Tuesday, February 8, 2011

RANGKA BESI tiang ke tingkat dua mula berdiri


Gambar kali ini dirakamkan pada hari Ahad, 23 Januari 2011, bersamaan 18 Muharram 1432H. Cuaca agak panas pada waktu maksima lembayung suria memancar ke bumi.

Semalaman sahaja simen render lantai kering, pada hari ini pekerja membuat jejaring rangka tiang dengan batang-batang keluli.

Jejaring rangka besi hampir 40 tiang dibuat dengan tangan dalam masa hari. Nampaknya pada hari pekerja di medan agak ramai...sasaran untuk siap dalam satu hari. Esok sasaran membuat acuan tiang dengan papan pula.

No comments: