Tuesday, January 25, 2011

Kontraktor MaSUK Gelanggang


Pada 24 Zulhijjah 1431, bersamaan I Disember 2010, kontraktor telah memulakan kerka-kerja di tapak binaan musolla, setelah garis-garis plan dibumikan dengan garis-garis kayu beluti direntangkan mengikut plan.

Foto-foto ini diambil dari tingkat rumah di Desa AA bersebelahan tapak musolla. Gambar ini hanya diambil oleh seorang amatur, dari camera digital yang kurang berjenama dan berkualiti. Jadi sudah tentu foto-foto yang dipaparkan tidak profesional.

Atas kesedaran, mungkin foto-foto ini boleh diabadikan dalam blog sendiri, dan mungkin juga bermanfaat kerana boleh berkongsi dengan orang lain, maka foto-foto ini diblogkan..
Rasa amat syukur dan gembira atas nikmat usia dan kemampuan untuk melihat pembinaan musolla ini dari A ke Z. ini didokumentasikan InsyaAllah, maka perlu sekali rakaman foto ini diambil..walaupun kurang berkualiti.
Semoga Allah SWT, terus memberikan aku kesempatan dan peluang untuk terus mengintipi kerja-kerja pembinaan ini sehingga ke akhirnya ..biiznillah. .

Juga dipohon semoga ada selitan ruang masa yang boleh disisipkan untuk memblogkan dokumentasi ini, ditengah-tengah kesibukan membuat kerja lain, yang sesungguhnya perlu diutamakan juga

1 comment:

Sukarelawansuri said...

pembetulan ...foto ini diambil pada 13 Disember 2010, setelah kerja-kerja penyiapan tapak dibuat. foto yang diambil pada tarikh 1 Disember dipaparkan dalam post berikutnya