Saturday, January 22, 2011

JANJI dikota selepas Dua minggu TERMETRAI


Dua batang pokok acasia yang menghijau menjulang, seolah-olah sepasang dua sejoli yang menjulang sehingga ke awan, merimbuni lembayung teduhannya banyak memberi manfaat kepada murid SRIAAB untuk berteduh terutama pada waktu rehat, atau selepas habis waktu persekolahan harian mereka, perlu dikorbankan.

Sayang-sayang bukan kepalang, tetapi malangnya ia perlu ditebang. Akarnya yang menunjang, menjahnamkan. Tembok batu bersebelahan, menampakkan hampir terbelah. Dedaunnya yang kering, bertaburan, menyemakkan mata memandang di samping menyumbat longkang. Jadi wajarlah ia ditebang.
Dua minggu baru bermula?? pada 1 Disember 2010..kontraktor tidak sekali-kali mungkir janji. Peperiksaan SPM yang sedang berjalan sehingga 20 Disember adalah keutamaan.

Syarat suasana peperiksaan yang damai@ senyap oleh Lembaga Peperiksaan dan tiada gangguan bising, dipatuhi. Kontraktor perlu mengatur kerja, bersesuaian dengan masa peperiksaan berjalan. Bolehke janji untuk menyiapkan dalam masa lapan bulan tercapai??? DOAKAN BOLEH..INSYAALLAH.
`
Dalam jadual kerja `Works Programme` yang diberikan oleh kontraktor..memakan masa 12 hari untuk `preliminaries` seperti urusan `inurances, mobilization, temporary hoarding, setting out dan lain-lain, nampaknya berjalan dengan baik.

No comments: