Wednesday, December 31, 2008

Amalan-amalan ringan pembuka pintu syurga


Oh, apabila ternampak tajuk buku tersebut....termotivasi untuk membeleknya. Oh amat berguna dan boleh dijadikan bahan tazkirah mingguan dalam majlis ilmuku setiap hari rabu selepas solat asar.

Mengandungi penerangan tentang empat puluh amalan-amalan ringan pengahantar masuk syurga InsyaAllah. Antara petikan catatan pengarang --Fakharuddin Nursyam.LC di kulit belakang bukunya ialah sabda Rasulullah Saw ..hadis muslim..bahawa "Janganlah kamu meremehkan sedikit pun dari amal kebajikan, meskipun hanya sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri'....

Semua orang tidak kira kaya, miskin, pegawai, rakyat jelata, sehat atau sakit berpeluang untuk masuk syurga asalkan mereka mengikut peraturan Allah SWT.Tersedarkah kita bahawa amalan mudah seperti senyum, membuang duri dijalanan, melayan orang tua/sakit, bersedekah sebiji kurma adalah amalan yang boleh membuka jalan untuk menuju syurga??? 40 amalan mudah yang dihuraikan dalam buku ini adalah tinggi pada sisi Allah yang ganjarannya adalah syurga.

Mukjizat Abad ke 20 - Doktor Cilik



Terpanggil untuk membaca dan memiliki buku dan cd tajuk ini kerana isinya sangat baik untik dijadikan teladan dalam hidup dan kehidupan kita. Untuk panduan mendidik anak-anak menjadi pencinta Al Quran.

Kandungan buku yang ditulis oleh Dina Y Sulaeman yang mana anak-anaknya bersekolah bersama dengan Husein Tabatabai' di kelas Jamiatul Quran, Taheran. HUSEIN...seorang murid berusia 7 tahun dianugerahi gelaran Doktor Honoris Causa dari Hijaz College Islamic University, England kerana beliau sekecil itu telah menghafal dan memahami Al Quran...MasyaAllah ....itulah yang menjadi tajuk buku ini...mujizat abad ke 20.

Betapa kerdilnya kita...umur dah penghujung senja, kubur sudah panggil mari...kebanyakan ayat-ayat dalam surah lazimpun masih tak hafal. Semoga sisa-sisa masa yang amat sedikit ini dapat menghubungkan rohku dengan roh 6666 ayat-ayat mukjizat Al Quran tersebut. amin..

Mengapa Aku di Hukum mati...Sayyid Quthub




Buku itu perlu dibeli dan dibaca sebagai rujukan untuk mengisian majlis ilmu yang berkaitan dengan penulisnaya... Al Syahid Sayyid Quthub. Beliaulah yang telah menabur kembali fikrah jihad pada masa kini. Beliaulah yang telah menyemai pergerakan kebangkitan islam dalam era zaman 'moden' ini.Kecemerlangan gagasan dan keteguhan keyakinannya sangat menggetar dan mengagumkan. Banyak nukilan karyanya telah menginspirasi kesedaran para penggiat amal islami, di samping menggoncang hati para taghut di seanterio dunia.
Harga Buku ini ditulis dengan tinta darah yang harganya di tali gantung penulisnya sendiri. Sudah maklum dan pasti perkara penyeksaan ngeri dan dahsyat dalam penjara yang dialami beliau jika ditulis akan disaring dan dinyahketepikan..wallahua'lam.

SOLAT TAHAJUD - penyelesaian penyembuhan berbagai penyakit



Alhamdulillah telah habis baca buku karangan prof dr Mohammad Salleh, gurubesar fakultas Tarbiyah IAIN Sunan Ampel Surabaya ini.beliau juga membuka Klinik Terapi Solat tahajud di Masjid Al Akbar,Surabaya.Buku ini adalah lanjutan buku ilmiah tesis kedoktoran beliau yang berkaitan dengan pembuktian medical solat tahajud. Buku ini pula membimbing para pembaca ke arah amali solat tahajud. Beberapa testimoni penyembuhan pelbagai penyakit dipaparkan. Selain itu buku ini juga mampu manjadi media menyelesaikan pelbagai persoalan hidup.

Berguna untuk amalan semua, wawasan tahun baru agar insan ini terus istiqamah untuk melakukan solat tahjud sekerap mungkin.

Laskar Pelangi - episod tayangan amal




Salah satu pengisian Danathon SRIAA 2009, ialah tayangan amal. Episod tayangan bertema LASKAR PELANGI...cadangan seorang ajk PIBG. Sebagai pengarah projek, filem box office dari Indonesia itu yang berasaskan novel itu harus diteliti dahulu, untuk melihat kesesuaian isinya dengan audien dan falasafah sekolah agama. setelah habis dibaca dengan fokus bahawa pendidikan sebenarnya memberikan 'hati' kita kepada anak-anak didik. Setiap anak mempunyai potensi unggul yang jika digarap boleh menjadi peribadi berpotensi cemerlang dalam pembesaran mereka. Tokoh-tokong dalam jalan ceritanya merupakan insan sederhana, jujur,gigih, dedikasi, sabar, tawakal dan taqwa.

Namun dalam persembahan filem itu,jika dimasukkan gambaran-gambaran keterlaluan seperti kerasukan animisma dalam perayaan kaum masai di afrika, perayaan keugamaan ugama budha di kalangan orang cina dan lain-lain gambaran mistik kebomohan,
( mengikut jalan cerita dalam novel tersebut) boleh mempengaruhi fikiran anak-anak jika mereka menonton tanpa bimbingan orang dewasa/orang yang lebih matang!!! wallahhua'lam???????

'HAJI' pembohong besar...........

30 Disember 2008, di sekolah SRIAA memang sibuk dengan ibubapa yang nak bayar yuran,nak beli buku dan pakaian seragam. Kitani kononnya sebagai sukarelawan tumpang menyibuk juga untuk urusan jamuan amal sumbangsih SRIAA pada 27 Jun 2009 nanti. Tolong sekolah nak kumpul dana.

Habis mesyuarat kira-kira waktu zohor, duduk sekejap di kaunter rehat pejabat. datanglah seorang hambaallah, berkepala botak, berbadan tegap, warna kulit agak gelap...katanya baru balik haji, kepala botak kononnya lepas tahlullah...tapi herannya rambutnya tu pendek sangat. Raya haji dah beberapa minggu berlalu, pasti rambutnya dah panjang...dasar penipu yang bodoh...tak pandai nak tipu orang. Ia seorang pegawai kastam, Datang ke sekolah nak tukarkan anaknya ke SRIAA selepas PMR yang kononnya dapat 6A. Nak tukar kerana dah pindah rumah di kawasan yang berdekatan. Sebagai tetamu,,,yang namanya Mustapa (kita ni sebagai ahli lembaga sekolah) tolonglah layan 'tetamu" tersebut. Butiran cakapnya, semuanya meragukan...mana ada sekolah agama di Putra Jayatu. Panjang punya cerita...sampai menipu nat tolong sekolah...sampai ketika bila ditanya..'mesti orang kastam banyak barang yang dilelong'. Apalagi peluang beliau nak menipu dah mengena..dia kata sekarangni memang ada 40 komputer yang nak dilelong kurang RM1000.00...Wah siapa yang tak nak barang murah...ramai yang nak beli.

Akhir perbualan...secara tak sengaja.... Subhanallah Allah nak tolong.. buka cerita,mengatakan, memang kita kenal dengan datuk pengarah kastam WP tu, malah isterinya adalah kawan rapat kita. Dah Nampak muka "haji" tu berubah...itupun tak ada rasalagi yang 'haji' tu nak tipu kita.. boraklagilah...entahlah orang banyak mulutni nak cakap banyak aje bila keluar rumah...apa tidaknya kadang-kadang seharian duduk seorang kat rumah nak bercakap dengan siapa? Sambung cerita kat dia macamni..ada orang kastam yang datang dengan modus operandi yang sama.nak jual barang, ambil deposit dulu, kemudian lari tak muncul-muncul. apa lagi bercakap tepat kepada orang yang buat kerja tu..muka berubah tiba-tiba, mula-mula tadi merah padam...dah jadi pucat lesi..."Haji" minta diri nak keluar konon nak ambil busnes kad...tapi tak muncul-muncul. Lepas tu baru perasan bahawa 'haji' tadi memang sah penipu!!! Hati-hatilah dengan muka-muka hipokrit..Semoga Allah beri hidayah kepada "haji" itu supaya berubah menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Saturday, December 20, 2008

Menempah Maut di Depan Mata.

Malam minggu 20 Disember 2008 yang akan ditinggalkan sebagai sejarah beberapa hari lagi sebelum tahun 2009 menjelma, melakar kenangan yang mengerikan. Malam libur ini,kelihatan begitu sesak dengan manusia, terutama di pasar malam BBB, pasaraya dan restoren. Dijalan raya bertali arus dengan kenderaan-kenderaan yang bergerak laju. Di simpang-simpang jalan yang ada ada lampu isyarat berderet panjang dengan kenderaan... Kelisa hijau kami yang setia, sentiasa dipandu berawas dalam perjalanan pulang dari merarau malam nasi goreng sea food dan ais wortel?? Sungguh setia ia, kerana patuh berhenti di hadapan lampu merah di simpang jalan.

Remaja bersimpang siur dengan kenderaan motor mereka tanpa arah tujuan dan mungkin juga di bawah sedar.Seorang remaja belasan tahun yang bermotosikal itu datang dari arah yang sama dengan kelisa 'menonong'( dielek cenor)laju tanpa henti terus membelok ke arah kanan menuju Tasik Cempaka di persimpangan empat berlampu isyarat tersebut.Malapetaka berlaku,Pertembungan hebat antara sebuah kereta 4WD bertrak Ford/Toyota (tak pasti, kerana gelap)yang meluncur laju (walaupun pemandunya cuba membrek) dari arah Kajang merempuh kuat motorsikal yang dipandu menonong tersebut. Apalagi..tidak dapat dibayangkan kengeriannya, remaja tersebut melambung ke atas,kemudian jatuh terhempas ke jalan semula, motosikalnya ranap sama sekali terperosok di bawah kereta. Samar-samar dalam kegelapan malam, nampak remaja tersebut bangun terhoyong-hayang dan rebah semula di bahu pembahagi jalan...Wallahua'lam apa yang berlaku berikutnya, kerana lampu isyarat hijau memaksa kelisa yang berada di hadapan sekali untuk meneruskan perjalanan. Jelas sekali remaja penunggang motosikal itu yang bersalah kerana sengaja menempah maut tanpa menghiraukan lampu isyarat. Beberapa jam berlalu petang tadi,selepas mencatat misteri di alam kubur, menyebabkan imiginasi terbayang, jika remaja tadi berpindah alam, di manakah ia akan diletakkan, di taman syurga atau di ambang n...Semoga yang baik-baik belaka yang akan terjadi kepada kita dan juga remaja tersebut InsyaAllah.

WISATA BUKU - Panduan Diet untuk golongan darah B




Golongan Darah O,A,B dan AB mengandungi antigen yang bertugas sebagai antibodi.Jika suapan makanan tidak sesuai dengan golongan darah, boleh mempengaruhi penurunan sistem imun tubuh kerana sel darah jadi tidak sehat.Kajian Dr D'Adamo yang dicatat dalam bukunya ini, menunjukkan ada efek fisiologis yang muncul akibat lektin yang masuk dalam tubuh. LEKTIN adalah protin dalam sajian makanan kita. Bahan makanan tertentu boleh bersifat racun bagi golongan darah tertentu, tetapi bermanfaat bagi golongan darah lain.Kajian pengarang menunjukkan, golongan darah B memerlukan diet yang bervariasi. Daging ayam yang kaya dengan lektin kurang sesuai untuk golongan darah B kerana boleh menyebabkan stroke, gangguan diabetes, gangguan otot dan hipertensi. Disarankan mereka yang berdarah B, mengambil protin dari daging kerbau? Baca selanjutnya untuk mengatahui variasi suapan lain yang sesuai untuk tubuh anda.

WISATA BUKU - Misteri kehidupan setelah mati.



'Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan.' Ar Ruum(ayat 19).

Intipati buku yang ditulis oleh Abdullah bin Ahmad Al'Alaf Al-Ghamidi menghuraikan bahawa kematian bukanlah akhir segalanya. Perpisahan ruh daripada jasad, bermulalah kematian.Setelah perpisahan ini, masih panjang perjalanan yang perlu dilalui oleh setiap insan. Kematian adalah tidur panjang, samaada menikmati tidur yang enak dan selesa atau yang mengerikan sehingga ke hari kiamat.Nikmat kubur adalah pasti untuk orang yang beriman dan seksa kubur adalah untuk mereka yang kufur..nauzubillah. Buku yang perlu dibaca ini adalah mengisahkan perjalanan manusia semenjak mati sehingga mereka masuk syurga atau neraka.

WISATA BUKU - WISATA ILMU



MASA bergerak begitu pantas,banyak orang merungut TAK CUKUP MASA,ada pula yang melemparkan pendapat TAK TAHU MENGURUS MASA. Istghfirullah, kita perlu mohon ampun kerana Allah itu Maha mengetahui, yang menguruskan MASA dengan begitu rapi, Hal yang demikian,sebenarnya MASA itu tidak perlu lagi diurus. Satu KESILAPAN besar jika kita merungut seperti keluhan di atas. Sebenarnya kita sendiri yang tidak tahu mengurus diri untuk menggunakan masa yang telah diurus oleh Maha Pencipta dengan sempurna sekali.Sesungguhnya manusia itu, akan terus dalam kerugian, jika tidak menggunakan masa sebaiknya untuk saling nasihat menasihat dengan hak dan kebenaran. Menasihati diri dengan pencarian ilmu terutamanya dengan membaca adalah kesempatan yang perlu diutamakan.

Alhamdulillah wisata ke Yogyakarta baru-baru ini, dapat membeli beberapa buah buku di TOGO Mas dan GRAMEDIA di AM Plaz. Syukur dengan nikmat masa yang dianugerahkan dapat membaca beberapa buah buku semasa wisata ke Jogja.

Thursday, December 18, 2008

PROF PAPA, Sharifah Mama.

18 Disember 2008. 9.30 malam...Alhamdulillah dah sampai ke rumah sekejap tadi, dari bumi yang dipenuhi rangka-rangka Brobodor Jogyakarta. Penerbangan air asia,setengah jam lewat berangkat, namun masa ketibaan sama seperti jangkaan. Usahawan Muda Baru Malaysia, yang memikirkan profit!!!. Menjejaki airport baru LCCT,bolehlah dibanggakan, namun ruang solat di terminal ketibaan TIADA???.Pertama kali menjengok kamar toilet..seperti di negara-negara BUKAN Islam yang lain..semburan kongsi duduk...lain kali kenalah bawa botol kecil masuk toilet. Untuk solat terpaksa berkejar di terminal berlepas domestik....hai tak terasa tinggal dalam negara Islam.

Setibanya Di Jogyakarta pada Isnin 15 Disember...sebuah beg merah diselongkar habis kerana bawa bom...ye kerana roti bom dan frozen food yang lain. Alhamdulillah disambut oleh Fatin & rakannya, Ewa berada di Bayormas...4 jam perjalanan ke utara Yogyakarta untuk melengkapkan ko aussnya di sana. Takpalah tidak berjumpa kerana tak dapat dielakkan. Namun begitu sekeping sampul beralamat tajuk di atas mengatur pengisian masa sepanjang berada di Wisma MM UGM. HANYA Cadangan, penegasan surat tersebut. Bagus ewa kerja sistematik..sekurang2nya membantu kami untuk bergerak di kotaraya tersebut walaupun kunjungan kali ini adalah kunjungan kami kali ke 4.... alhamdulillah. Hanya jalan-jalan di Malioboro, AmPlaz, makan-makan steak di jalan Kaliurang. Teringin nak ajak fatin, anwar dan zafran makan di restoren dalam sawah ataupun makan gotek..tapi takut pula nak membuang masa mereka..namun begitu terima kasih banyak kerana membantu mengambil kami di bandara dan menghantar barang-barang husna..

Saturday, December 13, 2008

Masjid singgahan musafir..sejenak pengabdian kepada pencipta


TASIK KAWAH GUNUNG BERAPI - TASIK MENINJAU



MasyaAllah ---tasik yang begitu luas di puncak gunung, Bayangkan puncak gunung yang meletup dengan meranap dan meruntuhkan seluruh puncaknya? Bayangkan dahsyatnya apabila perut bumi memuntahkan isi perutnya, gunung ganang diterbalikkan,,,menjadi abu-abu yang berterbangan, bumi hamparan digulung-gulung..maha dahsyat gambaran hari Kiamat. ya Allah, hambaMu ini mohon ampun dari segala dosa dan selamatkan kami dari malapetaka yang maha dahsyat tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha pengasih dan Penyayang.

Lawatan underground, Bukti kekejaman peperangan














Lubang bawah tanah tentera jepun, di bukit tinggi padang, Lurah dalam tempat mangsa buruh paksa yang dibunuh dibuang ke situ dari lubang rahsia...sungguh kejam.

Wednesday, December 3, 2008

Lambaian Padang _Bukit Tinggi.

























Airport Minangkabau







Airport Minangkabau...dah ada perubahan berbanding setahun yang lalu...dah ada sesalur berjalan kaki dari terminal ke pesawat...tak,perlu naik tangga dan terpaksa kena hujan dan panas. LCCT masih lagi ketinggalan..masih panjat dan turun tangga.

Mercutanda di Bukit Tinggi ialah Jam Gadang atau Jam Besar yang terletak di depan shopping compleks..memang ramai pengunjung ke sini untuk membeli belah.Lokasi ini hanya sepelaung dengan Hotel Hill tempat kami menginap.Kalau ada duit ...berbaloilah untuk berbelanja di sini. Rm 1.00 bersamaan 3,000 rupiah??