Monday, February 7, 2011
BATU KERIKIL MENDASARI LANTAI PARAS SATU
Foto kali ini, diambil pada hari Rabu, 19 Januari 2011 bersamaan 14 Muharram 1432H.
Batu-batu kerikil, seperti batu granit pecah yang digunakan untuk buat asas jalan raya, digunakan untuk menjadi dasar lantai tingkat satu.
Berlori-lori batu kerikil diangkut untuk memenuhi lantai dalam petak-petak galang beam tingkat satu atau tingkat bawah.
Dua hari kerja-kerja mendatarratakan lantai ini dilaksanakan. Esoknya 20 hb Januari,cuti am Hari Thaipusam. dalam dairy catatan merekodkan tiada kerja-kerja pembinaan dilaksakanan.Sempena Cuti, PIBG mengadakan mesyuarat Agung PIBG.
Mesyuarat pembentangan aktiviti dan kewangan, tiada pemilihan AJK dibuat. Satu Usul berkaitan musolla dipersetujui ..`iaitu ~SETIAP KELUARGA AL-AMIN, PERLU MENYUMBANG RM500 SEKURANG-KURANGNYA. Semoga kutipan ini dapat membantu dana membina musolla yang dinantikan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment