Thursday, July 14, 2011

Pelancongan paling afdhal di Makkah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah -


Madinah al-Munawwarah, dikenali juga sebagai Dar Sunnah, Dar Hijrah dan Dar Nusrah, mempunyai persamaan dengan Makkah al-Mukarramah dari sudut kemuliaan dan kesuciannya. Mesej Tauhid, keadilan dan ihsan terpancar dari bumi ini kepada seluruh umat manusia. Destinasi atau tempat penghijrahan Rasulullah SAW, tempat tinggal baginda dan para sahabatnya, tempat persemadian baginda dan sebahagian besar sahabatnya.
Turunnya syariat samawi di Madinah dan penghijrahan agung baginda SAW menjadi pemangkin perubahan dan cahaya gemilang kepada alam buana ini.. tempat permulaan tersebarnya Islam ke serata tempat di duniaMasjid Nabawi adalah salah satu dari tiga (3) buah masjid yang paling mulia atas muka bumi, berdasarkan sabdanya. Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari


Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram." Siapa-siapa menziarahiku setelah aku wafat sama seperti menziarahiku semasa aku hidup. (al-hadis)
“Sesungguhnya (Nabi) Ibrahim telah ‘mengharamkan’ Mekah dan berdoa untuknya, dan aku ‘mengharamkan’ Madinah sebagaimana Ibrahim mengharamkan Mekah, dan aku berdoa untuk cupak dan gantangnya sebagaimana Ibrahim berdoa untuk Mekah.”
(Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah melakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah.”
(Ahmad, Turmizi, Ibnu Majah)
“Sesiapa yang memasuki masjid kami (masjid Nabi) ini untuk mempelajari satu kebaikan ataupun mengajarnya, adalah seumpama mujahid pada jalan Allah...”
(Ahmad, Ibnu Majah)

“Di setiap pintu masuk Madinah ada malaikat yang mengawasi wabak taun dan Dajjal daripada menyerang Madinah.”
(Bukhari & Muslim)
`Barang siapa yang melakukan kerosakan di dalamnya atau mendorong kerosakan, maka baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia" (Sahih Bukhari, dan Sahih Muslim,).
Rasulullah SAW telah mendoakan bagi penduduk Madinah dengan untaian doa-doa yang banyak, antaranya, "Ya Allah, jadikanlah cinta kami terhadap Madinah sebagaimana cinta kami kepada Makkah, Ya Allah berkatilah bagi kami, cupak kami dan gantang kami, dan pindahkanlah penyakit-penyakitnya ke Juhfah" (Sahih Bukhari ).
"Ya Allah, ampunkanlah(kesalahan) untuk para Ansar, dan anak-anak para Ansar juga anak-anak mereka"(Sahih Muslim).
Madinah terpelihara dari dimasuki Dajjal sebagaimana dalam hadis,"tiada negeri yang tidak dimasuki oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah"(Sahih Bukhari).
MasyaAllah, bandar bercahaya ini dengan Masjid Nabawi yang menjadi tumpuan ziarah, kerana ganjaran 10000 pahala bersembahyang di sini telah mengalami pembangunan fizikal yang pesat. Payung gergasi yang dikembang dan dikuncupkan secara automatik di perkarangan Masjid adalah ciptaan teknologi canggih. Pengurusan kebersihan dan aturan ke masjid dan ke raudhah yang tersusun dengan urusan yang sistematik memberi keselesaan kepada pengunjung Alhamdulillah.

No comments: