harga barang dan kos hidup yang melambung tinggi berbanding kawasan lain di Indon...sudah tentu memberi kesan kurang baik untuk menarik pelancong luar. Paparan lain menampakkan sebahagian masyarakatnya terutama di bandar, bertambah ego, tidak sedar diri. Hiburan, muzik berlaungan di sebelah masjid yang kekal menjalankan kefungsian kerohanian mereka. Di kawasan terlibat lain pula ceritanya... makin ketara ke arah kebendaan kini melegari benak kepala mereka. Tetamu yang datang pasti ditanya apakah sumbangan yang mereka bawa?

Sedarlah bahawa peringatan akan datang lagi, jika manusia terus lalai, lupa dan leka.Syahdu..apabila ada orang yang cakna, memberi jawapan penuh yakin, bahawa tsunami akan datang lagi melanda kita pada bila-bila masa!!!!

Rehabilitasi Tsunami - di Nanggore Aceh Darussalam








Tanggal 26 Disember 2004, kira-kira pukul 8.00 pagi tsunami akibat gempa/geliciran dasar laut di 150km luar pantai Aceh berskala 9 richter membadai daratan tanpa belas kasihan, mengorbankan kira-kira 200,000 manusia serta menjadikan daratan padang jarak, padang tekukur. Sisa runtuhan rumah masih dapat dilihat, disamping kapal tersadai di bumbung rumah. Kapal besar dilambung ombak sehingga 5 km di pedalaman pantai.

Melancong sambil belajar ke bumi Serambi Mekah tersebut pada 24-28 Oktober 2008 yang lalu, walaupun sudah 4 tahun berlalu, bukan sekadar impak dan kesan luaran yang dapat dilihat,impak dalaman -dengan trauma mengalir air mata membasihi pipi...menangisi pemergian abadi ahli keluarga dirasakan oleh mangsa yang sempat ditemui.Kini hikmah zahir malapetaka tersebut ketara dilihat. Dari udara dapat dilihat rehabilitasi begitu pesat, sumbangan masyarakat Antarabangsa mencurah-curah. Ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Iskandar Muda Banda Aceh disambut oleh bangunan terminal (dalam pembinaan)tersergam indah ala sebuah masjid raya. Malah dipintu masuk kami disambut pula oleh perawan jelita dengan kompang dan merhaban mereka.

Tuesday, October 21, 2008

Perkongsian - akauntabiliti pemimpin - pertimbangan yang perlu difikirkan atau tindakan susulan untuk menambah baik organisasi

Maklum Balas Guru-guru & Staf sebuah sekolah swasta
Jawapan beberapa soal selidik yang diedarkan pada 13 September 2008
Sempena Perkembangan Staf sekolah tersebut

2. Apakah yang saya tidak suka tentang kerjaya
yang saya buat sekarang?



A Kerja banyak/tekanan-Kerja lain drp mengajar 32%
B Banyak penilaian/peperiksaan.Masa belajar panjang 5%
C Kemudahan guru kurang 5%
D guru perempuan @tak harap bantuan luar 2%
E Pengetahuan diri kurang/jawatan -seni 15%
F Gaji tak setimpal/Gaji dipotong 6%
G Pengurusan berkira-dari segi tuntutan/xprofessional 9%
H Pemberitahuan saat akhir/program x tersusun 4%
I Ada gap/hubungan pentadbir -staf 7%
J Tiada masalah 10%
K Pelajar bermasalah/pelbagai karenah/tak boleh rotan 5%

3 Apakah yang menarik minat saya suka bekerja di sini?

A Saham akhirat 10%
B Dekat rumah 3%
C Dapat tambah ilmu islami /bidang baru–vision 33%
D Keakraban/suasana Islami/pelajar 54%


4 Apakah perkara yang tidak menarik minat saya bekerja di sini?


A Gaji tidak memuaskan –tiada elaun tambahan 17%
B Pentadbir tidak share vision/Jaga Kebajikan/
tidak berhikmah/autokratik/tak teratur 28%
C Tiada usaha utk kekalkan guru/out door aktiviti 5%
D Syahksyiah kurang baik –mengumpat/tak mesra 10%
E Beban tugas/masalah kesihatan/Masa Cuti bekerja 12%
F Kurang ilmu/ kemudahan sokongan P@P/konflik 10%
G Banyak arahan –berubah-ubah/hubungan kurang baik 15%
H Dakwah Fardhiah kurang/perlu up grade 3%


5 Apakah 3 perkara penting yang saya lihat perlu
dikekalkan dalam organisasi ini?


A Ada Kursus & bengkel berterusan 14.9%
B Cuti & Masa fleksibal/cuti ada program 3.5%
C Pentarbiyahan/usrah guru @murid SPPM @PSFM 30.7%
D Wawasan Sekolah/guru dedikasi/guru lelaki ditambah 5.3%
E Keakraban/adakan perjumpaan utk selesai Masalah 15.8%
F Gaji/Elaun Kekal @tambah/ada elaun lebih masa 10.53%
G Kursus Pedagogi m/p 7.0%
H Pembangunan/Gotong-royong/keselamatan 3.5%
I Agihan kelas/ Bimbing murid sekurang2 2 tahun 1.75%
j Kebajikan guru 7.02%


6 Apakah 3 perkara penting yang saya inginkan terhadap kerja-kerja yang saya
lakukan?


A Pengiktirafan/ pensijilan/dihargai/kerjasama 13.53%
B Naik gaji-kekal guru@ Tambah Elaun 12.03%
C Buat SKT/SOP 2.26%
D Baiah soleh/solehah 3.76%
E Keazaman yang tinggi/kecekapan/kualiti 3.76%
F Perlu jaminan kerjaya/tepati janji/syura bersama 3.76%
G Tambah bilangan guru 3.01%
H Hubungan Baik-ambil tahu masalah-Ada tolak ansur 15.79%
I Permuafakatan luar –sekolah/PPD/JPN/KPM/LP 3.76%
J Kursus Islami/P @P/usrah 8.27%
K Bina Surau/Tambah prasarana/BBM 9.76%
L Pengurusan yang lebih canggih-ICT/profesional 3.01%
M Penjelasan/penerangan P@P serta tugasan jelas 3.76%
N Kepercayaan/empowerment kurang/hubungan/keterlibatan 8.27%
O Kewangan 3.01%
P Disiplin/rotan/masa belajar panjang 2.26%

Sunday, October 19, 2008

Dua sisipan - koleksi ubahsuai media massa

1.SINAR ... Sifat Lokal, prinsip neutral, semangat nasional, fikiran global.

Respon....kita berkongsi satu visi, satu inspirasi, satu komuniti, satu duniawi dan satu ukhruwi...bersama kita menerajuinya..

2. Wadah ini adalah milik masa lalu, bukan aset masa depan. Nostalgianya mungkin sarat dan ia sendat pula dengan kenangan manis. Tetapi, berdepan realiti dan cabaran mendatang, Wadah ini kelihatan tiada tempat.

Imiginasi anak muda tak tersentuh, harapan orang tua tak tersampai. Korupsi membusung. Fikir penggiatnya, sementara ada habuan duniawi yang berbaki lebih baik cepat-cepat direnggut. Hilang segala idealisme, pupus segala cita-cita luhur. Malah, tanpa beberapa pengikat sokongan ia akan mudah terlerai.

Respon.....berpaut didahan rapuh, mustahil untuk berdiri utuh!!!!

Bauran media masa - kompilasi bahasa/ungkapan untuk rujukan

Petikan ...semarak perjuangan melalui weblog

1. memiliki blog adalah percuma
2. memiliki blog adalah mudah
3. Blog sesuai untuk sesiapa sahaja
4. Blog memberikan anda 'sense of purpose
5. memiliki blog melatih kemampuan kita berfikir
6. Blog membebaskan anda untuk berekspreasi
7. komuniti 'blogger'..di seantero dunia
8. blog adalah 'the new media di internet

untukku mempunyai laman ini adalah untuk berekspreasi...selain menenagkan jiwa juga sebagai medium yang menjadi wadah bebas untuk berekspresi dalam sebuah kemerdekaan kendiri sama ada anda berasa sedih, kesal, senang, bahagia, jatuh cinta atau sebaliknya dengan kebebasan tanpa sempadan

Jamuan raya atau ziarah raya? Bergaya atau mengada-ngada??

Semalam beberapa jemputan jamuan raya..meriah, mewah @ senak menjamu selera. Hujung minggu Sabtu dan Ahad jadi rebutan untuk jamuan raya. Menambah sumber rezeki penjual lemang, rendang dan kueh mueh di tepi jalan. Syarikat Catering menjadi rebutan sehingga tidak kering tangan memenuhi kehendak pelanggan. Syukurlah walaupun di sana sini dipaparkan di media masa perbualan tentang kenaikan harga barang dan ekonomi dunia semakin merudum tetapi orang sekitar Bangi ni masih mewah dan murah rezeki.

Sepanjang Syawal selama satu bulan..menjadi lumrah ..rumah terbuka untuk menerima tetamu terutama di kalangan keluarga, jiran dan rakan. Persoalannya..adakah konsep rumah terbuka ini akan menjadi budaya yang mungkin boleh menguburkankan syariat..tetamu membawa barakah, ikatan ukhuwah fisabillah, memantap silaturrahim dan mengutuhkan semangat kejiranan dan perpaduan?....jika natijahnya selepas itu merungut keletihan,membazir kerana makanan berlebihan atau menggelabah kerana tak cukup sajian, mengira-ngira untuk dapatkan MC, memberi beberapa alasan untuk tingkat mutu kerja cemerlang di organisasi kerjaya masing-masing atau ada saja bual-bual mengutuk dan mengata-ngata.

Friday, October 17, 2008

Dua SENARIO berbeza...Kesedihan & Kegembiraan

Dua paparan coretan sebelum ini menggambarkan dua keadaan ...fitrah manusiawi...Satu pihak bergembira mendapat keluarga baru...yang disebut menantu. Satu pihak lain mengalami kesedihan kerana kehilangan seorang ahli keluarga tersayang ke persemadian abadi..Itulah fitrah kehidupan. Tidak boleh lari dari ketentuan ilahi. Manusia hanya merancang..Allah yang menentukan segalanya. Dua senario kesedihan @ kegembiraan berlaku dalam kariah Al-Amin.Hanya doa mengiringi perpisahan...semoga rohmu dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan para solehah di alam barzah dan akhirat. Satu lagi hanya hadiah senyuman yang dapat diberikan...ahlan wasahlan wa marhaban bikka. Semoga menambah seri warga aL- AMIN...yang semakin hari semakin sepi..natijah bermusafir fi sabilillah atau membentuk kariah yang lain.

ILTIZAM Ramadhan...Adakah kita menerima natijah positif dari madrasah Ramadhan 1429H???
semoga Ramadhan yang baru dilalui adalah lebih baik dari sebelumnya. Dipohon kesihatan dan umur yang panjang untuk mengambil kesempatan memburu Ramadhan & lailatul qadar pada tahun hadapan. InsyaAllah. Coretan betapa gigihnya persediaan yang dibuat oleh Allahyarhamah Rokiah untuk berhijrah ke alam abadi membuat diri ini cemburu.

Tunjuki Aku & Famili ..Jalan yang lurus. Satu Nasihat & Iktibar

RE: [pibg_siab] Coretan Moderator: Pemergian Bonda Mertuaku....
Friday, 17 October, 2008 16:42
From:
"Zairulshahfuddin B Zainal Abidin (CPDD/PETH)"
Add sender to Contacts
To:
pibg_siab@yahoogroups.com, "PIBG SRIAB"

Assalamu`alaykum,

(Tukar 'hu' kepada 'ha' kerana ini adalah jenazah wanita)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَآْرِمْ نُزُلَهُ،
وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ
الْخَطَايَا آَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا
خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ
زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ
النَّارِ]

“Ya Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim.)

Moga ALlah SWT mengampunkan & meredhai syurga Firdausi tanpa hisab kepada Al Marhumah Rokiah Yahya, Ameen.

wassalamu`alaykum,
Zairul

From: pibg_siab@yahoogrou ps.com on behalf of halimahh@yahoo. com
Sent: Fri 17-Oct-08 1:17 PM
To: PIBG SRIAB
Subject: [pibg_siab] Coretan Moderator: Pemergian Bonda Mertuaku....

Coretan Moderator: Pemergian Bonda Mertuaku....

Deringan telefon di Subuh hening itu amat mendebarkan hatiku."Mak dah tak ada...", kedengaran suara sebak suamiku di hujung talian. Panggilan dari Hospital Besar Pulau Pinang.

Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Mak menyahut panggilan Ilahi selepas 3 hari
berada di dalam koma. Lebih 5 tahun Mak diuji Allah dengan kegagalan buah pinggang. 3 tahun menjalani rawatan dialysis menggunakan mesin dan 2 tahun terakhir menggunakan kaedah CAPD, 4 kali sehari. Sebelum Mak diuji dengan kegagalan buah pinggang, bertahun-tahun Mak menjaga Tok Wan yang uzur dan lumpuh sehinggalah Tok Wan dipanggil Ilahi. Dua puluh dua tahun yang lalu, Ayah telah mendahului Mak menyambut panggilan Ilahi.

Sepanjang ingatanku, Mak memang banyak menghabiskan waktunya membaca Qur'an dan solat sunat. Setiap kali kami balik ke kampung, Mak akan tetap memanggil suamiku
untuk bangun di waktu sahur. Mak mahu pastikan anak lelakinya tidak ketinggalan berjamaah di masjid yang berdekatan. Ku masih teringat suara Mak berwirid atau
membaca Qur'an di keheningan sepertiga malam. Walaupun Mak uzur, tapi semangatnya untuk beribadah tetap kuat walaupun keadaannya semakin tenat.Rupa-rupanya Syawal kali ini, Syawal yang terakhir bagi Mak. Maklah yang biasa membacakan do'a setiap kali sebelum kamiberangkat balik ke Bangi. Namun, do'a Mak kali ini terasa begitu sayu dan syahdu.

Mak beriya-iya mahu ke Kuala Lumpur kali ini.Sudah lebih 2 tahun Mak tidak bermusafir jauh kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi rawatan CAPD, 4 kali sehari agak menyukarkan pergerakan Mak. Mak berkata kepada adik ipar bongsuku, Mak nak pergi Kuala Lumpur buat kali terakhir.
Mak sempat bermalam 3 hari di Kuala Lumpur (untuk orang Kedah... mana-mana tempat di Lembah Kelang, semuanya di panggil Kuala Lumpur). Semalam di rumah abang ipar
sulung, semalam di rumah kami (anak lelaki kedua) dan semalam lagi di rumah adik ipar ketiga. 2 hari selepas terbang ke Pulau Pinang (rumah adik iparku yang keempat), kami mendapat panggilan kecemasan.Bergegaslah ketiga-tiga anak lelaki yang tinggal di Lembah Kelang ke Hospital Pulau Pinang.

3 hari kemudian Mak menyambut panggilan Kekasihnya. Rupa-rupanya Mak telah menyiapkan jubah putih untuk dipakai semasa ia dikafankan sebelum ia bertolak ke Kuala Lumpur. Mak telah berpesan kepada bibik pembantunya, "ini jubah untuk Ibu masa kafan nanti ya". "Mengarut ajalah Ibu ni", balas bibik.
Ya Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rahmatilah bonda mertuaku,ampunilah dosa-dosanya, luaskanlah pusaranya dan jadikanlah pusaranya salah satu dari taman-taman syurga.... Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Aku dan anak-anak tidak sempat menatap jenazah Mak kerana apabila kami tiba, jenazah telah disemadikan. Perjalanan ke Kg Sg Seluang, Kulim kurasa begitu lama. Urusan jenazah telah berjalan lancar. Mak telah lama berpesan, segerakan pengkebumiannya.

Hanya pusara Mak yang menanti kepulangan kami. Pusara Mak di bawah naungan pohon jambu di bawah langit yang dihiasi pelangi petang.

Hatiku begitu tersentuh apabila membaca pesanan Abu Dzar Al-Ghifari yang tercatat di dalam buku "Malam Pertama di Alam Kubur". "Wahai manusia,aku adalah penasihat bagimu. Aku merasa kasihan kepadamu. Dirikanlah solat di kegelapan malam untuk menghadapi dahsyatnya alam kubur....".

Mudah-mudahan Mak aman sejahtera di alam barzah menanti saat tiupan sangkakala.
Sesungguhnya Mak telahpun membuat persiapan untuk ke sana.

Sudi-sudikanlah untuk menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada AlMarhumah Rokiah binti
Yahya, bonda mertuaku yang telah pulang ke rahmatullah pada Subuh 14Syawal 1429 H.

~Halimah
www.coretan- naluri.blogspot. com untuk koleksi postings Coretan Moderator

____________ _________ _________ _________ _________ __

Saturday, October 11, 2008

Permuafakatan berjaya 11 Syawal 1429H

Permuafakatan membawa berkat
jalinan silaturrahim tersimpul erat
Bergotong royong, komited @cermat
Warga Al Amin berpadu dan berhemat.

Begitulah semangat kejiranan yang diamalkan oleh warga Al Amin, sempana walimahtul urus Aizati Nisa @ saiful Ardian. Anak Tuan Haji Manab dan Hjh Zainab di No 10, Desa Al Amin. Rasa syukur kerana hari tenang walaupun nampak nak hujan. Halaman No 5, Desa Al-Amin,yang dijadikan tempat mamasak menu laksa telah dibersihkan kecuali periuk besar hitam yang belum sempat dibersihkan....nak tengok pagi Ahad..siapa dulu yang turun padang????

