Monday, November 15, 2010

Tetamu Allah -- Hadiah anakanda tersayang


Ibu yang sebak dengan hadiah istimewa itu, abah yang pandai menyembunyikan emosi dan rasa hatinya, kini sedang bermunajat di Padang Arafah bersama jutaan manusia yang lain. Gembira ayah bonda dan perasaan syahdu yang tidak terkira atas hadiah anakanada IZI dengan layanan kelas pertama membawa mereka bersama menunaikan fardhu haji pada kali ini. Berbahagialah adinda IZI, mengembirakan kedua ibu bapa. Semoga Allah memberikan ganjaran berlipat ganda.









Pesatnya masa berlalu begitulah pesatnya pembangunan di tanah suci. Tempat melontar jumrah yang dulunya hanya satu paras, kini ada empat paras. Semuanya untuk memberikan keselesaan kepada para jemaah haji. Pemergianku kali pertama pada tahun 1990, tempat melontar begitu sempit dengan kelibat jemaah yang padat. Masih ingat, waktu melontar, sebelah kasutku tercabut, tetapi alhamdulillah satu keajaiban berlaku, bulatan ruang kosong di tengah himpitan manusia, membolehkan ku mengambil dan memakai semula kasut yang cicir. Banyak kes dikhabarkan, jangan sekali-kali duduk atau menunduk mengambil barang yang hilang, ditakuti terpijak tanpa sengaja oleh asakan jemaah yang lain.







MasyaAllah kali ini ada monorel membawa jemaah dari Mekah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.Sistem keretapi ini menggantikan peranan 4,000 bas yang digunakan selama ini.
Sistem keretapi yang dibina oleh firma China, yang hanya diguna selama lima hari setahun, akan beroperasi pada tahap 35 peratus pada kapasiti penuh terakhirnya dalam fasa pertama ini.Ia hanya akan dibuka kepada jemaah Saudi dan negara-negara Teluk yang dianggarkan seramai 130,00 rakyat Saudi, 10,000 Kuwait dan 10,000 Bahrain, kata ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah, Dewan Perdagangan Mekah, Saeed al-Qurashi.
Bilangan tersebut adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan jemaah haji tetapi warga lain akan boleh menaikinya pada fasa kedua.











Kesempatan berada di Arafah, Muzdalifah atau Khemah di Mina, adalah masa terbaik untuk bermunajat kepada Allah, memohon keampunan dan doa untuk kebahagian di dunia dan akhirat. Terasa amat rugi, jika kesempatan itu tidak dihargai dan berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya, keinginan untuk melakukan ibadat ini sepanjang tahun adalah fitrah, kerana kesempatan keli pertama, adalah tidak sama dengan kesempatan kali kedua dan seterusnya. Kematangan umur, menyebabkan semua orang termasuk diri ini,, berkobar-kobar untuk menjadi tetamu Allah kalau boleh setiap tahun. Oleh sebab kekangan untuk ke sana, kesempatan berada di sana, gunakanlah sebaik-baiknya.

Semoga ayah bonda,adinda izi dan isteri serta ibu mertuanya, Ija dan suaminya Lan dapat menggunakan kesempatan wukuf, bermalam di Muzdalifah dan ibadat melontar di Mina untuk bermunajat kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Mudahan diberi kemudahan serta kesihatan yang baik untuk melakukan ibadat tersebut.

No comments: