Sunday, June 27, 2010

Walimatulurus yang ceria - pentas pelamin yang gersang




Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib. Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkara dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tiadak unsur mewah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Pasti ramai rakan-rakan tertanya-tanya kenapa di Dewan Sri Siantan pada 19 Jun 2010 sempena perkahwinan puteri HH dan putera MF yang lalu dihiasai pelamin yang gah di tengah-tengah dewan yang permai itu?? Sepanjang jamuan tetamu, bermula pukul 12 tengahari sehingga 4 petang, pelamin itu sunyi dan bersedih kerana tidak digunapakai. Itulah hakikatnya Apabila applikasi jururunding katerer tidak mengikut apa yang dirancang dan dibincang. Mungkin jahil dalam mematuhi etika majlis walimahtulurus mengikut Islam. Kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan pertama kali menjengah dewan pada pagi itu terkasima, terkedu dan terpaku melihat pelamin gah berada di tengah dewan. Tidak sepatutnya ada, tidak pula diminta begitu?? Iktibarnya, kerja-kerja pemantauan tidak boleh diabaikan.

No comments: