Thursday, April 22, 2010

Berdoalah kepadaKU, nescaya AKU perkenankan




Alhamdulillah hari ini 22 April 2010, sebelum pergi ke sekolah dewasa kelas B Arab, dapat menghimpunkan para sukarelawan yang dijemput melalui maya PIBGnet. MasyaAllah begitu ramai hambaAllah yang ingin berjualbeli denganMU, betapa pekanya mereka untuk beramaljariah menyumbang masa, tenaga dan meterial untuk merealisasikan hasrat mengumpul dana sebanyak 500K untuk pembangunan sebuah Musolla SRI ALAmin.Sesungguhnya janji Allah itu benar,,'usaha untuk menirikan masjid, jaminannya adalah masjid juga di akhirat nanti, InsyaAllah. Sasaran dua bulan pertama adalah untuk mengumpul sebanyak 50K, sekurang-kurangnya untuk mendirikan cerucuk & ceracak asas bangunan. Kini dari usaha sebelum ini, telah berjaya mengumpul sebanyak 10 K ..Alhamdulillah.
Tak perlu ingatkan hasilanya,boleh atau tidak boleh, yang pasti berusaha dan berdoalah. Janji Allah berdoalah kepadaKU, nescaya akan makbulkan. Itulah pegagangan dan tawakall kita. InsyaAllah dengan usaha jualan sukarelawan setiap hari Rabu, jualan di koperasi sekolah da jualan am pada 2 Mei nanti, dapat membantu untuk mencapai target tersebut.

Tuesday, April 20, 2010

Early Bird di Sanpeng ke .....pengsan??..




Hujan renyai pagi ini, terpaksa memberanikan diri memandu untuk pergi ke Sanpeng bersama pengurus TKB untuk mencari kain uniform murid-murid TKB. Perjalanan ke KL jam 10 pagi, berjalan lancar, tanpa ada kesesakan jalanraya, Alhamdulillah. Destinasi dicari dijumpai walaupun berlegar-legar beberapa kali di celah-celah lorong sehala, yangmana kedamaian, ketenteraman, keselesaan dan kebersihannya boleh dipersoalkan. Terasa begitu sayu dalam hati kecil ini... kerana boleh dikatakan 100 peratus yang empunya toko,kedai perniagaan d isitu milik mereka yang bukan Islam, walaupun majoriti pekerja mungkin orang Islam..memang boleh PENGSAN bila memikirkan perkara UMMAH ISLAM masa kini. Menunggu mendapat bekalan kain yang dikehendaki, menjengah kedai sebelah yang menjual baju-baju muslimah, termasuk telekung, jubah dan tudung. Difahamkan di Sanpeng inilah ramai rakan-rakan muslim yang berniaga kecil-kecilan dapatkan bekalan jualan mereka dari sini, beli dengan harga borong sudah tentulah lebih murah. Orang pertama membeli di kedai menjual pakaian muslimah dengan taukehnya beragama Hindu..menjalankan ritual hindunya sebagai early bird sale??? lakum dinnukum waliyadin.. itulah sahaja yang dapat dihamburkan di samping mempersoalakan kenapa ritual itu dibuat di samping sempat menghamburkan bahawa segala rezeki itu dari Allah.

Sunday, April 18, 2010

Hadir mesyuarat KOWAHIDA antara harapan dan realiti




Beberapa kali hadir dan menerajui koperasi peringkat sekolah yang menjanjikan dividen yang tidak pernah kurang 10%, ingin pula meneruskan usaha ini setelah keluar dari medan persekolahan. Murid begitu gembira dengan dividen yang pernah di beri antara 50 sen sehinggan tiga ringgit dengan hanya pelaburan paksa rela 10 ringgit sahaja di awal pertama kali masuk koperasi sekolah menengah. Pengalaman menyertai dan menerajui koperasi di peringkat sekolah adalah sesuatu pembelajaran dan pengalaman. KOWAHIDA masih baru...dalam proses menimba pengetahuan dan pengalaman. MasyaAllah limpahan begitu ramai yang menyumbang dalam pembelian saham adalah satu rahmat kepada KOWAHIDA untuk melayan, menerimanya dengan tangan yang terbuka, di samping terus berusaha dan memikirkan yang terbaik untuk mengembalikan harapan dan impian penyumbang dengan pemberian dividen tahunanyang memberi senyuman. Semua yang menyumbang saham, samaada yakin atau tergula-gula dengan kempen besar-besaran atas wibawa koperasi muslim ini. Untuk diri sendiri pula, profil rekod pulangan yang memberangsangkan oleh KOWAHIDA sebelum ini memberi keyakinan untuk terus membantu pengeluaran produk muslim ini, di samping sudah tentu mengharapkan pulangan yang lebih baik daripada institusi-institusi pelaburan yang lain.
Berada dan turut serta dalam mesyuarat kawasan atas dorongan kawan dan upline, pada awalnya sudah tentulah mendambakan sesuatu tanggapan dan harapan yang tinggi. Pengumuman dividen 10 peratus (Alhamdulillah- lebih baik berbanding dengan tabungan yang lain), tidak dapat tidak secara fitrahnya terdetik rasa agak kecewa. Saranan beberapa ahli lembaga yang seolah-olah tidak mahu menerima sumbangan saham ahli pasif yang banyak, kerana rasa tidak mampu untuk menjana pelaburan wang tersebut dengan optima menampakkan jawapan yang kurang cerdik. Sesuatu yang terbalik dan luar biasa jika ada koperasi yang tidak perlukan modal anugerah yang banyak itu.. untuk dijana dengan effisen. "sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang diluar kemampunnya" oleh itu KOWAHIDA mestilah melangkah ke hadapan dengan tersusun dan perancangan rapi, untuk menjana amanah modal yang disumbangkan itu dengan lebih baik dan berkesan agar janji-janji untuk menjadikan PRODUK HPA adalah untuk SATU dunia menjadi realiti. Ahli dan pemodal KOWAHIDA sentiasa mengharapkan pulangan yang terbaik di samping terus mendoakan kejayaan dan keberkahannya sepanjang masa.

Saturday, April 17, 2010

HPA Mall, HPA Mart, KedaiCawangan, Kedai Stokis




Melawat premis-premis yang menjual dan mempamerkan produk HPA, terasa tumpang gembira, kerana premis ini mempunyai dekorasi yang cantik dan menawan, malah nampak mewah!!. Sekali imbas, terfikir bahawa pelanggan mereka begitu eksklusif dan yang mempunyai kantung yang penuh. Kekadang telinga ini berdesing juga, apabila ada setengah-setengah PB,stokis malah yang berpangkat dalam rangkaian MLMs ini begitu megah dengan tittle MLMs nya sehingga "memperagukan" produk muslim yang lain. Peringatan ini untuk diri sendiri juga sebagai pengguna dan ahli yang menyokong semua produk muslim, supaya kita tidak melabelkan produk lain yang baik yang juga ada IMP sehingga melibatkan pengguna lain ragu-ragu. Malah mengharamkan sesuatu yang halal adalah satu ungkapan yang tidak digalakkan. Adalah sesuatu yang baik, strategi perniagaan MLMs dikongsi oleh produk yang lain juga. Produk lain memberikan nilai mata atau PV kepada ahli barunya, perlu juga dicontohi oleh HPA. Malah produk lain selain memberikan nilai mata, ada kit niaga, malah memberikan produk mereka sebagai insentif? ini adalah lebih baik dan adil.
Sebagai pengguna HPA dan ingin juga memperkenalkan kepada orang lain dengan membuka stall atau gerai barang-barang HPA nampaknya kurang berjaya, agak susah untuk terjual, dapatan kenapa? rata-rata menjawab agak mahal?? Mereka belum mengenali khasiat dan senergy produk HPA yang istimewa???

Saturday, April 10, 2010

Laguna Merbok - raund2 cari HPA





Sungai petani, nampaknya banyak sekali premis HPA.Kawasan yang dipilih untuk menonjolkan kepelbagaian produk HPA. Kami hanya sempat berkereta berlegar-legar melawat dan melihat dari cermin kereta, Kedai Dobi, bengkel kereta, kedai komputer, radik bakery dan radik oriental restoren selain Hotel Zaharah Inn dan Homestay di Laguna Merbok. Merasa masakan oreintal dengan sosnya lazat semasa konvek09, menggamit rasa untuk mencuba makan sekali di restorennya. Kebetulan hujung minggu, pelanggan begitu ramai di restoren ini. Kami yang memesan makanan untuk dibawa pulang, begitu lama memunggu. Ini menunjukkan betapa rakyat malaysia pandai memilih makanan yang baik dan toyibbah

Friday, April 9, 2010

Menjengah ke JAWIherbshop





Wah hebatnya, apabila pertama kali menjengah masuk kedai Jawiherbs... tiada tolok bandingnya berbanding dengan kedai-kedai international sekufu dengannya. Kenapa sunyi aje?..apabila ditanya staf yang bertugas baru diketahui bahawa kaedah temujanji rawatan dilaksanakan. Temujanji harus dibuat dahulu mengikut masa yang ditentukan.
Biasanya rawatan akan dibuat apabila terdapat lebih dari 40 orang yang mendaftar.Perawatan jawi akan dilakukan oleh yang berbahagia Tuan Pengarah sendiri.Alhamdulillah kami dibenarkan untuk melihat pelbagai jenis herba didapati di premis tersebut. Foto-foto kenangan tidak dilepaskan peluang untuk dirakamkan. satu yang istimewa dapat bergambar dengan akar tunjang tongkat ali..(betulke? atau hanya replika?) model-model beberapa objek yang ada dimeja kaunter tetamu macam replika aje!!!. Walaubagaimanapun objek tersebut dapat menggambarkan objek anugerah Ilahi kepada manusia yang begitu agung untuk dimanfaatkan. Satu nostalgia ialah, teringatkan gambar tuan pengarah sendiri yang memegang akar tongkat ali itu dalam program-program pengenalan profil syarikat.Perubatan JAWI HPA adalah satu kaedah perubatan alternatif yang amat berguna kepada manusia. Sehingga kini IMT kapsul dan airnya begitu sinonim untuk dimanfaatkan bagi manjaga kesihatan keluarga kami, dan rakan InsyaAllah.

Menggigit gigi di RFC - menjilat jari di KFC


Kunjungan kali pertama awal tahun lepas, gagal untuk mencari HPA CT di Sg Petani kerana kesuntukan masa. Terkilan sekali sehingga mengetap gigi kerana kempunan nak menjamah RFC. Goreng sendiri ayam organik HPA dengan salutan tepung Istimewa RFCnya sama sekali tidak sama dengan menikmatinya di restoren RFC. Bye, bye!! dengan menjilat jari untuk pergi ke KFC. tak mengapa...hati puas kerana dapat menahan nafsu.
Kunjungan kali kedua ke Sg Petani pada Februari tahun ini, dengan peluang untuk memandu sendiri....tidak lepaskan peluang untuk mencari RFC sekali lagi. Alhamdulillah, kunjungan kali ini berhasil untuk memakan sepuas-puasnya RFC, tidak lagi menggiggit gigi, malah menggigit tulang-tulang ayamnya sekali. Semoga RFC vs KFC..sama-sama kita mendokongnya dengan bersama melabur saham di KOWAHIDA.




Wednesday, April 7, 2010

ISLAMIC Book Store ..HPA

Sudah menjadi lumrah, kedai buku mesti dicari, manakala bahan-bahan bacan perlu dibeli setiap kali bermusafir. Buku sumber ilmu - sebab itu, kedai buku perlu jengah ke mana saja kita berkunjung. Tambahan pula nak pergi lihat sendiri, satu cabang perniagaan yang diterokai oleh HPA. Syabas diucapkan kepada pengusahaNYA. Mungkin satu masa nanti tOKO ini akan terus berkembang dan mempunyai banyak pelanggannya.

u,
Walaupun kedai ini masih sunyi, dan tiada pelanggan lain kecuali kami dua beranak, namun layanan pengurusnya yang mesra dan banyak membantu adalah perkara yang perlu dikekalkan. "Kepuasan pelanggan - keutamaan kami" yang menjadi tip peniaga cina untuk menarik pelanggan, wajar dicontohi. Alhamdulillah buku terbitan HPA yang sudah lama dicari boleh didapati disini

Sunday, April 4, 2010

SAFARNA ILA HPA CiTy FI Sungai Petani


Alhamdulillah pada 19 hingga 21 Februari yang lalu, dapat menjengah HPA CT di Bandar Laguna, Merbok, di Sungai Petani. Gambaran PJ/PJS/PJM, dalam program mingguan, PBC dan KPJ hanya dapat bayangan melalui foto-foto yang ditayangkan. HPA Mall yang dibayangkan akan dibuka tidak lama lagi?? semua ahli menunggu-nunggu masa operasinya. Tumpang gembira, sebagai ahli HPA...yang mana HPA mempunyai mall yang besar, yang vision kepimpinannya untuk menandingi pasaraya-pasarraya besar yang lain??? Pusing-pusing sambil ambil gambar di blok bangunan yang masih baru, dapat dikenali dengan singnbord Besar di atas bangunan. Mampukah mall ini nanti untuk menandingi Giant, Careffour, Texco, dll? Insya Allah dengan dokongan semua pihak ia dapat direalisasikan, walaupun dalam hati kecil ini ada terdetik sedikit rasa risau, dengan lokasinya yang pada pandangan mata kasar,agak kurang strategik,kurang treshold. Camanapula dengan produknya... adakah cukup untuk memenuhi permintaan ramai, sedangkan banyak barang TIADA stok di cawangan-cawangan, apabila ingin membeli atau jika ingin mendapatkannya jika ada pesanan daripada pelanggan yang lain.