Tuesday, October 28, 2008

Bala bencana @ musibah yang perlu dijadikan iktibar










Aceh tidak dibiarkan bersendirian meladeni ranjau dugaan yang dahsyat..banyak tangan-tangan ghaib yang digerakkan Allah memberi bantuan bertunjangkan kemanusiaan tanpa mengira agama, keturunan dan adat resam. Aceh kini mula bertatih untuk keluar daripada kepompong kesengsaraan.Tiongkok, Jepun dan negara bukan Islam begitu ketara memberi sumbangan di samping negara-negara Islam yang lain.

Di sebalik dugaan itu, kita, khususnya warga Aceh perlu muhasabah diri, muhasabah keluarga, masyarakat dan bernegara....Kebesaran Allah SWT dilihat terang dan nyata, rumah-rumah Allah, tempat-tempat suci yang lain terselamat dari bencana melanda. Masjid Habiburahman, Masjid Habiburahmin menjadi saksi. Rehabilitasi pembangunan fizikal dan keinsanan kini adakah bertunjangkan landasan syariat agama suci? Apakah yang mendasari perkembangan di sana? Persepsi mata kasar tetamu luar yang bertandang ke sana,diselubungi tanggapan agak negatif.Harga barang dan kos hidup yang melambung tinggi berbanding kawasan lain di Indon...sudah tentu memberi kesan kurang baik untuk menarik pelancong luar. Paparan lain menampakkan sebahagian masyarakatnya terutama di bandar, bertambah ego, tidak sedar diri. Hiburan, muzik berlaungan di sebelah masjid yang kekal menjalankan kefungsian kerohanian mereka. Di kawasan terlibat lain pula ceritanya... makin ketara ke arah kebendaan kini melegari benak kepala mereka. Tetamu yang datang pasti ditanya apakah sumbangan yang mereka bawa?

Sedarlah bahawa peringatan akan datang lagi, jika manusia terus lalai, lupa dan leka.Syahdu..apabila ada orang yang cakna, memberi jawapan penuh yakin, bahawa tsunami akan datang lagi melanda kita pada bila-bila masa!!!!

No comments: