Monday, August 17, 2009

GAYA kerja orang MUDA vs orang TUA



FASA menerajui beberapa fotfolio, buku agenda,persembahan,seranta dan publisiti. Banyak peranan yang dipertanggungjawabkan kepada FASA, yang sebenarnya mereka boleh lakukan dengan baik. Namun begitu banyak ruang dan perkara yang boleh diperbaiki dengan melihat beberapa postmortem yang dibincangkan.
Pepatah mengatakan "orang tua dihormati,orang muda dikasihi" mungkin boleh dijadikan panduan, apabila kita membentuk satu team untuk bekerjasama dalam sesuatu tugasan. Orang muda harus fahami, pengalaman kerja orang dahulu makan garam dalam melaksanakan tugasan dan menetapkan sesuatu sasaran mestilah dihormati dan dipatuhi oleh anak-anak muda!!!.Tak dinafikan orang muda banyak idea, kreatif dan sebagainya. Itu adalah satu asset yang boleh digembeling bersama dengan baik terutama diiringi bimbingan dan nasihat oleh orang yang lebih berpengalaman.

Setulus dan sejujurnya, dimaklumkan bahawa makcik-makcik urusetia menahan rasa marah dan meningkatkan daya kesabaran yang begitu tinggi dalam menghadapi gaya kerja orang muda!!! yang terlalu yakin dapat menghasilkan sesuatu yang diharapkan,menetapkan sasaran yang samar, di samping kualiti masa yang amat berharga untuk datang bermesyuarat, menetapi masa sesuatu sasaran kurang diambil berat.

"Sesuatu kerja disediakan last minute" itulah sesuatu perkara yang boleh menyusahkan hati orang tua..kerana terpaksa akur dan menerima seadanya. Tiada masa dan peluang untuk memberi cadangan dan semakan untuk menatijahkan yang lebih baik dari yang sepatutnya.

Medan mesyuarat tindakan adalah wadah yang paling baik untuk meningkatkan mutu kerja kita.Ruang sumbangsaran,lontaran idea dan pandangan, kritikan membina perlu diambil kira oleh semua ahli mesyuarat/urusetia oleh semua orang tidak kira muda dan tua. Masalahnya, masa ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya, ada yang malu untuk bercakap, mengkritik dsbnya.
Jika semua orang bertindak mengikut format kerja yang telah diaturkan, sudah tentulah tidak menyusahkan ketua atau beberapa orang yang biasanya menjadi tonggak tulang belakang di dalam sesuatu program.
Suatu perkara yang menimbulkan kegelisahan yang amat sangat di kalangan makcik-makcik adalah penyediaan mon... AA memang bagus dan pakar dalam menyediakan slot tersebut, tetapi last minute,,,AA dilayan sebaiknya..mohonkan cuti untuknya, disediakan tempat, diberikan kemudahan dan perlu dibantu oleh urusetia lain untuk menyediakan slot mon ...itu. Akhirnya..itulah seadanya yang dapat dipesembahkan kepada tetamu..Alhamdulillah.

Sesuatu hakikat yang perlu diterima, walaupun sukar untuk ditelan,melalui pengalaman-pengalaman yang lalu, ialah hanya kira-kira 10 peratus sahaja daripada senarai panjang AJK yang disenaraikan, betul-betul aktif menjalankan gerakerja yang disusun?

Sunday, August 16, 2009

MENSERASIKAN GAYA KERJA



Gerakerja Amal SSAA merupakan langkah pertama menggerakkan potensi kekuatan yang ada di persekitaran SRIAA. Ahli PIBG yang banyak kepakaran dan kemampuan tentu sekali boleh membantu, anak-anak FASA yang muda dan kuat tenaga, pasti boleh banyak perkara membantu...Persoalannya, macamana ingin bertemu dan berbincang jika semua mereka kesempitan waktu luang?. PIBG bekerja, FASA pula ramai yang masih belajar.


Sanggupkah big-big boss dalam PIBG turun padang...takape, sokongan moral dan mandat sudah memadai. Dua bulan terakhir sokongan padu dari YDP PIBG diperolehi, setelah kami pendokong-pendokong utama di kalangan ibu-ibu, sanggup datang waktu malam untuk berbincang.FASA menerajui beberapa fotfolio, buku agenda,persembahan,seranta dan publisiti. Banyak peranan yang dipertanggungjawabkan kepada FASA, supaya mereka belajar dan gunakan kreativiti yang ada.

PERJUANGAN berterusan dalam SUMBANGSIH


Ada permintaan untuk menyambung aaanekdot ini!!! terpaksalah sambung semula......

Sanggupkah anda memimpin sesuatu gerakerja amal yang besar? Boleh aje jika ciri-ciri di atas ada dalam diri anda, di samping mempunyai sifat sabar, pemurah, penuh toleransi,sanggup berkorban serta boleh membuat keputusan dan penyelesaian masalah semerta. Sebagai ketua sebenarnya anda lebih banyak MEMBERI daripada MENERIMA....dengan kata lain kena banyak guna dan keluar fulus sendiri. Walaupun anda sebagai ketua, bukan semua tempat dan situasi boleh buat arahan sahaja. Dalam kes amal ssaa,Anda perlu berperanan sebagai semua unit urusetia yang dibentuk. Andalah ketua, andalah yang perlu menjalankannya, walaupun tidak dinafikan, beberapa orang yang sanggup menolong sepanjang masa dan berterusan dalam tempoh gerakerja berjalan. Dengan kata lain tumpuan sepenuh masa patut diberikan. Masa libur dan rehat wajar di esampingkan dulu. Ada unit urusetia yang penting diwujudkan,,,,tetapi personelnya tak pernah muncul sehinggalah program berjalan. Urusan urusetia itu, andalah yang perlu laksanakan dari awal hingga akhir.Banyak idea dan pandangan yang dilontarkan, tetapi yang peliknya suruh ketua yang menguruskannya....mampukah anda?? Banyak keistimewaan yang dituntut oleh beberapa orang urusetia, dari uniform seragam sehinggalah tempat duduk percuma.









Bukti kesungguhan, keinsafan dan Keagungan-MU
Bersama sebeban kesulitan diikat rapi di belakang usia
Menggalas tanggungjawab dan pengorbanan di pentas realiti,
Mengharap ehsan insan untuk mengerti dan berkongsi
Awalnya sukar dan mengah
umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari.
umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun.
umpama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam.
umpama mendaki gunung setinggi langit.

Friday, August 14, 2009

Pembangunan HATI dalam Madrasah RAMADHAN


Hidayah Allah yang sangat disyukuri kerana menggerakkan hati ini, untuk melangkah kaki dalam pelbagai majlis ilmu, dalam pelbagai majlis silaturrahim fillah dalam program-perogram bersifat kebajikan...sebelum menuju langkah pasti ke persemadian abadi.

Kupanjatkan doa dan harapan agar hidayah ini terus tercurah kepada insan kerdil yang serba dhaif dan jahil ini. Juga tercurah kepada semua ahli keluargaku, ibu bapa dan adik beradik, ipar duaiku yang lain. Alangkah gembiranya jika keluarga besarku ini bersama dalam taman syurga yang tidak dapat digambarkan kenikmatan dan keindahannya. Jika halatuju yang satu itu tidak dapat dipenuhi oleh mereka dalam gerombolan besar ini, maka akan tercicirlah mereka..nauzubillah. Ku mengajak semua ahli keluarga untuk menafaatkan bulan Ramadhan al mubarak ini sebagai bulan tarbiyah diri dalam penyucian dan pembangunan HATI. Hati yang suci dan terbangun menatijahkan pembangunan Roh insan yang terarah mengikut fitrah.

Semua orang tahu, Ramadhan bulan anugerah kepada manusia yang dijanjikan awalnya sebagai anugerah kerahmatan, pertengahannya sebagai anugerah keampunan dan akhirnya sebagai balasan dijauhkan dari seksaan api neraka. Hadiah itu pasti untuk semua insan yang berusaha mencari dan menggapainya dengan bersugguh-sungguh melalui amalan yang telah digarispandukan kepada semua umat manusia melalui ISLAM. Semoga kita TIDAK menjadi menusia yang ego dan sombong kerana tidak mahu mendapatkan hadiah istimewa dan hakiki yang ditawarkan itu.

Marilah kita bersama merebut tawaran hadiah itu dengan menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan penuh keredhaan kerana Allah. Memperbanyakkan membaca dan memamahami Kalamullah di samping mengamalkannya. Memperbanyakkan doa yang tulus mulus, agar diperkenankan, memperbaiki amalan fardhu agar kita lebih dekat dan dikasihiNYA , membanyakkan amalan sunat di samping sepanjang masa berzikirullah.

"Bersedia memperkasa diri untuk menjalani tarbiyah dalam Madrasah Ramadhan"

Thursday, August 13, 2009

BUNGA HATI disuburi BUNGA DI LAMAN dijagai

Bunga hati, bunga sejati, anugerah Ilahi
Bunga di laman,ditanam,dibajai,disirami,
Sama cantik,tumbuh segar berwarni warni,
Menawan hati, berseri-seri, harum mewangi,

Pohon bunga hati, tumbuh segar membugar
Dengan gilapan ilmu, sinar hidayah memancar,
Bunga di laman, dibajai, akan tumbuh segar,
Tanpeduli,kedua-dua bunga akan mati pudar.

Banyakkan bunga di hati, banyakkan bunga di laman,
Tanpa keduanya, jika ia tidak diusaha dan ditanam,
Menyuburkan bunga hati seperti menjaga bunga di taman,
Manafaatkan penyuburan bunga hati di Madrasah Ramadhan.












KOLEKSI BUNGA DI LAMAN..YANG LAMA DITINGGALKAN...NAMUN MASIH HIJAU DENGAN HANYA SIRAMAN

SOLAT HAJAT --majlis silaturrahim Desa Al-Amin

13 Ogos, majlis berbuka puasa Khamis diadakan untuk semua keluarga Al-Amin dan kejiranan Pelajar-pelajar Maahad Taafiz di Dewan SRI Al-Amin. Mengumpulkan semua warga DAA bukan mudah kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Alhamdulillah dengan adanya inisiatif walaupun hanya seorang atau beberapa orang dalam pengurusan dan hebahan ia dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis solat hajat menghindari segala bahaya khususnya epidemik yang menular sekarang dengan bersolat hajat dan membaca qunut nazilah berjaya dilaksanakan. InsyaAllah mendapat perkenan Allah SWT. DariNYA, segala perkara buruk dapat dihindari InsyaAllah,di samping segala usaha menjaga kesihatan dibuat. Beberapa hari kedatangan Ramadhan Mubarak yang ditunggu dapat dinikmati sekali lagi biiznillah.



Pandangan KPM mencatatkan bahawa ...Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:

1. Sukar benafas.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.
3. Sakit dada berterusan.
4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.
6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.
7. Penig bila berdiri.
8. Kurang kencing

MUDAHKE NAK JUMPA DOKTOR? DENGARNYA HOSPITAL BEGITU SESAK,DAN JUGA MERESAHKAN ORANG RAMAI SETELAH MENCATATKAN KEMATIAN SERAMAI 51 ORANG, HARI INI !!!!

Saturday, August 8, 2009

COLOURS of RAINBOW











Tema FLORIA 2009 iaitu ‘Kemeriahan Warna' atau Celebration of Colours yang diadakan di Periaran Tasik, Percint 2, Putra Jaya, dapat dijengah sebentar semasa perjalanan pulang dari Majlis Perkahwinan di Dewan Seroja, Percint 14, Putra Jaya. Keterbatasan masa kerana perlu menghadiri Mesyuarat Pemegang Amanah TKB, pukul lima petang, hanya beberapa foto dapat dirakamkan. ..FUN WITH COLOURS AND HARMONY WITH NATURE!!! MASYAALLAH.

Sunday, August 2, 2009

SERIWASIH .....sehenti...... MUSAFIR











Puspawasih melagkah setapak lagi, menyerlahkan cabangan SERIWASIH. Pandangan luar..wow, merah Radix..panas membara. Melangkah tangga ... menjengah ruang dalam..wow sesejuk salju, kombinasi hijau biru turqoise,mendamaikan. Itulah impian, yang akan tumbuh berkembang biiznillah..cita cita merah membara, untuk menongkah cabaran yang harmoni. Walaupun rumah ini kecil, tetapi rumah impian penulis ini begitu besar perkhidmatan dan sumbangannya InsyaALlah... Bermula Puspawasih sebagai nukelias usahawan kecil, berkembang menjadi yang lebih besar untuk membantu dan berkhidmat sesama insan. SERIWASIH di tingkat atas menyediakan penginapan sehenti musafir bebas rokok. Dua bilik di bahagian depan dilengkapi dengan penyaman udara.Dua Ruang Tamu disediakan untuk rehlah ahli/keluarga. Tiga bilik di sebelah belakang,juga telah dilengkapi dengan katil berdua, tetapi masih belum dilengkapi penyaman udara. Keseluruhan 5 bilik di Seriwasih hanya boleh menerima 10 orang tetamu sahaja maksima sehari.Keperluan sendiri & keluarga adalah priority, tetamu luar diizin menginap jika ada kekosongan dengan tempahan di Meja Puspawasih tingkat bawah.

OPERASI PUSPAWASIH KE SERIWASIH






Berhujung minggu di Puspawasih,Kuantan, untuk menggerakkan Puspawasih agar berkembang setapak lagi... Semua ahli keluarga, termasuk moyang, atuk, tuk, anak menantu, adik beradik, ipar duai bergotong royong merealisasikannya. Nah belum sampai ke 'final taouching' dah ada orang booking untuk menginap, MasyaAllah.

GEMPUR RADIX -- H1NI


Dunia Herba HPA

DEMAM

Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti di bawah. Saya(PU) kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. Kapsul IMT - 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle - (minum terus menerus) - hingga habis sekotak.
3. Spirulina - 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda - minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

HPA - Harapan Paling Akhir.

H1N1


Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:

1. IMT - 3 x 3
2. Roselle - 5 x 3 dan teh roselle - 2 x3
3. Madu Coscinium - 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac - 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.