Monday, February 28, 2011

SIMEN rander lantai MUSOLLA paras dua MENGERAS


KERJA-KERJA penyimenan lantai para dua Musolla dilakukan pada 12 Februari 2011/9 RabiulAWAL 1432H. Kerja dilakukan dalam sehari sahaja dengan bantuan forklift, lori pembancuh simen daripada kilang di luar.



Monday, February 21, 2011

Hari Penyudah menyediakan kemasan acuan lantai.





Hari ini..hari Jumaat 11 Februari 2011, bersamaan 8 hb Rabiul Awal 1432H,.. merupakan kerja-kerja Penyudah menyediakan kemasan acuan lantai. Rangka besi untuk pegangan ikatan tiang ke bumbung juga dibuat terlebih pada hari ini dan semalam, sebelum kerja-kerja penyebaran simen yang akan dilakukan pada hari esok. Sedikit terkilan..masih kedengaran kerja-kerja dilakukan walaupun pada waktu solat Jumaat didirikan...terdetik prangsangka buruk..'Tak sembahyang Jumaatkah mereka tu?..

Kesinambungan kerja-kerja menjalin kerangka bebatang besi


Tarikh 10 Februari 2011/bersamaan 7 hb Rabiul Awal 1432H HARI KHAMIS, posting gambar pada hari ini. Kerja@ utama ialah memperkemas dan menyudahkan jalinan rangka-rangka besi. Kelihatan juga bebatang paip berwarna putih untuk kabel bekalan elektrik, telah disiapsediakan, sebelum penyimenan dibuat...tujuannya sudah pasti untuk kekemasan dengan membuat kabeling dalam dinding atau lantai.




BEbatang besi keluli DIJALIN sebagai rangka karung lantai simen rander.


Tarikh 9hb Februari 2011/6 hb Rabiul Awal 1432H ..BEbatang besi keluli DIJALIN sebagai rangka karung lantai simen rander. ia sebagai pengikat simen-simen yang dibancuh untuk lepakan lantai.




MENYANGGA tepian acuan beam di keliling acuan lantai paras dua Musolla


Gambar ini diambil pada 8 hb Januari 2011/bersamaan 4 Rabiul Awal 1432H dengan membuat kerja-kerja MENYANGGA tepian acuan beam di keliling acuan lantai paras dua Musolla dengan kayu beluti. Gambar yang diambil pada awal pagi, menunjukkan keadaan yang lembab...kerana hujan lebat turun dengan lembab pada petang semalam.




Sunday, February 20, 2011

ACUAN PAPAN untuk lantai MUSOLLA tingkat dua


Foto ini diambil pada 7 Februari 2011 bersamaan 4 Rabbiulawal 1432H. Hamparan papan mendatar sebagai acuan lantai paras dua,dibuat pada tarikh ini.



Thursday, February 17, 2011

ACUAN BEAM di tingkat DUA


FoTO ini diambil bermula Hari Isnin 6 hb Februari 2011/5 hb Rabiul Awal 1432H. KERJA-KERJA MEMBUAT ACUAN BEAM DENGAN MENGGUNAKAN PAPAN. Papan-papan ini diguna semuala beberapa kali...strategi untuk jimat kos.


SAMBUNGAN kerja-kerja KERANGKA tingkat DUA



Kerja-kerja pada 5/6 Februari 2011/ 2/3 Rabbiul Awal 1432H, Hari Sabtu dan Ahad.


KERJA-KERJA rangka tingkat dua MUSOLLA BERMULA


Kerja-kerja kerangka tingkat dua Musolla bermula sebelum sambutan tahun baru Arnab. Gambar ini diambil pada 1/2 Februari 2011. Hari Selasa dan Rabu bersamaan 27/28 Safar 1432H.

Kayu-kayu beluti untuk penyangga, papan-papan untuk buat acuan, rangka-rangka besi keluli untuk kerangka ikatan simen, mula kelihatan bersepahan.



Sunday, February 13, 2011

Hari ini kerja-kerja MENINGGIkan TIANG dibuat


Gambar-gambar kali ini diambil pada 28/29 Januari 2011 - Hari Sabtu & Ahad, bersamaan 23/24 Muharram 1432H

Acuan penyambung untuk meninggikan tiang dibuat, begitu juga rangka-rangka besi untuk tetulang membuat tiang ke tingkatan dua. Merujuk diary, kerja-kerja menyambungan tiang ini, mengambil masa 4 hari. Kerja-kerja diteruskan sehingga 1 dan 2 Februari, hari Selasa dan Rabu.