Tuesday, January 25, 2011

Jentera Berat mempercepatkan binaan & Sepakat bawa berkat

Pelan Lokasi musolla di kawasan sekolah ini telah lama dilukis...Ia telah dikemaskini beberapa kali, selepas dibincang dan dibahaskan. Lokasi musolla ini beberapa kaki sahaja jaraknya dengan perumahan Desa AA yang bersempadan dengannya.

Plan Musolla mengikut pandangan beberapa sisi ini, telah dipaparkan dalam apa sahaja aktiviti mengumpul dana pembangunan rumah Allah ini, khususnya oleh para sukarelawan. Mereka yang bukan pakar dalam membaca plan, nampak lukisan gambaran sebuah musolla yang cantik rekabentuknya. Bagi mereka yang pakar, pasti adalah komennya seperti, bumbung yang terlalu rendah...Ya. akhirnya plan ini juga telah dikemaskini.

Tawakal alalAllah...kutipan dana sebanyak satu perempat sahaja daripada keseluruhan kos, pihak Lembaga telah berani menyerahkan kepada kontraktor untuk memulakan kerja pembinaan...kerana amat yakin bahawa pembangunan rumah Allah ini,,InsyaAllah akan diberikanNya kemudahan dan mengetuk banyak hati-hati untuk beramal jariah..melabur saham abadi.

Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada 20 hb Januari 2011, memberikan harapan dengan persetujuan usul untuk kutipan setiap keluarga sebanyak RM500.00. Jangkaan 400orang keluarga yang sudi menyumbang .Diharapkan sasaran untuk mengumpul sebanyak
200K menjadi kenyataan. Ya Allah..Bukalah hati mereka yang perihatin untuk terus menyumbang...dan membeli saham akhirat ini.

Ada wang, semua kerja boleh dilaksanakan dengan cepat. Pihak kontraktor telah menggunakan jentera berat untuk mempercepatkan proses binaan. Lori simen yang membawa simen yang telah siapbancuh ke tapak binaan, menjimatkan kos dan boleh mengurangkan tenaga kerja buruh.

Jentera forklift yang membantu dalam curahan simen mempercepatkan kerja-kerja binaan.
Jaminan kontraktor yang boleh menyiapkan kerja hanya dalam masa lima bulan, tiga bulan lebih cepat daripada perjanjian, mungkin boleh jadi kenyataan.

Harga atau kos pembinaan yang menjangkau setengah juta, sesungguhnya memerlukan dana melebihi jumlah tersebut, kerana perabot, peralatan elektrik dan lain-lain keperluan dan kelengkapan akhir untuk musolla itu boleh digunapakai perlu diusahakan. Kini para sukarelawan sedang menyusun strategi untuk menganjurkan Majlis Amal Sumbangsih Musolla .

Beberapakali perjumpaan para sukarelawan, akhirnya persepakatan dibuat untuk menganjurkan ..Program yang dikenali sebagai 'Konsert Amal Sumbangsih pada 30 hb April 2011 di Dewan Gemilang Mercu Idaman, GMI, Taman Universiti. Diharap PIBG dan FASA dapat bekerjasama untuk terus mengumpul dana ini.

No comments: