Saturday, June 26, 2010

Setelah berehat panjang - perlu warm up




Perjalanan dan perjuangan belum selesai, kerja-kerja kebajikan mengumpul dana surau, tertangguh hampir dua bulan, untuk fokus tuntutan keperluan sosial pendidikan yang diri ini perlu menerajuinya di samping persediaan walimahtul urus puteri HH. Alhamdulillah segalanya telah selesai, perojek pengumpulan dana perlu digerak dan dipacu semula. Projek jualan setiap hari Rabu perlu diteruskan, packaging untuk jualan setiap hari di koperasi sekolah perlu disambung semula, selepas cuti persekolahan selama dua minggu. Sasaran untuk memulakan pembangunan dengan dana dalam lingkungan 50k perlu dicari, kini baru mencecah 35K Alhamdulillah. Ya Allah! bukakanlah hati-hati insan di luar sana untuk turut serta dalam melabur saham abadi ini. Hanya kepadamu kami meminta pertolongan.

No comments: