Wednesday, November 24, 2010

MUSOLLA Al-Amin -- Tawakkal menggunung



Pada 16 hb November 2010 yang lalu, sempena Majlis Hari Takrim Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, upacara menyerahkan tapak pembangunan Musolla kepada pihak kontraktor telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola dan Pengerusi PIBG sekolah. Keyakinan yang pasrah kepada Allah yang membuka peluang rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, maka penyerahan ini dibuat, walaupun duit dana hanya mencecah 150K, berbanding kos keseluruhan mencecah ½ jutaK. Pihak JK pembangunan dan Sukarelawan akan terus melakukan aktiviti untuk menjana pendapatan sebanyak itu. Namun sebagai tunjang utama, motivasi kami adalah TAWAKAL kepada ALLAH.
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.

Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Harapan besar kepada para dermawan yang budiman, marilah bersama melabur saham abadi dengan menyumbang kepada tabung berikut: Sumbangan anda diucapkan Jazakumullahu khairan kathiran.
TABUNG MUSOLLA AL-AMIN BANGI
BANK : BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 1210-0000223-718

Monday, November 15, 2010

Nursery BUNGA for sale


Daripada tiada, sekurang-kurangnya ada dan dapat juga, apa yang ada di rumah dan di sekeliling rumah, dapat dimanfaatkan untuk aktiviti jumble sale anak-anak FASA dalam usaha mereka menggerakkan aktiviti mengumpul dana pembangunan musolla Sri Al Amin, Bangi. Walaupun tidak seberapa, sekurang-kurangnya lapan puluh ringgit dapat disumbangkan hasil jualan anak-anak bunga tersebut. Alhamdulillah. Marilah kita terus berusaha untuk mencukupkan dana yang diperlukan untuk pembangunan Musolla yang kita rancang bersama untuk dibangunkan.

Tetamu Allah -- Hadiah anakanda tersayang


Ibu yang sebak dengan hadiah istimewa itu, abah yang pandai menyembunyikan emosi dan rasa hatinya, kini sedang bermunajat di Padang Arafah bersama jutaan manusia yang lain. Gembira ayah bonda dan perasaan syahdu yang tidak terkira atas hadiah anakanada IZI dengan layanan kelas pertama membawa mereka bersama menunaikan fardhu haji pada kali ini. Berbahagialah adinda IZI, mengembirakan kedua ibu bapa. Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat ganda.









Pesatnya masa berlalu begitulah pesatnya pembangunan di tanah suci. Tempat melontar jumrah yang dulunya hanya satu paras, kini ada empat paras. Semuanya untuk memberikan keselesaan kepada para jemaah haji. Pemergianku kali pertama pada tahun 1990, tempat melontar begitu sempit dengan kelibat jemaah yang padat. Masih ingat, waktu melontar, sebelah kasutku tercabut, tetapi alhamdulillah satu keajaiban berlaku, bulatan ruang kosong di tengah himpitan manusia, membolehkan ku mengambil dan memakai semula kasut yang cicir. Banyak kes dikhabarkan, jangan sekali-kali duduk atau menunduk mengambil barang yang hilang, ditakuti terpijak tanpa sengaja oleh asakan jemaah yang lain.







MasyaAllah kali ini ada monorel membawa jemaah dari Mekah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.Sistem keretapi ini menggantikan peranan 4,000 bas yang digunakan selama ini.
Sistem keretapi yang dibina oleh firma China, yang hanya diguna selama lima hari setahun, akan beroperasi pada tahap 35 peratus pada kapasiti penuh terakhirnya dalam fasa pertama ini.Ia hanya akan dibuka kepada jemaah Saudi dan negara-negara Teluk yang dianggarkan seramai 130,00 rakyat Saudi, 10,000 Kuwait dan 10,000 Bahrain, kata ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah, Dewan Perdagangan Mekah, Saeed al-Qurashi.
Bilangan tersebut adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan jemaah haji tetapi warga lain akan boleh menaikinya pada fasa kedua.











Kesempatan berada di Arafah, Muzdalifah atau Khemah di Mina, adalah masa terbaik untuk bermunajat kepada Allah, memohon keampunan dan doa untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Terasa amat rugi, jika kesempatan itu tidak dihargai dan berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya, keinginan untuk melakukan ibadat ini sepanjang tahun adalah fitrah, kerana kesempatan keli pertama, adalah tidak sama dengan kesempatan kali kedua dan seterusnya. Kematangan umur, menyebabkan semua orang termasuk diri ini,, berkobar-kobar untuk menjadi tetamu Allah kalau boleh setiap tahun. Oleh sebab kekangan untuk ke sana, kesempatan berada di sana, gunakanlah sebaik-baiknya.

Semoga ayah bonda,adinda izi dan isteri serta ibu mertuanya, Ija dan suaminya Lan dapat menggunakan kesempatan wukuf, bermalam di Muzdalifah dan ibadat melontar di Mina untuk bermunajat kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Mudahan diberi kemudahan serta kesihatan yang baik untuk melakukan ibadat tersebut.

Sunday, November 14, 2010

BENCANA, DI SANA-SINI.

jIKA TAKDIR, menetapkan sesuatu itu, akan berlaku, ia tetap akan berlaku...tidak dapat dielakkan..yang penting kenalah sentiasa muhasabah dan memikirkan kenapa ia berlaku. Kekadang ia berlaku tanpa diduga walaupun kita berada dalam keadaan sedar dan berhati-hati. Contohnya, perjalanan penulis ke arah Kelang untuk memenuhi undangan perkahwinan, selepas memenuhi jemputan di Putra Jaya, Yang kedua-duanya wajib dihadiri kerana Allah, nyaris-nyaris terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah, Allah sahaja yang menjadi pelindungnya. Apa tidaknya, dengan tiba-tiba sebuah kereta di depan kereta penulis berhenti semerta, kerana topi kelendar terjatuh di atas jalan raya. Kereta yang sedang dipandu agak berhati-hati terpaksa mengelak, kalau tidak kereta didepan terpaksa disondol. Elakan ke kanan, menerima risko disondol oleh kereta yang dipandu di lane kanan. Situasi sebegini akan memungkinkan berlaku domino kemalangan yang bertimpa-timpa,tanpa dapat mengelak.






Gambar-gambar yang dipaparkan menunjukkan keadaan kemalangan dan bencana yang minpa manusia.
Letusan gunung berapi MERAPI yang teraktif di dunia telah mengorbankan 240 nyawa...tanda-tanda utk gunung berapi itu pendam,,tidak dapat diduga.

Ramalan tahun 2012, yang sudah pun difilemkan berkaitan dengan impak badai matahari membawa bumi, telah mencemaskan semua orang. Itu hanya ramalan para saintis, yang meramalkan kemungkinan-kemungkian sahaja. Mereka meramalkan pada 2012 badai matahari yang kuat di bumi akan membawa malapetaka besar pada manusia, yang akan mempengaruhi setiap aspek pada masyarakat moden sekarang. Para ahli saintis yang mengeluarkan peringatan mengatakan, dampak badai matahari pada bumi kemungkinan adalah “efek domino”.
Sebagai manusia dhoif yang menyakini bahawa Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan menyusun segala-galanya dengan sempurna untuk manafat manusia, selalu kita sentiasa berdoa untuk menjauhkan dari mala petaka, dan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.

Monday, November 8, 2010

BENCANA ALAM -- peringatan kepada semua insan


Awal November 2010 - banjir terburuk dalam masa 80 tahun melanda negeri-negeri barat laut Semenanjung Malaysia, khususnya di Perlis dan Kedah. Bandar Arau dan banyak premis lain terjejas. Aktiviti ekonomi terjejas, pengangkutan tergendala. Bekalan sumber seperti KOPI radik HPA dari kilangnya di negeri tersebut. Bekalan di kebanyakan Cawangan dan stokis kehabisan. Jenama terkenal dengan iklan 'mai secawan' tersebut telah tidak sampai ke pelanggan akibat musibah tersebut..itu contoh kecil. Negeri yang majoritinya penduduk Islam tersebut, perlu muhasabah bersama..kenapa bencana itu boleh terjadi. Setiap bencana adalah kerana akibat tangan-tangan manusia sendiri.

ISLAMABAD 4 Ogos 2010– Banjir memusnahkan beratus-ratus perkampungan, membinasakan kediaman, menenggelamkan tanaman dan mengancam lebih banyak nyawa di tengah Pakistan hari ini ketika angka kematian melebihi 1,500 orang.Pasukan bantuan memberi amaran paras air sungai akan terus meningkat di selatan negara ini dan mencetuskan lebih banyak pemindahan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bergelut menyediakan makanan dan bantuan lain kepada 3.2 juta penduduk yang terjejas di negara yang sememangnya berhadapan dengan pemberontak dan kemiskinan ini.
Menurut PBB hari ini, beberapa bahagian di barat laut Pakistan yang dilanda banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun turut menghadapi masalah kekurangan makanan. Pakistan juga merupakan negara yang bermajoriti berpenduduk Islam. Adakah aktiviti pelancuran dan persundalan dengan peranan ibu bapa mereka yang meraih hasil dari aktiviti tidak bermoral itu, menjemput padah bencana alam - banjir besar?


KLATEN, KOMPAS.com 4/11/2010 — Gunung Merapi memuntahkan asap dan awan panas. Awan itu membubung tinggi hingga terlihat di Deles, Klaten, Jawa Tengah, Letusan itu adalah terbesar dibandingkan erupsi pada 26 Oktober.
Ketinggian asap dari puncak gunung teraktif di Indonesia itu diperkirakan mencapai empat kilometer. Hujan abu cenderung mengarah ke Kabupaten Magelang.
Terlihat lontaran batu pijar sehingga semua petugas pos pengamatan Gunung Merapi ditarik mengingat bahaya yang terjadi.Awan meliputi adalah sekitar sembilan kilometer ke arah Kali Gendol.
Petugas di Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi memperluas radius aman dari 10 kilometer menjadi 15 kilometer bagi penduduk terhadap ancaman bahaya awan panas erupsi Gunung Merapi.Indonesia juga mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia. Maksiat apa yang berluasa berlaku di sana sehingga menjmput bencana berlaku.








Letusan gunung vesuvius terjadi tahun 79m. Akibat letusan tersebut warga kota Pompei mati terpanggang. Selain itu korban yang meninggal juga banyak terjadi akibat tenggelamnya kota pompei tersebut. Korban diperkirakan mencapai 25000 orang dan lamanya letusan terjadi sekitar 20 jam tanpa henti. Negara bukan Islam itu menjemput bencana kerana aktiviti maksiat yang berluasa

Wednesday, November 3, 2010

Pengimejan Lawatan ke TURKEY

Nostalgia lawatan ke Turkey pada tahun lepas, dapat diunjurkan negara yang luas dengan kehijauan ladang tanamannya, sumber logam yang kaya, pembanguanan pesat perindustrian beratnya, pengangkutan yang canggih, pemandangan yang menakjubkan../negara itu boleh menjadi salah sebuah negara yang kaya dan maju. Jika program pembangunan fizikalnya, dapat diseimbangkan dengan pembangunan ketuhanan, sudah pasti negara madani ini boleh menerajui dunia ke arah mengembalikan Nur Islam ke pentas dunia. Kepimpinan negara yang ditonjolkan oleh wanita pertamanya, isteri perdana menterinya...didoakan agar menjadi role model kepada rakyat negara tersebut untuk mencontohi kehidupan Rabbaniyah mereka. Penduduknya yang masih tebal dengan pegangan sekularnya, sangat mudah untuk dilentur, jika pendekatan keadilan dan kesejagatan dalam cara hidup Islam yang syumul disampaikan kepada mereka.









ANKARA 30 Okt 2010. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.
Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.
Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.
Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.
Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.
Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP