Saturday, July 23, 2011

KESABARAN dan KESANTUNAN dalam berziarah

Catatan ini kunukilkan untuk diriku dan untuk Jemaah haji dan Umrah yang lain, Semoga tujuan haji dan umrah kita memperolehi mabrur.

1. “Menutup Aurat”
Ulamak Mazhab Syafie sepakat, bahawa aurat wanita di dalam sembahyang, wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Pemerhatian peribadi di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi, kebanyakan jemaah dari Asia Tenggara, khususnya Malaysia memakai telekung tanpa memakai kainnya sekali. Mereka merasakan memakai stoking dengan memakai sarung baju kurung sudah memadai, Mungkin tanpa disedari atau tiada orang yang menegurnya, terutama bagi mereka yang berbadan gempal, boleh menampakkan paha dan betis, terutama sekali semasa sujud. lebih parah jika stoking itu pendek. Begitu juga aurat tangan perlu dijaga terutama jika memakai lengan baju kurung yang longgar atau hanya memakai t sirt tanpa lengan, Aurat akan terdedah semasa mengangkat tangan untuk takbir dan semasa meletakkan tangan di lutut semasa rukuk..
Disarankan agar jemaah memakai stoking yang panjang atau memakai seluar dan dengan mermakai sarung/vest tangan. Cuba elakkan memakai baju yang agak seksi ke masjid/ bermekap seperti sebilangan kecil wanita negara tetangga dengan memakai telekung bila nak sembahyang.



2. “Meluruskan dan merapatkan Sof sembahyang”
Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), “Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433.
\
.
Dalam Riwayat yang lain, “Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari). Perkara ini kurang diberi perhatian, kerana tidak melihat kedudukan sendiri berbanding dengan jemaah di kiri kanan kita. Bertambah menyedihkan apabila sejadah dibentang, itulah hak kita, sehinggakan barisan berkedudukan renggang, tidak bersentuh bahu antara jemaah di kiri kanan kita.










3. “Memberi ruang kepada jemaah yang lain”
MasyaAllah jemaah kita sedia berada dalam sof di atas sejadah masing-masing untuk menunggu waktu solat dengan duduk bersila/bertempuh besar, ini sesuatu yang baik kerana datang awal untuk mendirikan solat. Malangnya kebanyakan jemaah agak ego tidak member ruang kepada jemaah yang datang lewat untuk berada dalam barisan yang telah dibina awal, sehinggakan apabila berdiri menampakkan masih ada ruang yang boleh diisi. (Surah Al-Mujaadalah 58:11)- Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Allah mengajar hambaNya supaya beradab dan berakhlak mulia jika menghadiri suatu majlis. Mereka hendaklah melapangkan tempat duduk mereka jika dikehendaki berbuat demikian supaya orang-orang baru datang mendapat tempat duduk. Hal ini tidak akan mendatangkan mudarat kepadanya dan juga kepada orang yang baru tiba. Sudah tentulah dalam beribadat, member i kelapangan kepada orang lain, sangat-sangat dituntut.










4. “Kesabaran dan kesantunan”
SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah. “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah Ali-'Imraan ayat 200 :











Sifat sabar amat perlu, terutama dalam keadaan yag bersesak-sesak dan berhimpit-himpit kerana jemaah yang terlalu ramai seperti berebut-rebut untuk mencari peluang ke Raudhah atau ke penjuru Aswad. Kenapa keadaan itu berlaku? kerana tiada sifat sabar dan kesantunan yang tinggi. Jika Aturan dan pengoperasian tersusun dengan baik diikuti dengan sifat kesabaran dan kesantunan yang tinggi nescaya semua orang mendapat peluang yang sama untuk berdoa di kedua tempat tersebut.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan,hiasilah diri kami dengan sifat-sifat sopan-santun, Muliakanlah kami dengan sifat-sifat taqwa dan perindahkanlah kami dengan kesegaran tubuh badan.Wahai Tuhan kami,engkau hindarkanlah kami daripada seksaan neraka jahanam,kerana siksaannya terlalu pedih

No comments: