Monday, August 1, 2011

Menjejak kaki ke Bumi Anbia -Jordan


Musafir kali ini ke negara Jordan,negara tempat anakanda kelima menimba ilmu. Sebab beliau berada di sanalah yang manarik untuk kami ke sana, sekurang-kurangnya untuk melihat susah payah beliau hidup di rantau orang. Melancong ke beberapa destinasi di Jordan dalam masa yang amat terbatas, sekurang-kurangnya dapat menginsafi keagungan Allah dalam mencipta manusia dan maya pada ini.
الأردنّ Al-Urdunn, berbangga dengan salur galur keturunan Bani Hasyim, dikenali juga dengan nama Kerajaan Hasyimiyah Jordan. Ia merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat yang bersempadan dengan Syria, Iraq, Tebing Barat, Israel dan Arab Saudi. Jordan juga mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan Teluk Aqabah. Sebahagian besar pandang darat fizikalnya dipenuhi oleh pandang pasir yang gersang, tanpa hasil minyak yang banyak seperti negara -negara timur tengah yang lain. Ia bukanlah merupakan negara yang kaya dengan hasilbumi, tetapi penggunaan wang DINAR yang nilainya lebih lima kali lebih tinggi berbanding dengan ringgit, mungkin menyebabkan negara ini, bukan pilihan utama untuk dilawati oleh penduduk dari negara-negara seperti Malaysia.
Dapatan daripada Pandangan peribadi, semasa lawatan ke bumi Anbia tersebut, menunjukkan ia merupakan sebuah negara Islam Ala Barat, yang penduduknya mempunyai semangat patriot/kebangsaan kepada negara mereka.
Jordan menjalankan sistem pemerintahan monarki beraja dengan Raja Abdullah II sebagai pemerintah Jordan sejak 9 Jun 1999 selepas ayahandanya, Raja Hussein mangkat.
Jordan merupakan sebuah negara arab moden dengan populasi melebihi 6 juta penduduk. Majoriti rakyat Jordan beragama Islam sunni dan minoritinya beragama kristian. Bahasa rasmi ialah bahasa arab manakala bahasa Inggeris pula boleh difahami kebanyakan rakyat yang mendapat pendidikan tinggi.

Jordan dikelaskan sebagai sebuah negara yang mempunyai taraf hidup yang tinggi disebabkan pembangunan ekonomi dan negara yang pesat. Ini membuatkan kos hidup di Jordan lebih tinggi berbanding beberapa negara Arab lain.
Jordan adalah sebuah negara kecil yang mempunyai sumber alam yang terhad. Malah, Jordan merupkan negara yang mempunyai sumber air paling sedikit di dunia! Jordan mendapatkan sumber alam asas seperti air bersih dan petroleum daripada negara jiran seperti Iraq, Mesir dan Syria. Raja Abdullah menjalankan dasar ekonomi terbuka menyebabkan kemasukkan pelabur-pelabur asing dan meningkatkan taraf ekonomi Jordan.
Jordan bergantung kepada industri pelancongan untuk meningkatkan ekonomi. Pelancongan menyumbang 10-12% kepada pendapatan ekonomi Jordan. Terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik di Jordan seperti :
Petra (Antara 7 tempat ajaib dunia)
Laut Mati
Gua Ashabul Kahfi
Wadi Rum
Aqabah
Teater Rom
Makam Para Nabi dan Sahabat
Medan Perang Mu'tah dan Yarmouk



...pandangan airport queen Alia yang dalam proses pembangunan.

No comments: