Tuesday, January 25, 2011

Kerja - Kerja TAPAK Musolla BERMULA


Tarikh 1-2 Disember 2010 bersamaan 24-25,Zulhijjah 1431H, foto ini dirakamkan. Tiang bendera Malaysia dan Selangor yang gah berdiri akan dikorbankan. disaksikan dengan awan mendung seolah-oleh bersedih, bahawa kawasan hijau ini akan ditunggang terbalikkan.

Makhluk hijau yang tumbuh segar di tepi padang ini juga, sudah terasa ia akan dikorbankan. Tiada jalan lain, hadiah oksigenmu setiap hari akan terpadam, dengan tumbangnya batang tubuhmu. Setakat ini sahaja, tasbihmu atas kebesaran Allah dapat disaksikan.

BULDOZER''jentolak-jenkaut inilah merupakan tangan besi yang akan diarahkan untuk mencabut, mengorek, meratakan, menggali dan membolakkan permukaan tanah di situ.

Kawasan ini, tidak ketinggalan, juga akan menjadi rebutan, `tangan besi` ini untuk ditangani... enam bulan lagi kawasan hijau ini akan bertukar wajah InsyaAllah


KIBARAN Megah Bendera ini begitu kencang, kibaran sehingga 180 darjah. Menggapai angin kencang munsoon timur laut, buat kali terakhir agaknya. Nadinya berombak kencang,ketakutan.. menandakan saat untuk tumbang menyembah bumi.

Sayang sekali, bunga buluh jepun yang kutanam dulu, juga tidak sempat diselamatkan... ia mula segar dan menghijau dengan baja tahi ayam. terlupa untuk dialih tempat, begitu juga bunga pedang di sempadan tembuk akan dikuburkan dengan timbunan tanah-tanah lubang. Bunga-bunga tati yang baru ditanam oleh che Mat di sekeliling pokok juga akan menjadi mangsa.

Pandangan rumah condominium Taman Tropika ini, yang jelas kelihatan dari tingkap, tingkat atas rumahku akan dilindungi. Tidak mengapa, pandangan maya yang hanya dilindungi oleh Rumah Allah, Masyaallah.

Bebayang daun pokok ini akan diganti dengan bebayang lagi hebat, bayangan bangunan MUSOLLA - rumah Allah.

Longkang monsoon yang dua kaki dalam ini, tanpa ditutup, juga akan ditimbus, pastinya bagus untuk diganti yang baru, berbahaya kerana kedalamannya terutama kepada kanak-kanak sekolah.

PERUBAHAN PANDANG DARAT BUDAYA BERTUKAR SEKELIP MATA....Tumbuhan renek rerumput akan digantikan dengan tumbuhan batu-bata. Malah dari pepohon kebun kelapa sawit sebelum ini telah bertukar wajah jadi institusi pendidikan SRIAAB pada tahun 1996. sunahtullah, perubahan adalah pasti, mengikut peredaran waktu.

No comments: