Wednesday, July 29, 2009

Konveks H o9..Pandangan Peribadi













Pada 25hb Julai 2009,Di Dewan MAEPS, Serdang Selangor,hampir 5000 Orang telah memenuhi Dewan Ini. Dengan kehadiran Seluruh Pengurusan Tertinggi H,para leader / PJS dan Ahli H Seluruh Negara Malaysia, Berunai dan Indonesia,merupakan Hari Anugerah Tahunan Keluarga H. Dari Iklan promosi, program motivasi, kempen daripada upline; meggambarkan Majlis itu pasti WOW dan GAH!! perlu menghadirkan diri untuk menyaksikannya sendiri, walaupun baru beberapa bulan aktif dalam menyebarluaskan produk halal dan toyyibah ini kepada rakan dan kenalan yang belum menjadi ahli.Tahniah & syabas kepada HPA yang dapat mengadakan Majlis sebesar itu. Sewajarnya pengendalian Majlis perlu professional setanding dengan Wawasan PU untuk menerajui produk Halal di dunia. Tulisan ini bukan untuk mencela dan mencari kelemahan sekadar seperti biasa, kita perlukan komen dan perbandingan untuk menguruskan yang lebih baik pada masa-masa akan datang...lagi pun nak isi dairy blog ni. Mohon berbanyak-banyak maaf terlebih dahulu kepada pihak urusetia.

Kempen datang awal walaupun tiket dan agenda belum diketahui dipenuhi dengan keluar dari pintu rumah seawal 7.30 pagi. Namun begitu Rakan yang ingin pergi bersama terpaksa menuggu dengan penuh sabar walaupun terdetik dalam hati takut untuk lambat sampai. Alhamdulillah ada hikmahnya...memangpun majlis lambat bermula??. Pintu masuk yang sempit berpanas dengan berbaris panjang untuk masuk.Rasanya amat pasti yang datang tu dah ada tiket, takkan pula ada yang nak curi masuk?? Nak beri beg cenderamata, memadai letakkan saja atas kerusi. Tiket bertuah boleh dikumpulkan dalam dewan atau upline sahaja yang uruskan ikut komuniti Daerah untuk elakkan kesesakan. Alhamdulillah dapat cabutan nombor bertuah..tooster!! pihak urusetia perlu fikirkan cara tuntutan hadiah nombor bertuah atau hadiah pasti supaya tidak berebut, berasak, bercampur pula.

Wow? buku cenderahati, hebat dan menawan, berwarna warni dan membanggakan, dengan kertasnya yang berkualiti. Satu yang dicari tak jumpa hingga akhirnya..AGENDA atau Aturcara Majlis dengan senarai kandungannya..Gaya H A, memaparkan halatuju syarikatnya dengan objektif, diikuti dengan visi dan misi. Dulu semasa belajar,diajar bermula dengan menetapan visi, bagaimana nak capai visi dinyatakan dalam misi dan bagaimana nak capai misi dibuat plan tindakan berdasarkan objektif...namun begitu terpulang kepada syarikat masing-masing untuk memberitahu halatuju syarikat kepada pelanggan masing-masing.

Juruacara majlis, bagus, bercakap lancar, bersedia dengan teks, tetapi kesian dia seorang saja, tak penat ke bercakap?...yang duduk di belakang tak nampak apa-apa di pentas depan..saujana mata memandang, namun mujurlah ada skrin besar..seperti tengok wayang aje kalau tempat duduk bertingkat-tingkat seperti di auditorium.

Majlis berjalan lancar tanpa henti..mula duduk pukul lapan.. jika sehingga pukul 1.00 pastinya lenguh, bertambah pula perut berkeroncong. Kalau pelajar dalam kelas, biasanya boleh bertahan duduk diam tidak lebih 10 minit, orang dewasa, bolehlah bertahan dua jam, selepas itu mulalah resah gelisah..nak pula sekadar hadir aje. namun begitu, hebat dan begitu bersamangat rakan sebelah dari Johor bertolak pukul 2.00 pagi untuk ke konveks...bercita-cita tahun depan dia pula yang akan naik pentas.Didoakan berjaya!!!. Kenapa ye Audien terutama yang duduk di belakang mula keluar dewan, lapar, lenguh atau ke bilik air agaknya..begitulah kalau dah terlalu ramai...semuanya dah tak ikut etika menghadiri majlis rasmi. Pihak urusetia kena fikir tentang pengurusan pentadbiran etika majlis rasmi...tak manis ada audiean keluar masuk dan banyak kerusi yang ditinggalkan kosong...bersambung

Wednesday, July 22, 2009

...JADI TULANG BELAKANG.....Sanggupkah Aku!!!



Siapa yang nak diharapkan jadi tonggak, HR dan PK (Pegawai Kewangan), kedunya-duanya kecil molek, berbeban tugas, memeras minda untuk menjaga akaun, berbadan dua pula,urusan personel yang silih berganti tanpa ada penyelesaian, sentiasa pergi untuk mencari ruang yang lebih baik; sanggupkah mereka untuk dianugerahi tugas tu?? Ketua-ketua SR dan SM bagaimana pula..mereka berdua terlalu sibuk, urus segala aspek di sekolah, bersua dan untuk berbincang tiada masa, ajak bermesyuarat pun...sekejap ada, sekejap tiada. Bersama guru-guru jauh sekali...mereka masih terkial-kial untuk mematuhi tugas masing-masing. Betapa jauh bezanya kualiti kerja dan kerja sepasukan antara staf SRIA dengan rakan kerja di sekolah lamaku dulu. Bagaimana aku akan menghadapi situasi yang asing dan berbeza ini untuk memulakan satu tanggungjawab besar seperti pernah ku ketuai dahulu??. Timbangtara beberapa ketika, malah berharian difikirkan...Sanggupkah Aku!!

Mencari tonggak tulang belakang














Disember 2008, bermula segala-galanya. Cetusan bertiga orang di pejabat kewangan membuka cerita. Sebagai Ahli Lembaga Sekolah sejak berzaman, menghadkan aktiviti membantu pengurusan, guru dan anakdidik kerana tiada wang ditangan,rungutan sama diutarakan oleh pegawai kewangan, yuran bulanan hanya cukup makan untuk membiaya operasi harian. Luahan sama dilontarkan oleh pegawai HR, dana tidak mencukupi untuk menyediakan persekitaran P & P yang kondusif. Usaha nak kumpul duit dengan Danaton menjadi titik tolak...tetapi siapa nak buat?? tak mampu untuk dikendalikan oleh 3 orang, walaupun masing-masing dah bagi tugas. Mak nenek yang tua sekali mesti jadi ketua, pegawai kewangan, sudah pasti memilih nak pegang duit, tapi nak cari duit??? dahlah berbadan dua. Sikecil molek pegawai HR sanggup pula nak jadi setiausaha walaupun kerja bertimbun. Siketua perlu berfikir panjang, berdoa dan bermunajat untuk mohon pertolonganNYa...mampu atau tidak untuk menggalas pengorbanan ini.

Saban siang yang mencabar,
berusaha tanpa jemu dan lelah
Kulerai belenggu nafsu memancar kilauan mujahadah
Saban malam yang panjang,
bertafakur di sunyi ruang
Kuintai jendela sufiah
mencari sinar hidayah
Saban waktu yang berlalu bersyukur ke hadrat-Mu
Kucantas sulur mazmumah menyerlah pucuk keinsafan.

bersambung!!!!

Sunday, July 19, 2009

ANEKDOT di belakang tabir SUMBANGSIH



Gambar yang dipaparkan, adalah tulang belakang yang menjayakan malam SSAA. Foto ini diambil melewati tengah malam. KINI, tiba pula giliran penulis untuk membuka dairi anekdot di belakang tabir Sumbangsih SAA setelah membaca beberapa komen dan pandangan mereka yang terlibat dalam menjayakan Sumbangsih SAA. Kebanyakan poin yang dicoretkan menggambarkan kejayaannya dari aspek yang positif Alhamdulillah, namun begitu memaparkan dari segala aspek yang menyeluruh, mungkin dapat membantu menambah baik penglibatan yang lebih baik untuk menjayakan program-program yang akan datang InsyaAllah.... Anekdot ini akan dicoretkan dalam bentuk cerpen kot!!!!

Friday, July 10, 2009

Aiskrim Toyyibah -HPA menjilat jari??



Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkenaan Aiskrim Toyyibah

Ais Krim Toiyibah

Telah mula beredar dipasaran. Beberapa buah cawangan telah membuat persediaan untuk pembelian Freezer. Selain daripada makan bersama pisang, aiskrim tersebut juga boleh ditaburi dengan badam atau kismis . Teksturnya yang halus memberikan sedikit perbezaan antara aiskrim toiyibah dengan aiskrim yang lain. Perasa kopi radix mengandungi 7 herba dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan. Diluar negara mereka lebih suka aiskrim yang agak pahit dibandingkan dengan yang manis.

Puspawasih juga telah menambah freezer khas untuk memasarkan produk ini, MasyaAllah ramai pelanggan membelinya. Semoga HPA terus mengeluarkan produk2 baru di samping produk herbanya yang mujarab biiznillah

Tuesday, July 7, 2009

Kalimah Allah dalam bancuhan kopi radix HPA




SUBHANALLAH... pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA



Sumber: gambar diambil dari PJS Habibah Yusoff

Jom Basmi Kopi Palsu Master Radix


Jom Basmi Kopi Palsu Master Radix

Posted: 05 Jul 2009 08:45 PM PDT

Kita menerima tamparan yang lebih hebat kali ini apabila peniaga yang menjual kopi radix palsu jenama “Master Radix” bertindak lebih berani dengan menjual kopi palsu mereka secara terang-terangan di pasar malam. Malah lebih teruk lagi ialah kerana mereka membuat fitnah dan pembohongan terhadap syarikat HPA. Berikut ialah berita yang diperolehi dari blog GM Alwahida:

Ada berita pembohongan mengatakan bahawa MASTER RADIX adalah hasil dari perpecahan dalam HPA. Kononnya dia pengasas awal formula RADIX. Malangnya ada umat Islam yang mudah terpedaya, tergoda dan akhirnya ternoda.

Disini GM telah mendapat bukti kukuh Master Radix adalah keluaran ciplak dari seorang taukeh cina. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan di ambil segera.

1. Tindakan undang-undang (tindakan saudara Abd Ghani)
2. Edaran poster memperingatkan Kopi Palsu Master Radix ( tindakan Saudara Saif)
3. Hebahan segera dari mulut ke mulut. PBC, Program Mingguan, Kedai Kopi, Surau, Masjid dan sebagainya. Sampaikan hebahan ini sebagai suatu jihad menentang kejahatan kerana Master Radix sememangnya tidak Halal dan diragui mengandungi bahan berbahaya. (tindakan seluruh warga HPA). Lakukan juga penyebaran dalan mana-mana YM grup.
4. Kenyataan dalam akhbar. (tindakan GM)

Thursday, July 2, 2009

Perjalanan Malam Amal ...oleh Moderator PIBG.net

Majlis dimulakan dengan doa syahdu diikuti ucapan aluan Pengerusi PIBG, Prof Madya Ir Dr Kamal Nasharuddin. Isinya ringkas tetapi padat. Gah nampaknya majlis bila wajahnya turut terpapar di big screen Dewan Sri Siantan. Ucapan seterusnya oleh wakil penaung Prof Dr Nor Gani. Beliau berkongsi faktor kejayaan pengutipan dana oleh sahabat beliau dari Korea yang berjaya mengutip ratusan juta dolar Amerika untuk Universiti Seoul. Antara faktor kejayaan pengumpulan dana yang dikongsikan ialah pelapuran penggunaan dana secara telus dan berkala serta penglibatan alumni-alumni secara serius. Alhamdulillah FASA (Former Al-Amin Students’ Association) telah mengorak langkah untuk bersama menjayakan Malam Amal. Syabas dan teruskan!

Montaj Sri Al-Amin 20 tahun mengimbau titik permulaan di masjid lama Serdang dengan 41 orang murid Tahun 1 dan kini bilangan pelajar mencecah 997 orang. Pastinya bilangan ini lebih besar sekiranya kita mampu membina prasarana yang lebih baik. Sudah sampai masanya kita memikirkan ’projek besar’ untuk menambah kapasiti sekolah Sri Al-Amin bagi menampung permintaan yang meningkat saban tahun. Tidaklah kita terpaksa menolak permohonan kemasukan ke Tahun 1 saban tahun.

Terdapat kelainan pada Majlis Malam Amal Sri Al-Amin kerana majlis dihentikan untuk solat Isya’. Selepas Isya’, majlis disambung dengan jamuan makan malam yang telah sedia terhidang. Hadirin dihiburkan dengan persembahan angklung pimpinan Dr Azma. Kami sekeluarga memang menunggu-nunggu persembahan angklung. Persembahan Kumpulan ’Arumba’ (Alunan Rumpun Bambu) menjadi halwa telinga semasa santapan jamuan makan.

Persembahan kumpulan SMI Sri Al-Amin ’Fauzan’ bersemangat dengan nasyid ’Merah Saga’ mengenai perjuangan Palestin. Ahli-ahlinya tampil kemas dan tampan dengan seragam KRS. Saya difahamkan kumpulan nasyid ini memenangi johan pertandingan nasyid sekolah-sekolah yang diadakan di Sekolah Kiblah baru-baru ini. Kumpulan ’Plain’ dari UIA walaupun dengan pakaian putih ’plain’ menyampaikan persembahan yang merdu dan ’polished’. Saya difahamkan mereka dibimbing oleh penasyid-penasyid profesional.
Suntikan Minda Tuan Haji Arifin Hassan bertajuk ’Langkah Strategik dalam membentuk Keibubapaan Kelas Dunia’ mengetuk minda hadirin agar meletakkan sasaran tinggi melahirkan pemimpin kelas dunia ’khaira ummah’ yang akan mengembalikan kecemerlangan Islam di persada dunia. Beliau memberi contoh bagaimana usaha Yusuf Islam (Cat Stevens) yang berjaya membina sekolah Islam di pinggir London yang dinobatkan sebagai sekolah yang terbaik di England. Beliau juga menekankan peri pentingnya aspek ko-kurikulum dalam skil kemahiran hidup dan ’soft skills’ dalam membina kepimpinan yang berwibawa. Peranan ibubapa diperingatkan supaya membina jambatan hati (connection) dengan anak-anak dan agar ibubapa menjadi ’role model’ kepada anak-anak.

Persembahan saudara Nasution yang merupakan bekas Muallim Sri Al-Amin diiringi oleh pelajar-pelajar Sri Al-Amin dari Kumpulan Emminence menusuk hati hadirin dengan suaranya yang gemersik.

Walaupun hampir mencecah detik 12 malam, persembahan Muadz dengan iringan percussion dan powerpoint memukau hadirin dengan lagu-lagu berdasarkan hadith. Saya kagum dengan kemampuan vokal graduan undang-undang terbaik UIA 2003 disamping penguasaan beliau dalam bahasa Arab dan Inggeris. Muadz yang juga merupakan ’produk’ sekolah rangkaian Musleh kini giat menyebarkan dakwah melalui seni. Tidak mustahil untuk beliau berdiri setara dengan Sami Yusuf dan Zain Bika yang terkenal di persada nasyid dunia.

Syabas kepada gandingan F&F, Dr Fazilah dan saudara Fadhli yang berjaya menerajui majlis Malam Amal dengan jayanya.

Yang pasti, coretan ini tidak dapat merakamkan semua detik bersejarah perjalanan Malam Amal Sri Al-Amin. Hanya sekadar coretan yang tentunya banyak salah silapnya. Sekalung penghargaan diiringi ucapan Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang menjayakan Malam Amal Sri Al-Amin. Ya Allah Ya Syakur, catatlah amalan hamba-hambaMu sebagai amal soleh disisiMu.

Mohon maaf sekiranya ada salah silap dalam coretan ini.

P/S Mohon email kepada saya sekiranya ada gambar-gambar Malam Amal yang boleh saya paparkan di blog bersama coretan ini.

~Halimah
Moderator pibg_siab
www.coretan- naluri.blogspot. com utk koleksi Coretan Moderator
www.mybrindley. com