Wednesday, November 24, 2010

MUSOLLA Al-Amin -- Tawakkal menggunung



Pada 16 hb November 2010 yang lalu, sempena Majlis Hari Takrim Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, upacara menyerahkan tapak pembangunan Musolla kepada pihak kontraktor telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola dan Pengerusi PIBG sekolah. Keyakinan yang pasrah kepada Allah yang membuka peluang rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, maka penyerahan ini dibuat, walaupun duit dana hanya mencecah 150K, berbanding kos keseluruhan mencecah ½ jutaK. Pihak JK pembangunan dan Sukarelawan akan terus melakukan aktiviti untuk menjana pendapatan sebanyak itu. Namun sebagai tunjang utama, motivasi kami adalah TAWAKAL kepada ALLAH.
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.

Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Harapan besar kepada para dermawan yang budiman, marilah bersama melabur saham abadi dengan menyumbang kepada tabung berikut: Sumbangan anda diucapkan Jazakumullahu khairan kathiran.
TABUNG MUSOLLA AL-AMIN BANGI
BANK : BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
NO AKAUN : 1210-0000223-718

No comments: