Tuesday, February 24, 2009

Khalifah Bestari - Hari Penerangan




22.2.09 ...Kali pertama sebagai "Pengerusi" Lembaga Pengelola Tadika Khalifah Bestari, memberi ucapan alu-aluan kepada semua ibu-ibu yang hadir dalam Program Tahunan - Hari Penerangan. Tanpa persediaan sebenarnya, kerana yang dijadualkan berucap adalah Dr Azma, seorang pensyarah di IPIS dan juga sebagai Ahli Lembaga pengelola TKB yang banyak menyumbang terhadap pendidikan anak-anak.
Pengalaman lalu sebagai pengetua dan pernah banyak kali berucap di hadapan khalayak, InsyaAllah penyampaian yang dibuat rasanya berjalan lancar, lidah boleh berkata-kata dengan bahasa yang baik dan lancar, di samping secara sepontan boleh mengupas Falasafah Pendidikan TKB. Ingatkan setelah hampir satu setengah tahun, 'membisu' dijangkakan ucapan di khalayak boleh tergagap-tergugup. Syukur kepada Allah SWT kerana terus memberikan insan kerdil ini kesihatan, kekuatan dan kemahiran untuk berucap. Allah juga yang memberikan ilmu hikmah dan kefasihan lidah untuk melontarkan kata-kata yang berupa ilmu, nasihat, amal maaruf dan nahi mungkar. Penekanan tentang permuafakatan dan perkongsian bestari pendidikan dalam mendidik anak-anak mereka dan anak-anak didik TKB, memberi ruang yang selesa pula kepada ibu-ibu dalam berinteraksi secara aktif dalam sesi soal jawab.

Catatn : poin inilah sebenarnya yang ingin dicatat dalam Slot maya yang lalu bertajuk Khalifah yang Bestari. Program TV berkaitan bloggers semasa ingin memulakan catatan...terus mengubah sama sekali poin yang dijangkakan untuk ditulis.

No comments: