Wednesday, February 18, 2009

Insan Intelek yang lupa?

19 Februari 2009 - Langkah ke Masjid UKM, subuh tadi yang biasanya hening dan penuh syahdu untuk mengabdikan diri kepadaMu ya Allah,,,,disambut dengan suasana yang penuh kehairanan. Pada awalnya, selepas PP meletak kereta, terasa amat syukur kerana hari itu aku sangka, aku tak berdiri keseorangan atau kadang kala dua orang kerana dari luar telah kelihatan begitu ramai tetamu berada di rumah Allah yang tersergam indah itu. Memasuki lorong ruang masuk solat wanita, bertambah kebingungan kelihatan keluar masuk wanita berpakaian korang sopan, seluar sendat, t-shirt ketat dan pendek, rambut berwarna yang mengerbang. Menjengah ruang solat, wah penuh dengan wanita yang sedang bertata hias, berbaju warna warna, bertudung dengan kerdipan batu-batu bercahaya. Untuk menghadap tuhan, pasti sesuatu yang bagus dengan berpakaian yang "cantik" begitu, detik hati kecil ini.

Bertambah tergaman apabila melangkah maju ke ruang solat yang biasa setiap subuh, beberapa orang wanita non muslim dengan pakaian yang kurang wajar mendominasi ruang barisan hadapan tempat solat muslimah.. . Rakan mereka yang lain..yang muslim yang sedang bertata hias itu berada di ruang-ruang tepi-tepi dinding, membiarkan sahaja mereka berada di situ. Mereka beredar apabila disuruh, kerana solat subuh akan didirikan. Begitu sedih apabila solat didirikan, tiada seorang pun tetamu sekeliling yang turut sama solat berjemaah? Peluang pahala 27 kali ganda di depan mata tidak diambil, malah tidak dipedulikan , walhal selepas habis solat mereka masih berada di masjid. Mereka adalah siswi-siswi UUM dengan berombongan bus telah tiba seawal pagi lagi!!!


Ya Allah, ku pohon kepadaMU,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu terbuka hati untuk berbuat kebajikan,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu terbuka hati untuk menjauhi kemungkaran,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu menyukai orang-orang mukmin,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu mengharapkan kasih sayangMU,
Agarku, keluargaku, rakan dan semua mereka itu mengharapkan keampunanMU,

Apabila Engkau menimpakan sesuatu ujian, maka hindarkanlah kami dari tertimpanya ujian itu.
Aku tetap mohon kasih sayangMu dan kasih sayang kepada orang yang suka kepadaMU, dan menyukai orang yang mendekatkan diri kepadaMU....Amin

No comments: