Friday, November 7, 2008

Diana - Syukur, selamat hari lahir.



Serimbunan bunga jambangan putih bersih
Kiriman tulus mulus sempena hari lahir
iltizam kita,sentiasa bersyukur & bertasbih,
Doa idaman,semoga bersih rohani,bersih zahir.

Didoakan juga bejaya mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan 8hb November nanti!!

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup,Yang Berdiri Sendiri, Pencipta langit dan bumi, Allah Yang Maha Agong, tiada lain yang patut disembah,kami memohon semoga Engkau menghidupkan Hati kami,hati anak-anak kami dengan NUR HidayahMu,ya Tuhan kami Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Sesungguhnya Allah fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing Kami berikan hukum dan ilmu, Kami tundukikan gunung-gunung dan burung kepada Daud, dan semuannya itu, Kamilah yang membuatnya. Ya, Allah, Tuhan Musa dan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berikanlah kami, anak-anak kami rezeki FAHAM, ILMU dan HIKMAH, dan FIKIRAN dengan rahmatMU ya Allah tuhan Yang Maha Pengasih.

5 comments:

Ilmi Nadhrah Katiman said...

assalamualaikum.

mama bday kakdi bukan 15 november ke? ke mimi yang tersilap tarikh?

Sharifah Salmiyah Syed Agil said...

salam..birthday kak di pada 6hb November!!!! mana kak di???

ssalmi said...

kaifa haluki? ilmi.. maza ta'malin ala'an, indaki murajaah au tamrin taddurssin

helwa said...

salam,
mama...kakdi exam ape 8hb smlm?? x tahu apeape pon... =(

Sharifah Salmiyah Syed Agil said...

peper yang kena gagal dulu..so kena ualanglah..sama-sama doakan utk dia berjaya