Sunday, August 16, 2009

PERJUANGAN berterusan dalam SUMBANGSIH


Ada permintaan untuk menyambung aaanekdot ini!!! terpaksalah sambung semula......

Sanggupkah anda memimpin sesuatu gerakerja amal yang besar? Boleh aje jika ciri-ciri di atas ada dalam diri anda, di samping mempunyai sifat sabar, pemurah, penuh toleransi,sanggup berkorban serta boleh membuat keputusan dan penyelesaian masalah semerta. Sebagai ketua sebenarnya anda lebih banyak MEMBERI daripada MENERIMA....dengan kata lain kena banyak guna dan keluar fulus sendiri. Walaupun anda sebagai ketua, bukan semua tempat dan situasi boleh buat arahan sahaja. Dalam kes amal ssaa,Anda perlu berperanan sebagai semua unit urusetia yang dibentuk. Andalah ketua, andalah yang perlu menjalankannya, walaupun tidak dinafikan, beberapa orang yang sanggup menolong sepanjang masa dan berterusan dalam tempoh gerakerja berjalan. Dengan kata lain tumpuan sepenuh masa patut diberikan. Masa libur dan rehat wajar di esampingkan dulu. Ada unit urusetia yang penting diwujudkan,,,,tetapi personelnya tak pernah muncul sehinggalah program berjalan. Urusan urusetia itu, andalah yang perlu laksanakan dari awal hingga akhir.Banyak idea dan pandangan yang dilontarkan, tetapi yang peliknya suruh ketua yang menguruskannya....mampukah anda?? Banyak keistimewaan yang dituntut oleh beberapa orang urusetia, dari uniform seragam sehinggalah tempat duduk percuma.









Bukti kesungguhan, keinsafan dan Keagungan-MU
Bersama sebeban kesulitan diikat rapi di belakang usia
Menggalas tanggungjawab dan pengorbanan di pentas realiti,
Mengharap ehsan insan untuk mengerti dan berkongsi
Awalnya sukar dan mengah
umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari.
umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun.
umpama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam.
umpama mendaki gunung setinggi langit.

2 comments:

naadherah said...

ok... dah ada sambungan.. maksudnya modem internet dah oklah ye..

mama.. kalau mama tulis anekdot mcm ni ok je mimi rasa.. mama takdelah pass2 kat org lain pun.. lain lah kalau post kat yahoogroups pibg net ke ape ke.. itu baru conterversy....

mimi nak xm lagi inshaAllah.. ni sebelum final..

ssalmi said...

Oklah, tulis macam ni aje...weireless masih ada problem.ni guna local network.

Bila mimi periksa lagi..berilah tarikh dan masanya