Wednesday, December 31, 2008

Amalan-amalan ringan pembuka pintu syurga


Oh, apabila ternampak tajuk buku tersebut....termotivasi untuk membeleknya. Oh amat berguna dan boleh dijadikan bahan tazkirah mingguan dalam majlis ilmuku setiap hari rabu selepas solat asar.

Mengandungi penerangan tentang empat puluh amalan-amalan ringan pengahantar masuk syurga InsyaAllah. Antara petikan catatan pengarang --Fakharuddin Nursyam.LC di kulit belakang bukunya ialah sabda Rasulullah Saw ..hadis muslim..bahawa "Janganlah kamu meremehkan sedikit pun dari amal kebajikan, meskipun hanya sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri'....

Semua orang tidak kira kaya, miskin, pegawai, rakyat jelata, sehat atau sakit berpeluang untuk masuk syurga asalkan mereka mengikut peraturan Allah SWT.Tersedarkah kita bahawa amalan mudah seperti senyum, membuang duri dijalanan, melayan orang tua/sakit, bersedekah sebiji kurma adalah amalan yang boleh membuka jalan untuk menuju syurga??? 40 amalan mudah yang dihuraikan dalam buku ini adalah tinggi pada sisi Allah yang ganjarannya adalah syurga.

Mukjizat Abad ke 20 - Doktor Cilik



Terpanggil untuk membaca dan memiliki buku dan cd tajuk ini kerana isinya sangat baik untik dijadikan teladan dalam hidup dan kehidupan kita. Untuk panduan mendidik anak-anak menjadi pencinta Al Quran.

Kandungan buku yang ditulis oleh Dina Y Sulaeman yang mana anak-anaknya bersekolah bersama dengan Husein Tabatabai' di kelas Jamiatul Quran, Taheran. HUSEIN...seorang murid berusia 7 tahun dianugerahi gelaran Doktor Honoris Causa dari Hijaz College Islamic University, England kerana beliau sekecil itu telah menghafal dan memahami Al Quran...MasyaAllah ....itulah yang menjadi tajuk buku ini...mujizat abad ke 20.

Betapa kerdilnya kita...umur dah penghujung senja, kubur sudah panggil mari...kebanyakan ayat-ayat dalam surah lazimpun masih tak hafal. Semoga sisa-sisa masa yang amat sedikit ini dapat menghubungkan rohku dengan roh 6666 ayat-ayat mukjizat Al Quran tersebut. amin..

Mengapa Aku di Hukum mati...Sayyid Quthub




Buku itu perlu dibeli dan dibaca sebagai rujukan untuk mengisian majlis ilmu yang berkaitan dengan penulisnaya... Al Syahid Sayyid Quthub. Beliaulah yang telah menabur kembali fikrah jihad pada masa kini. Beliaulah yang telah menyemai pergerakan kebangkitan islam dalam era zaman 'moden' ini.Kecemerlangan gagasan dan keteguhan keyakinannya sangat menggetar dan mengagumkan. Banyak nukilan karyanya telah menginspirasi kesedaran para penggiat amal islami, di samping menggoncang hati para taghut di seanterio dunia.
Harga Buku ini ditulis dengan tinta darah yang harganya di tali gantung penulisnya sendiri. Sudah maklum dan pasti perkara penyeksaan ngeri dan dahsyat dalam penjara yang dialami beliau jika ditulis akan disaring dan dinyahketepikan..wallahua'lam.

SOLAT TAHAJUD - penyelesaian penyembuhan berbagai penyakit



Alhamdulillah telah habis baca buku karangan prof dr Mohammad Salleh, gurubesar fakultas Tarbiyah IAIN Sunan Ampel Surabaya ini.beliau juga membuka Klinik Terapi Solat tahajud di Masjid Al Akbar,Surabaya.Buku ini adalah lanjutan buku ilmiah tesis kedoktoran beliau yang berkaitan dengan pembuktian medical solat tahajud. Buku ini pula membimbing para pembaca ke arah amali solat tahajud. Beberapa testimoni penyembuhan pelbagai penyakit dipaparkan. Selain itu buku ini juga mampu manjadi media menyelesaikan pelbagai persoalan hidup.

Berguna untuk amalan semua, wawasan tahun baru agar insan ini terus istiqamah untuk melakukan solat tahjud sekerap mungkin.

Laskar Pelangi - episod tayangan amal




Salah satu pengisian Danathon SRIAA 2009, ialah tayangan amal. Episod tayangan bertema LASKAR PELANGI...cadangan seorang ajk PIBG. Sebagai pengarah projek, filem box office dari Indonesia itu yang berasaskan novel itu harus diteliti dahulu, untuk melihat kesesuaian isinya dengan audien dan falasafah sekolah agama. setelah habis dibaca dengan fokus bahawa pendidikan sebenarnya memberikan 'hati' kita kepada anak-anak didik. Setiap anak mempunyai potensi unggul yang jika digarap boleh menjadi peribadi berpotensi cemerlang dalam pembesaran mereka. Tokoh-tokong dalam jalan ceritanya merupakan insan sederhana, jujur,gigih, dedikasi, sabar, tawakal dan taqwa.

Namun dalam persembahan filem itu,jika dimasukkan gambaran-gambaran keterlaluan seperti kerasukan animisma dalam perayaan kaum masai di afrika, perayaan keugamaan ugama budha di kalangan orang cina dan lain-lain gambaran mistik kebomohan,
( mengikut jalan cerita dalam novel tersebut) boleh mempengaruhi fikiran anak-anak jika mereka menonton tanpa bimbingan orang dewasa/orang yang lebih matang!!! wallahhua'lam???????

'HAJI' pembohong besar...........

30 Disember 2008, di sekolah SRIAA memang sibuk dengan ibubapa yang nak bayar yuran,nak beli buku dan pakaian seragam. Kitani kononnya sebagai sukarelawan tumpang menyibuk juga untuk urusan jamuan amal sumbangsih SRIAA pada 27 Jun 2009 nanti. Tolong sekolah nak kumpul dana.

Habis mesyuarat kira-kira waktu zohor, duduk sekejap di kaunter rehat pejabat. datanglah seorang hambaallah, berkepala botak, berbadan tegap, warna kulit agak gelap...katanya baru balik haji, kepala botak kononnya lepas tahlullah...tapi herannya rambutnya tu pendek sangat. Raya haji dah beberapa minggu berlalu, pasti rambutnya dah panjang...dasar penipu yang bodoh...tak pandai nak tipu orang. Ia seorang pegawai kastam, Datang ke sekolah nak tukarkan anaknya ke SRIAA selepas PMR yang kononnya dapat 6A. Nak tukar kerana dah pindah rumah di kawasan yang berdekatan. Sebagai tetamu,,,yang namanya Mustapa (kita ni sebagai ahli lembaga sekolah) tolonglah layan 'tetamu" tersebut. Butiran cakapnya, semuanya meragukan...mana ada sekolah agama di Putra Jayatu. Panjang punya cerita...sampai menipu nat tolong sekolah...sampai ketika bila ditanya..'mesti orang kastam banyak barang yang dilelong'. Apalagi peluang beliau nak menipu dah mengena..dia kata sekarangni memang ada 40 komputer yang nak dilelong kurang RM1000.00...Wah siapa yang tak nak barang murah...ramai yang nak beli.

Akhir perbualan...secara tak sengaja.... Subhanallah Allah nak tolong.. buka cerita,mengatakan, memang kita kenal dengan datuk pengarah kastam WP tu, malah isterinya adalah kawan rapat kita. Dah Nampak muka "haji" tu berubah...itupun tak ada rasalagi yang 'haji' tu nak tipu kita.. boraklagilah...entahlah orang banyak mulutni nak cakap banyak aje bila keluar rumah...apa tidaknya kadang-kadang seharian duduk seorang kat rumah nak bercakap dengan siapa? Sambung cerita kat dia macamni..ada orang kastam yang datang dengan modus operandi yang sama.nak jual barang, ambil deposit dulu, kemudian lari tak muncul-muncul. apa lagi bercakap tepat kepada orang yang buat kerja tu..muka berubah tiba-tiba, mula-mula tadi merah padam...dah jadi pucat lesi..."Haji" minta diri nak keluar konon nak ambil busnes kad...tapi tak muncul-muncul. Lepas tu baru perasan bahawa 'haji' tadi memang sah penipu!!! Hati-hatilah dengan muka-muka hipokrit..Semoga Allah beri hidayah kepada "haji" itu supaya berubah menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Saturday, December 20, 2008

Menempah Maut di Depan Mata.

Malam minggu 20 Disember 2008 yang akan ditinggalkan sebagai sejarah beberapa hari lagi sebelum tahun 2009 menjelma, melakar kenangan yang mengerikan. Malam libur ini,kelihatan begitu sesak dengan manusia, terutama di pasar malam BBB, pasaraya dan restoren. Dijalan raya bertali arus dengan kenderaan-kenderaan yang bergerak laju. Di simpang-simpang jalan yang ada ada lampu isyarat berderet panjang dengan kenderaan... Kelisa hijau kami yang setia, sentiasa dipandu berawas dalam perjalanan pulang dari merarau malam nasi goreng sea food dan ais wortel?? Sungguh setia ia, kerana patuh berhenti di hadapan lampu merah di simpang jalan.

Remaja bersimpang siur dengan kenderaan motor mereka tanpa arah tujuan dan mungkin juga di bawah sedar.Seorang remaja belasan tahun yang bermotosikal itu datang dari arah yang sama dengan kelisa 'menonong'( dielek cenor)laju tanpa henti terus membelok ke arah kanan menuju Tasik Cempaka di persimpangan empat berlampu isyarat tersebut.Malapetaka berlaku,Pertembungan hebat antara sebuah kereta 4WD bertrak Ford/Toyota (tak pasti, kerana gelap)yang meluncur laju (walaupun pemandunya cuba membrek) dari arah Kajang merempuh kuat motorsikal yang dipandu menonong tersebut. Apalagi..tidak dapat dibayangkan kengeriannya, remaja tersebut melambung ke atas,kemudian jatuh terhempas ke jalan semula, motosikalnya ranap sama sekali terperosok di bawah kereta. Samar-samar dalam kegelapan malam, nampak remaja tersebut bangun terhoyong-hayang dan rebah semula di bahu pembahagi jalan...Wallahua'lam apa yang berlaku berikutnya, kerana lampu isyarat hijau memaksa kelisa yang berada di hadapan sekali untuk meneruskan perjalanan. Jelas sekali remaja penunggang motosikal itu yang bersalah kerana sengaja menempah maut tanpa menghiraukan lampu isyarat. Beberapa jam berlalu petang tadi,selepas mencatat misteri di alam kubur, menyebabkan imiginasi terbayang, jika remaja tadi berpindah alam, di manakah ia akan diletakkan, di taman syurga atau di ambang n...Semoga yang baik-baik belaka yang akan terjadi kepada kita dan juga remaja tersebut InsyaAllah.

WISATA BUKU - Panduan Diet untuk golongan darah B




Golongan Darah O,A,B dan AB mengandungi antigen yang bertugas sebagai antibodi.Jika suapan makanan tidak sesuai dengan golongan darah, boleh mempengaruhi penurunan sistem imun tubuh kerana sel darah jadi tidak sehat.Kajian Dr D'Adamo yang dicatat dalam bukunya ini, menunjukkan ada efek fisiologis yang muncul akibat lektin yang masuk dalam tubuh. LEKTIN adalah protin dalam sajian makanan kita. Bahan makanan tertentu boleh bersifat racun bagi golongan darah tertentu, tetapi bermanfaat bagi golongan darah lain.Kajian pengarang menunjukkan, golongan darah B memerlukan diet yang bervariasi. Daging ayam yang kaya dengan lektin kurang sesuai untuk golongan darah B kerana boleh menyebabkan stroke, gangguan diabetes, gangguan otot dan hipertensi. Disarankan mereka yang berdarah B, mengambil protin dari daging kerbau? Baca selanjutnya untuk mengatahui variasi suapan lain yang sesuai untuk tubuh anda.

WISATA BUKU - Misteri kehidupan setelah mati.



'Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan.' Ar Ruum(ayat 19).

Intipati buku yang ditulis oleh Abdullah bin Ahmad Al'Alaf Al-Ghamidi menghuraikan bahawa kematian bukanlah akhir segalanya. Perpisahan ruh daripada jasad, bermulalah kematian.Setelah perpisahan ini, masih panjang perjalanan yang perlu dilalui oleh setiap insan. Kematian adalah tidur panjang, samaada menikmati tidur yang enak dan selesa atau yang mengerikan sehingga ke hari kiamat.Nikmat kubur adalah pasti untuk orang yang beriman dan seksa kubur adalah untuk mereka yang kufur..nauzubillah. Buku yang perlu dibaca ini adalah mengisahkan perjalanan manusia semenjak mati sehingga mereka masuk syurga atau neraka.

WISATA BUKU - WISATA ILMU



MASA bergerak begitu pantas,banyak orang merungut TAK CUKUP MASA,ada pula yang melemparkan pendapat TAK TAHU MENGURUS MASA. Istghfirullah, kita perlu mohon ampun kerana Allah itu Maha mengetahui, yang menguruskan MASA dengan begitu rapi, Hal yang demikian,sebenarnya MASA itu tidak perlu lagi diurus. Satu KESILAPAN besar jika kita merungut seperti keluhan di atas. Sebenarnya kita sendiri yang tidak tahu mengurus diri untuk menggunakan masa yang telah diurus oleh Maha Pencipta dengan sempurna sekali.Sesungguhnya manusia itu, akan terus dalam kerugian, jika tidak menggunakan masa sebaiknya untuk saling nasihat menasihat dengan hak dan kebenaran. Menasihati diri dengan pencarian ilmu terutamanya dengan membaca adalah kesempatan yang perlu diutamakan.

Alhamdulillah wisata ke Yogyakarta baru-baru ini, dapat membeli beberapa buah buku di TOGO Mas dan GRAMEDIA di AM Plaz. Syukur dengan nikmat masa yang dianugerahkan dapat membaca beberapa buah buku semasa wisata ke Jogja.

Thursday, December 18, 2008

PROF PAPA, Sharifah Mama.

18 Disember 2008. 9.30 malam...Alhamdulillah dah sampai ke rumah sekejap tadi, dari bumi yang dipenuhi rangka-rangka Brobodor Jogyakarta. Penerbangan air asia,setengah jam lewat berangkat, namun masa ketibaan sama seperti jangkaan. Usahawan Muda Baru Malaysia, yang memikirkan profit!!!. Menjejaki airport baru LCCT,bolehlah dibanggakan, namun ruang solat di terminal ketibaan TIADA???.Pertama kali menjengok kamar toilet..seperti di negara-negara BUKAN Islam yang lain..semburan kongsi duduk...lain kali kenalah bawa botol kecil masuk toilet. Untuk solat terpaksa berkejar di terminal berlepas domestik....hai tak terasa tinggal dalam negara Islam.

Setibanya Di Jogyakarta pada Isnin 15 Disember...sebuah beg merah diselongkar habis kerana bawa bom...ye kerana roti bom dan frozen food yang lain. Alhamdulillah disambut oleh Fatin & rakannya, Ewa berada di Bayormas...4 jam perjalanan ke utara Yogyakarta untuk melengkapkan ko aussnya di sana. Takpalah tidak berjumpa kerana tak dapat dielakkan. Namun begitu sekeping sampul beralamat tajuk di atas mengatur pengisian masa sepanjang berada di Wisma MM UGM. HANYA Cadangan, penegasan surat tersebut. Bagus ewa kerja sistematik..sekurang2nya membantu kami untuk bergerak di kotaraya tersebut walaupun kunjungan kali ini adalah kunjungan kami kali ke 4.... alhamdulillah. Hanya jalan-jalan di Malioboro, AmPlaz, makan-makan steak di jalan Kaliurang. Teringin nak ajak fatin, anwar dan zafran makan di restoren dalam sawah ataupun makan gotek..tapi takut pula nak membuang masa mereka..namun begitu terima kasih banyak kerana membantu mengambil kami di bandara dan menghantar barang-barang husna..

Saturday, December 13, 2008

Masjid singgahan musafir..sejenak pengabdian kepada pencipta


TASIK KAWAH GUNUNG BERAPI - TASIK MENINJAU



MasyaAllah ---tasik yang begitu luas di puncak gunung, Bayangkan puncak gunung yang meletup dengan meranap dan meruntuhkan seluruh puncaknya? Bayangkan dahsyatnya apabila perut bumi memuntahkan isi perutnya, gunung ganang diterbalikkan,,,menjadi abu-abu yang berterbangan, bumi hamparan digulung-gulung..maha dahsyat gambaran hari Kiamat. ya Allah, hambaMu ini mohon ampun dari segala dosa dan selamatkan kami dari malapetaka yang maha dahsyat tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha pengasih dan Penyayang.

Lawatan underground, Bukti kekejaman peperangan














Lubang bawah tanah tentera jepun, di bukit tinggi padang, Lurah dalam tempat mangsa buruh paksa yang dibunuh dibuang ke situ dari lubang rahsia...sungguh kejam.

Wednesday, December 3, 2008

Lambaian Padang _Bukit Tinggi.

























Airport Minangkabau







Airport Minangkabau...dah ada perubahan berbanding setahun yang lalu...dah ada sesalur berjalan kaki dari terminal ke pesawat...tak,perlu naik tangga dan terpaksa kena hujan dan panas. LCCT masih lagi ketinggalan..masih panjat dan turun tangga.

Mercutanda di Bukit Tinggi ialah Jam Gadang atau Jam Besar yang terletak di depan shopping compleks..memang ramai pengunjung ke sini untuk membeli belah.Lokasi ini hanya sepelaung dengan Hotel Hill tempat kami menginap.Kalau ada duit ...berbaloilah untuk berbelanja di sini. Rm 1.00 bersamaan 3,000 rupiah??

Sunday, November 30, 2008

Cenderahati istimewa daripada keluarga pengantin



Biasalah dapat beg 'kelompeng' kertas warna gold diisi dengan bungkusan 2 biji bahulu, sekepal wajik (nasi manis),dan satu piket kecil kerepek ubi hirisan. Bingkisan istimewa daripada ahli keluarga pengantin kali ini ialah dua helai lembaran edaran artikel 4 muka surat yang menyentuh :

1. Cabaran wanita berkerjaya dalam pengurusan keluarga
2. Bicara wanita ....13 aurat wanita yang wajib dijaga
3. Cara menutup aurat yang dituntut oleh Allah
4. Kesalahan dalam berpakaian menurut Islam.

Tahniah dan syabas kepada tuan rumah kerana memberi peringatan di atas, semoga tetamu yang datang merai majlis perkahwinan tersebut dapat menjadikannya sebagai nasihat dan tunjuk ajar untuk dijadikan amalan. .....menjadi Ilmu yang bermanfaat....yang disebarluaskan. Kueh mueh yang dibekalkan pasti habis dimakan, tetapi ilmu yang disampaikan semoga berpanjangan.

Sekadar Kenangan dengan anak-anak/cucu-cucu saudara



Album kenangan bersama Fariza Firdaus, Najah Husna, Haslawati,...kena cari nama-nama penuh yang lain. Siapa yang ingat tolong tambah nama tu ye.

Memang melepas - Satu Pengajaran



28 November 2008 - ....cuti-cuti balik Malaysia, cuti-cuti ke Padang - Bukit Tinggi. kemudian melepas nak balik semula ke Malaysia?? Tiket Padang - Kl, Tiket KLIA- Jogja burn begitu aje, kenapa ye? sebab tak dibenarkan balik ke Malaysia akibat permit untuk re entry ke Indo hanya sah untuk sekali aje. Apa lagi, sedih sakan....tak ape ada hikmahnya kerana dapat keluarga angkat bapak Syaiful dan ibu Fitrikan!!.. Hai, dah ada visa pelajar, tetapi anehnya setiap kali nak keluar dari Indon terpaksa ambil permit semula, bukan percuma tapi kena bayaran yang banyak pulatu?. Jadi, perlulah ambil permit multiple re entry walaupun terpaksa bayar lebih, jika nak melancong atau balik beberapa kali. Walaupun peraturan itu menyusahkan ada baiknya, kerana dapat mengawal warga asing yang dapat visa menetap di sesebuah negara? Malaysia yang pintu masuknya ada di setiap penjuru, bolehke buat macamtu?? supaya dapat kawal kemasukan warga asing, di samping menambah pendapatan negara.

Eh, Geramnya



Eh, nak marah siapatu? sampai ketap-ketap gigi.

Ketap-ketap gigi, kenyit-kenyit mata,
tup-tap, tup-tap, panjat anak tangga,
Cuba abi-ummi,atuk-tuk,tuk wan teka
bila besar nanti fateh nak jadi apa?

kita hanya merancang -segala-galanya ditentukanNYA



23 November 2008, walaupun musim banjir majlis perkawinan ini berlaku dengan jayanya dalam keadaan cuaca yang ceria dan tenang, tanpa hujan walaupun dijangka akan turun, malah hujan turun di sana-sini di kawasan berhampiran dengan begitu lebat sekali. Ya Rabbi,syukur dan Alhamdulillah Engkau tunaikan hajat dan doa seisi rumah agar majlis dapat diadakan dengan lancar tanpa diganggu oleh cuaca yang buruk.

Majlis yang dirancang lebih awal hanya untuk satu pasangan pengantin, menjadi majlis perkahwinan untuk dua pasang mempelai adik beradik, Mohd Fadhlan dan adiknya Fariza Firdaus. Semoga mereka berbahagia dan sejahtera dunia @ akhirat

Sunday, November 16, 2008

SYUKUR...PANJANG UMUR



Di tepi pantai nan indah..udara bersih, begitu damai dan menyegarkan

HARI TAKRIM SR AL AMIN 2008




MERAIKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, UPSR, SPRA.












Coretan moderator PIBG Pn Halimah A Hamid yg diperturunkan di bawah berkaitan

Muallim segak berkemeja batik
Muallimah anggun sedondon ungu
Pentas Hari Takrim dihias cantik
Rai kecemerlangan murid dan guru.

Dalam kata-kata aluannya, Guru Besar mengumumkan keputusan UPSR, SPPM dan PSRA yang memberangsangkan untuk tahun 2008. Alhamdulillah kejayaan dapat diraih berkat usaha gigih guru-guru, ibubapa dan murid-murid.

Ustaz Baharudin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menghadapi 3 peperiksaan awam. Namun, beliau mengingatkan guru-guru dan ibubapa agar tidak membanding-bandingk an keupayaan murid-murid kerana tahap kematangan murid-murid yang berbeza. Ibubapa juga dinasihatkan agar tidak membandingkan prestasi anak-anak dengan prestasi diri sendiri semasa bersekolah. Zaman telah berubah. Doronglah anak-anak dan serlahkan potensi mereka sesuai dengan zaman mereka agar mereka dapat mengekalkan jatidiri di dalam menghadapi suasana arus globalisasi masakini.

murid-murid menyerikan Hari Takrim. Nasyid-nasyid syahdu menghargai jasa ibubapa dan guru dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid Aulad. Walaupun ada yang nampak masih malu-malu, InsyaAllah bakat boleh digilap lagi. Berbakat rupanya Muallim Amnan yang mengiringi kumpulan nasyid dengan pukulan tabla!

Persembahan pentomin cukup menghiburkan. Tabah betul anak-anak yang berselubung menjadi tayar kereta! Peneraju pentominnya berbakat dan bersahaja. Mesej penting yang mengakhiri persembahan ialah Berhemah di jalan raya, Anda mampu mengubahnya!

Acara penyampaian hadiah juga turut diselangi dengan persembahan Choral Speaking dan Dikir Barat. Persembahan- persembahan ini tentunya memberi peluang kepada anak-anak kita menyerlahkan bakat seni mereka.

Alhamdulillah, ramai yang menerima anugerah pada tahun ini kerana anugerah berdasarkan subjek terbaik setiap kelas. Hmmm... jenuh juga agaknya para ibubapa nak menunggu hingga ke akhir program. Sayang seribu kali sayang, semasa anugerah kemuncak Tokoh Murid Harapan dan Anugerah Pencapaian Panitia Terbaik dan penghargaan kepada guru-guru, sudah tidak ramai hadirin yang tinggal di dewan. Bagaimana kita nak baiki keadaan ini di masa akan datang ya?

Tahniah kepada Tokoh Murid Harapan iaitu Mujahid Fakhrul Anuar dan Sundus Ahmad Faridz. Semoga terus cemerlang menjadi insan soleh dan musleh.

Sekalung syabas dan tahniah kepada murid-murid, ibubapa dan guru-guru serta semua yang menjayakan Hari Takrim 2008. Teruskan usaha! Kepada yang kurang berjaya, ruang terbuka luas untuk mempertingkatkan daya usaha. Peristiwa kejayaan maupun kegagalan adalah proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik di dunia ini sebelum penilaian hakiki apabila kita berhadapan dengan Allah swt. Itulah hakikat kejayaan atau kegagalan yang sebenarnya.

GRADUAN KECIL





ALHAMDULILLAH SYUKUR ....GRADUAH KECIL SOLEHAH, ...AQILAH SOLEHAH DAN AMIRAH SOLEHAH...SEBAYA TETAPI BUKAN KEMBAR...AQILAH AKAN MULA BERSEKOLAH RENDAH TAHUN HADAPAN INSYAALLAH, MANAKALA AMIRAH TERPAKSA TUNGGU SETAHUN LAGI. SEMOGA CEMERLANG & GEMILANG DUNIA @ AKHIRAT.

Friday, November 14, 2008

SAMAN-SAMAN .....saman ekor --- IKTIBAR?

WLF 5007, itulah kereta 'terpakai' Merdze C200 idaman, yang diusahakan secara bersusah payah oleh seorang puteri yang belajar di luar negeri. Kemudahan AP dan cukai yang murah, maka kereta yang kosnya {jika dikira} menjangkau melebihi ratusan ribu ringgit itu sampai juga akhirnya di depan mata. Iktibarnya....(a) jangkaan meleset dari segi tanggapan yang harganya lebih murah. (b)Usaha, tenaga dan masa yang dikorbankan oleh seorang pelajar puteri untuk mendapatkannya tidak berbaloi. {c} Citarasa berbeza dari segi banyak espek sudah pasti tidak memenuhi idaman sendiri..{d} kos yang terpaksa dikorbankan untuk penyesuaian fizikal kereta itu.

Kesian.. beberapa lama kereta mewah itu..ibarat gajah putih di depan mata...kereta mewah yang bukan sangat satu keperluan, rasa tidak patut pula untuk dibawa, khususnya ke sekolah Cheras Jaya tu. Adakah ia sebagai hadiah?...anehnya tiada pula rasa 'kepunyaan'. Hadiah yang tak tuntas kot?? Fikir-fikir ..gajah putih itu terpaksalah dinyahkan..walaupun rasa sayang mula berpaut,rasa kasih mula berputik, rasa cinta mula berkait!!!!. Apakan daya diri ini tidak mampu untuk biaya minyak dan penyelenggaraan...ikut sajelah apa yang patut dan apa yang baik.

Memang wajar sekali tanggapan untuk mendapatkan kembali kos membeli,kos membawa balik dan kos penyesuaian dibayar dengan harga yang berpatutan. Orang tengah yang lama dikenali dan dipercayai sudah tentulah dapat diharapkan dapat membantu dan menguruskan urusan jual beli dengan tulus mulus?...sebaliknya apa yang terjadi? satu lagi iktibar yang boleh dijadikan sempadan ataupun tauladan....bersambung!!!

ii. Bila kerja-kerja ditangguh, dah kepupusan idea..momentum untuk terus menulis tersangkut. kerja tak selesai, inilah padahnya,apa cetusan rasa awal untuk dicoretkan telah ketandusan, langsung hilang dari ingatan. Poin yang dicakapkan ialah berkaitan dengan KEJUJURAN. Apa yang berlaku berkait dengan longgokan saman tu ialah kerana tiadanyan rasa pertanggungjawaban bakal pembeli...bila ia belum lagi menjadi milik mutlak kita, kita gunakan sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan beban yang ditanggung oleh penjualnya. Inilah yang berlaku...sang puteri menerima longgokan saman laju yang beribu-ribu kerana nama kereta tu masih belum ditukar kepada nama pembeli. Pengajarannya, semua perkara yang hendak atau akan dilakukan mestilah berhati-hati supaya kita yang jujur dan ikhlas ini tidak diputar belitkan oleh orang lain... mereka yang menangguk di air keruh, mengambil kesempatan atas kebaikan atau kealpaan orang lain???????

Kematian kesempatan untuk membersihkan diri?

Adakah sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu "cara" untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

... kebanyakan buku tentang mati- penyampaian yang "menyeramkan" dan "mengancam". Selalu terasa, kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Mulai dari prosesnya sampai setelahnya. Alam kubur begitu seram kita bayangkan dengan serangkaian siksanya.

Namun tidak dengan buku ini.Buku Memaknai Kematian, karya Jalaluddin Rakhmat: " Ia memberikan cara lain dalam penyampaian tentang apa itu kematian sekali gus menyajikan perspektif lain dalam memandang kematian."Kematian diibaratkan dengan kamar mandi. Tempat menyucikan diri dari kotoran yang melekat pada tubuh. Karena itu adalah tempat untuk membersihkan, buat apa kemudian kita takut?"

Diceritakan cucu Rasulullah yang kesembilan, ketika mengunjungi seorang yang sakit parah. Orang yang sakit itu takut luar biasa menghadapi kematian. Wajahnya resah gelisah, sama sekali tak tampak kedamaian. "Wahai hamba Allah, kamu takut kematian karena kamu tidak memahami arti kematian. Sekarang katakan kepadaku, andaikan tubuhmu dilumuri kotoran, sehingga kamu merasa tidak enak dan merasakan kepedihan dalam seluruh tubuhmu. Lalu kamu membersihkannya di kamar mandi, sehingga kamu merasa bebas dari kotoran dan rasa sakit itu. Dalam kondisi demikian, apa yang hendak kamu lakukan: Ingin membersihkan diri dari kotoran itu atau kamu enggan mandi dan senang dalam keadaan kotor?" Orang yang sakit itu menjawab, "Wahai cucu Rasulullah, saya lebih baik memilih mandi membersihkan diri."


Cucu Nabi berkata, "Ketahuilah, kematian sama dengan kamar mandi. Kematianmu adalah kesempatanmu yang terakhir untuk membersihkan kamu dari dosa-dosamu. Membersihkan kamu dari keburukan-keburukanmu. Jika kematian menjemputmu sekarang, tak meragukan lagi bahwa kematian itu akan membebaskanmu dari semua derita dan kepedihan serta akan memperoleh kebahagiaan yang abadi."

JADI..janganlah takut kepada kematian...BERSEDIALAH!!!

Thursday, November 13, 2008

HAIYA...M...MUBAARRATUKA AIDHAN



Same'tu 'annaka najahta fil imtihan mumtaz...masyaAllah walhamdulillah..tabarakallahuminha.Nahnu massruuruuna binajahtik

Anta almuraaja'ah jayyidan,,,mubaarak!!!

Annajah yahtaju 'ila quuwatin aljuhdi

Inna ma'al 'usri yusra

Atta'allamu yatatallabul ssabr ..insyaAllah

La tu ajjil amalal yaumu ilal ghad

MUBAARAK-MUBAARAK -Congratulations



ALHAMDULILLAH.. banyak syukur kepada Allah yang menentukan segala-galanya, berkat usaha dengan bersungguh-sungguh,tak kenal penat dan lelah, sehingga mengorbankan yang disayangi..di samping berkat doa yang diperkenankanNya menatijahkan kejayaan. Syabas dan tahniah untuk D..semoga terus berjaya dalam peperiksaan yang akan datang. Doa dan usaha akan dikabulkan InsyaAllah. Allah itu MAHA Pengasih dan Penyayang, MAHA Menyayangi dan Merahmati kepada hambaNya yang bersandar kepadanNYA secara TUNTAS..Tabarakallah..

Sunday, November 9, 2008

Keluarga sendiri sudah jauh hubungannya

Pilihan menarik petikan akhbar kali ini...

Ada tanggapan mengatakan DUA PUPU sudah jauh hubungannya, sedangkan dari segi salasilah keturunan, ia adalah berdasarkan daripada keluarga darah daging yang sama dan masih dekat. Datuk mereka adalah datuk saudara kita, iaitu bapa saudara ibu bapa kita dan ibu bapa mereka dan ibu bapa kita adalah bersepupu. Kunjung mengujung di kalangan dua pupu sudah semakin terhakis, malah jemputan kahwin di kalangan saudara mara dua pupu tidak dijemput, sedangkan rakan-rakan dan orang yang bukan pertalian darah diutamakan. Itulah realiti yang berlaku kini,dan satu kelemahan keluarga kita,waris terdekat dianggap jauh.Merasa terkilan dan berdosa jika tidak menjemput rakan-rakan ke majlis kenduri-kendara yang diadakan, tetapi tidak merasa apa-apa jika dua pupu tidak dijemput.

Semoga keluarga besar kami, tidak termasuk dalam realiti yang disebutkan.

Fiqah, nina, syirah, mirul,aiman, cuba senaraikan siapa dua pupu anda??

Hari bahagia buat Muhammad Fadhlan Baharuddin








Berjumpa keluarga besar..suatu hikamah apabila ada kenduri perkahwinan saudara terdekat. 8 November 2008, perkahwinan anaksaudara M. Fadhlan dan Hafilah menjadi bukti...tengoklah emak-emak saudara yang posing dengan cermin hitamtu, ambil kesempatan nak berseronok.

Friday, November 7, 2008

Diana - Syukur, selamat hari lahir.



Serimbunan bunga jambangan putih bersih
Kiriman tulus mulus sempena hari lahir
iltizam kita,sentiasa bersyukur & bertasbih,
Doa idaman,semoga bersih rohani,bersih zahir.

Didoakan juga bejaya mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan 8hb November nanti!!

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup,Yang Berdiri Sendiri, Pencipta langit dan bumi, Allah Yang Maha Agong, tiada lain yang patut disembah,kami memohon semoga Engkau menghidupkan Hati kami,hati anak-anak kami dengan NUR HidayahMu,ya Tuhan kami Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Sesungguhnya Allah fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing Kami berikan hukum dan ilmu, Kami tundukikan gunung-gunung dan burung kepada Daud, dan semuannya itu, Kamilah yang membuatnya. Ya, Allah, Tuhan Musa dan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berikanlah kami, anak-anak kami rezeki FAHAM, ILMU dan HIKMAH, dan FIKIRAN dengan rahmatMU ya Allah tuhan Yang Maha Pengasih.

Wednesday, November 5, 2008

'Pokok bunga pun tahu merajuk'

Tiga hari ditinggalkan tanpa disiram, daunnya mula nampak layu, bila terus dibiarkan ia sedikit-sedikit akan berguguran..longlai dan terus mati. Asyik menyiram tanaman pula setiap pagi dan petang,sama juga natijahnya, ibarat makan dan minum terlalu banyak, sehingga tak muat perut, mual, dugal, pecah perut lalu mati. Siram dengan pancuran air deras pun sama boleh membunuh. Asyik minum air aje sepanjang masa juga boleh menyebabkan pokok kuning, hidup segan mati tak mau? Begitulah bunga-bungaku di halaman rumah...pandai merajuk apabila ditinggalkan lama-lama tanpa pesan. Kesian membazir duit, apabila dia mati. Kesimpulannya, pepohon pun, yang kita rasa tidak ada hati dan perasaan perlu dimanja dan dibelai sepanjang masa. Hayatnya panjang dengan tumbuh menghijau, merimbun atau berbunga cantik.

Manusia yang ada roh, hati dan perasaan ni macammana pula ye?. Adakah bila roh kita ni dijaga baik-baik, dibelai dan dibaja...boleh memanjangkan hayat hidup insan! Hanya Allah sahaja yang mengetahui.. Kalau hati disucikan, dijaga,dibelai..boleh meningkatkan dan menyuburkan iman,taqwa dan amal...menambah tawakkal dan memantapkan aqidah yang menjadi tunjang muslimun.

PANCARAN BUDI - PENGERAT KASIH






Jamuan tahunan Kelab Guru dan Staf SMKCJ masih jadi ingatan. Kesungguhan AJKnya menyediakan majlis yang terbaik di samping mencari penaja untuk hadiah yang lumayan adalah dibanggakan. Setahun berlalu, walaupun mantan pengetua ini tidak bersama mereka lagi, namun jemputan ke Majlis tersebut mengharukan. Majlis yang adakan di Golden Place, mengimbau majlis persaraan yang mereka adakan di tempat yang sama untuk pengetua mereka dahulu. Lebih sayu..dirasakan ingatan mereka kepada insan ini masih tidak luput dengan mengirimkan bakulan kueh-kueh raya untuk sambutan Aidulfitri yang 1429H yang lalu, menyebabkan hati ini bertambah syahdu. Jemputan tidak dapat dipenuhi kerana berada di luar kawasan. Untuk Kalian hanya bikisan ini kukirimkan.

TERUSKAN PANCARAN BUDI, TAUTAN HATI
SALAM SEJATI, KASIH BERSEMI.

Anyaman kasih, kencana budi,
Untaian kasih, semarak hati,
ikatan ukhwah, semerbak mewangi,
Jalinan silaturrahim,mekar di hati.

Terima kasih atas ingatan

MUSLIM YANG BERILTIZAM DENGAN ISLAM vs TIDAK ADA MASA BERSAMA ALLAH

Sayang seribu kali sayang, apabila terdapat di kalangan AHLI rumahtangga, ahli keluarga malah kebanyakan umat Islam hari ini yang tidak ada masa dengan Allah, atau terlalu sedikit masa untuk-Nya, dan mungkin juga terdapat yang tidak terfikir langsung untuk bersama Allah dalam apa jua keadaan.

Itulah gambaran beberapa jenis umat Islam yang seolah-olah tiada hubungan dengan hari akhirat,iaitu golongan yang tiada hubungan langsung dengan pahala, dosa, syurga, neraka, azab dan lain-lain.

JIKA BEGITU ADAKAH KITA MUSLIM YANG BERILTIZAM DENGAN ISLAM -Ustaz Zainudin Hashim

Iltizam (komited) dengan Islam membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta.Dengan kata lain, iltizam itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidupan, kepercayaan (akidah), peribadatan, perlakuan, perhubungan atau pergaulan sesama manusia.

Begitu juga dengan masyarakat umat Islam dikatakan sebagai umat yang beriltizam dengan Islam, apabila melaksanakan tuntutan agama dalam pegangan akidah mereka, kepercayaan, peribadatan, perlakuan, perhubungan dan pergaulan sesama umat Islam dan manusia sejagat.

Bukti iltizam itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-An�am yang bermaksud : Katakanlah (wahai Muhammad) �Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam�.

Friday, October 31, 2008

'atamanna 'an naltaqiya marratun ukhra fi 'usbu' alqoodim

Alyaum Sabtu wa Ahad nihayatul usbu'l uthlah. Ana ma'a zauji 'Uridu 'an azhabu ilal qariah fi hazihi allail bisaiyarah. somma saanuqabilu wa ummi wa abi insyaallah.Ma azurni ilaika min zaman. Sanazhabu 'an sanusafiru ilal baituha wa naartaha wa nanamu. Ghadan fi alyaum Ahad sanafiru ilal Kuantan. Haza baiti hunaka. Fi Kuantan sanuzura ikhwah,waakhawat,waladun wa ukhtun wa hafidah. Wa nasala ilal kuantan, atammana 'an naa'ta'assyaa ma'a 'a'ilatii!!! somma sanimna alail. waba'da zalika sanoraja' ilal kajang wa sanarokib fil ta'rah insyaAllah.

.. Atamanna 'an sanafiru ilal qariah wa madinatul kuatan barakallah.
saauktub alnas marratun ukhra fi usbu' alqoodim insyaAllah.

Wednesday, October 29, 2008

Oh Diana!! ...Here're my birthday's gift















Betapa indahnya alam ini apabila dipenuhi dengan tumbuhan hidup menghijau,betapa menawan dan damainya persekitaran jika ia dilingkungi warna-warni bunga-bungaan. Betapa berseminya keseimbangan ekosistem alam dengan hembusan oksigen dedaun yang menyegarkan atmosfera. Hembusan karbondioksida insani merimbuni pepohon...wah! begitu estetika dan damainya hadiah hari jadiku!!!!!

Hidup di penghujung senja





Masjid yang dibangunkan di kawasan penempatan baru tsunami di Aceh. Masjid dan perumahan dibiayai oleh negara Tiongkok???





Alhamdulillah, syukur masih ada nafas beralun, masih ada oksijen disedut, masih ada karbondioksida dihembuskan...masih ada suara hati untuk dilagukan, masih ada upaya untuk mencatat warna-warni emosi dan perasaan. Setahun berlalu...sekelip mata dirasakan. Masa beredar begitu pantas, tanpa endah untuk dilambatkan atau diperlahankan, malah tidak mungkin untuk diputar ke belakang. Alhamdulillah dapat melalui madrasah Ramadhan 1429H. Semoga hati ini terus digilap dan dibersih untuk mendekati cinta tuhan...menjadi insan tabah,dan khalifah waja yang sanggup melalui berbagai karenah dan cubaan, cemuhan dan tuduhan.

Usia menjangkau senja

Putaran Roda Masa begitu pantas berlalu, sedar tak sedar setahun berlalu....masa sebagai muta

Tuesday, October 28, 2008

Bala bencana @ musibah yang perlu dijadikan iktibar










Aceh tidak dibiarkan bersendirian meladeni ranjau dugaan yang dahsyat..banyak tangan-tangan ghaib yang digerakkan Allah memberi bantuan bertunjangkan kemanusiaan tanpa mengira agama, keturunan dan adat resam. Aceh kini mula bertatih untuk keluar daripada kepompong kesengsaraan.Tiongkok, Jepun dan negara bukan Islam begitu ketara memberi sumbangan di samping negara-negara Islam yang lain.

Di sebalik dugaan itu, kita, khususnya warga Aceh perlu muhasabah diri, muhasabah keluarga, masyarakat dan bernegara....Kebesaran Allah SWT dilihat terang dan nyata, rumah-rumah Allah, tempat-tempat suci yang lain terselamat dari bencana melanda. Masjid Habiburahman, Masjid Habiburahmin menjadi saksi. Rehabilitasi pembangunan fizikal dan keinsanan kini adakah bertunjangkan landasan syariat agama suci? Apakah yang mendasari perkembangan di sana? Persepsi mata kasar tetamu luar yang bertandang ke sana,diselubungi tanggapan agak negatif.Harga barang dan kos hidup yang melambung tinggi berbanding kawasan lain di Indon...sudah tentu memberi kesan kurang baik untuk menarik pelancong luar. Paparan lain menampakkan sebahagian masyarakatnya terutama di bandar, bertambah ego, tidak sedar diri. Hiburan, muzik berlaungan di sebelah masjid yang kekal menjalankan kefungsian kerohanian mereka. Di kawasan terlibat lain pula ceritanya... makin ketara ke arah kebendaan kini melegari benak kepala mereka. Tetamu yang datang pasti ditanya apakah sumbangan yang mereka bawa?

Sedarlah bahawa peringatan akan datang lagi, jika manusia terus lalai, lupa dan leka.Syahdu..apabila ada orang yang cakna, memberi jawapan penuh yakin, bahawa tsunami akan datang lagi melanda kita pada bila-bila masa!!!!