Wednesday, December 9, 2009

Perbengkelan Perancangan STrategik di Pulau Lagenda




Rombongan sukarelawan untuk menentukan hala tuju TKB di Pulau Lagenda Langkawi, semoga membuahkan hasil yang diharapkan. Sumbangsaran yang intensif tidak mengira waktu untuk merancang TKB yang terbaik semoga diberi ganjaran setimpal oleh Allah SWT. Usaha gigih guru-guru besarnya, Ukhti Sarah dan Ukhti Zaiton diucapkan syabas dan tahniah ..JZKK. Ikatan Ukhuwah dan silaturrahim yang mantap dan dinamik antara ahli lembaga dan pihak pengurusan dapat memenuhi kehandak pelanggan yang menaruh harapan dan tanggapan tinggi kepada TKB untuk mendidik anak-anak mereka menjadi insan soleh wa musleh. KepadaMu jua kami mohon petunjuk dan hidayah. Tunjukilah kami JALAN YANG LURUS yang diredhai.

Entah bila ke Sireh Wawasan Lagenda Lagi?



Perbengkelan merancana Perancangan Strategik TKB di Langkawi,diambil kesempatan untuk jengah lagi sekali di Toko Sireh Lagenda (TSL). Semoga TSL terus berkembang dan dinamik memasarkan produk gamat dan herbanya. Semoga Hafiz terus tabah dan diberikan Hidayah dan jalan untuk terus membawa TSL berkembang maju InsyaAllah. Didoakan juga saudara Rahim, cepat sembuh dan berusaha gigih merealisasikan impian dan harapan. Hanya doa dan kehendakNya jua yang kita letakkan sandaran yang tuntas. Semoga diperkenankan

Thursday, December 3, 2009

Kursus Ikhtisas Keguruan --- rebutlah peluang ini

Kursus ini akan diadakan secara intensif selama 3 hari, bermula 28 Disember hingga 30 Disember 2009, di Dewan Persidangan, Pusat Pengurus Penyelidikan dan Inovasi. Anjuran Ahli Lembaga Pengelola SRI AL-Amin, dengan kerjasama Pusat Pengajian Umum dan Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran UKM>



PESERTA: Terbuka kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pendidikan seperti Guru Sekolah Rendah, Guru Sekolah Menengah dan Guru Tadika, khususnya dari Institusi Pendidikan Swasta (IPS)
YURAN: Yuran penyertan sebanyak RM 80.00 sahaja. Bayaran dengan Cek hendaklah atas nama TABUNG PEMBANGUNAN AL-AMIN BANGI,atau ‘bank in’ ke akaun 1207-0003705-718 Bank Muamalat. (Bayaran untuk Makan, Bahan Kursus, sijil serta saguhati penceramah)
Pengesahan Penyertaan, dan pembayaran hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewat pada 20 hb Desimber 2009 dengan menghubungi pihak kami melalui telefon atau fax atau respon melalui blog ini untu dihubungi.

Monday, November 30, 2009

Edul -Adha: Pengorbanan untuk meningkatkan kualiti INSAN






Erti Pengorbanan
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com

Apa erti jihad tanpa pengorbanan
Apa erti kata-kata tanpa dikotakan
Nabi Ibrahim lambang kejujuran
Hati bercahaya penyuluh zaman

Apa erti hamba tanpa ketaatan
Apa erti cinta tanpa pengorbanan
Nabi Ismail contoh tauladan
Sanggup mati untuk Tuhan

Setiap tahun muslimin ke Mekah
Beribadah mengingati sejarah
Berlutut di Baitul Kaabah
Dalam penuh pasrah

Tiada beza darjat
Yang kaya atau melarat
di hadapan Yang Maha Perkasa
Menangislah orang berdosa

Lagu : Zubir Ali
Lirik : Zubir Ali
Gubahan : Zubir & Haikal
Muzik : Isabella & Ali Hj Yassin

SELAMAT MENYAMBUT EDUL-ADHA ..maaf zahir & batin.

Tuesday, November 24, 2009

Mencari konsentari yang khusyuk


Khusyu` (fokus) merupakan ‘roh’ solat apabila dilakukan oleh seorang hamba di hadapan Allah SWT kerana fokus tersebut merupakan pemancar tenaga yang diarahkan daripada jasad dan rohani kita menjadi satu yang telah dileburkan keduanya kepada Allah SWT semasa kita memulakan upacara solat di waktu kita mengangkat Takbiratul Ihram dan meletakan tangan di pusat atau hati di situlah bermula pemusatan kita inilah antara hikmah semasa solat tangan diletakkan pada pusat tubuh kita kerana untuk mengaktifkan cakra tenaga hasil dari fokus di dalam solat.
Dari sudut kesihatan misalnya bahawa setiap posisi solat memberikan fokus-fokus yang berbeza pada cakra berbeza. Misalnya semasa kita berdiri tegak dan letak dua tapak tangan di atas pusat kita dapat rasakan pemfokusan bermula, kemudian apabila kita membaca ayat cakra tengkorak kita fokus yang akan dapat memberi fungsi otak, fikiran dan kreativiti yang sihat, begitulah seterusnya apabila kita melakukan ruku` kita mengaktifkan cakra pada jantung, apabila duduk antara dua sujud kita terasa cakra seks dan perut yang menghasilkan metabolisme yang dapat memberikan tenaga zahir dan batin. Manakala apabila sujud pula cakra sulbi, tengah dahi dan cakra mahkota.

APA-APA PUN KAEDAH YANG DIUTARAKAN, APA YANG WAJIB DIPERCAYAI SECARA TUNTAS/PENTING IALAH DARIPADA HIDAYAH ALLAH. ANUGERAH AGUNG YANG MEMBERIKAN KITA HIDAYAH KEKHUSYUKAN DALAM SOLAT.....SAMA-SAMALAH KITA BERDOA DAN BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HIDAYAH KEKHUSYUKAN.

Graduan kecil - Tadika Khalifah Bestari 2009







SEUNGKAP BICARA - Aluan Pengerusi Lembaga Pengelola Tadika Khalifah Bestari

Dengan Nama Allah yang Pengasih Lagi Penyayang

Segala puji-pujian kepada Allah kita persembahkan dan segala selawat dan salam kita junjungkan kepada Nabi Besar kita Muhammad S.A.W. Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang terpelihara serta mendapat hidayah-Nya sehingga kita dapat berkumpul dalam Majlis Hari Ihtifal Tadika Khalifah Bestari pada tahun ini. Tiada daya dan kuasa untuk kita melaksanakan majlis dengan baik, kecuali mengharap pimpinan dan pertolongan Allah s.w.t jua, agar Majlis Ihtifal ini berjalan dengan lancar di samping mendapat rahmat dan keredhaan-Nya. Saya bagi pihak semua urusetia amat bersyukur dan mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama para ibu-bapa/penjaga untuk bersama menjaya dan memeriahkan majlis kali ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada urusetia, pengurus, guru-guru besar dan semua guru dan staf yang bertungkus lumus membimbing, melatih dan menyediakan murid-murid untuk menjayakan majlis ini.

Objektif Majlis ini diadakan, adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua anak-anak yang menamatkan pembelajaran mereka di TKB, di samping memberikan pengiktirafan atas kejayaan-kejayaan yang mereka telah lakarkan. Persembahan-persembahan yang mereka persembahkan menunjukkan keserlahan bakat dan daya keyakinan tinggi yang ada pada anak-anak kita. Sesungguhnya potensi anak-anak dari segi aqli, sahsiah, seni dan nilai-nilai estetika, boleh digarap dan disuburkan dengan bimbingan yang wajar dan berhikmah. Ia sebahagian daripada pendidikan formal yang diajar di TKB, yang memerlukan kesinambungannya di rumah dan di sekolah-sekolah berikutnya. Semoga majlis ini dapat mencetuskan memori indah anak-anak semasa mereka belajar di sini, di samping diharapkan semua titisan ilmu dan kemahiran yang mereka dapati di TKB akan terus subur dan berkembang di mana jua mereka melanjutkan pembelajaran sekolah rendah selepas ini.

Akhir kata, semoga jalinan kerjasama, jaringan permuafakatan, ikatan silaturrahim, di samping doa dan harapan, di kalangan ibu bapa TKB berterusan sehingga kita bersama dapat merealisasikan Hala Tuju Pendidikan TKB iaitu ”Proses pendidikan yang berteraskan tauhid untuk membimbing kanak-kanak mencapai potensi yang cemerlang dari segi rohani,jasmani, kognitif, sosio-emosi dan estetika berpandukan Al-Quran dan As-sunnah melalui sistem pendidikan yang bersepadu, seimbang, holistik dan berterusan. Semoga perhimpunan kita di dewan ini mendapat keberkatan dengan natijah kemenafaatan yang tak terhingga. Apa yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan dan kekurangan itu dari kami.

’Helping our kids soar through excellence’

Sekian, Wabillah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Terima kasih.

Tuesday, November 10, 2009

JENGAH kali kedua di SIREH LAGENDA


Coretan blogger ini, berkaitan Sireh Lagenda, semasa bermusafir ke Langkawi awal tahun lalu, menggamit nostalgia tersendiri. Kunjungan kali kedua, mencuit hati. Tidak sangka pula coretan dairy sendiri boleh dikongsi ramai orang termasuk pengusaha TSL sendiri. Pembelian Jelly gamat, ubat resdung, powder bayi kali pertama, diilhamkan pula untuk mendapatkannya kali kedua!!.Wah,kali ini produk baru -losyen/krim kulit yang halus, wangi, lembut tanpa berminyak, masih tanpa label menjadi ingatan. Losyen ini pasti menjadi kegemaran wanita, lebih baik daripada losyen tangan yang pernah dicuba dan digunpakai sebelum ini.


Membeli belah di sireh lagenda....kiriman kawan-kawan untuk belikan BAM GAMAT dan BAM SERAI yang InsyaAllah baik untuk menghilangkan sakit kepala - lebih baik untuk diguna pakai menggantikan Kuyok yang bergetah tu, selain untuk menghilangkan selsema, lenguh2 sendi dan gigitan serangga. Sesuai untuk bekalan first Aid di TADIKA/TASKI, sekolah malah mesti ada di setiap rumah. Begitu juga Minyak ibu gamat perlu ada di setiap rumah, pilihan ubat alternatif untuk menyembuh luka, sakit perut dan lain-lain.

Begitu banyak pilihan untuk mendapatkan ubatan warisan dari gamat dan herba di TOKO Sireh Lagenda(TSL). Sumber alamiah, anugerah ILLAHI yang diadun mengikut kepakaran turun temurun yang dipasarkan di TSL dengan harga yang berpatutan sewajarnya disokong dan digunapakai untuk membantu meningkatkan kesihatan jasmani biiznillah.Syabas, pengusaha TSL, yang gigih dan terus menongkah persaingan perniagaan yang hebat untuk memasar, memperkenalkan produk hasilan mereka. Semoga TSL terus berkembang dan maju jaya InsyaAllah

Tuesday, November 3, 2009

Sekli lagi WISATA buku di JOGJA



Di mana-mana ada banyak kedai jual buku...pergi atau tak pergi,,,itu sahaja persoalannya, Di Malaysia juga banyak toko buku, dan banyak buku-buku dipamer atau dijual. Kekangannya ada masa atau tidak ada masa untuk mencari dan membelinya. Berwisata ...jalan_jalan makan angin, memang banyak masa untuk dipenuhi. Pegi kedai buku, amat menarik untuk memenuhi masa ruang. Beberapa buku boleh di beli seperti di Toko Buku TOGO MAS ini

Friday, October 30, 2009

WISATA -WISUDA DI JOGJA


Alhamdulillah kali ke 5, menjengah Jogja..sejak lima tahun lalu. Purata setahun sekali melancong ke bandar yang penuh dengan institusi pendidikan itu. UGM antara universiti terbaik di Indon..Mengikut kata Dekan Fakultas Perubatan UGM, semasa menyampaikan ucapan alu-aluan perlantikan dokter bedgeI - 2009/2010 program International perubatannya ialah yang terbaik di Indonesia,,menduduki tangga ke 128 di dunia, mengalahkan UM aje.

Wednesday, October 21, 2009

Kembali Aktif semula - menjana DIRI, menuju JAYA





Puasa- memperkuat benteng melawan syaitan


RENUNGAN jangan buang masa

Diantara Kebaikan Seseorang adalah Meninggalkan Apa-Apa yang Tidak Bermanfaat Baginya

Oleh : Al-Haafidh Ibnu Rajab Al-Hanbaliy rahimahullah

عَÙ†ْ أبي هريرةَ رَضِÙŠَ اللهُ عَÙ†ْÙ‡ُ ، عن النَّبيِّ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ قال : (( Ù…ِÙ†ْ Ø­ُسْÙ†ِ إسْلامِ المَرءِ تَرْÙƒُÙ‡ُ ما لا ÙŠَعْÙ†ِيهِ )) حديثٌ Ø­َسَÙ†ٌ ، رَÙˆَاهُ التِّرمذيُّ وغَيرُÙ‡ُ

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda : “Di antara kebaikan seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya” [Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan yang lainnya].

Tuesday, October 20, 2009

MISTERI YANG TIDAK TERUNGKAI...Satu cerita benar



Jika bercakap tentang ni,,,memang meremang bulu roma..fasal angklong..salah satu pertunjukan pentas Jamuan Amal Sumbangsih....Sehelai Baju hitam yang dipakai oleh anak-anak peserta menjadi ribut?? dan sangat misteri.Baju itu disewa khas untuk dipakai. Malangnya baju ini,,tidak dapat dipakai pada malam itu..kerana anak-anak yang lain mengenakan baju warna putih. Kerana IA tidak dipakai, tidaklah di bawa ke dewan.

Majlis selesai, sampai masa untuk berkemas, postmortem dan memulangkan kepada pemilik apa sahaja yang dipinjam dan disewa. Tiga minggu mencari baju disewa itu...tidak berjumpa, sehingga usaha mencari ganti sehingga di Indon. Baju tak dapat dicari..keputusan dibuat untuk bayar sahaja.

Misterinya...baju itu pulang sendiri,,,dengan penuh misteri baju itu tiba-tiba ada tersangkut di kedai penyewa,,,Wallahua'lam ...baju hitam yang kecewa...pulang ke ganggang....sehingga sekarang hairan dan hairan,macamana baju itu pulang sendiri?? amat misteri...misteri juga seperti sejadah boleh berdiri!!!!!

Satu bulan puasa - satu bulan raya

CUTI sakan dari menulis di blogni.... ada perkara yang lebih utama dan afdhal untuk dilaksanakan...sudah tentulah sebulan puasa dalam Ramadhan 1430H perlu diutama dan didahulukan:' SATU VISI...ADDIN DIDAHULUKAN, KECEMERLANGAN UKHRAWI DIUTAMAKAN" Mudah-mudahan puasa diterima, dosa terampun, doa dan harapan tercurah, hidup diredhai dan dilimpahi Rahmat dan Rahim Allah SWT

Lepas Ramadhan... pasti nak kejar ganjaran setahun berpuasa dengan puasa enam bulan Syawal....ini juga perlu diutamakan. Lepastu, peluang ziarah dan kenduri kahwin,,,perlu juga diutamakan.: 'SATU HARAPAN -- UNDANGAN DIDAHULUKAN, SILATURRAHIM DIUTAMAKAN'

Monday, August 17, 2009

GAYA kerja orang MUDA vs orang TUA



FASA menerajui beberapa fotfolio, buku agenda,persembahan,seranta dan publisiti. Banyak peranan yang dipertanggungjawabkan kepada FASA, yang sebenarnya mereka boleh lakukan dengan baik. Namun begitu banyak ruang dan perkara yang boleh diperbaiki dengan melihat beberapa postmortem yang dibincangkan.
Pepatah mengatakan "orang tua dihormati,orang muda dikasihi" mungkin boleh dijadikan panduan, apabila kita membentuk satu team untuk bekerjasama dalam sesuatu tugasan. Orang muda harus fahami, pengalaman kerja orang dahulu makan garam dalam melaksanakan tugasan dan menetapkan sesuatu sasaran mestilah dihormati dan dipatuhi oleh anak-anak muda!!!.Tak dinafikan orang muda banyak idea, kreatif dan sebagainya. Itu adalah satu asset yang boleh digembeling bersama dengan baik terutama diiringi bimbingan dan nasihat oleh orang yang lebih berpengalaman.

Setulus dan sejujurnya, dimaklumkan bahawa makcik-makcik urusetia menahan rasa marah dan meningkatkan daya kesabaran yang begitu tinggi dalam menghadapi gaya kerja orang muda!!! yang terlalu yakin dapat menghasilkan sesuatu yang diharapkan,menetapkan sasaran yang samar, di samping kualiti masa yang amat berharga untuk datang bermesyuarat, menetapi masa sesuatu sasaran kurang diambil berat.

"Sesuatu kerja disediakan last minute" itulah sesuatu perkara yang boleh menyusahkan hati orang tua..kerana terpaksa akur dan menerima seadanya. Tiada masa dan peluang untuk memberi cadangan dan semakan untuk menatijahkan yang lebih baik dari yang sepatutnya.

Medan mesyuarat tindakan adalah wadah yang paling baik untuk meningkatkan mutu kerja kita.Ruang sumbangsaran,lontaran idea dan pandangan, kritikan membina perlu diambil kira oleh semua ahli mesyuarat/urusetia oleh semua orang tidak kira muda dan tua. Masalahnya, masa ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya, ada yang malu untuk bercakap, mengkritik dsbnya.
Jika semua orang bertindak mengikut format kerja yang telah diaturkan, sudah tentulah tidak menyusahkan ketua atau beberapa orang yang biasanya menjadi tonggak tulang belakang di dalam sesuatu program.
Suatu perkara yang menimbulkan kegelisahan yang amat sangat di kalangan makcik-makcik adalah penyediaan mon... AA memang bagus dan pakar dalam menyediakan slot tersebut, tetapi last minute,,,AA dilayan sebaiknya..mohonkan cuti untuknya, disediakan tempat, diberikan kemudahan dan perlu dibantu oleh urusetia lain untuk menyediakan slot mon ...itu. Akhirnya..itulah seadanya yang dapat dipesembahkan kepada tetamu..Alhamdulillah.

Sesuatu hakikat yang perlu diterima, walaupun sukar untuk ditelan,melalui pengalaman-pengalaman yang lalu, ialah hanya kira-kira 10 peratus sahaja daripada senarai panjang AJK yang disenaraikan, betul-betul aktif menjalankan gerakerja yang disusun?

Sunday, August 16, 2009

MENSERASIKAN GAYA KERJA



Gerakerja Amal SSAA merupakan langkah pertama menggerakkan potensi kekuatan yang ada di persekitaran SRIAA. Ahli PIBG yang banyak kepakaran dan kemampuan tentu sekali boleh membantu, anak-anak FASA yang muda dan kuat tenaga, pasti boleh banyak perkara membantu...Persoalannya, macamana ingin bertemu dan berbincang jika semua mereka kesempitan waktu luang?. PIBG bekerja, FASA pula ramai yang masih belajar.


Sanggupkah big-big boss dalam PIBG turun padang...takape, sokongan moral dan mandat sudah memadai. Dua bulan terakhir sokongan padu dari YDP PIBG diperolehi, setelah kami pendokong-pendokong utama di kalangan ibu-ibu, sanggup datang waktu malam untuk berbincang.FASA menerajui beberapa fotfolio, buku agenda,persembahan,seranta dan publisiti. Banyak peranan yang dipertanggungjawabkan kepada FASA, supaya mereka belajar dan gunakan kreativiti yang ada.

PERJUANGAN berterusan dalam SUMBANGSIH


Ada permintaan untuk menyambung aaanekdot ini!!! terpaksalah sambung semula......

Sanggupkah anda memimpin sesuatu gerakerja amal yang besar? Boleh aje jika ciri-ciri di atas ada dalam diri anda, di samping mempunyai sifat sabar, pemurah, penuh toleransi,sanggup berkorban serta boleh membuat keputusan dan penyelesaian masalah semerta. Sebagai ketua sebenarnya anda lebih banyak MEMBERI daripada MENERIMA....dengan kata lain kena banyak guna dan keluar fulus sendiri. Walaupun anda sebagai ketua, bukan semua tempat dan situasi boleh buat arahan sahaja. Dalam kes amal ssaa,Anda perlu berperanan sebagai semua unit urusetia yang dibentuk. Andalah ketua, andalah yang perlu menjalankannya, walaupun tidak dinafikan, beberapa orang yang sanggup menolong sepanjang masa dan berterusan dalam tempoh gerakerja berjalan. Dengan kata lain tumpuan sepenuh masa patut diberikan. Masa libur dan rehat wajar di esampingkan dulu. Ada unit urusetia yang penting diwujudkan,,,,tetapi personelnya tak pernah muncul sehinggalah program berjalan. Urusan urusetia itu, andalah yang perlu laksanakan dari awal hingga akhir.Banyak idea dan pandangan yang dilontarkan, tetapi yang peliknya suruh ketua yang menguruskannya....mampukah anda?? Banyak keistimewaan yang dituntut oleh beberapa orang urusetia, dari uniform seragam sehinggalah tempat duduk percuma.









Bukti kesungguhan, keinsafan dan Keagungan-MU
Bersama sebeban kesulitan diikat rapi di belakang usia
Menggalas tanggungjawab dan pengorbanan di pentas realiti,
Mengharap ehsan insan untuk mengerti dan berkongsi
Awalnya sukar dan mengah
umpama mengumpul embun sebelum terbit matahari.
umpama menghitung helai daun pada pohon yang rimbun.
umpama pencarian sebutir mutiara dalam lautan yang dalam.
umpama mendaki gunung setinggi langit.