Wednesday, November 3, 2010

Pengimejan Lawatan ke TURKEY

Nostalgia lawatan ke Turkey pada tahun lepas, dapat diunjurkan negara yang luas dengan kehijauan ladang tanamannya, sumber logam yang kaya, pembanguanan pesat perindustrian beratnya, pengangkutan yang canggih, pemandangan yang menakjubkan../negara itu boleh menjadi salah sebuah negara yang kaya dan maju. Jika program pembangunan fizikalnya, dapat diseimbangkan dengan pembangunan ketuhanan, sudah pasti negara madani ini boleh menerajui dunia ke arah mengembalikan Nur Islam ke pentas dunia. Kepimpinan negara yang ditonjolkan oleh wanita pertamanya, isteri perdana menterinya...didoakan agar menjadi role model kepada rakyat negara tersebut untuk mencontohi kehidupan Rabbaniyah mereka. Penduduknya yang masih tebal dengan pegangan sekularnya, sangat mudah untuk dilentur, jika pendekatan keadilan dan kesejagatan dalam cara hidup Islam yang syumul disampaikan kepada mereka.









ANKARA 30 Okt 2010. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.
Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.
Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.
Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.
Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.
Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

No comments: