Friday, February 27, 2009

Doktor perubatan - perubatan JAWI ..pertembongan serasi???



Alhamdulillah walaupun larut malam baru sampai ke rumah dari International Hotel KL, kemudian esoknya ada peperiksaan, dapat dilalui dengan baik. Tak ulangkaji periksa, kemudian pergi cari ilmu perubatan Jawi di KL agak berbaloi juga, sebab kalau study di rumah, membuang masa aje...tak keluar pun agaknya apa yang dibaca dalam periksaan. Dapat berjumpa sendiri dengan top bos HPA, dan boleh beri surat mohon derma utk sekolah pulak tu, berpuas hati juga. Semoga Tuan Haji Ismail yg pendapatanya berjuta-juta setahun tu dapatlah melayangkan sedikit duit poketnya tu ke program sumbangsih al-amin...InsyaAllah.

Esok dan lusa pula..penimbaan ilmu perubatan alternatif akan terus dipelajari, di Residence Hotel, Bangi. Semoga beberapa orang anak-anak doktor tu yang mempelajari ilmu kedoktoran saintifik dapat bertembong dengan mamanya tentang ilmu perubatan alternatif....perubtan Jawi yang mengetengahkan dua sumber utama perubatan iaitu Sumber alamiah dan Illahiyah. Ilahiyah atau unsur-unsur ketuhanan..yang berdasarkan dari Al-Quran dan As -Sunnah. Semoga pertembongan nanti dapat diserasi-serasikan.

Tuesday, February 24, 2009

Al- Imtihan Al-thani - Ba'da Ghadan



Ana masghulah jiddan.Lam astathiu' an annam jaiyiddan albaarihah...Hazihi mushkilah. Kaifa ana saaljawab an as'ilah fi alimtihan althani ba'da ghadan? Laisa wakt an murajaah wa tamrin qulli kitaban yaani madkahlun ilallughatil alarabiahtil juz al thani wa kitabun aliqraatun.. Inni la mustaidah, lakinni ana muhawili saastathiu' an saajibbu anha bisu'ubatin syadidah ..InsyaAllah.

Dewan Siantan Yang Lengang...Mungkinkah?



Bunga siantan atau Ixora atau nama Ttradisinya pecah periuk inilah, nama dewan indah Kompleks Perbadanan Putrajaya itu diberi nama. Bunga siantan yang dipaparkan tu berwarna merah menyala. Bunga itu ada berbagai warna.. kuning, putih,merah putih,pink, jingga dsbnya. Kenapa tajuk ini diberi perhatian dalam dairi kali ini ialah untuk mengurangkan sedikit tekanan agar realitinya dewan tersebut yang boleh memuatkan 1000 orang tidak akan lengang pada malam 27 Jun 2009 nanti? Sudah tentulah sebagai pengarah atau pengerusi Jamuan Amal Sumbangsih Al-Amin merasa agak risau jika sambutan ibu bapa Sri Al-Amin sendiri kurang memberikan respon yang positif. Hanya Allah sahajalah yang membuka hati-hati manusia ini untuk banyak berinfak atau beramal jariah atau sebaliknya. Tak perlu RISAU sebenarnya kita hanya mampu untuk berusaha, natijah baik yang mencurah atau sebaliknya, hanyalah ketentuan Allah SWT jua.

Khalifah Bestari - Hari Penerangan




22.2.09 ...Kali pertama sebagai "Pengerusi" Lembaga Pengelola Tadika Khalifah Bestari, memberi ucapan alu-aluan kepada semua ibu-ibu yang hadir dalam Program Tahunan - Hari Penerangan. Tanpa persediaan sebenarnya, kerana yang dijadualkan berucap adalah Dr Azma, seorang pensyarah di IPIS dan juga sebagai Ahli Lembaga pengelola TKB yang banyak menyumbang terhadap pendidikan anak-anak.
Pengalaman lalu sebagai pengetua dan pernah banyak kali berucap di hadapan khalayak, InsyaAllah penyampaian yang dibuat rasanya berjalan lancar, lidah boleh berkata-kata dengan bahasa yang baik dan lancar, di samping secara sepontan boleh mengupas Falasafah Pendidikan TKB. Ingatkan setelah hampir satu setengah tahun, 'membisu' dijangkakan ucapan di khalayak boleh tergagap-tergugup. Syukur kepada Allah SWT kerana terus memberikan insan kerdil ini kesihatan, kekuatan dan kemahiran untuk berucap. Allah juga yang memberikan ilmu hikmah dan kefasihan lidah untuk melontarkan kata-kata yang berupa ilmu, nasihat, amal maaruf dan nahi mungkar. Penekanan tentang permuafakatan dan perkongsian bestari pendidikan dalam mendidik anak-anak mereka dan anak-anak didik TKB, memberi ruang yang selesa pula kepada ibu-ibu dalam berinteraksi secara aktif dalam sesi soal jawab.

Catatn : poin inilah sebenarnya yang ingin dicatat dalam Slot maya yang lalu bertajuk Khalifah yang Bestari. Program TV berkaitan bloggers semasa ingin memulakan catatan...terus mengubah sama sekali poin yang dijangkakan untuk ditulis.

Monday, February 23, 2009

UMMU Norjumiza --- Dedikasi untuk Ibu SELAMAH CHIK





Ungkapan ini dicoretkan kembali..di Log maya ini sebagai ingatan. Ungkapan ini pernah ke udara dalam Program Realiti Ibu ..kau ratuhatikuTV 9, bersama pengacara Datin Jumiza dalam program Hari Ibu tahun 2008.

Tiada kata selunak puisi
Tiada bicara seindah intan permata,
Tiada madah pilihan pujangga
untukku ungkapkan terimakasih
kepada ibu ratu hatiku.
Suriwati rumah tangga, ibu adalah segala-galanya,

Syukur kami dilahirkan,
Gahnya kami dibesar dan dibelai,
Intelek terdidik, jasmani terjaga,
Emosi sejahtera, rohani bahagia,

Keringatmu bagai gerimis,
jerihmu tak terbayar,
Sabarmu tiada tandingan,
Dedikasimu terpahat abadi
Tidak akan luput dek hujan,
Tidak akan kusam dek panas,

Natijah kegigihan ibu,
lahirlah generasi kebanggaan,
yang tidak lupa diri,
yang berjasa dan berbakti,
untuk agama, bangsa dan negara.

Legasi wibawa ibu diwarisi,
Kini kita berkongsi identiti,visi dan aspirasi,
sebagai ibu wirawati.

Ibu kaulah BITARA, ratu hatiku.


drp anak-anakmu, teq,ne,tik,intan,mat, leman,simah,nona,deq,izi,,cyaye,ija.

Saturday, February 21, 2009

Khalifah yang Bestari

Blog - Buku Log, Web Blog merupakan catatan harian sesiapa sahaja yang suka mencatat diari harian masing-masing. Diari harian boleh ditulis dalam buku log maya kompter, secara selamat dan boleh dikongsi oleh semua orang!!. Begitulah antara intisari cetusan perbincangan antara ahli ahli panel Bloggers dalam program langsung Komentar siaran astro awani - gerbang dunia kita malam tadi ( 20.2.2009). Iktibarnya kita, bolehlah terus menulis setiap masa dan ketika, untuk kepuasan diri kita sendiri dan yang mungkin juga boleh berkongsi dan bermanfaat untuk orang lain. Yang penting kita harus bertanggungjawab atas apa yang kita tulis, dan sebolehnya tidak menyentuh hubungan sosio-emosi orang lain. Masih jadi nostalgia dari buku log/buku diari yang ditulis masa sekolah, masa remaja, masa belajar, masa dewasa dan bekerja dahulu. Catatan yang ditulis itu apabila dibaca kembali atau dibaca oleh anak-anak/cucu-cucu, Ia boleh jadi bahan perbincangan, bahan yang sedih, bahan yang gembira, malah peristiwa lama boleh diimbau kembali..Alhamdulillah.

Dalam menerjah beberapa kandungan blogger, kedapatan apa-apa paparan tulisan, yang sebenarnya menggambarkan diri penulis itu sendiri. Pembaca dapat menyangka apakah hobinya, apakah pekerjaannya, apa pembawaan dan halatuju dirinya. Sesungguhnya apa yang dipaparkan itu adalah dari kerangka cetusan hati kecil masing-masing...bersambung

Wednesday, February 18, 2009

Insan Intelek yang lupa?

19 Februari 2009 - Langkah ke Masjid UKM, subuh tadi yang biasanya hening dan penuh syahdu untuk mengabdikan diri kepadaMu ya Allah,,,,disambut dengan suasana yang penuh kehairanan. Pada awalnya, selepas PP meletak kereta, terasa amat syukur kerana hari itu aku sangka, aku tak berdiri keseorangan atau kadang kala dua orang kerana dari luar telah kelihatan begitu ramai tetamu berada di rumah Allah yang tersergam indah itu. Memasuki lorong ruang masuk solat wanita, bertambah kebingungan kelihatan keluar masuk wanita berpakaian korang sopan, seluar sendat, t-shirt ketat dan pendek, rambut berwarna yang mengerbang. Menjengah ruang solat, wah penuh dengan wanita yang sedang bertata hias, berbaju warna warna, bertudung dengan kerdipan batu-batu bercahaya. Untuk menghadap tuhan, pasti sesuatu yang bagus dengan berpakaian yang "cantik" begitu, detik hati kecil ini.

Bertambah tergaman apabila melangkah maju ke ruang solat yang biasa setiap subuh, beberapa orang wanita non muslim dengan pakaian yang kurang wajar mendominasi ruang barisan hadapan tempat solat muslimah.. . Rakan mereka yang lain..yang muslim yang sedang bertata hias itu berada di ruang-ruang tepi-tepi dinding, membiarkan sahaja mereka berada di situ. Mereka beredar apabila disuruh, kerana solat subuh akan didirikan. Begitu sedih apabila solat didirikan, tiada seorang pun tetamu sekeliling yang turut sama solat berjemaah? Peluang pahala 27 kali ganda di depan mata tidak diambil, malah tidak dipedulikan , walhal selepas habis solat mereka masih berada di masjid. Mereka adalah siswi-siswi UUM dengan berombongan bus telah tiba seawal pagi lagi!!!


Ya Allah, ku pohon kepadaMU,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu terbuka hati untuk berbuat kebajikan,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu terbuka hati untuk menjauhi kemungkaran,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu menyukai orang-orang mukmin,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu mengharapkan kasih sayangMU,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu mengharapkan keampunanMU,

Apabila Engkau menimpakan sesuatu ujian, maka hindarkanlah kami dari tertimpanya ujian itu.
Aku tetap mohon kasih sayangMu dan kasih sayang kepada orang yang suka kepadaMU, dan menyukai orang yang mendekatkan diri kepadaMU....Amin

Monday, February 16, 2009

Desa Homestay


Iklan buku program Jamual Sumbangsih Al-Amin

Sireh Lagenda Warisan

14 Feb 2009....Anak muda Hafiz Al Quran, yang juga namanya Hafiz dalam lingkungan 20'n,begitu bersemangat menggerakkan perniagaan warisan ubatan tradisional berasaskan gamat. Pengetahuan ubatan tradisi dan alternatif yang dihasilkan oleh perusahaan kecil familinya berjaya menghasilkan toko ubatan berasaskan gamat yang terletak di tepi jalan...dari Bandar Kuah ke Lapangan Terbang Mat Sirat, Langkawi

Kedai sebuah yang comel berukuran lebih kurang 40'x40'.. diberi nama Sireh Lagenda Warisan, masih lengang dan sunyi tanpa pengunjung kecuali kami lima orang. 'Beginilah..selalunya' kecuali semasa cuti sekolah..keloh anak muda gigih itu. Pengunjung mereka kebanyakannya pelanggan Melayu tempatan dan dari pulau besar. Agihan produknya hanya diedarkan kepada beberapa kedai yang dipercayai dan membayar harga senilai dengan produk yang diambil.!. Kenapa? Bila ditanya kepada anak muda usahawan kecil bersama dua orang lagi rakan kongsi perniagaanya itu..menjawab dengan penuh sayu dan nostalgia pahit yang berlalu terpaksa disingkap kembali. Kami pernah kerugian hampir 100K, apabila cuba memasarkan produk kami di Melaka. Ikatan janji, dan kepercayaan diberikan amanah untuk menjual produk Sireh Lagenda Wawasan bernilai ratusan ribu itu sehingga akhirnya meranapkan harapan setinggi gunung dengan pulangan hanya menggigit jari. Siapakah usahawan sombong, yang mungkir itu kalau bukan di kalangan ahli perniagaan bungkus..U..No lah??? kami dapat mencungkil siapa dia peniaga temberang itu....

Kenapa destinasi pelancongan, rekreasi dan pusat membeli belah di Pulau Lagenda itu, jadi sepi @ sunyi? ,..tak seceria dan semeriah dulu... Peluang untuk penduduk, pengusaha di Langkawi khususnya untuk muhasabah dan refleksi diri..Percayalah usaha yang barakah sahaja dapat bertahan, kerana usaha yang barakah itu adalah Hadiah dari Allah yang boleh kekal mengikut ketentuanNya.

Sunday, February 15, 2009

Seindah Langkawi yang Sepi









Menjengah sebentar di Pulau Lagenda,pada hujung minggu 12 -15 Februari 2009 yang lalu,melegakan fikiran, mendamaikan minda, menggamit ikatan mesra insan ini dengan Khalik Agung yang mencipta Lestari Alam yang hormoni, sejahtera dan damai. Laut membiru, ombak memutih, pantai bermanik mutiara yang bersih dan menderu, bayu sepoi yang sentiasa bertasbih, awan bening biru putih nan bersemi yang bertukar jingga di waktu senja begitu mengasyikkan. Begitu Agung penciptaan Alam sewarjagat ini untuk manusia yang dilantik sebagai khalifah di maya pada ini. Surah Asy Syams ayat 1 -8
dimulakan dengan beberapa sentuhan keindahan alam dan fenomenanya. Fenomena tersebut membentuk rangkakerja yang meliputi KEBENARAN AGUNG berkaitan dengan hakikat kemanusiaan, keupayan pembawaannya, pilihannya menurut garis tindakannya dan tanggungjawabnya dalam menentukan nasib mereka sendiri.......

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari
dan bulan apabila mengiringinya,
dan siang apabila menampakkannya,
dan malam apabila menutupinya,
dan bumi serta penghamparannya,
dan jiwa serta penyempurnaannya
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasiqan dan ketaqwaannya.

Perjalanan nan pendek di Pulau Legenda ini dapat memaparkan seribu macam cerita yang boleh dijadikan iktibar........

Wednesday, February 11, 2009

Doa untuk Ellyyin -- Alhamdulillah dimakbulkan

Natijah usaha, kerajinan, ketekunan dan sandaran harapan, permohonan setulusnya Hanya kepada Allah, sudah pasti dikabulkanNYA. Syukur, Alhamdulillah, sesungguhnya dariMu ya Allah kami datang dan sesungguhnya jua kepadaMu kami dikembalikan. Tahniah dan syabas untuk Dr Yin, walaupun bersahaja, banyak halangan dan dugaan, percubaan kali ini berjaya! lulus MRCP ! Tiada sandaran kepada yang lain kecuali Engkau yang menentukan hikmah dan ketentuan kepada insan kerdil dan serba daif ini. Dorongan, Petunjuk dan Hidayah dari MUlah segala sesuatu itu diqadarkan berlaku. Keyakinan dan mandat positif seiring dengan usaha, tawakal dan tawadhuk dan doa kepadaMU itulah senjata untuk melorongkan liku-liku perjalanan ini mengikut landasan syariat yang lurus, positif, dan kejayaan.

Semoga Hidayah dariMU terus tercurah,
Meyirami hati nurani yang segar bugar
Menyuburi sanubari yang meluhur
Menggarap minda hikmah yang mekar
Membuggar akal kepintaran yang tuntas
Menyinari rohaniah ilihiyah mendasari syariatMU
Membimbing jasad kudus bersemadi di taman firdaus
Meletakkan ikatan roh keluarga ini di kediaman abadi yang diredhai


Monday, February 9, 2009

Baru bertatih.....Langkah belum bermula

Tanggal 11 Februari 2009, bagai tidak percaya, kenapa kaki ini mudah melangkah ke destinasi yang belum pernah dijengah. Kehairanan juga kenapa naluri ini begitu berkobar-kobar untuk turut serta, walaupun penat kerana berpuasa Isnin, dan berjalan jauh kira-kira 250 km dari kampung kelahiran untuk menziarahi kedua ibu-bapa dan berkunjung ke rumah saudara yang kebetulan amat dekat dengan rumah ibunda yang mana dua orang meninggal dunia secara serentak. Berasa pelik juga kerana ilham diberi untuk menerima pelawaan kali ini, walaupun banyak kali promoter lain termasuk anak menantu sendiri mengajak bersama ke majlis seperti itu??? Mungkin ada hikmah di sebaliknya,, yang Allah telah tentukan sebagai fardhu kifayah/fardhu ain melaksananakan tanggungjawab yang perlu dipikul dan disampaikan kepada orang lain dari segi penggunaan produk halal, bersih dan suci.


Penyampaian jurutera muda, kelas pertama itu tidaklah begitu menarik dan meyakinkan, malah pernah menghadiri penyampaian yang lebih hebat daripada itu, tetapi kesedaran yang berkaitan dengan isi kuliahnya yang banyak memberi kesedaran tentang peranan setiap individu muslim dalam mengikat ukhuwah, saling sokong menyokong, kekuatan ekonomi umat Islam, Pentingnya menyokong, menyebarluaskan malah membikin produksi yang boleh digunapakai bersama.

Disitulah insan ini mula mengenali dan terpaut hati untuk bersamamu HPA:

Hidayah Pada Allah
Hospital Peribadi Anda

SUMBANGSIH SRI AL AMIN - Langkah bermula

Sumbangan Jamuan Amal Sumbangsih SRI AL Amin, Bangi

Semoga Dato’/Datin.tuan-tuan/puan-puan dalam rahmati Allah SWT jua hendaknya. Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuki.

2. Sekolah Sri Al Amin, Bangi dengan kerjasama PIBG dan FASA (alumni) InsyaAllah akan menganjurkan Jamuan Amal Sumbangsih SRI Al Amin, pada 27 hb Jun 2009, di Dewan Siantan, Perbandanan Putra Jaya,Bangi . Antara objektif menganjurkan jamuan tersebut adalah seperti berikut:

2.1 Membantu sekolah mengumpul dana bagi menjayakan program-program di luar bilik darjah dalam mendidik kerohanian dan syahsiah para murid dan pelajarnya yang soleh/solehah.

2.2 Membantu sekolah melengkapkan perpustakaan sebagai tempat penyuburan ilmu, pemantapan aqidah dan syahsiah para pelajarnya.

2.3 Membantu sekolah menyediakan kemudahan pembelajaran dengan menyediakan prasarana persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada murid-murid

2.4 Menjalin jalinan permuafakatan di kalangan para pelajar, guru, ibu bapa, alumni, para dermawan dan komuniti setempat ke arah perkongsian pendidikan bestari dalam membantu sekolah merealisasikan pengisian Pendidikan Islam yang menyeluruh.

2. Sehubungan dengan itu, kami memohon syarikat atau Dato'/Datin/Tuan-tuan/Puan-Puan yang budiman menjadi meyumbang seikhlas mungkin atau dengan pembelian sebuah kerusi/meja jamuan dengan harga sekurang-kurangnya RM100.00/RM1000.00 Di pohon melengkapkan borang yang dilampirkan dan hantar ke Urusetia Jamuan Amal Sumbangsih SRI Al Amin, di alamat seperti di atas.

Sekian dimaklumkan, kerjasama dan keperihatinan Dato'/Datin/Tuan/Puan yang budiman didahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga segala sumbangan yang diberikan, merupakan amal jariah dan hanya Allah S.W.T sahaja yang memberi ganjarannya.

Yang benar

Pengerusi

Jamuan Amal Sumbangsih SRI AL AMIN. .

Borang Jawapan.

Tarikh:

……………………………………………

……………………………………………

……………………………………………

Urusetia Jamuan Amal Sumbangsih Sri Al Amin, .

Sekolah SRI AL-AMIN BANGI

Lot 8796,Kampung Sungai Tangkas,

43000,Kajang, Selangor

Sumbangan, penajaan atau pembelian kerusi/meja Jamuan Amal Sumbangsih SRI AL Amin, Bangi

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuki.

2. Dimaklum saya/Syarikat seperti di atas ingin bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Saya/Syarikat kami bersetuju untuk menjadi penaung dan ikhlas menyumbang seperti berikut:

2.1 Sumbangan sebagai penaung sebanyak RM.......................................................

2.2 Pembelian meja/kerusi:

a. Meja berharga RM 5,000/RM3000/RM2000/RM 1000 X..........Buah = RM...........

b. Satu tempat duduk/kerusi RM 100 x...............buah = RM...........

2.3 Sumbangan dalam bentuk hamper.................

3. InsyaAllah saya dengan bilangan seramai.............. orang akan hadir/tidak hadir dalam majlis tersebut.

Sekian dimaklumkan, semoga majlis tersebut akan dapat diadakan dengan jayanya,

Yang benar

.........................................

(Nama/Syarikat..........................................................)

Sumbangan cek atas nama Tabung Pembangunan Al-Amin, bolehlah dikirimkan ke alamat Pengetua/Guru besar, SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI,Lot 8796,Kampung Sungai Tangkas,43000,Kajang, Selangor Sumbangan juga boleh dimasukkan terus ke Akaun Bank Muamalat No Akaun 1207-0003705-718. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah hubungi urusetia nombor 019-2736292,

Friday, February 6, 2009

Anakku Hebat Anakku Soleh -tips Zahazan

Beberapa tips dalam bukunya...yang sesuai untuk bacaan dan panduan dalam menerajui pendidikan anak-anak.

  • Norma-norma yang baik sepatutnya diterap sejak kecil lagi kerana waktu itu adalah waktu terbaik.....melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  • Masa yang diperuntukkan bersama anak-anak akan dihargai dan disayangi
  • Anak-anak gembira di luar rumah berbanding terperuk di luar rumah
  • Ibu dan BAPA berpeluang sama rata untuk mengasuh anak
  • Anak-anak perlu diberi tunjuk ajar, latihan dan panduan, jangan biarkan mereka bersendirian.
  • Sentuhan memberkan keyakinan tinggi kepada anak-anak.
  • Ayah ibu yang baik ..mengajar mengaji sejak kecil lagi
  • Hadiah adalah galakan untuk memacu kecemerlangan
  • Anak-anak lebih kreatif meneroka alamnya sendiri ...berikan pandangan dan dorongan
  • Bercerita santai menyeronokkan dan menjalin hubungan erat
  • Maksud Hadis...sesiapa di kalangan kamu Mengajar anaknya lebih baik baginya daripada bersedekah setengah gantang makanan untuk orang miskin.
  • Usia remaja usia mencari identiti diri dan pada ketika inilah ramai remaja yang tersungkur ....bersambung