Thursday, April 22, 2010

Berdoalah kepadaKU, nescaya AKU perkenankan




Alhamdulillah hari ini 22 April 2010, sebelum pergi ke sekolah dewasa kelas B Arab, dapat menghimpunkan para sukarelawan yang dijemput melalui maya PIBGnet. MasyaAllah begitu ramai hambaAllah yang ingin berjualbeli denganMU, betapa pekanya mereka untuk beramaljariah menyumbang masa, tenaga dan meterial untuk merealisasikan hasrat mengumpul dana sebanyak 500K untuk pembangunan sebuah Musolla SRI ALAmin.Sesungguhnya janji Allah itu benar,,'usaha untuk menirikan masjid, jaminannya adalah masjid juga di akhirat nanti, InsyaAllah. Sasaran dua bulan pertama adalah untuk mengumpul sebanyak 50K, sekurang-kurangnya untuk mendirikan cerucuk & ceracak asas bangunan. Kini dari usaha sebelum ini, telah berjaya mengumpul sebanyak 10 K ..Alhamdulillah.
Tak perlu ingatkan hasilanya,boleh atau tidak boleh, yang pasti berusaha dan berdoalah. Janji Allah berdoalah kepadaKU, nescaya akan makbulkan. Itulah pegagangan dan tawakall kita. InsyaAllah dengan usaha jualan sukarelawan setiap hari Rabu, jualan di koperasi sekolah da jualan am pada 2 Mei nanti, dapat membantu untuk mencapai target tersebut.

3 comments:

naadherah said...

wah... satu lagi siri episod bina surau,..

ssalmi said...

Percayalah senjata DOA...Hari Ahad lepas, selepas kuliah subuh, berjanji dengan seorang kenalan yg nak beli tudung pada waktu zohor, sebab pagi tu, tudung tak dibawa.Setiap helai tudung _ keuntungannya RM5.00 adalah untuk dana surau. Alhamdulillah sehelai tudung yang terjual,bukan setakat RM 5.00 dapat tetapi RM105.00, seolah-olah 21 orang yang beli tudung tu!!! Itulah doa selepas solat tahiyatul masjid dilaksanakan..sesungguhnya Allah makbulkan..SYUKUR

naadherah said...

Alhamdulillahh..