Wednesday, September 24, 2008

Memburu Lailatulqadar

Mencari harta karun./tressure hunt...menjadi realiti apabila diusahakan..dengan bangga dapat hadiah. Harta karun yang perlu kita dapatkan dan usahakan ialah berkat malam yang lebih baik dari 1000 bulan? ..Jom sama-sama kita memburunya!!!!!!


Ya allah, aku mohon ampunanMu dan keselamatam dalam urusan agamaku dan duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah aku darin segala yang memalukanku dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari depanku, belakangku, dan kananku dan kiriku serta atasku. Dan aku berlindung dengan keaunganMu dari ancaman yang datang dari arah bawahku.


Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. ya Allah sihatkanlah penglihatanku. Tiada tuhan yang patut disembah selain Engkau.


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran serta siksa kubur,Tiada tuhan yang patut disembah selain Engkau.


Ya Allah, Engkaulah tuhan, Tiada tuhan yang patut disembah selain Engkau.Kau ciptan aku dan aku adalah hambaMu dan aku tetap pada sumpah dan janjiku kepadaMu sekuat tenagaku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku mengadu kepadaMU menyatakan pengakuan akan segala nikmatMu yang Kau limpahkan kepadaku. Dan aku mengadu kepadaMu, mengakui segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dukacita dan kesusahan. Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, serta dari rasa kikir dan jiwa pengecut. Aku berlindung kepadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan manusia.


Ya Allah, jadikanlah permulaan hai ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta khirna kesuksesan. Aku berlindung kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, wahai Yang Maha Pengasih lebih dari mereka yang berhati kasih.


Ya Allah, aku mohon kepadaMu Keridhaan terhadap keputusanMu, kelapangan hidup setelah mati, kenikmatan wajahMu yang mulia dan kerinduan untuk berjumpa denganMu, tidak dalam kesusahan yang menyedihkanndan tidak dalam cobaan yang menyesatkan. Dan aku berlindung kepadaMu dari menganiaya atau dianiaya atau diserang atau berbuat kekeliruan atau dosa yang tidak Engkau ampuni.


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kembali ke masa hidup yang terhina. Ya Allah, tunjuki aku kepada sebaik-baik perbuatan dan budi pekerti, tiada satupun dapat menunjukkannya selain Engkau.


Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku, lapangkanlah bagiku tempat kediamanku, berkahkanlah untukku rezkiku. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari keras hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Aku berlindung kepadaMu dari kekufuran, kefasikan, pertikaian, rasa ingin tersohor dan rasa ingin dipandang. Aku berlindung kepadaMu dari tuli. Ya Allah, kurniakanlah ketaqwaan pada jiwaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik zat yang mensucikannya, Engkaulah perlindungan dan Pemiliknya.


Ya Allah aku berlindung dariMu darimilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyu' jiwa yang tidak puas dan doa yang tak terkabukan.


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang kuperbuat dan yang belum aku perbuat. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang telah kuketahui dan yang belum kuketahui


Ya Allah, aku mohon kepadamu kesihatan,kesucian jiwa,pekerti yang baik dan keredhaan hati menghadapi takdir. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan yang melata di atas bumi.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha mendengar pembicaraan ku, Melihat tempatku berada,mengetahui yang rahsia dan yang nyata dariku.Aku ini hambaMu yang hina lagi kekurangan, yang mengharap pertolongan dan perlindungan, yang cemas dan takut dan mengakui segala dosa di keharibaanMu.Aku mohon kepadamu sebagai orang miskin yang meminta, dku tunduk kepadaMu sebagai orang yang berdosa lagi hina, dan aku tengadahkan doa kepadaMu sebagai orang yang dicekam rasa takut, marabahaya,yang patuh, tunduk di haribaanMu. Maka perkenankanlah

Saturday, September 20, 2008

Respon PIBG Groups.com ZAKAT

pibg_siab@yahoogroups.com


Salam Ramadhan almubarak Syabas dan tahniah kepada saudara Nazri (YDP PIBG Sri Al Amin )yang sudi untuk bersama-sama berbincang tentang bayaran zakat. Saya cuba untuk respon walaupun tidak ada kuasa dan tauliah untuk bercakap fasal zakat, namun begitu saya bersama urusetia yang lain cuba membantu dan berusaha untuk mendapatkan sumbangan-sumbangan individu dan syarikat agar dapat membayar zakat dan cukai pendapatan melalui sekolah kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs). Taklimat kepada sebahagian ibu bapa oleh Saudara Muhammad Ridhuan Jaafar berhubung perkara ini pada 6 Ramadhan 1429H yang lalu dicatatkan dibawah untuk dikongsi bersama.1. Surat MAIPs 300-17 Jld 8(17) bertarikh 10 Disember 2007,bersetuju melantik Sekolah menjadi wakil pungutan zakat dan bersetuju untuk menyumbang sebahagian kutipan untuk tujuan pembangunan dan operasi sekolah Sri Al-Amin,Bangi. Nama-nama yang telah dilantik dan untuk mendapat keterangan lanjut berhubung perkara ini ialah:

a. Muhamad Ridzuan Jaafar 013-3681968
b. Dr Jailani Salihon 019-9805967
c. saudara Rosli 013-33373312.

2. Bayaran zakat atau bayaran Cukai pendapatan melalui potongan zakat pendapatan inibolehlah dibuat melalui pihak sekolah dengan membayar tunai dengan mengisi borang sumbangan zakat kepada MAIPs serta untuk mendapatkan resit sementara daripada pihak sekolah. Bayaran juga boleh dibayar dengan Cek atas Nama sekolah atau MAIPs sendiri.Pihak sekolah secara berkelompok akan menghantar semua bayaran tersebut kepada MAIPs. MAIPs akan menghantar RESIT terus kepada penyumbang seperti alamat dalam borang yang disertakan. Kami sebagai urusetia juga boleh membantu tuan/puan untuk membuat sumbangan dengan berjumpa atau datang ke tempat tuan-tuan bekerja.

3. Sebagai perkongsian pengalaman pertemuan saya dengan beberapa individu untuk menerang dan mendapatkan sumbangan ini.....memang ada yang mempertikaikan berhubung dengan agihan asnaf-asnaf zakat.(asnaf fisabilillah) ...yang dikembalikan sebahagiannya kepada pihak sekolah. Sehubung dengan itu ...... pendekatan saya kepada rakan-rakan ialah dengan membayar cukai pendapatan melalui potongan zakat ini.

4. Kenapa sekolah perlu bantuan untuk biaya pembangunan dan pengoperasiannya? ?

a. Sebagai sekolah swasta yang matlamatnya bukan untuk keuntungan tetapi untuk pengisian pendidikan yang syumul... yang mengharapkan semata-mata yuran pembelajaran memanglah tidak mencukupi untuk sekolah ini membangun & berkembang. Oleh itu dana diperlukan untuk menyediakan ruang bilik darjah yang lebih banyak dan selesa, makmal & bengkel-bengkel yang lebih kondusif.

b. Alat-alat dan tempat perlu ada untuk sokongan pembelajaran. Mengadakan Bahan Bantu Mengajar, ICT, Perpustakaan yang lengkap memerlukan sokongan dana.Sekurang- kurangnya sekolah Al Amin boleh setanding dengan sekolah-sekolah bantuan lain.

c. Sebahagian besar pengoperasian sekolah memerlukan kos.

Tenaga utama yang menggerakkan sekolah ini adalah guru-guru dan staf-stafnya. Usaha dan komitmen yang mereka berikan kepada sekolah khususnya dalam mendidik anak-anak perlu diberi emolumen yang setimpal, sewajarnya.

Dana yang mencukupi, membolehkan pihak sekolah gunakan untuk memberi emolumen yang lebih baik dan selesa untuk mereka. Teringat saya apabila pelajar bertanyakan soalan kepada saya, semasa minggu kerjaya yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada bulan lepas berhubung kerjaya guru yang mereka minati tetapi kecewa apabila mereka dapati muallim mereka menerima gaji yang boleh dikatakan tidak mencukupi untuk menyara keluarga dengan sempurna !!

d. Pendekatan aktiviti keilmuan, pengajaran & pebelajaran yang pelbagai, pengukuhan pembelajaran dalam aktiviti ko kurikulum di luar bilik darjah....tidak lari dari memerlukan biaya yang besar. Oleh itu dengan adanya dana yang mencukupi, pihak sekolah boleh mencernakan kepelbagaian pendekatan untuk semua anak-anak didik.

Oleh itu marilah kita bersama membantu sekolah dalam mengumpul dana ini, terutamanya melalui salarun bayaran zakat ini.

Mata kadang-kadang salah melihat,
Mulut kadang-kadang salah berucap,
Hati kadang-kadang salah menduga,
Akal kadang-kadang salah mentafsir.

Dari itu maafkan segala kekhilafan..

Salam Ramadhan & Aidil Fitri.

ssalmi


--- On Mon, 15/9/08, nazri m wrote:
From: nazri m Subject: [pibg_siab] Musim ZakatTo: pibg_siab@yahoogrou ps.comDate: Monday, 15 September, 2008, 12:14 PM
Salam semua warga al-amin.
Saya nak buka diskusi tajuk baru, ZAKAT.
memandangkan ramadhan tinggal 2 minggu lagi, dan juga sukuan akhir tahun bakal mendatang, biasanya ini dikira musim orang berzakat (apa jenis kategori), terutama dikalangan orang bisnes, nak dapat entitlement pelepasas deduction, juga sebagai individu.
Soalan, ada tak dikalangan kita (sekolah, ibubapa, lembaga((setahu saya, dikalangan AJK PIBG tak ada..), yang tahu, dan ada kuasa untuk bercakap mengenai ZAKAT ni (maksud saya, ada tauliah untuk mengutip zakat, kalau ada, ada tak siapa2 yang nak buat hebahan, promosi, nak jelaskan apa manafaaat kita sumbang melalui sekolah, berbanding dengan bayar saja di mana-mana agensi lain...)
Ada apa2 yang pihak PIBG boleh bantu?...

Salam...
-

Sunday, September 14, 2008

iftar keluarga di pantai damai -ifttar jamaie di belakang rumah

Alhamdulillah keduanya berjalan lancar - 13 Ramadhan bersama keluarga dan jiran di kampung dan pada 14 Ramadhan bersama teman dan rakan dalam iftar jamaie JIMDHL....masyaAllah betapa mewahnya kita hidup di Malaysia..berbagai juadah disajikan. Barakahya dapat mengiratkan silaturrahim sambil ingat mengingati dan nasihat menasihati. Semoga jiwa merdeka kita dapat diisi dengan natijah pengisian Ramadhan Almubarak yang berkesan dan lebih bermakna insyaAllah.

Thursday, September 11, 2008

USANA - Usana Saya Ambil-Natijah Anggun

U - Usana
S - Saya
A - Ambil
N - Natijah
A - Anggun


Sandaran kepada Allah SWT setiap detik dan ketika menjadikan hamba Allah yang kerdil ini terus bertenaga, beriltizam dan bersyukur atas anugerah usia, kesihatan yang baik dan atas segala nikmat yang tidak terhingga untuk dicatatkan. ‘Sepanjang penghidupan itu adalah perjuangan, Fitrah perjuangan dipenuhi cubaan dan dugaan. Natijah atau hasilnya sama ada kecundang atau kejayaan adalah ruang untuk kita terus bersyukur dan muhasabah diri’. Semoga kita menjadi hamba dan khalifah Allah yang sejati!!.

USANA ......supplement yang diambil setiap hari sejak dua tahun yang lalu .......insyaAllah memberikan keanggunan dalam menjalankan tanggungjawab sosial walaupun telah bersara dan mempunyai beberapa orang cucu. Kesegaran sepanjang hari, kekuatan fizikal, sifar kesakitan, MasyaAllah memberikan inspirasi dan aspirasi bahawa setiap kesakitan itu ada penyembuhnya. Masih ada daya dan upaya untuk terus bernafas dan bergerak untuk menyumbang bakti kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara.

Sebelum USANA -terasa badan ini selalu kepenatan, kurang bertenaga, lemah sendi dan sakit lutut.
Setelah USANA - merasa segar, Alhamdulillah tiada lagi lemah sendi dan lutut. Satu Keajaiban dan rasa Syukur -boleh berjalan kaki 13 km dari Khemah penginapan di Arafah ke Jamratul di Mina semasa mengerjakan ibadah Haji pada tahun lepas. Pengalaman sendiri ......perlu dikongsi dengan semua untuk mengambil USANA sepanjang hari. Terokai www.usanavalley.com untuk maklumat lanjut tentang USANA!!!!!!

SEKAPUR SIREH-SEGUNUNG HARAPAN

CORETAN CABARAN - LUAHAN KELEGAAN

Sekapur Sireh – Segunung Harapan

Pandangan dan telahan pertama, terhadap sekolah pasang siap empat tingkat yang tersergam megah itu adalah sebagai mercu tanda kebanggaan masyarakat sekitarnya. Bangunan yang mengandungi 36 bilik darjah itu, ibarat kolej yang serba lengkap dan istimewa yang boleh mengeluarkan produk cemerlang yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Sekolah ini boleh jadi pemangkin kepada keperluan anjakan pradigma kebanyakan masyarakat dan warga kilang sekitarnya ke arah kecemerlangan, mementingkan kebersihan dan keharmonian kekeluargaan. Semoga, rutin perjalanan pergi-balik ke sekolah tidak dilambai dengan longgokan dan taburan sampah sarap di tepi jalan, Kehadiran setiap pagi di sekolah, tidak disambut dengan pasu pecah, taburan sampah dan kesan tapak-tapak kaki di dinding-dinding. Pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berjalan dengan cekap dan lancar dengan masalah disiplin sifar, tiada kecacatan prasarana dan kepincangan pengurusan personel. Tiada kes pergaduhan, perbalahan antara kaum, kecurian, ponteng, kerosakan bangunan dan kemudahan dilaporkan. Sekolah ini, sekolah harapan. Ruang dan peluang untuk menuju jaya, gelanggang untuk memburu juara, pentas untuk mengejar cita-cita, jambatan untuk cemerlang kerjaya. Begitulah harapan pengetua yang baru melapor diri di sekolah itu. Semua pelajar dan warga sekolah diharapkan agar dapat menjadikan sekolah mereka satu institusi pendidikan yang kondusif. Harapan beliau lagi, agar anak-anak didik menjadi insan bestari, luhur budi pekerti, unggul jati diri, mulia sahsiah diri, tinggi adap sopan dan teguh pegangan agama. Begitu mudah, jika impian itu sesungguhnya menjadi realiti?.

Analisa persekitaran dalaman dan luaran di sekolah pinggir bandar yang didominasi oleh kebanyakan ‘keluarga yang sakit’ ini, boleh menyebabkan harapan menggunung, tersembam melatari lurah yang saujana dalam. Harapan tinggal harapan, cita-cita terkulai di lubuk sanubari jika harapan tanpa tindakan strategik, tanpa sokongan rakan sekerja, tanpa bantuan ibu bapa dan komuniti setempat. Tuntutan melaksanakan tanggung jawab sosial, mengajak ke arah perkara yang baik, mencegah apa yang mungkar serta azam dan rasa pertanggungjawaban untuk memperbaiki dan penambahbaikan ‘keluarga yang sakit ini’ membuggar rasa bersemangat untuk bersama merealisasikan inovasi ke arah sekolah cemerlang. Tidak boleh pasrah. ‘Lonjakan Saujana Tindakan’ perlu dilaksanakan bagi menghadapi segala masalah dan cabaran. Doa, mengiringi amalan. Pecutan menuju jaya, semoga berjaya!.

Atasi Halangan – Memenuhi Keperluan :

Sekolah pasang siap yang kelihatan indah itu, sebenarnya telah melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan semula yang melibatkan kos yang tinggi. Tempoh tuntutan kecacatan selama setahun yang diberikan oleh kontraktor tidak mencukupi untuk melapor dan memberbaiki segala kecacatan dan masalah fizikal yang dialami. Masalah muncul sedikit demi sedikit dan dari semasa ke semasa. Bermula dengan baik pulih sistem perparitan dan pembentungan bertakung air yang menjadi pembiakan nyamuk aedes, pembaikan kabel bekalan elektrik bawah tanah yang tidak berfungsi, membaiki semula saluran bekalan paip air bawah tanah di bawah dataran kejat dan dinding konkrit yang sering pecah dan ranah, sehinggalah kepada masalah sistem saliran longkang takungan dan longkang bertingkat yang tersumbat. Sokongan pegawai JKR dan Pegawai Kesihatan Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri, sebahagian sistem longkang dan perparitan yang tidak berfungsi kerana dibina tidak mengikut speksifikasi kualiti dan topografi setempat, diusahakan pembinaan semula oleh kontraktor baik pulih di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Sistem kumbahan dan retikulasi paip air automatik, memerlukan senggaraan dan penyelanggaraan am bulanan yang berhubung kait dengan ‘sewage pump’, tangki penyaman, tangki pengudaraan, tangki pemendapan, tangki peyimpanan lumpur najis, dan penyelenggaraan peralatan mekanikal dan elektrikal. Pengalaman berurus selenggara dengan ‘plumber’ yang dipanggil untuk kerja baik pulih sistem automatik kumbahan tersebut, melibatkan kos yang tinggi dan penipuan berlaku kerana di sekolah tiada pegawai teknikal yang boleh memantau kerja-kerja tersebut. Peruntukan baik pulih dan penyelenggaran daripada jabatan sukar diperolehi kerana kekurangan peruntukan. Penyelesaian dicari dengan menghubungi dan menandatangani perjanjian menyenggara sistem Rawatan Air Kumbahan dengan kontraktor pembekal. Walaupun peruntukan LPBT digunakan untuk memeterai perjanjian ini, namun hasilnya memuaskan. Perancangan kewangan sekolah yang sistematik dan mencakupi semua aspek amat perlu dirangka dan disediakan agar pengurusan kewangan sekolah tanpa kecacatan. Anugerah ‘ Sijil Tanpa Teguran’ pengurusan kewangan sekolah setiap tahun oleh Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pelajaran adalah sesuatu yang membanggakan.
Bebanan bayaran elektrik pada tahun pertama dan kedua sekolah beroperasi ada ceritanya pula. Pejabat, Bilik Guru, Perpustakaan, Bilik Seminar, Bilik Mesyuarat dan Bilik-Bilik Khas yang lain dilengkapi dengan alat penyaman udara, Pelik!, penggunaan elektrik berhemah untuk mengurangkan bayaran bil, tidak boleh diguna pakai?. ‘Surcharge’ bayaran elektrik setiap bulan sebanyak RM200.00 sehingga RM 350.00 dikenakan kerana penggunaan elektrik kurang daripada sepatutnya. Bank Kapisitor dengan kos puluhan ribu ringgit terpaksa diusaha dan dibina untuk mengatasi masalah ‘surcharge’ itu. Sebelum itu tunggakan bayaran elektrik kira-kira RM 18,000.00 terpaksa dibantu bayar oleh Jabatan Pendidikan Negeri untuk melangsaikannya. Jubin di Bilik Persediaan Diri kelas Kemahiran Hidup yang tiba-tiba meletup dan menggegarkan semasa jamuan sarapan bersama pegawai-pegawai PPD Negeri Selangor dan pegawai-pegawai lain sempena Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas – MKJR/Shell bulan September tahun 2003, masih belum dibaiki. Begitu juga saluran paip air dalam dinding Bilik Kemahiran Hidup (ERT) yang pecah masih menunggu untuk dibaiki. Semoga peruntukan baik pulih yang dijanjikan oleh Jabatan segera diperolehi.
Masalah ketidakcukupan kerusi murid begitu ketara setiap hari, Bekalan kerusi kayu tanpa paku yang tidak tahan untuk digunaduduk oleh murid-murid yang besar dan lasak, terpaksa diganti dengan kerusi plastik yang dibeli dengan ehsan wang sekolah dan PIBG. Kerja baik-pulih kerusi kayu oleh ‘Repair Teem’ bersama guru penasihatnya, banyak membantu. Inventori kerusi meja bagi setiap murid dan kelas dikunci dapat mengurangkan masalah kerusi rosak dan dicuri. Setiap murid bertanggungjawab menjaga keselamatan harta yang diamanahkan.
Terus Mara – Memburu Juara

Sekolah Menengah Gred B yang mempunyai murid-murid melebihi 2,000 orang dengan 72 buah kelas pagi dan petang itu begitu sesak, tiada padang permainan, tiada dewan untuk kegiatan kokurikulum. Susun atur enam blok bangunan tiga dan empat tingkat berbentuk empat segi, di atas kawasan seluas kira-kira 09.48 ekar itu, membataskan penyediaan padang permainan, dan ruang untuk bersukan dan beriadah. Kawasan lapang antara bangunan kurang sesuai dijadikan gelanggang permainan dan kegiatan kokurikulum semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagaimanakah pendidikan seimbang khususnya dalam perkembangan jasmani dan psykomoto murid-murid dapat dilaksananakan?. Mengadakan kegiatan di hujung minggu, membataskan kehadiran murid, kerana tiada pengangkutan awam dan kesulitan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah. Sukantara dan permainan yang menggunakan seluruh ruang di sekeliling sekolah, sukan tahunan dengan menggunakan puluhan bas untuk mengangkut warga sekolah ke stadium berdekatan yang di sewa, aktiviti kokurikulum persatuan dan kelab yang dimuatkan dalam jadual waktu dua minggu sekali, berselang seli dengan perhimpunan rasmi sekolah dapat mengisi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dengan berkesan. Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum tidak menimbulkan masalah. Olahraga, merentas desa, permainan dan aktiviti kokurikulum di peringkat zon dan daerah ditandingi. Kekangan ruang dan gelanggang tidak membataskan semangat jaguh-jaguh sekolah itu untuk terus mara, memburu juara!. Syabas!, memang ada tempat dalam kumpulan teratas dalam beberapa pertandingan yang disertai. Syabas kepada pasukan Kadet Remaja Sekolah menjadi juara Negeri selangor dalam Pertandingan Kawad Kaki.
Anak-anak remaja yang sedang membesar memerlukan ruang untuk mereka bermain dan beriadah. Persekitaran kawasan perumahan yang sempit dan tiada kemudahan padang permainan meruntun anak-anak ini untuk menggunakan kekuatan fizikal mereka di mana sahaja ada ruang dan peluang. Bawa bola ke sekolah, disepak dengan kongkongan tenaga untuk memastikan bola tidak terkena cermin tingkap dan sasaran yang boleh menyebabkan didenda. Kisah lalu telah direkodkan berkurang dengan jumpa dinding boleh ditumbuk; selisih bahu boleh bersepak terajang; hamburan kata tidak menyenangkan boleh bergaduh. Masuk bilik air tertutup, boleh disepak dan diterajang – pecah dan ranap. Bawa kayu dan batu, tumbuk sinki, tarik pum semburan air kuat-kuat sehingga tercabut dan pecah!. Tak dapat sepak bola, sepak kaki kawan – bertumbuk lagi!. Itulah kerenah sebahagian kecil anak-anak remaja lelaki yang sedang membesar dan tiada kawalan disiplin di rumah yang berupaya dikurangkan dengan nasihat dan tunjuk ajar para guru Segelintir lagi yang masih mempunyai karenah negatif inilah yang membawa masalah dan menyusahkan orang lain, perlu difikirkan untuk. Semoga program ‘Kaulah Permata Hati’ dapat mengubah sikap pelajar-pelajar yang bersikap ‘pemusnah’ ini. Begitu juga penubuhan Pasukan Kadet Polis di sekolah, agar dapat mendidik anak-anak ini menjalankan tugas kepolisan bagi membantu sekolah menangani maslah segelintir pelajar yang tidak berdisplin dan beretika. Bantuan kewangan PIBG, individi dan institusi perihtin, amat diharapkan bagi membantu pihak sekolah mengadakan program-program yang berkaitan membina jati para pelajar ini.

Insan Berkualiti - Warga Bestari

Sekolah Projek, Sekolah Kawalan, Sekolah Harapan Negara dicemburui. Kepimpinan dan pengurusan sekolah berkesan dan berkualiti, menjadi inspirasi. Faktor persekitaran yang menjadi pemangkin ke arah anugerah itu, mungkin tidak boleh dijadikan sempadan. Persekitaran setempat, sekolah sumber, lokasi strategik, komuniti, dan kejiranan sememangnya berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Sejauhmana kita dapat menggunakan segala kekuatan bagi mengatasi kelemahan, sejauhmanan kita dapat menafaatkan segala peluang bagi mengatasi segala kekangan, bergantung kepada kebijaksanaan serta keupayaan kita mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi. Bertitik tolak daripada hakikat kesedaran pernyataan di ataslah, menjadi penandaaras untuk langkah bermula!.

Strategi peningkatan prestasi akademik dirangka dan dipraktikkan. Perancangan berfokus dititikberatkan. Unjuran tahunan, membina pengkalan data ujian/peperiksaan, analisis perbandingan, pemantauan dan tindakan susulan menjadi agenda utama perancangan kurikulum sekolah. Jawatankuasa Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran menjadi tulang belakang. Kelas tambahan di luar bilik darjah, kelas hujung minggu pada hari Sabtu bukan agenda utama. Kehadiran tidak memuaskan. Tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran berkualiti dalam jadual waktu adalah tunjangnya. Semua warga sekolah mesti menepati masa dan menggunakan masa berkualiti. Semua guru mesti tahu mengajar cara berkesan, murid pula mesti tahu cara belajar berkesan. Tanda sayang, tanda kasih, titipan kerja masa cuti diberi dan mesti dibereskan. Setimbun buku latihan setiap murid di tingkatan peperiksaan, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa dan Mata Pelajaran Teras disemak oleh pengetua, dan personel yang diberi kuasa. Penambahbaikan dan peningkatan prestasi akademik dan prestasi kerja digulakan dengan hadiah dan pengiktirafan. Sekadar setulus ungkapan penghargaan dan seuntai kecil cenderahati, sudah memadai untuk melonjakkan keyakinan dan nilai diri serta penghormatan kendiri murid-murid. Peningkatan prestasi PMR sebayak 11.5 peratus tahun 2003 sudah tentu membanggakan. SPM tahun 2004 baru bermula, tiada perbandingan boleh diukur. Yang pasti, unjuran peningkatan prestasi dari segi kualiti ( Gred Purata ) SPM dan PMR yang terus meningkat akan cuba direalisasikan. Untuk murid-murid - “Kejayaanmu adalah kebanggaan kami’ ungkapan yang sudah memadai sebagai hadiah Hari Guru kepada guru-gurumu yang dedikasi, sabar dan komited dalam membimbing anak-anak didik. Kepada guru-guru pula ditekankan, bahawa kita adalah jurutera insan, bukan sahaja untuk melahirkan generasi yang bijak tetapi melahirkan insan yang bijaksana. Membuggar rasa keinsafan, meruntun pertanggugjawaban atas amanah dan ‘Aku Janji’ sebagai kaki tangan awam di samping hak diri dan peribadi tidak diabaikan, InsaAllah akan mencerna sinar kecemerlangan rumah tangga dan kerjaya. Merealisasikan Pendidikan Malaysia bertaraf Dunia bermula dari guru. Guru sebagai ‘role model’, perlu banyak membaca dan belajar , sentiasa memperlengkapkan diri seiring dengan kemajuan sains dan teknologi globalisasi. Langkah perlu seribu , anjakan perlu berbatu, kerjasama perlu bersepadu, serasi, seiring dan sejalan untuk mengejar dan menggapai wawasan sekolah dan negara.
Disiplin diri, disiplin belajar, disiplin dalam kelas, mengamalkan budaya ilmu dan mempraktikkan budaya sekolah yang telah disebarluaskan asas kepada kecemerlangan kurikulum dan, kokurikulum. Semua guru dan staf memainkan peranan masing-masing bagi memastikan disiplin dan peraturan sekolah dipatuhi. Semua guru adalah guru disiplin. Prosedur Kerja dan senarai tugas perlu dipatuhi. Setiap guru dan staf menyediakan Sasaran Kerja masing-masing. Sasaran Kerja Tahunan menepati sasaran atau tersasar merupakan intipati utama penentu kepada Senarai Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang setiap tahun.

Insan Berbudi – Menjana Jati Diri

Ungkapan ‘masyarakat sakit’ menjadi kontrovesi apabila ungkapan itu diluahkan oleh pengetua dalam Perjumpaan Permuafakatan dan Pelancaran Program Sekolah Selamat kali pertama. Pertemuan dan perbincangan antara pihak sekolah, PIBG, Ketua-Ketua Taman Perumahan, komuniti setempat, Pegawai Perhubungan Polis, Pertubuhan-pertubuhan berkaitan menjanjikan kerjasama bersepadu bagi membantu masalah yang dibangkitkan. Penerokaan dalaman kendiri murid yang mengikuti program lawatan sambil belajar, penyertaan bersama antara pengetua, penolong-penolong kanan dan guru-guru dalam program-program perkhemahan membuka segala rahsia anak-anak remaja. Jiwa dibelai, kasih diberi: luahan rasa dapat diterokai, terbongkar misteri kesilapan yang terbuku di sanubari mereka. Dapatan sungguh mengejutkan. Boleh dikatakan sebahagian besar mereka yang di ketegorikan pelajar “berisiko” terlibat dengan ‘salah laku seks’. Tempat tinggal di kawasan pinggir bandar, kedua ibu bapa bekerja, masalah keruntuhan rumah tangga dan desakan jiwa remaja yang ingin mencuba serta pegangan agama yang rapuh menjadi penyebab kepada masalah sosial dan keruntuhan moral. Tiada benteng dan jati diri, tiada penghalang dan penegur untuk mencegah mereka daripada melakukan pekerjaan mungkar. Cyber cafĂ©, sebaran CD lucah, tayangan keganasan dan seks di layar TV dan monitor kumputer, semuanya merangsang kegiatan maksiat ini berlaku.

Sekolah diharapkan agar mengambil alih tugas ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Apa upaya sekolah atau ibu-guru atau bapa-guru sebagai ‘in loco parentis’ untuk membantu menangani masalah keruntuhan akhlak anak bangsa?. Memang berlaku kes anak lari dari rumah, ditangkap mencuri, berkhalwat, bersekedudukan, dan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak. Walaupun peratusnya amat kecil, ia merupakan bibit-bibit yang boleh menjadi kes yang lebih besar jika tidak ada usaha oleh semua pihak untuk menanganinya..
Program Pembangunan Insan yang disusun di sekolah itu, diharapkan dapat membantu murid-murid mengubah sikap. Dapat mengetuk pintu hati mereka supaya menyedari bahawa langkah mereka mesti teratur dan terjurus, terutama untuk mengharungi jalan berliku yang masih jauh dan belum selesai. Penjadualan program pengisian rohani dengan bacaan Al Quraan dan tazkirah, penerapan nilai-nilai murni setiap pagi Jumaat dalam jadual waktu persekolahan sedikit sebanyak dapat mengisi program penyucian jiwa ke arah yang lebih tulus dan luhur, ke arah destinasi hidup dan kerjaya yang lebih terpimpin dan terarah. Program lawatan dan perkhemahan yang diatur untuk mereka yang agak luhur amalan ibadah, diatur oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan bantuan Pusat Zakat Negeri dan simpati pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Program Mentor-mentee khas untuk pelajar ponteng dan bermasalah sekurang-kurangnya dapat diberi sedikit belaian untuk mereka merasa dihargai Mendorong dan memberi motivasi kepada mereka untuk membantu dan memajukan diri. Program Integrasi diatur setiap bulan, pengisian aktiviti berkaitan silang budaya, program motivasi , perkhemahan dan kepimpinan adalah aktiviti rutin yang dilakasanakan berterusan mengikut Takwim Sekolah. Guru Cemerlang dan Panitia Pendidikan Moral menyelaras program penerapan nilai-nilai murni dan integrasi. Panitia Pendidikan Islam, mengatur dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pemantapan rohani. Unit Disiplin sepanjang masa melaksanakan gerak kerja membantu merealisasikan wawasan sekolah ‘ Menjadi Warga Sekolah Yang Berdisiplin, Beretika dan Berketrampilan.

Berat Sama Dipikul – Ringan Sama Dijinjing.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat pepatah yang membawa erti sama, yang maksudnya boleh digunapakai dalam membentuk kerja sepasukan dalam sesebuah organisasi. Sekolah yang mempunyai kaki tangan seramai 130 orang itu, merupakan kekuatan. Tenaga, kepakaran, masa serta keihlasan mereka merupakan daya dan upaya yang boleh digembeling untuk menuju sekolah terbaik. Program Kejelekitan Staf dengan pelbagai aktiviti merapatkan hubungan silaturrahim. Ungkapan pengiktirafan, sijil dan cenderahati penghargaan mengikat hati dan perasaan setiap staf untuk bekerja dalam satu barisan. Bilangan pengiktirafan Sijil Emas Anugerah Kualiti Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat yang bertambah setiap tahun menjadi kebanggan warga sekolah. Persediaan lebih rapi dan terancang perlu dilaksanakan untuk meraih gelaran yang lebih banyak pada tahun - tahun akan datang. Menjual sekolah dengan maraih gelaran juara dalam banyak pertandingan yang dijalankan perlu diambil peluang. Kita akan terus beruasaha untuk memperbaiki segala yang kurang dan terus memperbaiki apa yang telah sedia baik. Sasaran untuk menjadi sekolah cemerlang pada tahun 2010 insya –Allah akan tercapai jika usaha ke arah itu dilaksanakan.
Kejayaan mengumpul dana PIBG dalam Majlis Jamuan Amal Jaya, pada tahun 2003, projek ‘Ceriathon Jaya’ pada tahun 2004, Program “Surauthon Jaya” pada tahun 2005 menyumbang dana untuk membeli komputer, buku-buku perpustakaan, menyediakan pondok-pondok ilmu, membina Taman Sumber Sains dan membina tempat menunggu untuk murid-murid di sepanjang laluan berbumbung. Dana sebanyak RM 340,000.00 berjaya dikumpulkan dalam Program “Surauthon Jaya” dengan tersegamnya sebuah surau di hadapan sekolah pada tahun 2006. Pengetua mengajak semua warga sekolah bersama PIBG berbakti beramaljariah dengan melabur saham abadi. Semoga mendapat ganjaran setimpal di dunia dan di akhirat , Insya -Allah.
Begitulah segelumit catatan dalam diari seorang pengetua yang perlu serba boleh dan proaktif dalam mengurus dan pentadbir sesebuah sekolah. Dalam benaknya sentiasa tertekan untuk berfikir dan menyusun strategi bagi mencari penyelesaian pelbagai masalah. Rakan sokongan untuk berbincang dan menyalurkan luahan rasa amat perlu, agar tekanan mental dan emosi dapat dikendurkan. Sandaran kepada Allah SWT setiap detik dan ketika menjadikan hamba Allah yang kerdil ini terus bertenaga, beriltizam dan bersyukur atas anugerah usia, kesihatan yang baik dan atas segala nikmat yang tidak terhingga untuk dicatatkan. ‘Sepanjang penghidupan itu adalah perjuangan, Fitrah perjuangan dipenuhi cubaan dan dugaan. Natijah atau hasilnya sama ada kecundang atau kejayaan adalah ruang untuk kita terus bersyukur dan muhasabah diri’. Semoga kita menjadi hamba dan khalifah Allah yang sejati!!.

Catatan ini merupakan salah satu pengiktirafan kendiri yang dapat melegakan tekanan dan mengharmonikan perasaan. Semoga perjuangan untuk memertabatkan SMK Cheras Jaya menjadi sekolah cemerlang dapat dilaksanakan dan diteruskan sehingga ke noktah persaraan. Sudah pasti ada kesinambungannya nanti oleh pengganti yang pasti datang. Segala yang baik itu hanya dari Allah SWT dan segala kelemahan dan kekurangan itu adalah dari saya. Maafkan saya atas segala-galanya.



Catatan memori Pn Sharifah Salmiyah Syed Agil.

Dimuatkan dalam Majallah USTEJA(Sempena Persaraan)
untuk tatapan warga SMK Cheras Jaya dan diari diri


S(S+A)/2004 & edit 2007

PAPARAN DI TEMBOK SEKOLAH - NUKILAN PENGETUA SEBAGAI KENANGAN

NUKILAN HARAPAN

NUKILAN ini – Lambang sekeping hati, mewakili seribu pengharapan.
Daripada guru-gurumu yang ikhlas,
Guru-gurumu yang kasih
Guru-gurumu yang penyayang.
Khas buat anak-anak disayang
Terimalah dengan rasa syukur
dengan lapang dada
dengan rasa hormat
dengan ungkapan terima kasih.

NUKILAN ini – adalah lambang taburan ILMU,
Lambang taburan pengetahuan dan kemahiran
Untukmu yang dikasihi.
Daripada guru-gurumu yang bersusah payah
Guru-gurumu yang sabar
Guru-gurumu yang tabah.
Terimalah dengan mata hati
dengan ikhlas nurani
dengan tangan kanan-kiri
dengan usaha dan inisiatif kendiri,

NUKILAN ini –Lambang taburan BUDI
Sebaran nilai-nilai murni,
Daripada guru-gurumu yang mengharap,
Guru-gurumu yang sentiasa merestui
Guru-guru yang sentiasa mengiringi doa,
Agar anak-anak disayang
Luhur budi pekertinya
Unggul jatidirinya
Mulia sahsiahnya
Tinggi adap sopannya
Teguh pegangan agamanya.

NUKILAN ini – untuk anak-anak SAYANG
Fahamilah, mengertilah
Bahawa sekolah ini, sekolah harapan
Ruang dan peluang untuk menuju jaya
Gelanggang untuk memburu juara
Pentas untuk mengejar cita-cita
Jambatan untuk cemerlang kerjaya.
Anak-anak permata hati,
Jadilah pelajar cemerlang
Jadilah insan gemilang
Jadilah warga negara terbilang.

Pengetua SMKCJ(2001 -2007)

NOKTAH KERJAYA - UCAPAN PERPISAHAN 2

Ucapan Pengetua
Sempena Ulang Perpisahan Persaraan pengetua
Pada 24 hb Oktober 2007
Assalamuaikum wrtbkth dan selamat sejahtera.
Terima kasih pengacara majlis,
Yang Berusaha Pn Faredah Ismail – Penolong Kanan
Yang dihormati En Othman Omar – Penolong Kanan HEM
Yang dihormati Pn Anita Mazlina – Penolong Kanan Koko
Yang Berusaha En Termizi Mohd Tahir – Penolong kanan Petang.
Ketua-ketua bidang, Ketua Panitia, Kaunselor, guru-guru, murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdullillah, kita masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik bagi sama-sama berhimpun bagi merayakan pemergian pengetua kerana diwajibkan meninggalkan sekolah ini kerana bersara wajib. Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana memberikan kita sekolah yang indah tempat kita bekerja dan belajar, tempat kita menimba ilmu, berinteraksi, berkomunikasi, berintegrasi dan bersosialisasi, Semoga SMKCJ terus unggul sebagai sekolah yang sentiasa dihargai oleh masyarakat dan dibanggakan oleh semua warganya.

Anak-anak yang dikasihi

Mengimbau pandangan dan telahan pertama, terhadap sekolah pasang siap empat tingkat yang tersergam megah ini adalah sebagai mercu tanda kebanggaan masyarakat sekitarnya. Bangunan yang mengandungi 36 bilik darjah itu, ibarat kolej yang serba lengkap dan istimewa yang boleh mengeluarkan produk cemerlang yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Sekolah ini boleh jadi pemangkin kepada keperluan anjakan pradigma kebanyakan masyarakat dan warga kilang sekitarnya ke arah mementingkan keunggulan dan keharmonian. Sekolah ini, sekolah harapan. Ruang dan peluang untuk menuju jaya, gelanggang untuk memburu juara, pentas untuk mengejar cita-cita, jambatan untuk cemerlang kerjaya. Begitulah harapan saya yang baru melapor diri di sekolah ini hampir tiga tahun yang lalu. Semua pelajar dan warga sekolah diharapkan agar dapat menjadikan sekolah mereka satu institusi pendidikan yang kondusif. Harapan saya lagi, agar anak-anak didik menjadi insan bestari, luhur budi pekerti, unggul jati diri, mulia sahsiah diri, tinggi adap sopan dan teguh pegangan agama. Begitu indah, jika impian itu sesungguhnya menjadi realiti?. Ia juga merupakan hadiah istimewa untuk semua pendidik di sekolah ini. Anak-anak yang dikasihi sesungguhnya kita bergerak menuju ke arah itu. Semoga Tahun 2010, sekolah kita ini akan menjadi sekolah cemerlang di Selangor amnya dan di Daerah Hulu Langat khusunya.


Anak-anak sekelian

Sekolah kita tanggung jawab kita. Fikirkan masa depan. Gunakan peluang dan ruang berada di sekolah ini untuk meraih kejayaan cemerlang dalam kurikulum dan ko kurikulum. Semua guru sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak semua. “Kejayaanmu adalah kebanggaan kami’ ungkapan yang sudah memadai sebagai hadiah kepada guru-gurumu yang dedikasi, sabar dan komited dalam membimbing anak-anak semua . Guru-guru pula adalah jurutera insan, bukan sekadar untuk melahirkan generasi yang bijak tetapi melahirkan insan yang bijaksana yang boleh memberi manafaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara

Program Pendidikan dan Pembangunan Insan yang disusun di sekolah ini, diharapkan dapat membantu murid-murid mengubah sikap. Dapat mengetuk pintu hati supaya menyedari bahawa langkah mereka mesti teratur dan terjurus, terutama untuk mengharungi jalan berliku yang masih jauh dan belum selesai. Pengisian pendidikan yang berteraskan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni diharapkan sedikit sebanyak dapat mengisi program penyucian jiwa anak-anak didik Cheras Jaya ke arah yang lebih tulus dan luhur, ke arah destinasi hidup dan kerjaya yang lebih terpimpin dan terarah. Berilah sepenuh tumpuan semasa P & P berjalan. Hormati semua guru, semoga anak-anak dapat barakah, sejahtera dan cemerlang dalam peperiksaan.

Anak-anak dan guru-guru yang dikasihi

Akhir sekali, diharapkan bersama-samalah menjadi warga SMKCJ yang berdisiplin, beretika dan berketrampilan. Warga yang beretika dan berdisiplin dapat memenuhi tuntutan untuk belajar dan bekerja dengan jujur, ikhlas dan cemerlang. Berketrampilan menunjukkan sifat yang proaktif dan terkehadapan dalam menerajui jati diri bagi menuju kebahgian dan kegemilangan di dunia dan di akhirat. Terima kasih atas segala kerjasama, sokongan, sumbangan dan tenaga yang diberikan dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, yang dicintai ini. Kesinambungan sokongan dan kerjasama seterusnya kepada kepimpinan baru adalah diharapkan agar sekolah kita terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian, Wabillah hitaufil wal hidayah, Assalamualaikum WRHbh, selamat maju jaya dan salam perpisahan.




Ssalmi
S(S+A)/oktober 2007

Wednesday, September 10, 2008

NOKTAH KERJAYA - UCAPAN TERAKHIR

catatan kenangan -- kata-kata terakhir dihadapi guru-guru & staf SMK CJ pada 24.10.2007


UCAPAN PENGETUA
SEMPENA PERPISAHAN PERSARAAN PENGETUA SMK CHERAS JAYA
PADA 24 HB OKTOBER 2007

Bismillahhirahmanirrahim

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi amat mengasihani.
Segala puji-pujian kepada Allah kita persembahkan dan segala selawat dan salam kita junjungkan kepada nabi besar Muhammad S.A.W yang dipersuruhkan untuk memberi kita bimbingan dan pendidikan dengan pengertian yang sebenar-benarnya..........

Yang berhormat Dato” Ho Hee Lee, ADUN Balakong, selaku mentoor yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Yang berusaha En Hanizam pegawai perhubungan sekolah SMK Cheras Jaya -PPD yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat,

Yang Berusaha ...........................
YDP/NYDP PIBG


Yang diHormati

Pn Faredah Ismail – Penolong Kanan
En Othman Omar – PK HEM
En Termizi Mohd Tahir – Penolong Kanan –sesi petang
Pn Anita Mazlina – PK Koko
En Kumaran Pengerusi Kelab Guru & staf SMK Cheras Jaya

Para Tetamu undangan
AJK Majlis Payungan Kasih Rimbunan Budi
Ketua-ketua Bidang, Ketua-ketua & penyelaras unit,
Guru-guru dan kakitangan SMK Cheras Jaya
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Dato,/Datin, tuan/puan serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang terpelihara serta mendapat perlindunganNya sepanjang masa sehingga kita dapat berkumpul di Istana Kekuda Emas yang permai ini. Siapalah insan naif dan kerdil INI untuk diraikan sebegini hebat sejak pagi tadi sehingga di sini. Begitu syahdu bersemadi dengan nostalgia rindu menggamit nanti untuk mengungkapkan kata-kata syukur, penghargaan dan terima kasih yang paling indah atas majlis keraian yang tuan/puan adakan ini..

Para Hadirin sekalian,

Tidak pernah mengira hari, tidak pernah membilang waktu, tidak pernah rasa jemu,tiba-tiba roda masa yang bergerak laju terhenti, begitu singkat dan mendadak.Kita yang menurut perintah perlu pasrah dan akur dengan dasar dan peraturan persaraan. Hikmahnya ada, iaitu supaya kita tidak angkuh dan bongkak untuk menjunjung kerjaya sehingga mengabaikan banyak perkara yang lain. Sunahtullah itu memang selari dengan kemampuan kemanusiaan. Subhanallah. Saya begitu gembira kerana hari ini adalah hari raya kebebasan untuk diri saya, saya tidak lagi menjunjung mahkota tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai pengetua di SMK Cheras Jaya. Syawal 12, 1428H merupakan satu catatan memori indah yang boleh saya abadikan dalam litupan sejarah kehidupan diri ini. InsyaAllah sejarah perlu dicipta lagi dalam mengharungi liku-liku kehidupan duniawai selebih dan berikutnya yang penuh dengan cabaran dan godaan ini di tempat, di ruang dan peluang yang lain pula jika panjang umur dan diizinkan.

Dato,/Datin, tuan/puan serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Enam tahun, 2 bulan, 24 hari di SMK Cheras Jaya, memang hanya singgah sebentar. Hanya sekadar kira-kira 10.7 % daripada masa keseluruhan kehidupan ini. Memang dirasakan terlalu singkat untuk menuai hasilnya, ibarat pohon belum merimbun, cucuk tanam belum berhasil, tanaman belum berbuah, Terfikir - mungkin juga adunan tanah tidak betul, atau menanam di tanah gersang? tanpa baja dan siraman. Begitulah Firasat hati kecil yang tidak pernah berpuashati dengan pencapaian dan prestasi yang dikecapi kerana ekspetasi yang terlalu tinggi. Yang paling menekan dan menakutkan dalam jiwa ini, ialah untuk menjawab persoalan tanggungjawab memimpin terhadap apa yang dipimpin, kemenjadian murid, serta tugas-tugas dalam mengajak ke arah kebaikan sejagat dan mencegah segala kemungkaran. Mungkin juga kerana jiwa ini yang begitu sensitif, akibat melalui dan memenangi begitu banyak masalah-masalah anak-anak didik yang berkaitan dengan disiplin,keremajaan, akhlak dam sosialisasi sehingga memadamkan kejayaan-kejayaan yang diterima.


Dato,/Datin, tuan/puan serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Siapalah ketua, tanpa pengikutnya, siapalah pengetua tanpa guru-gurunya, serta siapalah kita guru-guru tanpa staf sokongan dan anak-anak murid kita?. Jadi kita semua adalah saling lengkap melengkapi, dan saling perlu memerlukan. Ibarat sebuah bangunan yang berdiri kukuh dengan sokongan tiang-tiang, atap dan dinding-dindingnya yang tegap dan terikat padu. Satu sokongan yang engkar untuk saling sokong-menyokong akan cacatlah keutuhan sebuah bangunan itu. Begitulah juga dalam senario kefungsian setiap organisasi, setiap warganya memainkan peranan yang sama penting dalam mendokong dan merealisasikan wawasan sesuatu organisasi itu.

Dato,/Datin, tuan/puan serta para hadirin yang dihormati sekalian.

Saya amat bersyukur, dan rasa bertuah bekerja di organisasi SMK Cheras Jaya kerana mempunyai guru-guru dan kakitangan yang begitu rajin, dedikasi dan penuh komitmen serta berltizam tinggi dalam menjaya, menjalan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan tulus dan ikhlas. Natijah atau buktinya boleh dilihat dan dibandingkan persekitaran fizikal sekolah dahulu dan sekarang yang bayak berubah, anugerah kecemerlangan sekolah yang diterima bertambah setiap tahun. Mandat dasar dan kehendak organisasi pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dan lihatlah kerjasama dan komitmen serta penglibatan semua warga sekolah dalam menjayakan program khas untuk saya pada hari ini, begitu meriah, ceria dan estetik. Kenangan mengusik jiwa, kata pujian mewangi bak bunga cempaka, persembahan membuggar nostalgia, limpahan hadiah menyentuh rasa, terkesan dan berkesan. Tahniah, syabas dan terimakasih kerana mengorbankan, masa, tenaga dan material, merealisasikan majlis payungan kasih rimbunan budi khusus untuk saya ini.

Kata orang

Di dalam majlis bermuka manis
Di dalam helat duduk bersifat
Di dalam rumah beramah tamah
Di dalam dusun tuntun menonton
Di dalam kampung tolong menolong
Di dalam negeri beri memberi
Di dalam kota rasa merasa
Yang jauh mula nampak
Yang dekat mula bersua
Yang tinggi menahan angin
Yang rendah menahan lapah
Yang didahulukan selangkah
Yang ditinggikan seranting
Yang dilebihkan serambut
Yang dimuliakan sekuku
Bila duduk, duduk berguru
Bila tegak, tegak bertanya
Bila bercakap, cakap beradat,
Bila diam, diam berisi.

Itulah ciri-ciri tuan-tuan/puan-puan warga SMK Cheras Jaya. Teruskan menerajui inovasi kecemerlangan SMK cheras Jaya

Akhir bicara, dengan rendah hati, izinkan saya mengambil kesempatan ini, untuk memohon berbanyak-banyak keampunan dan kemaafan terhadap apa sahaja kesilapan, kesalahan, terlanjur kata,terguris rasa. Juga mohon halalkan apa sahaja termakan, terminum, terambil dan terpakai. Doakan kita terus sejahtera dan bahagia di dunia dan di akhirat. Terima kasih sekali lagi atas kehadiran semua pihak dan atas usaha menjayakan majlis ini. Setulus budi, semarak kasih dalam kenangan.

Sekian, wabilah hitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwaba raktuh.salam ceria dan sejahtera.

Terimakasih.

Monday, September 8, 2008

Erti dan Roda kehidupan

Usia menjelang senja, setelah menghabiskan usia hampir 30 tahun bekerjaya memang merindui untuk keselesaan dan kedamaian. Cemerlang di rumah tangga, cemerlang di kerjaya bukan mudah untuk digapai. Rambut keguguran, berpeningan, dan merisaukan untuk mendepani lingkungan yang pelbagai ragam dan gaya serta untuk memenangi segala masalah dihadapi. Namun Allah Maha Besar...nikmat kesihatan, tenaga dan segala-galanya yang Allah berikan memberikan insan kerdil serba naif ini dapat menyumbang kerjaya sehingga ke noktah bersara wajib. Syukur, Alhamdulillah sehingga kini masih ada daya dan upaya untuk menyumbang bakti ikhlas kerana Allah swt kepada keperluan persekitan.

Ya Allah, berikanlah daku kekuatan, keimanan dan kekuatan serta usaha untuk terus meningkatkan kualiti diri sebagai HambaMu dan KhalifahMu di muka bumi ini. Jauhkanlah diriku dari sifat riak dan takkabur.

Sunday, September 7, 2008

tinta seroja-ambar kasturi

Tinta Seroja – Ambar Kasturi
( Dedikasi Khas untuk Guru-Guru Sri Al-Amin


Penuh Dedikasi
Menyusuri Lembah Danau
Mendaki, menyongsongi onak dan duri
Menjejaki liku-liku perjalanan berinspirasi
Demi Bakti dan Amanah
Sentuhan Usaha dan Upaya
Di medanmu yang tercinta.

Anak didik dibimbingi,
Diwarnai dengan keilmuan dan pengalaman
Disematkan mutiara, pesanan dan nasihat
Diberi ramuan,obor penyuluh jalan
Di Langit minda mereka, diindahi pelangi senja
Menggarami, memanisi liku-liku keinsanan
Demi kecemerlangan duniawi dan ukhrawi

Kini…..dihadapi pelbagai dugaan & cabaran,
Khas untukmu hanya ungkapan tinta seroja,
Bingkisan ambar kasturi untuk
Menghargai sumbanganmu di medan amanah ini
Semuanya kerana Allah,
Memahat jasa dan dedikasimu
Merealisasikan falasafah, visi dan misi
Di Medan SRI AL AMIN yang tercinta
Seuntai ungkapan tanda kenangan
Perutusan Sayang azimat pengiktirafan
Kita bersama hijrah langkah, Ke Persada Taqwa
Kita hijrah hati ke lembah murni

Semoga Ilahi
Sirami ketandusan kalbu
Bersama Nur Taqwa
Assalamu`alaykum,
1. DOA SAYADi bulan Ramadan Al Mubarak ini saya terus mendoakan agar pihak lembaga, pengurusan & warga Sri Al Amin Bangi diberikan kekuatan, Rahmah & Barakah oleh ALlah SWT untuk meneruskan usaha murni ini.

2. KEIKHLASAN YG TIDAK BERBELAH BAGI SEMOGA ISTIQAMAH KE AKHIR HAYATAlhamdulillah, hanya kata-kata & semangat kekentalan konstruktif yang ingin saya taipkan pada tuan/puan pada pagi yang mulia ini. Saya telah mengenali beberapa orang pihak pengurusan sekolah ini serta beberapa ahli lembaga di antara 15 hingga 20 tahun. Insya ALlah, melalui pengenalan kita, saya yakin dengan keikhlasan tuan/puan melakukan usaha pengurusan & pengoperasian institusi pendidikan ini tanpa mempunyai apa-apa perasaan negatif terhadap sesiapa pun di kalangan warga baru & lama Sri Al Amin ini.

3. KEHIDUPAN KITA & BEBERAPA CONTOH POSITIF PENGORBANAN KECIL UTK MENGHIDUPKAN INSTITUSI PENDIDIKAN.Kehidupan kita yang sementara di atas mukabumi ALlah SWT ini sentiasa penuh dengan pilihan (choice). Namun, bagi mereka yang memahami tujuan hidup ini serta perjuangan mencintai & menghidupkan Islam, maka mereka akan mengambil pilihan yang diredhai ALlah SWT. Melakukan banyak pengorbanan duniawi untuk mencapai visi & misi hidup untuk memastikan syariat ALlah SWT ditegakkan termasuklah menyediakan anak-anak generasi yang soleh wa musleh ini. Banyak ketika mereka tidak berkongsi dengan ibubapa semua mengenai masalah/cabaran yang dihadapi dengan kita kerana mungkin dikhuatiri timbul perasaan riya' & 'ujub.Insya ALlah, sekadar untuk makluman ibubapa khususnya mungkin yang baru beberapa tahun menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini, saya ingin ketengahkan beberapa nama sahaja. :-

a) Muallimah Nurain Hayun -
Pengetua Sek Menengah. Saya telah mengenali beliau & suaminya sejak di alam Universiti lagi pada awal 80 an di Amerika Syarikat. Sekiranya nak ikutkan kemampuan duniawi beliau, beliau mempunyai pilihan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa ataupun menjadi tenaga pengajar di institusi pendidikan yang lebih established dengan pulangan yang lebih lumayan apatah lagi dengan Ijazah Sarjana beliau dalam Sains Komputer. Namun, beliau mengambil keputusan untuk memegang amanah yang berat ini sebagai Pengetua di sekolah ini. Cuba kita fikir-fikirkan selepas Solat Dhuha kita pagi ini.

b) Puan Sharifah Salmiyah -
Pengetua Bersara dari sebuah sekolah menengah di Cheras. Saya juga mengenali beliau, suami & beberapa anak & menantu beliau. Beliau mempunyai pilihan untuk tidak memeningkan kepala beliau dengan pengurusan sekolah ini. Beliau boleh sahaja mengisi masa persaraan dengan bermain dengan cucu-cucu beliau ataupun menguruskan sahaja rumah & halaman rumah beliau seperti warga pencen biasa yang lain. Faktor kewangan dan keluarga bukan satu isu kerana pencen yang ada serta suami yang juga menjadi pensyarah kanan di UKM. Apatah lagi anak-anak beliau adalah doktor-doktor lulusan luar negara yang juga berjaya.Namun, beliau mengambil keputusan untuk menggalas tanggungjawab ini.Ramai lagi yang boleh diceritakan, namun memadailah dengan dua figure yang sering kita temui & baca coretan mereka dalam net ini. In paparan saya, tetapi tafsiran adalah hak tuan/puan.

Kesimpulannya,
1) seperti ahli lembaga di sekolah Islam yang lain, saya yakin kita ingin membantu semaksimum mungkin anak-anak memasukki sekolah ini, namun apakan daya kerana kekangan-kekangan yang ada.
2) Insya ALlah sokongan padu dari saya dalam pelbagai bentuk, samada secara jauh atau dekat, moga pengorbanan tuan-puan serta keluarga di dalam menjayakan Institusi Pendidikan ini diterima, diberkati & diredhai oleh ALlah SWT.

Sentiasa memohon Maaf Zahir Batin,Ramadan Mubarak Ramadan Kareem
wassalamu`alaykum wrmt wbrt,

Zairulshahfuddin,
(Bapa anak di Tadika Khalifah Bistari & Sek Ren)
Bekas bapa di - Sek Men Islam Al Amin Gombak,-
Sek Ren Islam Al Amin Gombak,-
Sek Men Islam Hira' Jeram-
Sek Men Sri Al Amin Bangi-
Tadika Ihkaam Tmn IbukotaBekas-
Ahli Lembaga Pengelola Al Amin Gombak & KL-
Pengerusi pertama PIBG Sek Men Islam Al Amin Gombak.

From: pibg_siab@yahoogrou ps.com on behalf of Sharifah Salmiyah Syed AgilSent: Sat 06-Sep-08 10:31 PMTo: pibg_siab@yahoogrou ps.com
Subject: [pibg_siab] Ucapan Syukur, Penghargaan dan Terima Kasih

Assalamualaikum wrth

Alhamdulillah Kursus Ibu Bapa berjalan dengan lancar, kehadiran ibu bapa memenuhi hampir keseluruhan dewan, memberi dorongan kepada kami sebagai urusetia untuk menganjurkan program-program seterusnya InsyaAllah. Semoga pengisian yang disampaikan berkaitan dengan visi dan misi keluarga Sakinah, Soleh dan Solehah memberi manfaat dan mambantu kita mendidik anak-anak. Titipan pengisian berkaitan Matlamat Pendidikan Di Sri Al Amin oleh Pengerusi Lembaga Pengelola semoga kita bersama dapat memahaminya, khususnya oleh ibu bapa yang baru Begitu juga maklumat berhubung dengan pembangunan @ pengoperasian sekolah yang disampaikan oleh s/u Lembaga Pengelola mewar-warkan peluang untuk berzakat dan membayar cukai pendapatan melalui sekolah dapat kita realisasikan terutama dalam bulan Ramadhan yang berkat ini.

Syabas, tahniah serta terima kasih kepada ibu bapa yang hadir, juga kepada semua urusetia dan mereka yang terlibat baik secara langsung dan tidak langsung bersama kami dalam menjayakan kursus tersebut. Mohon maaf atas segala kekurangan --Yang baik itu hanyalah daripada Allah, segala kekurangan dan kelemahan itu adalah dari kami.

Salam Ramadhan Al Mubarak @ salam Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin.
Jzkk
Ssalmiyah