Friday, May 27, 2011

MUSOLLA AL-AMIN - kerja-kerja dalam masa dua bulan TERAKHIR?

. Foto-foto ini diambil pada 27 Mei 2011. Kerja-kerja di bahagian luar dan dalam surau dilaksanakan serentak. kesempatan masuk ke dalam Musolla pada hari ini kelihatan lebih lima orang pekerja. Tumpuan kerja pada hari ini di buat di bahagian dalam bangunan, akibat hari hujan.
. Binaan longkang dan perparitan keliling kelihatan hampir selesai. Begitu juga pengkebalan bekalan elektrik telah pun dibuat. Siling juga kelihatan tiga perempat telah siap. Di tingkat bawah siling dilengkapi dengan frame/bingkai palaster berbunga.Harapan sebulan ditinggalkan kerana musafir jauh...akan kembali InsyaAllah dengan Musolla ini telah siap sepenuhnya. Semoga roh penulis ini, masih dipinjamkan untuk menongkah jasad ini bagi melihat rumah Allah ini terbangun indah.



Thursday, May 19, 2011

MUSOLLA SRI AL-AMIN Bangi 60 % siap


Pandangan Hadapan MUSOLLA SRI AL-AMIN Bangi, menunjukkan pembinaannya hampir 60 peratus siap, Foto ini di ambil pada 16 Mei 2011.


Jejenang tingkap MUSOLLA berbentuk separa bulat


Menghampiri tarikh sasaran untuk siap beberapa bulan lagi, kerja dilaksanankan dengan giat setiap hari. Bumbung metaldec telah siap dipasang. Begitu juga dinding batu bata setiap sisi telah siap dipasang. Sebahagiannya telah siap dengan lepaan simen untuk siap sedia dicat asasnya. Pertengahan bulan MEI 2011, kerja-kerja membuat bentuk tingkap separa bulatan dilaksanakan.




Sunday, May 8, 2011

WARNA HIJAU YANG MENYEJUKKAN MENJADI PILIHAN


Hari ini, 8hb Mei, gambar ini diambil. Dinding sebelah belakang dengan lepaan simen yang telah dua minggu mengering, diuji cat pilihan. PELBAGAI warna hijau dipilih - untuk testing atau untuk terus cat mungkin. Pilihan pelbagai warna hijau, nampaknya dipilih. Bumbung diwarnai dengan hijau pekat, dinding pula setakat ini nampaknya pilihan kombinasi tiga jenis hijau. Hijau pucuk pisang, hijau rumput, hijau kelabu. Warna ini adalah pilihan arkitek daripada Zuryati Arketik, yang menyumbang sepenuhnya dalam kerja-kerja melukis plan dan konsltasi dalam pilihan warna ini.


MEMBUMBUNG MUSOLLA DI AWAL MEI 2011


ATAP METALDEC - dipilih untuk memayungi Musolla yang bersejarah ini. Warna sejuk hijau gelap menjadi pilihan. Patutlah rangka aluminum atau besi?? yang menjadi rangka dan tetulang bumbung, sesuai dengan atap metaldec yang agak ringan agaknya. Metaldec yang bunyinya bising bila dihujani air hujan, dilapisi dengan alat seperti sponge untuk nyah bunyi bising.




RANGKA BUMBUNG MUSOLLA DIPASANG


Kerja-kerja membumbung dan lepaan simen di dinding keseluruhan Musolla dilakukan di penghujung bulan April 2011. Foto-foto ini diambil sebelum majlis besar-besaran kempen mengumpul dana MASMA dilaksanakan pada 31 April 2011.




Monday, May 2, 2011

KERJA-KERJA MENDIDING MUSOLLA HAMPIR SELESAI


Batu-bata bukan berwarna kelabu digunakan untuk mendinding Musolla Al-Amin ini. Dengan salutan plaster simen, batu-bata kelabu ini akan ditutup. Apa bezanya batu bata warna kuning dengan yang berwarna kelabu??. Bahagian dalam, terutama di siling telah mula diplaster, begitu juga bahagian jejenang/beam juga telah disapu dengan lepakan simen, yang menampakkan permukaan yang tidak lagi bergerutu. Kerja-kerja ini dijalankan minggu kedua/ketiga April 20011.