Wednesday, October 8, 2008

KATA -KATA ORANG TUA - Ciri-ciri insan bermuamalah

Kata orang

Di dalam majlis bermuka manis
Di dalam helat duduk bersifat
Di dalam rumah beramah tamah
Di dalam dusun tuntun menonton
Di dalam kampung tolong menolong
Di dalam negeri beri memberi
Di dalam kota rasa merasa
Yang jauh mula nampak
Yang dekat mula bersua
Yang tinggi menahan angin
Yang rendah menahan lapah
Yang didahulukan selangkah
Yang ditinggikan seranting
Yang dilebihkan serambut
Yang dimuliakan sekuku
Bila duduk, duduk berguru
Bila tegak, tegak bertanya
Bila bercakap, cakap beradat,
Bila diam, diam berisi.

Tuesday, October 7, 2008

Santai - Solehah


bersantai-santai solehah gruop ni selepas raya...baju raya dah habis dipakai..belum basuh lagi agaknya/ Siapa mereka? siapa lagi kalau bukan Aqilah Solehah, Amirah Solehah, Anisah Solehah dan Arifah Solehah anak-anak Dr Diana & Ismail, yang menumpang tersengehtu.....bau-bauan wangian dari syurga,,, Tasnem..dan yang paling kecil tu.. adik Tasnem Umar Azmi...baru berumur 5 hari dah tak sempat-sempat nak berhari raya dan posing .....alhamdulillah menambah seorang lagi zakat fitrah keluarga Azmi & Dr Elliyyin. Fateh Yusra tak sempat nak santai bersama sepupu yang lain...ibunya Dr farah terpaksa bertugas,.. ayahnya Faiz jadi baby sitter..syukurlah. Kesian auntie Mimi, hanya sempat 2 minggu Ramadhan..terpaksa balik ke Jordan untuk teruskan belajar. Auntie Husna pula ...juga tak sempat balik raya tahun ni...juga jauh di Jogjakarta...pulun praktikal di hospital.. nak jadi doktor InsyaAllah. Semoga berjaya dan semua doa dikabulkan.

ipar duai



Jalinan silaturrahim...dengan ziarah menziarahi terutamanya bulan Syawal merapat dan mengutuhkan ikatan kekeluargaan...terutamanya antara adik-beradik dan ipar duai.

Ipar Duai

Mata kadang-kadang salah melihat,
Mulut kadang-kadang salah berucap,
Hati kadang-kadang salah menduga,
Akal kadang-kadang salah mentafsir.

Dari itu maafkan segala kekhilafan..

Salam Syawal & Aidil Fitri.
1429H

fateh yusra



Fateh Yusra...menjangkau umur satu tahun, cucu yang ke enam...baru pandai bertateh..begitu manja dan terlalu rapat dengan Abi dan Umminya...setiap kali menangis jika dipegang oleh orang lain...macamana tu??? iktibarnya semasa kecil biar-biarkan, jangan berdetik sikit dilayan...pengalaman anak pertama agaknya.

perbedaan kini dan 4 tahun lalu



Foto ini..juga percubaan muat turun ....nak buat dua gambar untuk menunjukkan perbedaan tetapi gagal. Biarkan aje gambar tu walaupun dalam keadaan selamba...dan tidak besedia untuk abadikan gambar...dalam blog ini.,..semuanya untuk kenangan.
Mak nenek buat catatanlah ya cucu!!!!!!

cuba lagi

Ziarah menziarahi, silaturrahim tersimpul erat. Jauh jarak apabila menjenguh terasa dekat...dekat dihati dan sanubari. Selalulah saling menziarahi agar kesepaduan keluarga berpadu kukuh.

Satu Pembelajaran..

Berkali-kali cuba tanpa mengalah, pasti berjaya...itulah hakikat belajar dengan kaedah cuba jaya. Mencari ilmu itu sepanjang hayat. Semakin banyak yang diterokai semakin terasa kejahilan dan kekurangan. MasyaAllah ilmu Allah itu tersangatlah banyak untuk ditadabbur dan disingkap.....teruskan memburu ilmu dunia dan akhirat.Tingkatkan kualiti diri sebagai hamba dan khalifah....

Sunday, October 5, 2008

nOstalgia raya -bersama Omar Azmi

1 syawal 1429H.....beraya di sungai bersama cucu baru...cuba muat turun gambar-gambar ..tapi masih gagal..cuba lagi