Saturday, July 23, 2011

KESABARAN dan KESANTUNAN dalam berziarah

Catatan ini kunukilkan untuk diriku dan untuk Jemaah haji dan Umrah yang lain, Semoga tujuan haji dan umrah kita memperolehi mabrur.

1. “Menutup Aurat”
Ulamak Mazhab Syafie sepakat, bahawa aurat wanita di dalam sembahyang, wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Pemerhatian peribadi di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi, kebanyakan jemaah dari Asia Tenggara, khususnya Malaysia memakai telekung tanpa memakai kainnya sekali. Mereka merasakan memakai stoking dengan memakai sarung baju kurung sudah memadai, Mungkin tanpa disedari atau tiada orang yang menegurnya, terutama bagi mereka yang berbadan gempal, boleh menampakkan paha dan betis, terutama sekali semasa sujud. lebih parah jika stoking itu pendek. Begitu juga aurat tangan perlu dijaga terutama jika memakai lengan baju kurung yang longgar atau hanya memakai t sirt tanpa lengan, Aurat akan terdedah semasa mengangkat tangan untuk takbir dan semasa meletakkan tangan di lutut semasa rukuk..
Disarankan agar jemaah memakai stoking yang panjang atau memakai seluar dan dengan mermakai sarung/vest tangan. Cuba elakkan memakai baju yang agak seksi ke masjid/ bermekap seperti sebilangan kecil wanita negara tetangga dengan memakai telekung bila nak sembahyang.



2. “Meluruskan dan merapatkan Sof sembahyang”
Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433.
\
.
Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari). Perkara ini kurang diberi perhatian, kerana tidak melihat kedudukan sendiri berbanding dengan jemaah di kiri kanan kita. Bertambah menyedihkan apabila sejadah dibentang, itulah hak kita, sehinggakan barisan berkedudukan renggang, tidak bersentuh bahu antara jemaah di kiri kanan kita.










3. “Memberi ruang kepada jemaah yang lain”
MasyaAllah jemaah kita sedia berada dalam sof di atas sejadah masing-masing untuk menunggu waktu solat dengan duduk bersila/bertempuh besar, ini sesuatu yang baik kerana datang awal untuk mendirikan solat. Malangnya kebanyakan jemaah agak ego tidak member ruang kepada jemaah yang datang lewat untuk berada dalam barisan yang telah dibina awal, sehinggakan apabila berdiri menampakkan masih ada ruang yang boleh diisi. (Surah Al-Mujaadalah 58:11)- Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Allah mengajar hambaNya supaya beradab dan berakhlak mulia jika menghadiri suatu majlis. Mereka hendaklah melapangkan tempat duduk mereka jika dikehendaki berbuat demikian supaya orang-orang baru datang mendapat tempat duduk. Hal ini tidak akan mendatangkan mudarat kepadanya dan juga kepada orang yang baru tiba. Sudah tentulah dalam beribadat, member i kelapangan kepada orang lain, sangat-sangat dituntut.










4. “Kesabaran dan kesantunan”
SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah. “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah Ali-'Imraan ayat 200 :











Sifat sabar amat perlu, terutama dalam keadaan yag bersesak-sesak dan berhimpit-himpit kerana jemaah yang terlalu ramai seperti berebut-rebut untuk mencari peluang ke Raudhah atau ke penjuru Aswad. Kenapa keadaan itu berlaku? kerana tiada sifat sabar dan kesantunan yang tinggi. Jika Aturan dan pengoperasian tersusun dengan baik diikuti dengan sifat kesabaran dan kesantunan yang tinggi nescaya semua orang mendapat peluang yang sama untuk berdoa di kedua tempat tersebut.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan,hiasilah diri kami dengan sifat-sifat sopan-santun, Muliakanlah kami dengan sifat-sifat taqwa dan perindahkanlah kami dengan kesegaran tubuh badan.Wahai Tuhan kami,engkau hindarkanlah kami daripada seksaan neraka jahanam,kerana siksaannya terlalu pedih

Doa dan sabar untuk mendapat tempat di Raudhah


Ruang kecil antara Mimbar dan makam Rasulullah di Masjid Nabawi, di Madinah al Munawarah menjadi idaman untuk ruang berdoa, yang InsyaAllah mustajab. Ia menjadi rebutan, hanya izin Allah menentukan kawasan rebutan itu(kawasan karpet hijau), boleh menjadi ruang untuk kita duduk sebentar sama ada untuk solat atau berdoa. Dengan Doa, solat hajat dan kesabaran sahaja memberikan kita peluang untuk berada di situ, biiznillah. Suara hati yang tulus, ikhlas, merendah diri dan memahami dan menghayati apa yang dihajati daripada Allah SWT itulah yang dikabulkan InsyaAllah.
Ya Allah, sesungguhnya raudhah ini adalah taman dari taman-taman surga-Mu dan bagian dari cabang-cabang rahmat-Mu sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasul-Mu, tentang keutamaannya dan kemuliaan beribadah kepada-Mu di dalamnya. Engkau telah menyampaikan aku ke tempat yang mulia ini dalam keadaan selamat. Duhai Junjunganku, segala puji bagi-Mu atas semua nikmat-Mu yang agung yang Engkau karuniakan kepadaku, ketaatan pada-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku, dan kesempatan yang Engkau berikan kepadaku untuk mencari redha-Mu; untuk mengagungkan kemuliaan Nabi-Mu dengan berziarah ke kuburnya, menyampaikan salam kepadanya dan mendatangi tempat-tempat kesyahidan dan meninggalan-peninggalan yang bersejarah. makam rasalullah SAW.
Duhai Junjanganku, Segala puji bagi-Mu, pujian yang disampaikan oleh para Malaikat pemikul arasy-Mu, pujian para penghuni langit-Mu, pujian yang kesempurnaannya yang tak sanggup disampaikan oleh orang-orang terdahulu, tapi Engkau karuniakan kepada Rasulullah saw dan umatnya. Segala puji bagi-Mu, pujian orang yang mengenal pujian pada-Mu, yang mendapat bimbingan untuk memuji-Mu, pujian yang memenuhi segala ciptaan-Mu, pujian yang menyampaikanku pada cita-citaku, pujian yang tidak menghijabiku dari-Mu, pujian yang tak akan mampu dicapai tanpa-Mu, pujian yang mencapai redha-Mu, pujian yang puncaknya tak sanggup dicapai oleh makhluk-Mu yang terdahulu. Wah
ai Yang Kekal kemuliaan dan keagungan-Nya,Yang Abadi kekuasaan dan kemampuan-Nya, Yang Sangat keras siksa dan kekuatan-Nya, Yang Pasti terlaksana perintah dan kehendak-Nya, Yang Maha Luas rahmat dan ampunan-Nya, wahai Tuhan (Pemelihara) dunia dan akhirat.
Betapa banyak nikmat yang Engkau karuniakan kepadaku, sehingga aku tak sanggup dan tak mudah menyampaikan pujian pada-Mu, dan tak akan berimbang dengan rendahnya rasa syukurku kepada-Mu. Betapa banyak karunia yang Engkau curahkan kepadaku, sehingga keinginanku tak sanggup menjangkaunya, dan pikiranku tak mampu membatasinya.
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Nabi-Mu, manusia pilihan-Mu.Dengannya Engkau tegakkan seluruh risalah-Mu, Engkau akhiri semua nubuwah-Mu, Engkau bukakan semua kebaikan, Engkau perjelas semua yang tampak. Engkau utus dia sebagai Nabi dan pembimbing yang menunjukkan jalan lurus menuju-Mu dan hujjah di hadapan-Mu.

Mehrab

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada orang-orang yang disucikan dari keturunannya, orang-orang soleh dari keluarganya. Dengan Rasul-Mu muliakan kedudukan mereka di sisi-Mu, agungkan derajat mereka di sisi-Mu, jadikan makam mereka berada di tempat yang tinggi dan mulia, tinggikan derajat mereka di sisi Rasul-Mu, sempurnakan kebahagiaan mereka dalam perjumpaan dengan Rasul-Mu, dan sempurnakan kebahagiaan mereka dengan kedudukannya.
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau ciptakan aku, dan aku hamba-Mu, dan aku memenuhi janji dan ikatan kepada-Mu, aku berusaha memenuhinya dengan segala kemampuanku.
Ya Tuhan kami, (selama ini) kami telah berbuat aniaya terhadap diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami, pastilah kami ini tergolong orang yang merugi.
Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang soleh. Tiada Tuhan selain-Mu, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang yang zhalim.
Ya Allah, sedemikian banyak dosa yang telah kami lakukan sejak kami akil- baligh hingga hari ini. Dosa kami ketika kami remaja; ketika belajar, semasa kami bekerja dan berkeluarga.
Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dosa-dosa yang telah kami lakukan, ampunilah semua dosa-dosa kami, baik yang kami ingat maupun yang telah kami lupa, yang sengaja ataupun yang tak sengaja, yang besar maupun yang kecil, yang dulu maupun yang akan datang, seluruhnya ya Allah. Jangan ada tersisa sedikit pun ya Allah.
Ya Allah, kuatkanlah imanku untuk menjauhkan syirik sejauh-jauhnya, kuatkan imanku ya Allah, dan kuatkanlah kesabaranku walau aku menghadapi ujian yang sangat berat sekalipun. Kuatkanlah aqidahku ya Allah, bersihkan qolbuku, tambahkan ilmu agamaku, ilmu yang bermanfaat, bersihkan niatku dari riya, amin ya rabbil alamin.
Jadikanlah doa kami ini menjadi sebagai taubat nasuha.
Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tua kami serta kasihilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan selain Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas junjungan kami nabi Muhammad, semua keluarga dan para sahabat beliau.

Thursday, July 14, 2011

Pelancongan paling afdhal di Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah -


Madinah al-Munawwarah, dikenali juga sebagai Dar Sunnah, Dar Hijrah dan Dar Nusrah, mempunyai persamaan dengan Makkah al-Mukarramah dari sudut kemuliaan dan kesuciannya. Mesej Tauhid, keadilan dan ihsan terpancar dari bumi ini kepada seluruh umat manusia. Destinasi atau tempat penghijrahan Rasulullah SAW, tempat tinggal baginda dan para sahabatnya, tempat persemadian baginda dan sebahagian besar sahabatnya.
Turunnya syariat samawi di Madinah dan penghijrahan agung baginda SAW menjadi pemangkin perubahan dan cahaya gemilang kepada alam buana ini.. tempat permulaan tersebarnya Islam ke serata tempat di duniaMasjid Nabawi adalah salah satu dari tiga (3) buah masjid yang paling mulia atas muka bumi, berdasarkan sabdanya. Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari


Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram." Siapa-siapa menziarahiku setelah aku wafat sama seperti menziarahiku semasa aku hidup. (al-hadis)
“Sesungguhnya (Nabi) Ibrahim telah ‘mengharamkan’ Mekah dan berdoa untuknya, dan aku ‘mengharamkan’ Madinah sebagaimana Ibrahim mengharamkan Mekah, dan aku berdoa untuk cupak dan gantangnya sebagaimana Ibrahim berdoa untuk Mekah.”
(Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah melakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah.”
(Ahmad, Turmizi, Ibnu Majah)
“Sesiapa yang memasuki masjid kami (masjid Nabi) ini untuk mempelajari satu kebaikan ataupun mengajarnya, adalah seumpama mujahid pada jalan Allah...”
(Ahmad, Ibnu Majah)

“Di setiap pintu masuk Madinah ada malaikat yang mengawasi wabak taun dan Dajjal daripada menyerang Madinah.”
(Bukhari & Muslim)
`Barang siapa yang melakukan kerosakan di dalamnya atau mendorong kerosakan, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia" (Sahih Bukhari, dan Sahih Muslim,).
Rasulullah SAW telah mendoakan bagi penduduk Madinah dengan untaian doa-doa yang banyak, antaranya, "Ya Allah, jadikanlah cinta kami terhadap Madinah sebagaimana cinta kami kepada Makkah, Ya Allah berkatilah bagi kami, cupak kami dan gantang kami, dan pindahkanlah penyakit-penyakitnya ke Juhfah" (Sahih Bukhari ).
"Ya Allah, ampunkanlah(kesalahan) untuk para Ansar, dan anak-anak para Ansar juga anak-anak mereka"(Sahih Muslim).
Madinah terpelihara dari dimasuki Dajjal sebagaimana dalam hadis,"tiada negeri yang tidak dimasuki oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah"(Sahih Bukhari).
MasyaAllah, bandar bercahaya ini dengan Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan ziarah, kerana ganjaran 10000 pahala bersembahyang di sini telah mengalami pembangunan fizikal yang pesat. Payung gergasi yang dikembang dan dikuncupkan secara automatik di perkarangan Masjid adalah ciptaan teknologi canggih. Pengurusan kebersihan dan aturan ke masjid dan ke raudhah yang tersusun dengan urusan yang sistematik memberi keselesaan kepada pengunjung Alhamdulillah.

Monday, July 11, 2011

Pertembungan IMAN dan NAFSU


Penyucian jiwa di tanah suci Makkah Al Mukarramah dalam ziarah umrah sebagai contoh, memerlukan kekuatan spiritual keimanan untuk menghadapi rasukan syaitan dan hawa nafsu. Rugilah tujuan jihad murni untuk penyucian jiwa , dikuasai oleh hawa nafsu, sehingga masa emas untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah, tidak dapat dipenuhi seratus peratus, akibat jiwa dinodai oleh hawa nafsu. Nafsu dan iman ini sering berlaku pertembungan dan pertentangan dalam mempengaruhi hati. Yang kuat akan jadi pemenang dan menentukan sesuatu keputusan.






Akhir Jun sebagai contoh di Mekah & Madinah, suhu waktu zohor boleh mencecah sehingga 45 -50 darjah Celsius. Matahari membahang, hawa kering dan berpinar. Ketika ini jika akal dan nafsu mempengaruhi diri menginginkan kita tidur, berehat, bermalas-malasan di bilik hotel berhawa dingin daripada meredah cuaca yang panas.
Sebaliknya ...akal dan iman kita mengatakan kita perlu ke masjid kerana inginkan pahala beriktikaf, mengaji atau menghafal Al-Quran, memperbanyakkan zikirullah dan sembahyang-sembahyang/tawaf sunat; Di sinilah Berlaku pertembungan perasaan antara Iman dan hawa nafsu, mana yang lebih kuat akan menang dalam pertembungan ini....dan seterusnya keputusan akan diambil!

Begitu juga bila kita perlu bangun untuk solat subuh; Di Madinah pada pukul 3.30 pagi, manakala di Mekah pukul 4.10 pagi, hawa nafsu menginginkan kita terus tidur kerana mata mengantuk.....tapi bila motivasi iman pada Allah menguasai hati...... menyebabkan kita akan bingkas bangun dan terus ke masjid, walaupun perlu berjalan kaki jauh untuk melaksanakan solat tersebut.


Nikmat hidayah perlu dicari, Motivasi diri perlu disuburkan dalam diri supaya ia dapat mempengaruhi nafsu kita dalam membuat keputusan! Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w bahawa Iman tercabut dari jiwa ketika sesaorang itu melakukan maksiat; pada ketika ini hawa nafsu telah menang dan menguasai diri, iman dalam hatinya telah kalah dan hilang!


Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa tingkat ketaatan dan amal baik yang dilakukan menunjukkan kadar iman dalam jiwa. Bila sesaorang itu bersikap teguh dan istiqamah dalam amal baiknya, ia merupakan bukti atas kuatnya iman yang dimiliki. Sebaliknya bila sesaorang itu lalai dan sering melakukan maksiat menunjukkan kuatnya hawa nafsu dan lemahnya iman dijiwa.

SIAPA kita?....di tahap mana iman dijiwa? Yang pasti kita perlu perbaiki diri dengan menundukkan hawa nafsu dengan iman. Perlu cari jalan-jalan untuk suburkan iman dijiwa. Nyahusir hawa nafsu yang sifatnya sentiasa mengajak kita kearah kejahatan.

Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaannya , maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan . Sesungguhnya beroleh kemenanganlah mereka yang menyucikan jiwanya dan beroleh kerugianlah mereka yang mengotorkannya . Surah Asy Syams : Ayat 7 – 10
..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."

Monday, July 4, 2011

SUJUD ARAH KAABAH dari PELBAGAI ARAH


Pada 9 -18 Jun 2011- ALHAMDULILLAH , dapat sekali lagi menziarahi satu-satunya di dunia tempat barakah ini. Lingkaran bulatan dari pelbagai sisi kaabah samada sisi timur, sisi barat, sisi utara dan selatan di Masjidil Haram, semuanya sujud ke satu arah kiblat iaitu KAABAH. Dalam beberapa saat sahaja Panggilan azan setiap waktu solat dipatuhi, dengan membentuk barisan lurus (sof solat) mengelilingi kaabah. . Kiblat, merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah, solat mesti menghadap ke arahnya. IA hanya merupakan titik rujukan untuk solat.. Kaabah atau kandungannya, BUKANLAH yang disembah. MasyaAllah,melalui kesatuan hati, kesatuan aqidah, kesatuan kepercayaan jutaan manusia akur dan patuh kepada Tuhannya untuk menyatakan ubudiah kepada Allah SWT yang Maha Esa.

Fenomena ini tidak terdapat dalam mana-mana agama di atas muka bumi ini. ISLAM agama sejahtera untuk kebahagian dan keselamatan di dunia dan akhirat, rugilah bagi rakan-rakan yang bukan seagama yang mengengkarinya.
Satu realiti...benar-benar terjadi, di Masjidil Haram, seorang Hamba Allah senegara dan senegeri yang dalam kesebakan air mata dan kebingungan kerana kepanikan tidak dapat memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap persoalan dan hujah isterinya(saudara baru) yang menyamakan orang Islam menyembah batu/berhala seperti agama beliau yang terdahulu. Alhamdulillah, sang suami dengan izin Allah memberikan tazkirah hampir dua jam, berhubung isu yang dipersoalkannya. Semoga kefahaman dan keimanannya dan kita semua tentang ISLAM terus meningkat. Diperturunkan ringkasan jawaban yang diberikan kepada beliau;


1. Kepatuhan Perintah Allah: supaya Solat mengarah ke Kiblat di Masjidil Haram
Surah Al-Baqarah 2:144 bermaksud :

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil-Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”
Surah Al-Baqarah 2:149 bermaksud :
“ Ke mana sahaja kamu berjalan, maka hadapkanlah mukamu ke Masjidil Haram(Kaabah). Sesungguhnya yang demkian itu suatu kebenaran dari Tuhanmu. Dan Allah tidak lalai dari apa-apa yang kamu kerjakan” Penegasan yang sama seperti maksud ayat 150 berikutnya.
2. Islam agama kesatuan. SATU Aqidah SATU arah dan tujuan
Inilah yang uniknya, umat Islam disatukan dalam penyembahan kepada Tuhan Yang Satu, di mana sahaja mereka berada di dunia ini, disyaratkan menghadap hanya satu arah, iaitu Kaabah. Berbeda dengan agama lain, mereka mengadap di mana patung sembahan mereka di tempatkan.
3. Penetapan Allah, memilih Mekah sebagai letakan Kaabah, hanya Allah sahaja yang mengetahui, tetapi bukti saintifik menunjukkan bahawa Mekah adalah PUSAT BUMI. Mekah berada di tengah-tengah bumi, dan juga berada di tengah-tengah lapisan langit.

‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur’an dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya..’ (asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ bererti ibu bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit".
Kajian saintifik dan ilmiah, kajian setelit dan lain-lain menemui dan membuktikan. Kaabah terletak di Tengah Peta Dunia.


4. Pengalaman sendiri, atau mungkin juga pengalaman bagi mereka yang pernah Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan terasa ada daya tarikan untuk berjalan mengelilingi semakin hampir, semakin hampir ke Kaabah . Ini menunjukkan bahawa kaabah adalah satu poin pusat di muka bumi ini.Ada juga yang mengatakan bahawa perbuatan tawaf ini melambangkan kepercayaan dan penyembahan Tuhan Yang Satu, iaitu, sebagaimana setiap bulatan mempunyai satu pusat. Maka, hanya Allah (S.W.T.) sahaja yang layak disembah.

5. Hadis sahih yang menekankan bukan batu yang disembah
Menurut sahih Bukhari, jilid 2, Kitab Haji, Bab 56, H.No. 675, Umar (r.a.) berkata, “Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat Nabi (S.A.W.) menyentuh (dan mencium) kamu, aku tidak akan melakukannya”



6. Kabah di masuki, dibersihkan dan pernah di jadikan tempat melaungkan azan
Keseluruhan kaabah sentiasa dibersihkan, malah Semasa zaman Nabi, ada orang yang berdiri di atas Kaabah dan melaungkan azan, ataupun panggilan untuk solat. Malah sejadah yang mempunyai gambar kaabah pun ada yang diduduki dan dipijaki. Persoalannya, bagi penganut yang menyembah bahan yang disembah, ia dianggap suci, adalah tidak mungkin bahawa benda yang disembah dipijak-pijak. Sekali lagi ditekankan kaabah, bukanlah benda yang disembah, tetapi ia hanyalah poin arah kesatuan untuk menyembah Allah yang satu. Kaabah adalah rumah Allah? Maknanya ialah bukan Allah tinggal di situ, kerana Allah berada di mana-mana. Anologi menonton TV, sebenarnya kita lihat TV tetapi event yang berlaku adalah di tempat lain. Mungkinkah padang bola yang luas itu berada dalam TV? Setiap individu/kita mesti sentiasa meningkatkan diri dengan kualiti keimanan dan ketaqwaan..untuk beribadah, adakah kita sampai ke tingkat EHSAN, yang meyakini bahawa setiap ibadah atau apa sahaja yang kita lakukan, kita merasakan bahawa Allah SWT sentiasa melihat kita. Adakah kita sampai ke tingkat orang Mukhlasin, yang sentiasa ikhlas kerana Allah dalam pengisian semua gerakerja kehidupan kita sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi ini ??. JOM bersama kita berdoa, berusaha mencari ilmu serta hidayah untuk dilorongkan ke arah peningkatan kualiti diri menjadi orang mukhlasin.
Pertanyaan hambaNya, tentang di mana Allah? Allah memberi jawapan:

"Dan apabila hamba-hamba–Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran " (Qs Al Baqarah, 2 : 186)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya (Qs Al Qaaf:16)