Sunday, November 16, 2008

HARI TAKRIM SR AL AMIN 2008




MERAIKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, UPSR, SPRA.












Coretan moderator PIBG Pn Halimah A Hamid yg diperturunkan di bawah berkaitan

Muallim segak berkemeja batik
Muallimah anggun sedondon ungu
Pentas Hari Takrim dihias cantik
Rai kecemerlangan murid dan guru.

Dalam kata-kata aluannya, Guru Besar mengumumkan keputusan UPSR, SPPM dan PSRA yang memberangsangkan untuk tahun 2008. Alhamdulillah kejayaan dapat diraih berkat usaha gigih guru-guru, ibubapa dan murid-murid.

Ustaz Baharudin, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat merakamkan ucapan tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menghadapi 3 peperiksaan awam. Namun, beliau mengingatkan guru-guru dan ibubapa agar tidak membanding-bandingk an keupayaan murid-murid kerana tahap kematangan murid-murid yang berbeza. Ibubapa juga dinasihatkan agar tidak membandingkan prestasi anak-anak dengan prestasi diri sendiri semasa bersekolah. Zaman telah berubah. Doronglah anak-anak dan serlahkan potensi mereka sesuai dengan zaman mereka agar mereka dapat mengekalkan jatidiri di dalam menghadapi suasana arus globalisasi masakini.

murid-murid menyerikan Hari Takrim. Nasyid-nasyid syahdu menghargai jasa ibubapa dan guru dipersembahkan oleh Kumpulan Nasyid Aulad. Walaupun ada yang nampak masih malu-malu, InsyaAllah bakat boleh digilap lagi. Berbakat rupanya Muallim Amnan yang mengiringi kumpulan nasyid dengan pukulan tabla!

Persembahan pentomin cukup menghiburkan. Tabah betul anak-anak yang berselubung menjadi tayar kereta! Peneraju pentominnya berbakat dan bersahaja. Mesej penting yang mengakhiri persembahan ialah Berhemah di jalan raya, Anda mampu mengubahnya!

Acara penyampaian hadiah juga turut diselangi dengan persembahan Choral Speaking dan Dikir Barat. Persembahan- persembahan ini tentunya memberi peluang kepada anak-anak kita menyerlahkan bakat seni mereka.

Alhamdulillah, ramai yang menerima anugerah pada tahun ini kerana anugerah berdasarkan subjek terbaik setiap kelas. Hmmm... jenuh juga agaknya para ibubapa nak menunggu hingga ke akhir program. Sayang seribu kali sayang, semasa anugerah kemuncak Tokoh Murid Harapan dan Anugerah Pencapaian Panitia Terbaik dan penghargaan kepada guru-guru, sudah tidak ramai hadirin yang tinggal di dewan. Bagaimana kita nak baiki keadaan ini di masa akan datang ya?

Tahniah kepada Tokoh Murid Harapan iaitu Mujahid Fakhrul Anuar dan Sundus Ahmad Faridz. Semoga terus cemerlang menjadi insan soleh dan musleh.

Sekalung syabas dan tahniah kepada murid-murid, ibubapa dan guru-guru serta semua yang menjayakan Hari Takrim 2008. Teruskan usaha! Kepada yang kurang berjaya, ruang terbuka luas untuk mempertingkatkan daya usaha. Peristiwa kejayaan maupun kegagalan adalah proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik di dunia ini sebelum penilaian hakiki apabila kita berhadapan dengan Allah swt. Itulah hakikat kejayaan atau kegagalan yang sebenarnya.

No comments: