Sunday, April 18, 2010

Hadir mesyuarat KOWAHIDA antara harapan dan realiti




Beberapa kali hadir dan menerajui koperasi peringkat sekolah yang menjanjikan dividen yang tidak pernah kurang 10%, ingin pula meneruskan usaha ini setelah keluar dari medan persekolahan. Murid begitu gembira dengan dividen yang pernah di beri antara 50 sen sehinggan tiga ringgit dengan hanya pelaburan paksa rela 10 ringgit sahaja di awal pertama kali masuk koperasi sekolah menengah. Pengalaman menyertai dan menerajui koperasi di peringkat sekolah adalah sesuatu pembelajaran dan pengalaman. KOWAHIDA masih baru...dalam proses menimba pengetahuan dan pengalaman. MasyaAllah limpahan begitu ramai yang menyumbang dalam pembelian saham adalah satu rahmat kepada KOWAHIDA untuk melayan, menerimanya dengan tangan yang terbuka, di samping terus berusaha dan memikirkan yang terbaik untuk mengembalikan harapan dan impian penyumbang dengan pemberian dividen tahunanyang memberi senyuman. Semua yang menyumbang saham, samaada yakin atau tergula-gula dengan kempen besar-besaran atas wibawa koperasi muslim ini. Untuk diri sendiri pula, profil rekod pulangan yang memberangsangkan oleh KOWAHIDA sebelum ini memberi keyakinan untuk terus membantu pengeluaran produk muslim ini, di samping sudah tentu mengharapkan pulangan yang lebih baik daripada institusi-institusi pelaburan yang lain.
Berada dan turut serta dalam mesyuarat kawasan atas dorongan kawan dan upline, pada awalnya sudah tentulah mendambakan sesuatu tanggapan dan harapan yang tinggi. Pengumuman dividen 10 peratus (Alhamdulillah- lebih baik berbanding dengan tabungan yang lain), tidak dapat tidak secara fitrahnya terdetik rasa agak kecewa. Saranan beberapa ahli lembaga yang seolah-olah tidak mahu menerima sumbangan saham ahli pasif yang banyak, kerana rasa tidak mampu untuk menjana pelaburan wang tersebut dengan optima menampakkan jawapan yang kurang cerdik. Sesuatu yang terbalik dan luar biasa jika ada koperasi yang tidak perlukan modal anugerah yang banyak itu.. untuk dijana dengan effisen. "sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang diluar kemampunnya" oleh itu KOWAHIDA mestilah melangkah ke hadapan dengan tersusun dan perancangan rapi, untuk menjana amanah modal yang disumbangkan itu dengan lebih baik dan berkesan agar janji-janji untuk menjadikan PRODUK HPA adalah untuk SATU dunia menjadi realiti. Ahli dan pemodal KOWAHIDA sentiasa mengharapkan pulangan yang terbaik di samping terus mendoakan kejayaan dan keberkahannya sepanjang masa.

No comments: