Friday, October 17, 2008

Tunjuki Aku & Famili ..Jalan yang lurus. Satu Nasihat & Iktibar

RE: [pibg_siab] Coretan Moderator: Pemergian Bonda Mertuaku....
Friday, 17 October, 2008 16:42
From:
"Zairulshahfuddin B Zainal Abidin (CPDD/PETH)"
Add sender to Contacts
To:
pibg_siab@yahoogroups.com, "PIBG SRIAB"

Assalamu`alaykum,

(Tukar 'hu' kepada 'ha' kerana ini adalah jenazah wanita)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَآْرِمْ نُزُلَهُ،
وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ
الْخَطَايَا آَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا
خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ
زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ
النَّارِ]

“Ya Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim.)

Moga ALlah SWT mengampunkan & meredhai syurga Firdausi tanpa hisab kepada Al Marhumah Rokiah Yahya, Ameen.

wassalamu`alaykum,
Zairul

From: pibg_siab@yahoogrou ps.com on behalf of halimahh@yahoo. com
Sent: Fri 17-Oct-08 1:17 PM
To: PIBG SRIAB
Subject: [pibg_siab] Coretan Moderator: Pemergian Bonda Mertuaku....

Coretan Moderator: Pemergian Bonda Mertuaku....

Deringan telefon di Subuh hening itu amat mendebarkan hatiku."Mak dah tak ada...", kedengaran suara sebak suamiku di hujung talian. Panggilan dari Hospital Besar Pulau Pinang.

Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Mak menyahut panggilan Ilahi selepas 3 hari
berada di dalam koma. Lebih 5 tahun Mak diuji Allah dengan kegagalan buah pinggang. 3 tahun menjalani rawatan dialysis menggunakan mesin dan 2 tahun terakhir menggunakan kaedah CAPD, 4 kali sehari. Sebelum Mak diuji dengan kegagalan buah pinggang, bertahun-tahun Mak menjaga Tok Wan yang uzur dan lumpuh sehinggalah Tok Wan dipanggil Ilahi. Dua puluh dua tahun yang lalu, Ayah telah mendahului Mak menyambut panggilan Ilahi.

Sepanjang ingatanku, Mak memang banyak menghabiskan waktunya membaca Qur'an dan solat sunat. Setiap kali kami balik ke kampung, Mak akan tetap memanggil suamiku
untuk bangun di waktu sahur. Mak mahu pastikan anak lelakinya tidak ketinggalan berjamaah di masjid yang berdekatan. Ku masih teringat suara Mak berwirid atau
membaca Qur'an di keheningan sepertiga malam. Walaupun Mak uzur, tapi semangatnya untuk beribadah tetap kuat walaupun keadaannya semakin tenat.Rupa-rupanya Syawal kali ini, Syawal yang terakhir bagi Mak. Maklah yang biasa membacakan do'a setiap kali sebelum kamiberangkat balik ke Bangi. Namun, do'a Mak kali ini terasa begitu sayu dan syahdu.

Mak beriya-iya mahu ke Kuala Lumpur kali ini.Sudah lebih 2 tahun Mak tidak bermusafir jauh kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi rawatan CAPD, 4 kali sehari agak menyukarkan pergerakan Mak. Mak berkata kepada adik ipar bongsuku, Mak nak pergi Kuala Lumpur buat kali terakhir.
Mak sempat bermalam 3 hari di Kuala Lumpur (untuk orang Kedah... mana-mana tempat di Lembah Kelang, semuanya di panggil Kuala Lumpur). Semalam di rumah abang ipar
sulung, semalam di rumah kami (anak lelaki kedua) dan semalam lagi di rumah adik ipar ketiga. 2 hari selepas terbang ke Pulau Pinang (rumah adik iparku yang keempat), kami mendapat panggilan kecemasan.Bergegaslah ketiga-tiga anak lelaki yang tinggal di Lembah Kelang ke Hospital Pulau Pinang.

3 hari kemudian Mak menyambut panggilan Kekasihnya. Rupa-rupanya Mak telah menyiapkan jubah putih untuk dipakai semasa ia dikafankan sebelum ia bertolak ke Kuala Lumpur. Mak telah berpesan kepada bibik pembantunya, "ini jubah untuk Ibu masa kafan nanti ya". "Mengarut ajalah Ibu ni", balas bibik.
Ya Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rahmatilah bonda mertuaku,ampunilah dosa-dosanya, luaskanlah pusaranya dan jadikanlah pusaranya salah satu dari taman-taman syurga.... Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Aku dan anak-anak tidak sempat menatap jenazah Mak kerana apabila kami tiba, jenazah telah disemadikan. Perjalanan ke Kg Sg Seluang, Kulim kurasa begitu lama. Urusan jenazah telah berjalan lancar. Mak telah lama berpesan, segerakan pengkebumiannya.

Hanya pusara Mak yang menanti kepulangan kami. Pusara Mak di bawah naungan pohon jambu di bawah langit yang dihiasi pelangi petang.

Hatiku begitu tersentuh apabila membaca pesanan Abu Dzar Al-Ghifari yang tercatat di dalam buku "Malam Pertama di Alam Kubur". "Wahai manusia,aku adalah penasihat bagimu. Aku merasa kasihan kepadamu. Dirikanlah solat di kegelapan malam untuk menghadapi dahsyatnya alam kubur....".

Mudah-mudahan Mak aman sejahtera di alam barzah menanti saat tiupan sangkakala.
Sesungguhnya Mak telahpun membuat persiapan untuk ke sana.

Sudi-sudikanlah untuk menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada AlMarhumah Rokiah binti
Yahya, bonda mertuaku yang telah pulang ke rahmatullah pada Subuh 14Syawal 1429 H.

~Halimah
www.coretan- naluri.blogspot. com untuk koleksi postings Coretan Moderator

____________ _________ _________ _________ _________ __

No comments: